adliabdullah
adliabdullah
Adli Abdullah
97 posts
'Bangkit terbang menuju bintang'
Don't wanna be here? Send us removal request.
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Buat Puisi yang ku sanjungi. #haripuisisedunia #puisi
3 notes · View notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA buat bonda yang melahirkan dan sekalian kaum wanita! Asbab wanitalah kita mendarat di alam dunia sebagai musafir lalu dan khalifah Allah di muka bumi. Betapa mulia insan bergelar bonda seperti diriwayatkan dalam hadis Al-Bukhari & Muslim, sehingga 3 kali Nabi SAW menyeru kepada insan bergelar anak agar mendahulukan bonda mereka dalam berbakti. Hormat dan usahlah sesekali menyakiti kaum wanita. Allah SWT telah memperingatkan dalam surah An-Nisa (Wanita) ayat 34, ‎الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ "Lelaki adalah pemimpin kepada wanita." Sebagaimana sabda Nabi SAW dalam hadis sahih Bukhari, yang memperumpamakan wanita itu seperti tulang rusuk yang bengkok dan akan patah jika mahu diluruskan. Namun jika dibiarkan begitu sahaja, ia akan terus kekal bengkok. Maka lelaki harus bijak dalam menegur serta menasihati mereka. Lihatlah bagaimana Islam tersedia mengangkat darjat wanita semenjak berabad lamanya. Alangkan dalam menegur mereka pun diseru dengan berhemah. Apatah lagi jika cubaan berlaku kasar mahupun menganiaya mereka, pastilah dibenci di sisi Allah dan Rasul. Namun, wanita turut harus sama berusaha demi mencantikkan dan menggilap peribadi mereka bak permata berkilau. Nabi SAW telah menyatakan, "Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (Riwayat Muslim) Wallahua'lam. -AdliAbdullah #hariwanita #hariwanita2017
1 note · View note
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Bila kawan terasa hati. Kita pun rasa bersalah. #puisi #kawan
0 notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Sifat berjaya untuk semua. #puisi #oku #motivasi #inspirasi
0 notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Siapalah aku? #puisi #puisipendek #puisimalam #petikan #quotes
0 notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Ciptalah kejayaan demi masa depan nan gemilang di dunia dan akhirat.
2 notes · View notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Terkadang kita lena dibuai wabak 'Wahan'. Berdasarkan sabda Nabi SAW, "Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi SAW bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian."" (Riwayat Abu Daud)
10 notes · View notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Cuba buat lawak. Lihat, menjadi tak? 😜 #lawakcinta #lawakhambar #lawak #cinta
0 notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Taburkan #amal semaikan #bakti #puisipendek #puisi
0 notes
adliabdullah · 8 years ago
Quote
Ramuan berjaya, harus bersedia dengan dugaan. Kita akan bertemu suatu fasa rintangan cukup berat untuk dipikul. Mungkin kita akan menangis. Mungkin kita akan murung seketika. Terkadang apa yang telah terbina sebelum ini turut akan tergugat. Begitulah antara pengorbanan orang berjaya.
AdliAbdullah
0 notes
adliabdullah · 8 years ago
Text
Tidak Punya Semua
Di alam buana (alam dunia) ini tidak semua yang kita idam-idamkan akan mampu kita merealisasikannya. Bukankah kalam teragung Allah SWT telah menyatakan, "Barangkali kamu membenci sesuatu, sedang ia baik untuk kamu. Barangkali kamu menyukai sesuatu, sedang ia tidak baik untuk kamu. Dan Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216) Sebagaimana contoh: Seseorang yang menaruh perasaan mendalam pada diri kita, betapa kerasnya hati kita tidak mampu membalas rasa cinta. Sedang seseorang yang telah bikin hati kita terpikat, tiba-tiba mengemaskini 'relationship status' di muka bukunya sebagai 'Married'. Betapa remuk dan cedera parahnya hati kita. "Mengapa awak masih 'jiwang' tidak sudah duhai Adli?" detik hati warga maya (netizen). Baiklah... Saya ubah contoh lain ya. Ehem-ehem... Jika paras rupa jodoh impian kita adalah secantik rupawan bagai Jennifer Lawrence - Katniss Everdeen. Belum tentu ia bakal ditakdirkan menjadi nyata. Warga maya membidas, "Sudah-sudahlah Adli! Jangan hendak mengada-ngada!" Mohon ampun.. Jangan kecam saya~ Baiklah. Kita ubah contoh lain pula ya. Hmm... Ramai di antara kita sebagaimana contoh meminati kuda besi 'super' seperti Ferrari, Lamborghini, Bentley, Pagani, Aston Martin dan sebagainya. Belum tentu kita akan mampu memilikinya walaupun ia tersenarai di antara kuda terpantas impian kita. Sekalipun kita ditakdirkan memilikinya. Terkadang Allah SWT akan menarik nikmat yang lain pula daripada hidup kita. Sama ada kebahagiaan mahupun ketenangan yang hakiki. Ia adalah nikmat yang tidak boleh dijual beli di mana-mana pasaraya. Kerana alam buana ini bukanlah seperti alam syurga abadi indahnya tiada tara. Kita tidak akan boleh memiliki segalanya secara mutlak dengan keseluruhannya. Mutiara kata Nabi SAW telah menyatakan, "Dunia adalah penjara bagi orang beriman. Dan dunia adalah syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim) Atau jika tidak, belum tentu kita akan mampu menjadi hamba Al-Khaliq yang benar-benar bersyukur sekalipun Dia mengurniakan kita seluruh isi alam buana ini. Kerana nafsu yang telah berkurun lamanya sebati dalam jiwa kita, tidak akan pernah berasa puas dan tiada garis penamatnya. Maka, bertabahlah dan marilah kita istiqamah syukur serta redha. Insya-Allah, ketenangan hakiki bak permata berkilau akan senantiasa bertakhta dalam jiwa kita. Wallahua'lam. -AdliAbdullah
0 notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
Aku redha di atas nikmat cinta. #cinta #jodoh #puisi
0 notes
adliabdullah · 8 years ago
Photo
Tumblr media
ALEPPO MELARAT Aleppo, maafkan daku Bukan kerana alpa Bukan tidak cakna Cuma berat di hati Derita kalian melarat Bikin aku sengsara Tidak mampu terungkap Betapa aku dihunus duka Memikir dugaan kalian Mata hati berlinangan Tiada upaya membela Berpaut doa ke hadrat-Nya Menjulang panji kemanusiaan Menerjang angkuh kebejatan Memusuhi kerakusan Bashar Penjarah kuasa serakah Moga tersungkur binasa Adli Abdullah 20.12.2016 #AdliAbdullah #puisi #aleppo #doakansyria #selamatkansyria #pray4syria #savesyria #kemanusiaan
0 notes
adliabdullah · 9 years ago
Quote
2I yang mudah diungkap sukar dicapai. IKHLAS dan ISTIQAMAH. Perbaharui niat setiap hari. Berdoa selalu agar istiqamah.
Adli Abdullah
1 note · View note
adliabdullah · 9 years ago
Photo
Tumblr media
Hidup ini demi akhirat! - العدل عبد الله Adli Abdullah ™ 'Bangkit terbang menuju bintang' FB: AdliAbdullah IG: AdliAbdullah.official Twitter: AdliAbdullah85 #AdliAbdullah
0 notes
adliabdullah · 9 years ago
Photo
Tumblr media
#Cinta lahir dari rasa. #puisi 'Bangkit terbang menuju bintang' - العدل عبد الله Adli Abdullah ™ FB: AdliAbdullah IG: AdliAbdullah.official Twitter: AdliAbdullah85 #AdliAbdullah
0 notes
adliabdullah · 9 years ago
Photo
Tumblr media
#BangkitTerbang #puisi tema 'official page' Adli Abdullah 'Bangkit terbang menuju bintang' - العدل عبد الله Adli Abdullah ™ FB: AdliAbdullah IG: AdliAbdullah.official Twitter: AdliAbdullah85 #AdliAbdullah
0 notes