Text
some people may pretend to care what actually problem that you had. while some people "pergi mampuslah masalah kau" "bitch please masalah kau bukan masalah aku." How cruel this life to me.
0 notes
Photo

Ayah. Lelaki yang paling kuat aku pernah tahu. Aku paling kurang bercakap dengan Ayah sebab perselisihan faham antara kami yang bertahun tahun. Aku akan cakap dengan Ayah bila perlu tapi jauh sudut hati aku,aku teringin nak macam orang lain.Bahagia dengan Ayah masing2. Tapi Allah dah buat jalan aku ni jalan lain. Aku tak tahu ni salah siapa,Mak atau Ayah atau orang ketiga,aku tak tahu. memandangkan dah lahir dalam keluarga ni,nak tak nak semua kena hadap. Aku sedih sangat kalau kena jauh dengan Ayah aku.Raya AidilAdha ni ayah aku tak balik Raya sebab jual lemang dekat kampung.Aku sedih bila Ayah aku cakap ayah dah sampai kampung pukul 9 pagi tadi.Aku nak menangis kat tempat kerja,sebab kenapa kita kena jauh jauh macam ni. Tapi aku faham ayah kena cari duit.Duit aku kerja hospital tak cukup untuk menampung belanja hari hari. Bila dah besar,aku terasa bila tengok family kau masih dalam keadaan yang sama.Bila rasa nak macam orang lain cuti cuti sama sama,makan sama sama. Tuhan...beratnya rasa hati ni.Kalau sorang sorang fikir pasal benda ni,rasa nak menangis lama lama. Tapi andai kata saat saat akhir nanti ayah bahagia dengan family dia,aku terima dengan hati yang terbuka.Ayah tak bahagia dengan kami.Ayah bertahan sebab nak masa depan anak anak dia terjamin tapi mungkin selama ni dia tak rasa bahagia. Akak sayang Ayah.Maaf tak dapat jadi anak yang baik pada Ayah.Maaf tak jadi anak yang cantik di mata Ayah.Maaf tak dapat jadi anak yang bijak di hadapan ayah.Maaf kerana jadi orang sederhana sahaja untuk Ayah.Maaf kerana tak dapat jadi anak yang solehah untuk Ayah. Terima kasih Ayah. Dari anakmu, Nor Alia binti Saudi :)
2 notes
·
View notes
Photo

Tadi masa aku drive aku tengok diri aku lama lama dalam cermin.Aku paling tak suka tengok muka aku dalam cermin.Aku tak boleh tengok muka aku sebab aku tahu memang buruk pun compare to orang lain yang lagi lawa dan cerah.
Muka aku hitam takde seri,pastu liang roma banyak gila besar besar.Ada pulak kulit terkelupas bawah dagu dengan area mulut,lagilah menghitam muka aku.
Kitaorang probably plan untuk jumpa bulan Julai atau Ogos,tapi aku rasa macam entahlah aku takde rasa nak jumpa kau tahu.
Sebab aku tak lawa.
Aku gemuk,pastu dengan muka dengan kondisi di atas,dan muka tak cukup tidur.
Aku tak bersedia untuk hilang seorang teman.Ya aku tahu kita baru berkenalan tapi mungkin lepas S tengok muka aku mungkin akan block or else,buat tak tahu je.
I’m not ready to lose someone yang aku boleh bercakap apa yang aku nak.Really.
Untuk proceed ke stage cerita yang seterusnya,itu terserah pada S.Sebab apa yang aku boleh usahakan ada cerita sekarang.Cerita yang kita bercerita bersama di malam hari.
Aku tahu post aku ni sangat loser dan macam desperate sangat tapi ada masanya aku perlukan seseorang untuk aku bercerita.
Aku boleh bayangkan situasi tu terjadi.Aku pun tak lawa sangat mesti datang serabai selekeh punya.
Masa tu bila dia tengok aku mesti dia akan buat muka “ey,hodoh gila sial perempuan ni.’’ Dan dia akan jalan walk off.
Aku rasa macam aku tak layak untuk dia.
He lives in a very happy life.Keluarga mampan,good base support.Family bahagia,pakai baju raya kaler sama sama.
Dan aku cuma seorang problematic fella yang terpalit sama dan masalah rumah tangga yang tak berkesudahan.
Aku pun banyak sangat dosa dengan diri aku sendiri dan orang lain.Aku tak tahu macam mana hidup ni akan bawak aku,tapi yang pasti sekarang kerja jelah.
Untuk proceed ke kahwin and have a better life,terserah pada Allah.Aku banyak dosa,mana mungkin Tuhan perkenankan doa aku.Aku cuma mampu minta maaf sampai tebal muka ni nak hadap Allah.
Seandainya satu hari nanti, awak bertemu dengan orang yang baik hatinya,solehah agamanya,baik keturunannya,indah pekertinya,biarpun orang biasa biasa,mahupun berpangkat...
Moga awak bertemu dengan yang lebih baik. :)
3 notes
·
View notes
Text
Think
Nanti bila awak dah jumpa orang yang lagi baik,lagi cantik,lagi slim,lagi solehah.. Awak bagitahulah. Saya akan pergi.
2 notes
·
View notes
Text
High hopes
Sebenarnya kan letak harapan yang tinggi ni sakit juga.Hahaha.
2 notes
·
View notes
Text

First conversation
1:18:11
Hee :) aku baru lepas basuh rambut tadi so it was a little bit of flowy,aku pun takleh berhenti sengih sampai cover mulut aku dengan rambut aku 😂
Tak pernah rasa macam mana hahahaha
It was light,very friendly light conversation tapi at the end it was a little bit awkward with lits romantic "sayang awak" 😘
we talk about stuff,family,friends,kpop,jalan jalan,kerja and stuff.
best cakap dengan dia, suara dia lembut je.Suka dengar.Sopan.
While am I all out cakap hambur kasar gila takde selindung,sebab aku x retilah nak cover.
Lainlah kalau jumpa lol,boleh bajet acah Melayu terakhir cewah😆
eeeeeeee rasa xnak kerja je esok😂😂
harap aku boleh tido malam ni 😅😂
2 notes
·
View notes
Text

Berubah.
Mak aku pun berubah.Aku pun berubah.
Jujur aku cakap,aku rindu diri aku yang dulu.
Alia yang ceria,menggila,tak kisah orang nak cakap apa,mencarut ikut suka dia,ada kawan.
Sekarang dia cuma seorang loser yang tak tahu nak expresikan diri dia macam mana.
Apa yang dia tahu adalah bangun kerja makan tidur dan repeat benda yang sama.
Briefly explain macam tulah life aku bila dah kerja.
Masa aku student,Duit takde,masa Ada.
Masa aku kerja,duit ada,masa takde.
Hidup memang tak adil.
Aku kadang kadang dalam hati,aku percaya diri aku dekat somewhere else aku tengah buat liputan pasal negara luar.
Aku memang teringin nak tengok negara luar macam mana.Tapi duit pun tak pernah cukup,susahlah.
Mak aku,semenjak dia sakit dan berhenti kerja, aku tak dapat peluang nak cerita apa masalah aku.Apa jadi harini.
Adik aku sibuk belajar.
S? Kawan2 aku? Semua ada life.Takkan aku nak cerita,diaorang semua busy kut.
The best thing mediation aku adalah tidur.
Aku boleh lupakan masalah dunia yang aku ada.
Aku berharap aku boleh tidur lama.Biar aku tak boleh jumpa manusia lain.
2 notes
·
View notes
Text
Hi if you read this.
the truth is I'm being really missing you.
The fact that you're busy makes me feel more,missing you.
it is so lonely when I don't have a partner to talk to,but when you are not around I feel alone.
Because I couldn't tell how I feel,how anxious I am weighing the weight of the world on my shoulder.
I understand if one day you'll get bored of me and leave me.
I never cried over a boy,but this time I cried a little bit,when you say we seems to be on our separate ways.
it really hurt my heart,because it seems to be not in a very serious relationship.
although I don't think i was suit with you well.
hey if you read this,deep in my heart,I love you and just focus on what you do okay?
Hope for your best in your life ,S :')
2 notes
·
View notes
Text
Love,you
I count every single day you didn't say I love you to me
2 notes
·
View notes
Photo

Duit.
Sumpah semenjak aku kerja ni all i need to think is survive,survive dan survive.
Sekarang bila dah besar,bila dah kerja,aku malu nak mintak mak ayah yang aku sebenarnya dah almost negative balance untuk survive lagi 27 hari lagi.
Sedih kan?
Aku nak tanya ayah aku bila kereta nak okay,segan pulak.Ayah aku tengah pening kepala.Aku tak berani nak tanya macam macam.
Kadang aku menyesal,sebab aku beli benda tak patut.Tapi kalau ikutkan aku dah lama tak beli baju baru.Tu pun aku beli sehelai je.Dengan jam satu.Tu pun jam shoppe murah.
Tapi aku tak tahu apahal duit aku almost negative balance.
Plus bulan lepas aku dah terbanyak pakai duit,bulan Raya kan. So aku amik balance gaji aku yang lepas cover yang aku banyak pakai bulan lepas.
Dan aku pulak save up duit nak pergi bercuti bulan 10.Kalau jadila.
Entahlah,aku tak makan pun kalau kerja.Aku harap duit ni cukup untuk aku survive untuk pergi balik kerja.Lain tu pandai pandailah aku fikir.
Moga ada jalan keluar untuk semua ni. Amin
#akubukananakyangbaik:/
2 notes
·
View notes
Text
The best
Kata orang doa tu mujarab.
Saya selalu berdoa untuk awak,biar Tuhan permudahkan untuk kita.
Dan saya selalu doakan awak,andai kita tak berjodoh,moga Allah tunjukkan wanita yang baik untuk awak.
Sebab aku bukan orang yang baik.
Lama lama saya rasa awak makin jauh.
Moga yang terbaik, Tuhan datangkan pada awak :)
Sebab saya nakkan yang terbaik dalam hidup awak.
2 notes
·
View notes
Text
Sibuk
Aku tahu kau sibuk,tapi aku rasa kau makin jauh
2 notes
·
View notes
Text
Impian
Adik aku nak sambung belajar Diploma Syariah kat satu kolej ni.Aku saja jelah cakap dengan mak aku- “Untung gila mak,dia dapat capai impian dia.Akak dulu nak amik peguam mak tak kasi.”
“Kalau kau nak amik peguam amiklah kelas online”, jawab mak aku.Mak aku tak tahu macam mana susahnya nak divide masa belajar belajar ni macam mana.
Belajar nursing pun setengah mati juga belajar dia.Apakan lagi nak lari dari bidang.Start daripada awal balik pulak tu.
Adik aku bersuara
“Kau ingat belajar Syariah tu senang ke? Orang macam aku pun susah,apatah lagi orang takde base macam kau.”
Aku dalam diri agak terasalah jugak dengan kenyataan tu.Aku lupakan impian aku.Aku nak jadi Cikgu Sejarah/peguam/wartawan sebab aku tak nak pun buat kerja ni kalau ikutkan.Tapi sebab mak ayah dan dia,aku lupakan impian aku tu.
Aku kesian.Tapi paling tidak sekarang aku ada duit sendiri.Tu yang aku rasa agak puas hati,ada hikmah di sebaliknya dan doa seorang ibu tu memang power.
Cuma aku agak terkilan jugaklah bila dia cakap macam tu.Dulu aku memang berimpian nak jadi Peguam Sivil,tapi nak jadi peguam pun kosnya macam nak jadi doktor.
Aku tahu kerja aku hina.Kerja aku kan kotor.Jijik.Siapa je yang nak pandang kerja aku ni kan.Tapi paling tidak pun,boleh praktiskan kepada mak ayah kalau diaorang dah tua ni.
Entah,hati orang lain-lain.Kita ikut je.
2 notes
·
View notes
Text

Alangkah indahnya kalau kita ada kecantikan manusia.Cantiknya seorang manusia tu,sesungguhnya satu anugerah yang Tuhan berikan.Cantiknya seorang bidadari dunia,disambut mesra para perjaka.
Aku tak punya anugerah itu,kawan. :)
2 notes
·
View notes