assyamart
assyamart
Menjual Barang Basah Siap Cuci Dan Tupperware
81 posts
Don't wanna be here? Send us removal request.
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Tiada yang sempurna di dunia ini.😊 . #assyamart #barangbasah #barangbasahonline #pasaronline #tweet #lifequote #belionline #belionlineje #igshopmalaysiamurah #igshopmurah (at Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CUuIoEKFMt9/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Bukan delivery je tau. Siap siang dan cuci lagi. Tekan link bio sekarang. #assyamart #barangbasah #pasaronline #ikan #ayam #daging #sotong #belionlinekansenang #belionline #igshopmalaysia (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CT6cuJ2l9i1/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Teringat dulu masa zaman sekolah admin selalu ikut mak ke pasar beli ikan. Ayah tunggu luar dengan adik2 kecik. Admin dengan mak masuk dalam pasar cari ikan stok untuk seminggu. Seronok pergi pasar. Boleh pilih lauk apa yang admin suka. Lepas je settle beli ikan admin pun bodek mak mintak air/makanan yang ada kat luar pasar. Tak pernah tak dapat. Hihi. Dah beli apa yang admin nak terus balik rumah. Dari Selayang ke Seri Kembangan. Tak jauh pulak. Hahaha. Family admin ni pelik sikit. Suka pergi jauh2 cari apa2. Padahal ada je pasar yang dekat. Sampai je rumah mak admin terus siang ikan, ayam, sotong, udang. Admin teman la mak admin. Nak siang tak reti. Kitorang sembang2 la kat situ. Ada benda yang boleh tolong admin tolong. Paling leceh lepas siap cuci nak cari bekas. Bekas ni bila tak guna dia ada je. Tapi bila nak guna je hilang. Last2 pakai plastik packing barang basah masuk dalam peti. Peti ais of cos la kotor sebab air ikan tumpah. Dah jadi satu hal nak cuci peti lepas barang basah habis digunakan. Zup zap zup zap fast forward siap semua. Tapi kerja mak admin tak berhenti kat situ. Ada lagi kerja nak kena buat. Kerja memasak pulak. Yela suami dengan anak2 nak makan. Macam biasa admin memang akan teman. Apa yang admin boleh tolong admin tolong. Boleh dikatakan apa yang admin tau tentang pengurusan barang basah ni semua dari mak. Jenis barang basah yang ada kat pasar tu. Rasanya semua suri rumah pun macam tu. Bukan admin sorang je. Nak cerita pasal macam mana admin belajar next time la. Apa yang admin nampak kat sini bukan mudah nak uruskan barang basah. Habis tenaga dan masa. Mana taknya. Pergi pasar➡️cari ikan➡️balik pasar➡️siang dan cuci ikan➡️masak Kalau nak dikira masa yang mak admin habiskan untuk uruskan barang basah dari pagi sampai petang. Roughly dalam pukul 8am-3pm. Dah macam kerja dah. Fuhhh! Penat jangan cakap la. Admin yang ikut dan tolong sikit2 pun penat. Hahaha. Sampai di sini sahaja cerita pergi ke pasar bersama mak admin. Kalau tak nak penat macam mak admin tekan je link kat bio. Semua kat hujung jari je sekarang. #assyamart #barangbasah #ikansegar #ikansegaronline #pasaronline #belionlineje (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CTY9UCMlOqH/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Video
Sekarang ni tak payah susah2 dah ke pasar dan berejam uruskan barang basah kat dapur. @assyamart boleh hantar barang basah siap siang dan cuci. Sampai2 boleh terus masuk dlm peti sebab kami dah sediakan bekas untuk akak. Pelbagai pilihan seperti ikan, ayam, seafood dan daging. Akak pilih je mana nak. Sambil uruskan anak pun boleh order. Tak perlu dah susah2kan diri bazir masa dan tenaga. Semua di hujung jari akak je. Akak tekan je link kat bio. Join telegram @assyamart untuk dapatkan harga dan pengumuman2 penting. See you.😁 #assyamart #barangbasah #pasaronline #ikansegar #ikansegaronline #ayamsegar #dagingsegar #cucibersih #igshopmalaysiamurah #belionline (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CTWbAIVFIGe/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Bila kita bukak facebook atau instagram dan tengok kehidupan orang lain lebih dari kita apa yang kita rasa? Mesti rasa nak ada kehidupan macam mereka. Kita rasa cemburu. Kita rasa meluat bila mereka keep on menunjuk dalam social media. Apa kata kita ubah sikit cara pemikiran kita. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebelum nak rasa cemburu atau down ingat satu benda ni. Kalau kita rasa susah, ada lagi orang yang susah daripada kita. Kalau rasa susah nak uruskan barang basah tekan je link kat bio. #assyamart #dailyquotesforyou #lifelessonslearned #barangbasah #pasaronline #belionlineje #belionline #igshopmalaysiamurah #ikansegar #ikansegaronline (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CTUdHniJu6h/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Tongkol putih kalau buat masak gulai kelantan memang sedap. Orang kelantan panggil ikan aye. Orang kl macam admin panggil ikan kayu sebab isi dia keras. Hahaha. Admin dulu tak minat ikan ni. Isi dia tak keras dan tak berapa sedap. Tapi sekali try nasi air dingin kepala ikan tongkol. Perghhhh. Terus jatuh cinta. Semalam teringin pulak nak makan gulai ikan tongkol kelantan. Admin pun ambik la sekor. Btw ikan nie kalau buat masak kicap pedas kering2 pun sedap tau.🤤 Ok la. Admin nak balik makan dulu la. Lapar dah ni. Hihi. Kalau nak beli barang basah atau tengok katalog tekan je link kat bio. #assyamart #barangbasah #pasaronline #ikansegar #ayamsegar #dagingsegar #belionline #igshopmalaysia #freepalestine🇵🇸 #belionlineje (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CTOnv1XFJxj/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Hidup Susah Dengan Suami Bukan Perkara Yang Mudah Untuk Wanita Hebat 5 tahun pertama dalam perkahwinan macam2 dugaan yang kita akan tempuh. Antara dugaan yang paling ramai pasangan tempuh adalah masalah kewangan. Ada yang putus di tengah jalan ada juga yang bertahan. Tengok kawan2 senang je hidup lepas kahwin. Dapat pergi situ pergi sini. Makan sedap2. Kadang2 kita rasa tak adil hidup ini, kenapa mesti kita yang kena hadap semua ni. Kenapa bukan orang lain. Kenapa bukan kawan2 kita. Kenapa dan kenapa dan kenapa. Terlalu banyak persoalan sampai kita lupa Allah sentiasa ada untuk kita. Kita tak tau apa yang akan berlaku di masa hadapan. Apa yang kita perlu buat berdoa dan terus berdoa. Hidup susah dengan suami bukan perkara yang mudah. Dihina dan dikeji itu perkara biasa. Orang mengata memang tak dapat nak buat apa sebab kita tak boleh nak tutup mulut orang. InsyaAllah berkat kesabaran dan usaha dari suami akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Suami akan bagi apa yang mereka tak mampu berikan dahulu. Realiti hidup berumah tangga bukan macam dalam drama. Isteri diuji bila suami tiada apa2. Suami diuji bila memiliki segalanya. Nak beli barang basah klik je link kat bio. #assyamart #rumahtangga #keluargabahagia #barangbasah #pasaronline #belionline #freepalestine #ikansegar #ikansegaronline #igshopmalaysiamurah (at Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CTJcQ-YFYpK/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Mertua Tak Ngam Dengan Menantu Bukan semua orang dikurniakan mertua yang baik. Ada yang kena hadap mertua yang suka cari salah. Setiap kali balik kampung ada je yang tak kena. Kadang2 benda kecil tapi suka dibesar-besarkan. Bukan kebaikan yang dicari tapi keburukan. Sentiasa nampak kelemahan menantu. Ada 2 situasi untuk ujian ni. Yang pertama, bincang dengan pasangan tentang layanan mertua. Pasangan akan cuba faham situasi yang dihadapi dan segera menasihati ibu bapanya. Kalau makin melarat pasangan akan cuba jarakkan menantu dan mertua untuk sementara waktu. Yang kedua, pasangan akan anggap itu adalah satu tuduhan memburuk-burukkan ibu bapanya yang akhirnya menyebabkan perceraian. Kita di situasi yang mana? Dapat mertua yang baik atau yang kurang baik? Kalau kurang baik cepat2 la selesaikan. Jangan pendam sebab itu melibatkan rumah tangga kita. Kalau nak belikan mertua barang basah siap siang dan cuci klik je link kat bio. Kot2 sejuk hati mertua tu.🤭 #assyamart #barangbasah #pasarseni #pasarmalam #pasarpagi #pasaronline #igshopmurahmalaysia #freepalestine🇵🇸 #belionline #ikansegar (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CTBufUVlu4A/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Suri Rumah Zaman Sekarang Tak Reti Masak Kebanyakan suri rumah di awal perkahwinan zaman sekarang ni tak pandai masak. Tapi jangan terkejut bila dia belajar masak, masakan dia akan lebih sedap dari orang yang pandai masak. Jadi suami tak perlu rungsing sebenarnya bakal isteri tak pandai masak sebab isteri akan usaha sehabis baik sampai dapat masak masakan kegemaran suami. Mereka akan rasa looser bila suami tak dapat makan sedap2 kat rumah. Apa yang suami kena buat support dan sabar je. Macam mana nak support isteri supaya masak sedap2? Beli je barang basah segar siap siang dan cuci di A&S Mart. Dah la segar. Banyak pilihan pulak tu. Tekan link kat bio sekarang. #assyamart #barangbasah #barangbasahonline #pasarseni #pasarmalam #pasaronline #ikansegar #freepalestine🇵🇸 #belionline #igshopmalaysia (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CS6rVCLFYyq/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Budaya Give And Take Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga Dalam perkahwinan ni kita kena amalkan budaya give and take. Suami tak boleh meletakkan tanggungjawab dalam rumah tangga kepada isteri sepenuhnya. Macam tu jugak isteri. Sikit2 "tu tanggungjawab awak so awak la kena buat". Sikap yang macam ni boleh menyebabkan perceraian. Marriage is all about give and take. If all you do is take then you aren't married and never will be. Kita bukan tetamu dalam rumah sendiri. Nak ambik je tapi tak nak memberi. Isteri bukan hamba. Macam tu jugak suami. Kena sama2 ada sikap bertolak ansur. Tak gitu! Oh ye. Kalau akak2 tak larat nak uruskan barang basah klik je link kat bio. #assyamart #barangbasah #barangbasahonline #pasarseni #pasarmalam #pasaronline #ikansegar #freepalestine🇵🇸 #belionline #igshopmalaysia (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CS4OJEoFpXK/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Seronok Bila Masak Kat Rumah Happy tau bila suami dan anak2 suka masakan kita. Bagi kita orang lain tak suka tak apa asalkan suami suka. Bila suami dan anak2 suka makan masakan kita,kita akan lebih excited nak masak. Kebanyakan suami tak suka makan luar bukan sebab nak jimat tapi bagi dia masakan isteri yang paling sedap. Jadi akak perlu happy bila suami suka makan kat rumah. Itu menandakan yang akak dah berjaya menawan satu bahagian dari hati suami. Jangan akak rasa masak untuk suami itu adalah beban. Sebenarnya itu adalah kunci untuk akak ikat suami akak.🤭 Tapi sekali sekala nak makan luar apa salahnya kan. Tak gitu. Btw kalau akak nak order barang basah siap siang dan cuci klik je link kat bio. #assyamart #barangbasah #barangbasahonline #pasarseni #pasarmalam #pasaronline #ikansegar #freepalestine🇵🇸 #belionline #igshopmalaysia https://www.instagram.com/p/CS1UC-Dlbz_/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Tahniah pak long. (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CSy5paulySi/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Jadi Suri Rumah Ni Penat⠀ ⠀ ⠀ ⠀ ⠀ Mana tak penatnya. Kerja tak pernah habis. Dari bangun sampai nak tidur ada je kerja nak kena buat. Isnin-Ahad tak ada cuti.⠀ ⠀ Baru je duduk dah kena bangun balik sebab teringat ada kerja yang tak settle lagi.⠀ ⠀ Kemas rumah.⠀ ⠀ Memasak.⠀ ⠀ Urus anak.⠀ ⠀ Urus suami.⠀ ⠀ Penat satu hal. Orang mengata pun satu hal. Dah 2 hal kat situ. Haha.⠀ ⠀ Tapi beruntung sebenarnya jadi suri rumah. Tau tak kenapa?⠀ ⠀ Pekerjaan yang paling banyak mendapat pahala bagi isteri adalah menjadi suri rumah. Pahalanya melebihi semua pekerjaan di atas dunia.⠀ ⠀ Jadi akak tak perlu malu jadi suri rumah. Biarlah orang nak kata apa. ⠀ ⠀ Kalau nak kurangkan sedikit beban akak kat dapur akak tekan je link kat bio.⠀ ⠀ InsyaAllah kami dapat ringankan sedikit beban akak kat dapur. https://www.instagram.com/p/CSx1alFqIwo/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Trend terkini beli barang basah siap siang dan cuci. Lebih menjimatkan masa dan tenaga suri rumah. Tak perlu pening kepala. Order dan tunggu je. Sampai2 terus masuk dalam peti. #assyamart #barangbasah #igshopmalaysia #freepalestine #ikansegar #ikansegaronline #pasarseni #pasaronline #belionline #belionlineje (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CSJFq_wFIkL/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Order je barang basah kat @assyamart . Siap cuci dan bekas sekali tau. Sampai2 terus susun dalam peti. #assyamart #barangbasah #barangbasahonline #pasaronline #ikansegar #belionlineje #freepalestine🇵🇸 #surirumahbergaji #igshopmalaysiamurah #selangorku (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CSGex1FlAJr/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Tak tau la nak cakap apa.😭 (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CRGg7a6t84C/?utm_medium=tumblr
0 notes
assyamart · 4 years ago
Photo
Tumblr media
PKPD ni kita beroperasi macam biasa. Jom penuhkan peti dengan barang basah siap cuci dari @assyamart . #assyamart #barangbasah #barangbasahonline #pasaronline #belionline #freepalestine🇵🇸 #ikansegar #ikansegaronline #igshopmalaysiamurah #ayamsegar (at Pasar Borong Selangor) https://www.instagram.com/p/CQ-VhDhNr7p/?utm_medium=tumblr
0 notes