Photo


Setelah mendapat khabar dari Bapa Perutusan Malaysia, Sambutan Aidilfitri tahun ini sama seperti tahun sebelumnya. Tiada ziarah-menziarahi & melawat pusara. Rentas negeri jauh sekali. Cuma ucapan & bermaaf-maafan secara maya sahaja yang boleh dipraktikkan. Mentang2 la zaman Covid-19 ni semua benda menggunakan maya, teks perutusan pun sebar pakai fail PDF je. Dah takde live in TV.
Tapi...Dah nama pun rakyat Malaysia, memang pelantak la dengan peraturan2 ini. Ziarah-menziarahi tetap macam biasa. Pandai2lah diorang parking kereta jauh sikit dari rumah yang diziarahi atau sorok kasut kat dapur untuk mengaburi pihak berkuasa. Bab rentas negeri ni, pasti ada perkhidmatan menyeludup manusia macam Hans Solo. Menyorok dalam lori kontena ais pun sanggup, janji sampai kampung dengan selamat. Ada juga yang menggunakan alasan outstation kerja dengan adanya surat pengesahan dari majikan & pihak polis. Yang ini cara paling hina sekali.
Walau apa pun, tradisi kemeriahan sambutan Aidilfitri mesti diteruskan. Anak2 kecil & orang2 tua melepaskan kemarahan PKP 3.0 dengan membakar mercun di malam raya. Langit di Taman Keramat meriah dengan letupan & pancaran warna-warni. Dari Bengkel Mara ke Jalan Enggang, hingga ke AU2, bunyi mercun bersahut-sahutan tanpa henti. Satu Keramat sepakat. Mercun KLCC dan Bateri paling menonjol pada malam itu. 49 das tembakan ke udara, cukup untuk menakut2kan hantu raya yang baru keluar lokap. Thunderclap & mercun bunga agak ke belakang. Tapi boleh la, janji bunyi tak masuk angin. Upacara ‘bakar duit’ ini berlanjutan sehingga lewat 12 malam (atau polis datang melawat kawasan).
Pada malam Raya Pertama, aku melawat para imigran2 di Bangsar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing2. Lemang & rendang yang ku bawa menjadi pengubat rindu mereka. Jamuan ala kadar seadanya. Cukuplah menggembirakan mereka yang pilu itu. Sambil mereka layan blues dengan lemang & rendang, aku layan Mona yang dah semakin berat.
Salam Aidilfitri PKP 3.0, Maaf zahir & batin!
0 notes
Photo




Fasa MCO 3.0 sudah bermula. Gerimis senja menyirami Kota Lama ini, peneman sunyi. Aku menyusuri ke Selangor Mansion untuk melihat suasananya. Pada MCO yang pertama, lokasi ini pernah dipagari kawad duri kerana dicop kawasan merah Covid-19. Kelihatan lengang & kurang pelanggan seperti biasa. Aku berjalan ke belakang. bazar kelihatan berpagar dan tersusun. Lampu2 warna-warni menghiasi langit bazar ini. Terbahagi kepada beberapa seksyen untuk masuk ke bazar ini, agar tiada berlakunya kesesakan pengunjung. Pihak bertugas menjalan penantauan dengan ketat dan mengikut SOP. Aku ke laluan biasa, Capitol Cafe sudah tutup awal. Yang ada brader jual jagung bakar di depan kedai. Gerimis mulai perlahan. Aku berjalan hingga ke Campbell dan patah balik. Ingin mengambil suasana. Tapi agak hambar. Tidak seperti dahulu. Meriah & bergemerlapan. Magis itu sudah hilang. Aku sering melakukan pilgrim ini bila dekat2 nak raya. Ritual wajib sejak zaman sekolah lagi. Menyusuri bazar ramadan Jalan TAR, Pertama & Campbell. Cuma Sogo aku tidak masuk, terlalu sesak & bukan jiwa.
Waktu berbuka hampir tiba, pintu masuk bazar ditutup sementara. Penjual makanan & minuman tidak menang tangan melayan pembeli. Mujurlah cuaca dingin, dahaga tidak terasa sangat. Air mangga saiz grande menjadi pembuka petang ini. Dan ya, tawar-bawar seperti yang dijangka.
Bazar Raya | Masjid Jamek | Kuala Lumpur | 09.05.21
0 notes
Photo







Keramat, 2.30 petang: Aku terjaga dari tidur, kucing2 lapar merayu whiskas. Lalu ku capai tele-pintar dan baca pesanan2 tedahulu. “Hari ini apa bikin?”, Luqman (12.30pm). “Petang apa bikin?”, tanyaku kembali tanpa menjawab soalan. “Jom Kuala Selangor”. balas Luqman. Aku menolak pada mulanya kerana malas mahu keluar & tidak mahu berkejar2 waktu. Tiba-tiba Usin pula menghantar pesanan, “Brotherhood”, pembuka katanya. Ahhh...memang sukar untuk menolak pelawaan duo-funk-brothers ini. Mereka bersungguh2. “Jam 3 kumpul di Bangsar”. Lantas dengan tak mandi, cuma bilas muka & rambut seadanya, aku bergegas ke stesen LRT. Paan pula tiba2 Paan menelefon ketika aku sedang memandu. Aku cuma menyampaikan pesanan sahaja, “on the way, eta 15-20 minit”. Padahal baru nak parking di stesen Setiawangsa.
Bangsar, 3.45 petang: Perjalanan yang bermula dengan perancangan mengelak dari sekatan jalan. Kerana kami ke luar kota yang melebihi radius yang dibenarkan. Selepas pecundang2 ini mengutip aku di Menara UOA, kami langsung menyusuri Federal Highway. Trafik gerakan agak lancar. Cuma agak sesak di exit ke Sunway. Itu perkara biasa. aku baru tahu tol Batu 3 sudah dirobohkan. Banyak pembangunan di kiri kanan lebuhraya tu. Kali terakhir aku memandu ke Shah Alam adalah 3-4 tahun lepas, ketika WDK masih gagah berpeleseran. Perubahan landskap yang drastik. Tiang2 landasan laluan LRT, gedung2 membeli-belah dan juga kondominium tumbuh dengan pesat, tapi menakutkan. Jalan agak perlahan apabila memasuki i-City. Warga Shah Alam & Klang kalut membeli-belah untuk persediaan Lebaran di Jakel. Gusar dengan pengumuman PKP 3.0 tidak lama lagi.
Klang: Aku mengimbau ingatan2 silam. Pernah sesat di kota ini. Pusing2 jumpa jalan yang sama. Pening. Bandar diraja ini tetap sama seperti dahulu. Bangunan2 pasca-perang masih utuh & teguh. Ada juga bangunan2 baru, cuma tidak pesat seperti di Shah Alam. mataku masih lapang melihat landskapnya. Tidak sesak & sempit dengan bangunan 2 tinggi. Cuma ada beberapa tiang LRT baru dibina. Mataku melilau mencari2 sesuatu, dan ya, masih wujud! Bangunan sekeping tergendala pembinaannya masih terpacak di situ. Aku menganggap ia adalah ikonik Klang yang sebenarnya. Kerana mahakarya rekabentuk arkiteknya yang unik nan sekeping. Sosok inilah yang ku cari dahulu kalau tiba di Klang. Akak Komrad selaku pilot menyusuri kotanya dengan cekap & laju. Wanita besi garang yang berdarah pahlawan Jawa (menurut tafsiranku).
Kapar: Setelah menjauhi Klang, kami menyusuri jalan Kapar sambil melihat2 kiri dan kanan. Kagum dengan pengaruh2 trend baru yang merebak di situ. Familymart, Tealive, Watson, 99 Speedmart,OYO Hotel dan segalanya. Semua ini adalah batu-ukur kemajuan sesebuah pekan. Masih juga terdapat bangunan2 kedai baru yang masih kosong & ada juga yang terbengkalai atau ditinggalkan. Kondisi jalan lama masih sama, gara2 laluan kenderaan berat. Dari jalan besar kami masuk ke jalan kecil menuju ke pantai. Laluan ke ladang sawit ini agak sempit & kurang sesuai untuk kereta lowered. Pembaca-Peta mengarahkan ikut laluan ini kerana ia akan menemukan pantai tersembunyi dan privasi. Dan akhirnya, kami tiba dengan disambut anjing putih, lumpur dan lopak2 air. Celaka Paan!
Pantai Remis: Setelah beberapa tahun, inilah waktunya aku dapat menikmati angin pantai dan deruan ombak yang real. Pantai ini telah ditambak dengan batu2 besar untuk mengelak hakisan. Pohon2 paya bakau sudah tidak kelihatan. Juga terdapat sebuah hotel terbengkalai atau ditinggalkan. Berdiri usang melawan usia & waktu. Ikonik baru dalam senaraiku. Kelihatan sepasang suami isteri sedang mencari remis di pasir pantai. Kami disambut dengan senyuman mereka. Pasir dikorek dan lalu ditapis untuk mendapatkan remis. Corak2 pada cengkerang remis berbeza2. Dan ia sangat tersendiri & individualist. Menurut makcik, remis ini biasanya dibuat masak lemak cili api. Atau di bakar begitu sahaja. Ada juga seorang uncle Cina baru habis mengutip remis dan sedang duduk berehat dibawah pohon. “Uncle orang sini juga ke?”, “Tak, saya dari Kuala Kubu. Naik bas 2 jam mari sini. Dari pagi saya sudah start cari, buat makan2 sendiri saja.” Wahh! Gigih sekali. Kelihatan para pecundang sedang menikmati angin pantai. Menanti sang matahari dengan penuh harapan. Mengelamun, berfoto2 kenangan, berbagi kisah2 lucu. Jacki melembarkan tikar merangkap shwalnya untuk dikongsi bersama. Salmi & Akak Komrad pula tiba2 menjadi model, yang difoto & diarahkan oleh duo-funk-brothers. Syafiq meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sistem & cinta. Diselitkan juga pesanan2 idolanya, Hamka agar terlihat cerdas. Jacki cuma ngia2kan sahaja. Paan pula duduk2 bergaya bongkak dengan kerusi lipat kayangannya, sambil2 menanti sang suria berlabuh. Ternyata semesta sangat iri dengan mereka, lalu dihadiahkan gerimis petang. Bertempiaran baliklah mereka semua. Semesta bilang, lain hari bawa pasangan masing, barulah nikmat “sunset” itu ada. Kejadahnya datang tengok sunset dengan pecundang2. Hujan tiba2 berhenti. Kami meneruskan perjalanan menyusuri laluan tepi pantai. Melihat2 gelagat manusia. Ada yang berkelah, dan ada yang memancing. Bazar Ramadan juga ada di sini. Walaupun tidak banyak gerai, cukuplah untuk memeriahkan tempat ini. Jalan mulai sesak apabila kami menghampiri kawasan tempat makan. Kelihatan orang ramai menunggu sementara menanti laungan azan maghrib. Terkenal sekali tempat makan ini. Ada yang masih beratur panjang untuk mencuba nasib. Sistem pre-booking mungkin tidak terpakai di tempat ini.
Destinasi Terakhir: Setelah putus harapan kerana tiada sang suria, kami semua memutuskan ke restoran makanan laut tersohor di Penambang sana. Perjalanan dalam 10-15 minit. Aisha & Jijoe sudah lama menanti. Waiter tu sampai 3-4 kali tanya minta pesanan. Kali pertama aku ke sini selepas menghadiri perkahwinan Sang Fazallah (yang ke-2) di Teluk Intan. Tidak banyak berubah dan vibe masih sama seperti dahulu. Restoran yang terletak di tepi muara sungai ini masih lagi klasik & oldschool. Melihat pecundang2 semua melahap dengan rakus sampai ada yang membuat pesanan kedua, aku faham nikmat seharian berlapar & berbuka puasa beramai2. Majlis berbuka puasa yang gemilang untuk tahun ini. Tiada yang tersisa, semua licin. Setelah membuat perbandingan dengan bil resit yang lepas , ternyata udang sudah naik harga. Hujan mulai berhenti. Lalu kami pulang dengan senang hati, tapi penuh berhati2 (elak sekatan jalan lagi). :)
Gagalista-Day-Out | Kuala Selangor | 02.05.21
2 notes
·
View notes
Photo

The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur (TVAKL) has been serving the educational, spiritual and cultural needs of the Brickfields community for many decades. The Ashrama (as the organisation is known) is run by a Management Committee and is registered as a Company under the Company’s Act. This entity in turn owns and operates not just the land on which the Ashrama building is located in Brickfields, but also four Tamil language schools.
The Vivekananda Ashrama KL (TVAKL) is dedicated to the ideals of Swami Vivekananda and his work in providing educational, spiritual and cultural development for all regardless of race and religion. The Ashrama building in Brickfields and the four schools TVAKL operate represents the core of our work.
TVAKL runs three primary schools and one secondary school, serving a total of 2,500 children. The three primary schools are Tamil schools while the secondary school is a national school with Malay as the medium of education.
Source: http://vivekananda.my/
The Vivekananda Ashrama | Brickfields | Kuala Lumpur
3 notes
·
View notes
Photo

Nadi kehidupan kota (suatu ketika dahulu).
Masjid Jamek | Sungai Klang | Sungai Gombak | Kota Lama
0 notes
Photo










Rencana mahu mendaki ini sebenarnya tidak dirancang, hanya omong-omong kosong. Maka aku pun tidak ambil pusing dari segi persediaan fizikal & mental.
Tiba-tiba Thole menghubungiku, “Jadi ngak kita mendaki ke Semeru?”, “Wah! Jadi ya? Aku masih belum siap2 lagi ni mas”, jawabku. “Santai aja mas, kamu cuma bawa uang & tenaga aja, selebihnya ditanggung beres”, bilang Thole seperti biasa (dengan yakin). Dan aku lupa baca log gunung, bahawa Semeru ini diantara gunung yang susah untuk didaki.
“Mosok, Thole!”.
“Antara melawan atau menyerah pada keegoan”, itulah kata2 terakhir dari Thole sebelum kami berpisah. Thole menghabiskan rokoknya lalu turun, aku pula menyerah kepada egoku. Apa mungkin aku bisa pengsan & hilang nyawa jika tetap diteruskan. Kerana EGO.
Terima kasih buat pendaki2 muda Indonesia yang memberi semangat dgn lontaran kata2 Pak Mario & sekeping roti coklat, agar aku tiba di puncak dengan jayanya (selamat). Semua kejadian ini dirakam secara analog (35mm) dengan usaha separuh mati untuk tiba di puncak.
Taman Nasional Bromo Tengger Semeru Malang / East Java / IND Apr 2018
Pak Legowo, Thole, Sekkar, Puji & aku.
0 notes
Photo










Believer’s
georgetown // penang island // northern peninsular // malaysia // sept 2017
0 notes
Photo










Penanglites
georgetown // penang island // northern peninsular // malaysia // sept 2017
0 notes
Photo









Saya-sayap hitam
georgetown // penang island // northern peninsular // malaysia // sept 2017
0 notes
Photo






Ipoh Railway Station
Ipoh // northern peninsular // malaysia // sept 2017
1 note
·
View note
Photo










Zudrangma Records / Studio Lam
shukumvit // bkk // thailand // aug 2017
1 note
·
View note