Tumgik
killerzodiak95 · 4 years
Text
The Fat Rat - We'll Meet Again
https://m.youtube.com/watch?v=hJqYc62NCKo
1 note · View note
killerzodiak95 · 5 years
Text
سم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah! There is no deity but Him, the Alive, the Eternal. Neither slumber nor sleep overtaketh Him. Unto Him belongeth whatsoever is in the heavens and whatsoever is in the earth. Who could intercede in His presence without His permission? He knoweth that which is in front of them and that which is behind them, while they encompass nothing of His knowledge except what He wills. His throne includeth the heavens and the earth, and He is never weary of preserving them. He is the Sublime, the Tremendous.
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Ikan Keli Berlada
ADA Pengemar lauk ini..
Sila munculkn diri😝😝
Dengan emoji😘😘
Ikan keli goreng berlada😍😍
Resepi ikan keli berlada
Ikan keli /8ekor)..goreng..gaul garam kunyit(bgi xmeletop letak asam keping..goreng api sederhana..nmpk garing ckit blh kuatkn api)
Cili api ikut pedas mana..*
4ulasbawang putih*
1biji bawang besar*
Bahan blender..
Bhan mayang
10biji bawang kecil
10ulas bawang putih
Minyak masak secukup
Tumis bawang kecil n bawang putih..goreng garing bkn hangit ye..(lbih kurang mcm nk buat bwmg goreng)..
Dh layu..masukkn..bhan yg blnder..bubuh..gram..gula n aji..seckup rasa..nmpk pecah minyak..bubuh..ikan keli tdi..gaul2..siap
Tumblr media
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
3 orang pemuda daripada Bani Uzrah telah memeluk Islam. Maka Rasulullah bertanya: Siapa yang ingin mencukupkan keperluan mereka? Talhah berkata: Saya! Mereka bertiga pun dijaga oleh Talhah. Apabila Nabi s.a.w menghantar sekumpulan tentera bagi mempertahankan Islam maka salah seorang daripada tiga pemuda itu menyertainya dan gugur syahid. Kemudian Rasulullah s.a.w menghantar sekumpulan lagi tentera dan disertai oleh pemuda yang kedua dan dia juga syahid. Manakala pemuda yang ketiga meninggal dunia atas tilamnya. Talhah berkata: Aku bermimpi melihat ketiga-tiga pemuda itu berada dalam syurga. Aku dapati pemuda yang mati di atas tilamnya mendahului mereka dan diikuti dengan pemuda yang syahid pada perang kedua dan akhirnya pemuda yang pertama syahid. Lalu aku menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Maka Baginda bersabda: Apakah kamu hairan? Tidak ada orang yang paling mulia di sisi Allah daripada seorang mukmin yang dipanjangkan umurnya di dalam Islam dengan sebab sentiasa bertasbih, bertakbir dan bertahlil. Riwayat Ahmad dengan sanad yang baik.
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
RESEPI DAGING BLACK PEPPER
Bahan -bahan:
Daging
Bwg putih 4ulas (tumbuk)
Bwg holland 2 biji
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Sos black pepper
Lada hitam 2sudu (tumbuk)
Capsicum hijau 1biji
Tomato 2biji
Carrot (optional,xnak letak pun xpe)
Daun bawang (optional, xnak letak pun xpe)
Garam, gula, aji
Minyak masak
Cara Masak:
1. Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.
2. masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.
3. masukkn garam, gula,aji.
4. Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!
Tumblr media
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim Dalam Kuali Leper (Menjilat Jari)
Bahan-bahan :
Ikan keli. ( Ikutlah mahu berapa ekor. Basuh dengan garam, asam jawa, gaul, cuci bersih, perah limau, cuci lagi bagi hilang hanyir ikan, toskan, kelar-kelar ikan.)
Daun pisang secukupnya
Bahan Sambal
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia
2 batang serai
Sedikit lengkuas
10-15 tangkai cili kering, ikut pedas yang anda mahu. Potong kecil dan rebus dulu
Sedikit cili api
2 biji cili merah besar
Belacan sedikit
(blender bahan ini sampai hancur)
Bahan Perasa
Garam
Pati bilis
Perasa
Gula
Air keping atau asam jawa (ikut keasaman yang anda suka)
Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis bahan blender.
2. Bila menggelegak bubuh semua bahan perasa, biarkan pecah minyak.
3. Kalau sudah pecah minyak masukkan air. Masak lagi sampai cili betul-betul masak. Siap dan boleh tutup api.
4. Hamparkan daun pisang atas kuali leper. Curahkan bahan sambal sedikit di atas daun pisang.
5. Letak ikan. Curah lagi sambal selebihnya menutupi ikan.
6. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus. Slowkan api. Biarkan ikan masak secara bakar stim.
7. Dalam 10 minit tak perlu tengok tapi balik-balikkan untuk bagi masak sekata. Siap.
Tumblr media
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Tumblr media
Jarang sangat terdengar muslims mengganggu urusan agama atau menghina agama lain di medsos, tapi diorang ni selamba je as if we've got no feelings or sensitivity at all.
Dan biasanya diorang ada satu persamaan... diorang ni penyokong PH.
I wonder where did they get their mocking attitude from?
Tak boleh ke belajar hormat pada agama & budaya orang lain?
- DK
#penyokongPHkurangajar
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2261334410772882&id=100006890344340
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
undefined
youtube
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Ya Allah bangun kan aku seawal mungkin ya Allah 😣
Tumblr media
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Jom harini buat Nasik Ayam jom.. Beli barang buat makan tengahari/malam :)
== Bahan-bahan ==
( Bahan nasi )
5 cawan beras
2 sudu planta
1 inci halia
Serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
Air stok ayam secukupnya
( Bahan stok ayam)
6 keping ayam bahagian tight
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Air secukupnya
Kiub pati ayam
( Bahan sup ayam )
Rempah kasar
1 biji bawang besar
1 inci halia
Air stok ayam
Daun sup
Daun bawang
( Bahan perapan ayam )
1 sudu sos tiram
5 sudu kicap
Garam
Gula
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
( Bahan kicap )
Air lebihan perapan ayam
1/4 cawan stok ayam
1 sudu tepung jagung
Gula
( Bahan sambal )
3 cili hidup
10 cili padi
5 ulas bawang putih
2 tangkai akar ketumbar
2 biji air limau nipis
1/2 biji kulit limau
Garam
Gula
== Cara Membuat ==
Masukkan kesemua bahan stok ayam, dan rebus hingga ayam empuk.
Rendam beras basmathi sekurang-kurangnya 20 minit. Tumis bahan untuk nasi ayam. Apabila sudah naik bau, masukkan beras dan stok ayam. Perasakan. Masak nasi seperti biasa
Perap ayam dengan semua bahan perapan ayam. Kemudian goreng menggunakan minyak yang panas. Pastikan tidak menggoreng terlalu lama.
Untuk membuat sup ayam, tumis rempah kasar, bawang dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan stok ayam. Perasakan dengan kium pati ayam atau garam
Gunakan air lebihan perapan ayam untuk membuat kuah kicap. Tambah sedikit air stok ayam dan campurkan dengan tepung jagung. Perasakan
Kisar kesemua bahan untuk sambal. Perasakan dengan garam dah gula.
Nasi ayam sedia dihidang bersama salad, timun dan tomato
==
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Moga esok dah okay
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Ni kalau buat mesti laku keras, memang sedap betul.. berebut anak2.. try la..
Bahan:
Resepi Ayam Goreng Berempah
12 - 15 ketul ayam
3 batang serai dikisar halus
3 biji bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
2 sudu teh garam
Cara:
1. Perapkan ayam dengan semua bahan sehingga sebati. Perap di dalam peti ais sekurang kurangnya 2 jam. Lebih lama perap, lebih bagus.
2. Gorengkan ayam menggunakan api sederhana sehingga gelap keemasan.
(sumber resepi: mama g)
Kredit to : Mama G
Selamat Mencuba
Source
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Ade peneman tidor
Tumblr media
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
0 notes
killerzodiak95 · 5 years
Text
Tumblr media
Golongan Terencat Dalam al-Quran
============
1. Sudah menjadi sunnah pendakwah, apabila menegur, mereka dipanggil “golongan yang terencat” atau gila. Allah merekodkan perkara ini di dalam al-Quran dimana para Nabi terdahulu dipanggil “gila” (majnun) atau “terencat akal” kerana usaha dakwah mereka.
2. Menurut al-Imam al-Tabari, isteri Nabi Lut memanggil suaminya (Nabi Lut) sebagai orang gila kerana melawan perbuatan LGBT terkutuk. Bimbang pula kita kalau hari ini melawan arus kemungkaran LGBT ini, kita pula dikatakan gila. Namun, begitulah fitrahnya perjuangan Nabi Lut dahulu, melawan LGBT dipanggil gila. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan, Muassasah al-Risalah, 2000, 23/497).
3. Nabi Nuh dan Nabi Musa dituduh gila kerana mengajak manusia kepada tauhid, menyembah Allah, Tuhan yang satu (lihat Surah al-Qamar: 9 dan al-Syu’ara: 27). Kalau dahulu tuhan-tuhan mereka adalah berhala yang megah tersergam zahir, hari ini manusia menjadikan nafsu mereka sebagai tuhan, berhala yang terpendam sulit. Mereka meninggalkan arahan Allah dan menyembah nafsu mereka. Benarlah firman Allah:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ
“Apakah kamu tidak melihat (wahai Muhammad), mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan?
4. Rasulullah pula dituduh gila atas usaha memperbaiki kehidupan Quraysh yang rosak dari segenap aspek. Memperbaiki sistem jahiliyyah adalah satu bebanan yang luar biasa. Bagi mengelakkan manusia dari mendekati Muhammad, mereka membunuh imej Baginda (character assassination) dengan menyifatkan Baginda sebagai orang gila, ahli sihir, tukang tilik dan ahli sya'ir.
5. Begitulah lumrah dakwah. Apabila memberi peringatan dan mengajar kebaikan, sebahagian manusia tidak mampu menerimanya bahkan mencaci pendakwah dan memanggil mereka sebagai terencat atau gila.
Moga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berusaha memartabatkan Islam.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Source
0 notes