Tumgik
Text
Tumblr media
Saya seperti burung Phoenix.
A Phoenix rise from the ashes.
Kisahnya, kelas Jepun ada jamuan Raya. Pakai baju Raya warna merah dgn haori biru.
Seolah-olah seperti Phoenix dah keluar.
Mmg benar, saya sepertinya
0 notes
Text
Macam tak percaya
tak tahu mcm mana nak cakap.
Kalau ingatkan balik, saya amat tak sukakan mereka, benci, dengki, tak suka.
menyampah... BLACKLIST
tapi.... sekarang... aku menerima mereka, kita sekarang kwn, kita sekarang sama-sama membantu.
mungkin ada negatif sikit-sikit tetapi saya masih lagi positif
0 notes
Text
Walaupun awak bekas pelajar, awak masih seperti pelajar dan keluarga kita
先生の ご主人 は 「Walaupun awak bekas pelajar, awak masih seperti pelajar dan keluarga kita」 と 言います。
Kalau mereka cakap ikhlas sebegini, awak sudah dijalan yang benar.
0 notes
Text
The start
Mula bekerja, ada duit, boleh la pergi kelas.
Tumblr media
Kita pun Survey mencari kelas Jepun.
ICLS masa tu amat mahal
kelas di tempat ni mahal
Kelas menarik ni dekat office
Kelas yg professional bersebelah juga
Selepas survey cuba la kan. Gaji dah ok, kerja pun "OK"
Again, saya cuba untuk tidak pergi ke Kelas Jepun yang diajar oleh bekas pelajar Malaysia.
Anda mesti bertanya kenapa? Kalau baca posting pertama saya ada tulis, pelajar Malaysia di overseas ini amat toxic kerana mereka angkuh dan ingat mereka sahaja yang pandai kerana terpilih ke overseas.
Itu adalah pemikiran negatif saya masa itu.
Survey hanya tinggal 2 kelas dekat office ini. Apakah cara terbalik? Survey lagi, satu diajar oleh sensei Jepun ini dan kelas lain, sensei local.
Tahu bukan yang mana saya pilih. Pilih yang Jepun. Harga murah mengajar pun orang Jepun.
Murah kerana saya cari PRIVATE CLASS bukan group kelas. Alasannya kerana pekerjaan saya yang amat tidak tetap.
Bayar sudah fees dan dapat dah buku.
Ini adalah buku yg paling.... amat benci pada masa tu...
buku fotostat MINNA NO NIHONGO.... Yes, Photostat... kalau JELAS no problem, ni TAK JELAS. TAK JELAS, furigana mcm sial je tak nampak.
Contoh seakan-akan dibawah.
Tumblr media
Kita mula walaupun dgn semangat semua. Lupakan dunia seketika dan study. Stress mmg ada tapi kena lalui.
Selepas beberapa bulan baru tahu, mereka tak pandai mengajar 1 to 1. Mereka lebih kepada classroom. Tanda-tanda negatif keluar, kerja di pejabat semakin teruk sehingga syarikat kononnya nak jimat kos. Tanda-tanda tak baik kelas 1 to 1 dah bermula.
Saya tak diberikan full Hiragana classes.
Sensei tukar sensei, xde feedback. Aku mcm blur jap. Mereka selepas itu gantikan dengan sensei yang fully tak faham.
Sensei selepas tu kena balik ke 日本 Japan sekejap. Jadi saya digantikan oleh pelajar ni, alangkah sedih kerana pelajar ni amat boleh kata menurunkan semangat belajar bahasa Jepun. Setiap kali dia marah, apa ni tulisan mcm cakar ayam, excuse me saya tak diberi latihan hiragana dan katakana. Ada satu lagi juga tapi saya tak nak cerita kerana tak sesuai, nak marah pun tak nak tetapi itulah bak kata 先生 yg mengajar kita sekarang "Berkat dan keikhlasan mengajar,"
Lastly, work pun dah toxic. Suffered too much.
In the end, selepas berhenti atau Syahid Pertama. Saya tak suka atau anti buku Minna No Nihongo
i stopped it.
percayalah, lama gak nak sampai part 2 of my journey.
*Mungkin akan diupdate kesemasa kerana image dan gambar.
0 notes
Text
Introduction
Pengenalan diri. Mungkin kisah pengenalan ini lebih kepada Trigger Warning, jadi baca dengan berhati-hati.
Nama: Mungkin anda tahu
Penyakit Mental: ADHD, Depression and Trauma
Jenis Keluarga: Toxic
Kalau saya nak mula ajak panjang kisahnya.
Lahir pada zaman Look East Policy baru bermula, arwah ayah support untuk ke Jepun. Mak tidak mahu kerana takut jadi seperti abang saya atau "pakcik" saya.
Arwah ayah meninggal dunia sewaktu SPM. Memang jatuh dengan depression dan anxiety. Mood pun tiada. Keluarga pun tak supportive hanya tahu membebel supaya berusaha untuk SPM. Disekolah jadi mangsa buli dan kes murtad tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Kerap dimarahi oleh Datin.
Zaman study di IPT, IPT tidak menawarkan kelas bahasa Jepun kerana politik IPT tersebut. Pelajar di IPT mempunyai kumpulan Dengki dan menyerang saya. Awak kenal kisah arwah Zulfarhan, cuma bezanya saya selamat dan arwah meninggal dunia. Berkenalan dengan sensei kelas Jepun, Sensei baik cuma cara mengajar dan translate dia AMAT BAHAYA. Byk salah rupanya. Bila bercakap, kawan yang belajar tegur suruh berhati-hati kerana bahaya.
Waktu belajar, ingin mengambil bahasa Jepun tetapi gagal kerana harga kelas Jepun masa tersebut agak mahal. Saya sebenarnya tak suka bercerita zaman belajar plus keluarga tak ada duit kecuali Dato dan Datin dan mereka lebih suka jika saya menjadi hamba dan peralatan abuse mereka.
Masa ini jugalah, saya jumpa pelbagai psycho dari Malaysia. Yang belajar luar negara ini lebih baik dari yang belajar LOCAL. Mereka mengutuk pengecam dan pelbagai. Yes, saya pernah bekerja dengan seorang infuencer yang terkenal. Dia hina kita.
Saya ingat lagi dalam meeting dia suruh stop selepas itu bertanya.
"WHERE DO YOU ALL STUDY?"
kita menjawab la
"OH LOCAL, NO WONDER YOUR MINDS ARE NOT OPEN MINDED!"
I ada perasaan negatif ni, kerana majority saya jumpa yg belajar di Jepun ni ada yg teramat berlagak dan terlampau bahaya contohnya minah ISIS dan si “Tak Malu Membanggakan Diri,”
Saya tak ingin bercerita lagi sebab ramai yang saya jumpa ni kebanyakan not nice. Adeh.
Bila bekerja baru dapat belajar Bahasa Jepun. Itupun ada dugaannya. Nanti saya akan cerita pada post seterusnya.
Tumblr media
0 notes