mumuefdh
mumuefdh
mumuestory
18 posts
Every single words is come from heart
Don't wanna be here? Send us removal request.
mumuefdh ยท 5 years ago
Text
Tumblr media
Last update aku cerita pasal sem 1. Dah masuk 2020 ni, ofcourse lah aku dah grad!๐Ÿฅณ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ On 2019, Iโ€™m officially graduated on Diploma in Technolgy Management (Accountancy)๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“ Albamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ Hasil 3 tahun belajar akhirnya dpt segulung.. eh? Tak gulung pun๐Ÿ˜‚ okey kita tukar.. A peace of paper certification of Diploma ๐Ÿ˜…
Tumblr media
Ni kira appreciation post lah ek๐Ÿค” Okey.. First of all, thank you dekat ibu ayah sbb banyak keluar duit masa belajar, keluar tenaga hantar pergi balik kolej dan berkat doa sampai berjaya alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ InsyaAllah selagi ada kudrat, akan ku balas jaya ibu ayahโ˜บ๏ธ๐ŸŒˆ
Tumblr media Tumblr media
Second, thank you dekat roommate terutamanya yg dah byk kali jadi roommate aku๐Ÿฅฐ Kita mention lah ek siapa hahaha ๐Ÿ˜‚Laila, Farisha, Shahirah, Didi and Aina. Dieorang ni lah yang selalu menceriakan hari hari ku di kolej๐Ÿ˜‚ Tapi setiap sem aku mesti satu bilik dgn Laila and Farisha. Mana ada aku, di situ ada dieorang. Mana ada dieorang, disitu ada aku๐Ÿ˜† Maklum lah, kiteorang satu course๐Ÿ’๐Ÿปโ€โ™€๏ธ Aku rasa, dieorang dah paham sgt aku ni jenis mcm mana๐Ÿ˜… Paling tak boleh lupa, kita susah senang bersama :โ€™) Thank you geng sudi kawan dengan aku๐Ÿ’– Semoga persahabatan kita kekal sampai bila2๐Ÿฅฐ
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Next, thank you dkt classmate!๐ŸŒˆ Ada yg pernah 1 group assignment, ada yg suka membawang hahaha๐Ÿ˜‚ Mostly classmate yg dlm gambar ni je yg aku rapat. Yang lain tak rapat sbb entah la ek dieorang tak sudi kot berkawan dgn kiteorang๐Ÿ˜‚ Klw terserempak kat mana2 mcm tak kenal jeโ˜น๏ธ Classmate yg paling byk berjasa ni Liau lah, every thursday dia tumpangkan aku hantar pergi RTC๐Ÿ˜Š Aku bagi duit minyak, dia tolak. Tapi aku paksa gak haha๐Ÿ˜‚ Thank you for the memories!โœจ
Tumblr media
Last but not least, thank you sistur mira!๐Ÿ™†๐Ÿปโ€โ™€๏ธโœจ Dia pun classmate aku juga, tapi tak rapat pun masa kat kolej โ˜น๏ธ Bila kiteorg 1 tempat LI, baru lah aku rapat and kenal dia ni mcm mana๐Ÿ˜… Aku ingatkan dia sombong tau plus suka emo, tapi sebenarnya tak ya. Dia lah orang paling ceria ceria selalu๐ŸŒˆ Kadang aku penat gelak bila duduk dengan dia๐Ÿคฃ Dia banyak tolong aku masa LI, dgr cite aku pasal masalah kerja๐Ÿงก Aduhh rindu pulak nak kerjaโ˜น๏ธ (pasal kerja kita cerita dkt next post ya)
Lastly, thank you dkt lecturer yg byk beri tunjuk ajar sepanjang 3 tahun dkt KYPJ!๐Ÿ’™ Semoga lect sihat selalu boleh ajar junior2 lain๐Ÿคฒ๐Ÿป InsyaAllah klw kita singgah kolej, kita dtg melawat lecturer ye hehe๐Ÿ˜
Thank you KYPJ and UTM๐Ÿงก This is a right choice yg patut aku bersyukur๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ Next, road to Degree๐Ÿ’จ๐ŸŽ“๐Ÿ’ช๐Ÿป
Mumue 2020 ๏ฟฝ๏ฟฝ๏ฟฝ
0 notes
mumuefdh ยท 5 years ago
Text
Tumblr media
Pekabo tumblr? ๐Ÿ‘€ Lama betul tak update blog sampai aku lupa yg aku pernah buat blog๐Ÿ˜… Tu pun ada member sorang, search apa ntah kat google tetiba keluar 1 posting aku kat tumblr. Then tetiba teringat yg aku pernah ada blog๐Ÿ˜‚ Macam hilang ingatan pulak ek? (Minta dijauhkan ish3๐Ÿ˜›) Alhamdulillah nasib baik ingat password๐Ÿ˜‚ Dah brp tahun tak update blog, byk cerita yg terlepas nk shareโ˜น๏ธ InsyaAllah klw ada masa aku akan update, kira mcm throwback gituw apa yg dah jadi kat mumue sepanjang tak update blog๐Ÿ˜น
Untuk update yg akan dtg ni, mungkin aku akan perbaiki dari segi cara susun ayat utk lebih menarik nk baca. Bila baca post sebelum ni, aku buat 1 perenggan je. Panjang lebar cite sbb idea tengah mencurah curah๐Ÿ˜‚ sampai ada ayat typo (itu normal๐Ÿ˜›) So, stay tuned for my next post!โœจ
Cerita aku ni tak menarik pun utk org lain baca, tapi setiap story yg aku update ni aku buat untuk diri sendiri baca. Nanti dah tua bila baca balik, semua ni jadi kenangan๐Ÿฅฐ. Hahaha๐Ÿ˜‚ Nanti aku buat 1 blog cerita knp aku buat tumblr ni ok?๐Ÿ‘Œ๐Ÿป
Mumue-2020๐ŸŒป
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
Jodoh yang baik akan datang tepat pada masanya ๐Ÿ’–
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
Sekejap je dah nak habis sem 1. Macam macam perangai orang yang aku kenal. Satu pengalaman yang berguna jugak lah bila kenal perangai orang yang bermacam macam ni, nanti masa akan datang aku dah tahu macam mana nak hadap orang orang macam ni. So, biarkan lah orang orang tu. Orang tu tak kacau pun aku cuma aku tak senang je dengan kehadiran orang tu. Rasa macam terganggu. Hahaha harap tak jumpa lah sem akan datang. Memandangkan sem 1 nak habis, aku nak share sikit apa masalah yang selalu aku hadapi kat sana. Maybe masalah ni normal bagi setiap student, tapi aku baru nak normalkan diri dengan masalah ni. Maklum lah budak sem 1. First, masalah aku ialah nak pilih baju dengan tudung nak pegi kelas. Rasa macam rumit. Nak kena pilih tudung yang sesuai dengan baju bagi taknak nampak asik pakai baju dengan tudung yang sama. Lagi satu, wujud pulak sifat malas nak iron baju or tudung. Tiap kali nak pilih baju dengan tudung, mesti kena pilih antara baju atau tudung yang aku nak iron. Hahahaha sengal kan? Lepas ni sem 2 kena cari baju or tudung yang tak payah iron. Jimat masa Second, soal makan. Hari hari pening nak makan apa. Soalan paling susah dan lagi susuah dari buss math bila member tanya "nak makan apa harini?" Hahaha ye lah dah cafe tu jual benda sama hari hari. Dengan nak jimat duit lagi. Kalau boleh nak beli makanan yang tak payah bayar langsung. Hmm nak buat macam mana, dah la dalam hutan. Nak delivery tak boleh, nak keluar lagi lah jauh gila hahaha. Third, assignment berkumpulan. Suka ke tak suka memang kena hadap lah. Hope sem 2 is better than now. Kena selalu biasakan diri dan pandai bawak diri kawal emosi. Okey final exam dah nak dekat, semoga dipermudahkan masa study week nanti. Jangan stress walaupun paper akaun dengan buss math jatuh pada hari yang sama. Study hard dari sekarang k bye!
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
Kadang kita rindu, rindu dengan kenangan. Tapi masa telah memisahkan kita, semoga kenangan yang di rindui dapat tercipta kembali di masa akan datang :')
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
Finally aku study dekat KYPJ kulai-kota tinggi. Kolej dalam hutan sebelah pokok kelapa sawit hahahaha ๐Ÿ˜†. Sebenarnya Kypj ni last choice aku nak study mana. Setelah permohonan ipta dan poli tak dapat, aku belajar lah dekat sini. Mula mula aku segan lah juga bila orang tanya sambung belajar mana. Bila aku jawab kypj respod orang selalunya hmmm macam tak bagus lah belajar situ. Macam aku ni tak berapa nak pandai sangat sebab tak dapat kerajaan๐Ÿ˜ฃ. Setelah seminggu aku dekat kypj, baru aku tahu dekat situ ada 3 kategori. Kategorinya uitm, utm & pengurus dalaman. Macam aku ni kategori utm. Lecture aku kata student macam aku ni 2 alam ๐Ÿ˜‚. Sebab apa 2 alam? Sebab setiap aktiviti, paper exam, lecture & sijil grad daripada utm. Tapi, tempat belajar je dekat kypj๐Ÿ˜…. Semoga dipermudahkan urusan aku untuk terus berjaya hingga ke menara gading. Cewahhhh kemain ayat aku hahahahaha!๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ so, lepas ni jangan amik hati lah bila tengok respond orang bila tahu aku belajar dekat kypj. Aku tahu apa yang aku buat & aku bersyukur apa yang telah Allah aturkan perjalanan hidup aku.๐Ÿ˜Šโœจ Btw, KYPJ dengan YPJ lain eh. KYPJ untuk kolej & YPJ untuk pinjaman hewhew๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™‰๐Ÿ™Šโœจ
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
Sekejap je kan dah sambung belajar. Shuhada syahida sambung matrik, athierah sambung poli, aku ke kypj ๐Ÿ˜… aku rasa macam baru semalam gelak sakan dengan engkorang semua๐Ÿ˜† walaupun semua dah sambung belajar jauh jauh, aku harap friendship kita ni kekal lah sampai ke tua hahaha ๐Ÿ˜‚ tak sabar nak tahu siapa kawin dulu kahkah๐Ÿ‘ฐ๐Ÿ˜… kadang kadang rasa sedih lah jugak sebab tak belajar satu tempat, tapi nak buat macam mana dah takdir. Aku rapat dengan budak tiga orang ni je sebab dieorang ni lah yang rajin nak ws aku, layan kepala aku yang kadang kadangnya tak betul dan paling penting dieorang suka belanja aku ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ™ˆโœจ sory lah kalau aku ni kurang nak belanja korang, tapi aku doakan korang murah rezeki & berjaya dunia akhirat aminnn โ˜บ hanya Allah dapat membalas jasa jasa kengkawan aku ni ๐Ÿ˜š๐Ÿ’ž๐Ÿ’–๐Ÿ’•๐Ÿ’“
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
16 MEI 2016 Tarikh keramat yang melukakan hati dua kali dalam masa satu hari ๐Ÿ’”. Okey, macam ni ceritanya, siang tu dalam pukul 12 tengahari result permohonan upu dah keluar. Mak bapak aku macam berharap lah yang aku dapat upu tuh. Aku sebagai pemegang harapan dieorang takkan nak hancurkan harapan dieorang? ๐Ÿ˜” . Sebelum check result upu aku dah nangis dulu sebab macam dah dapat agak yang aku tak dapat huhuhu. Nak buat macam mana dah tak dapat, nak taknak kena terima lah keputusan tu. Lepas tengahari tu aku asik pikir mana aku nak sambung belajar. Rasa macam dah stuck, takde hala tuju nak pergi mana dah lepas ni. Nak teruskan f6 pun tak boleh, sebab kos yang aku dapat tu bukan yang aku minat. Nak tukar kos akaun pun tak boleh. Bukan tak boleh, macam sia sia lah aku amik stpm akaun tapi nak mohon digree dia tengok result spm & stpm kita. Grr memang dah frust la aku kat situ.๐Ÿ˜ž cuma satu plan terakhir aku, sambung belajar under ypj. Petang tu mak aku ajak keluar temankan dia pergi bank dengan medan selera dahlia nak uruskan pinjaman dia lah. Aku dengan takde mood, terpaksa lah ikut. Dah mak yang ajak, bukan orang lain hehe. Masa nak otw ke pasar dahlia tu, aku lalu lah jalan tsn yang berhadapan dengan kedai kedai. Sampai simpang aku berhenti lah, nak kena tengok kereta kiri kanan sebab aku nak keluar simpang. Sebelum aku keluar simpang aku ada nampak kereta ni bukak signal nak belok masuk lorong aku lah. Memang fungsi signal untuk belok kan? So, aku terus la keluar simpang tiba tiba kereta yang bukak signal tu langgar kereta aku. Perghhh gila siot selama 18 tahun aku hidup tak pernah lagi kena langgar macam tu.๐Ÿ˜ฃ masa keluar simpang tu aku tak sempat nak laju dia dah hentam kereta aku. Nasib baik lah aku okey je tak masuk hospital yang tak okey nya kereta aku lah. Haihh duit lagi nak keluar huhu. Lepas orang tu langgar kereta aku akak & bapak driver tu salahkan aku. Srs lah aku memang dah tak tahu nak pikir apa time tu aku asik ulang ayat yang sama kat mak aku "ibu, macam mana ni?" "Ibu, nak buat apa ni?" Mak aku pun macam aku jugak blur kejap. Ada lah sorang hamba Allah ni sebok masuk campur, dia tanya siapa yang bawak kereta? Aku ngaku lah aku yang bawak then dia nampak P kat kereta aku. Dia tanya dah berapa lama bawak kereta? Aku kata baru lagi masih dalam P. Dia kata lagi, habis la lesen kena gantung, lepas tu dah tak boleh bawak kereta. Eh siot ahhh aku ni dah la perempuan insan yang lemah, tak payah la nak downkan aku. Dah aku kena tempuh 4 bulan nak dapatkan sekeping kad lesen memandu lagi dia cakap macam tu? Mak aku call lah bapak aku minta tolong apa semua. Hmm lagi satu kan, aku rasa first time mak aku tengok aku menangis sampai tersedu sedan masa umur aku dah besar ni. Memang lah selama ni aku kalau nak nangis pun sorok sorok je hahahaha. Malam tu buat lah report polis, nak settle tepi pun tak boleh sbb nak betulkan kereta orang tu rm2k. Mana nak cari duit duhh dengan aku nak sambung belajar lagi. Nasib baik lah masa report polis tu mak aku backup yang dia bawak kereta time tu so, pakai lesen dia lah, lesen aku selamat. ๐Ÿ˜Œ lepas buat report tu dah settle dah kes ni. Kereta yang rosak tu claim insurans je. Bayar denda rm170 tapi dapat diskaun rm100 huhu alhamdulillahh (: Sampai sekarang aku masih pikir kenapa dia bukak signal sedangkan dia nak terus je. Dia yang langgar aku, aku yang salah. Hahahaha dah la. Jadi kan semua ni pengajaran. Sekarang ni pun aku dah tak bawak kereta lalu jalan tu & sedikit fobia / cuak la bawak kereta bila sampai sempang ๐Ÿ˜‚ #prayForSaga Kereta tu tak boleh duduk bengkel lama sangat sebab aku perlukan kihdmat dari kereta tu ๐Ÿ˜…
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Text
SAMBUNG BELAJAR
Dulu sebelum result SPM keluar cita cita nak sambung belajar dalam bidang perakaunan. Kalau boleh nak belajar sampai tahap paling tinggi CAT-ACCA sebab gaji beso0o0oo HAHAHA. Tapi tu dulu sebelum tahu result SPM. Lepas result keluar aku meroyan sebab BI aku D HUHUHU. Time ni lah aku baru nak menyesal sebab dulu masa kelas BI aku selalu ngantuk & tak bersungguh sungguh belajar subjek BI hahaha kepada adik adik yang nak amik SPM tu please jangan contohi sifat akak ni :P
Dalam minggu kedua bulan 4 macam tu keluar lah keputusan permohonan matrik. Menangis jugak lah aku tak dapat matrik sebab member aku yang lain semua dapat, haa mula lah time tu TERimbas kembali gelak tawa dengan member member the end kena berpisah jua HAHAHA. Pada mulanya aku memang dah dapat agak aku tak dapat matrik sebab BI aku D. Btw, rayuan matrik tu bukan aku yang buat. Si husna gonjeng tu buatkan rayuan. Tapi kalau rayuan ni aku dapat, awal awal lagi aku taknak pergi >.<
Bila matrik tak dapat, so F6 mesti lah dapat kan? hahahaha aku chek dapat lah kos kemanusiaan dekat sekolah SAB. Bosankan nama kos dia? HEHEHE. Alaa aku bukannya apa, aku tak suka belajar benda yang aku tak minat. Tapi dieorang kata F6 ada kos akaun and boleh tukar kos kalau nak. Haa bagus lah kan bunyi nya? Dalam masa yang sama aku ada dengar benda lagi bagus dari ni. Ramai yang kata plus sedikit kajian dari aku melalui info info yang aku dapat F6 ni lagi bagus daripada matrik. Alahmdulillah bagus lah kalau bagus? HAHAHAHA kalau kau belajar kat mana mana sekali pun semua tempat bagus. Cuma bezanya kelebihan tempat yang kau belajar je lah plus kelebihan yang ada pada diri kau. Emmm bila dah masuk cerita kelebihan diri, aku nak cerita pasal kekurangan diri aku HAHAHA. Aku mana suka buat karangan weyyy. Subjek F6 kena buat karangan BM & BI weyhhhh. Paling gila karangan dia lagi panjang dari SPM weyhhhh. Lemah semangat aku dengar pasal ni HAHAHA Ni pun si husna gonjeng bagitau aku. Dah elok mood aku macam semangat nak masuk F6 tetiba dengar kena buat karangan terus down mood aku hahaha
Pasal F6 tu memang aku kena daftar dulu lah untuk standby awal awal kut kut permohonan upu aku tak dapat ke. Ni last lah harapan aku kat upu tu. Dapat politeknik diploma akaun ke kann. (: Kenapa aku berharap dekat upu pulak? Andai kata aku dapat politeknik melaka, kan jauh tu dari rumah HAHAHAHA so, dapat lah aku belajar berdikari sendiri ย & paling penting biar mak bapak aku rindu kat aku HAHAHAHAHA . Bukannya apa, bila aku takde dekat rumah, aku nak mak bapak aku didik adik aku buat kerja rumah semua tu. Ni bila aku ada kat rumah semua benda aku buat (kecuali sidai kain) ngehehe Tapi seronok lah jadi dieorang tak payah buat apa apa. Konon nya penat sekolah, watdehek aku pun skolah jugak dulu, tapi aku buat je semua tu. sedih laa. Dah lari topik dah cerita aku ni. T.T
You know what? sekarang ni aku ada dua cita cita. Emm kenapa dua? maybe cita cita aku yang lagi satu tu backup ambition? HAHA ada pulak eh backup ambition. Okey lah cita cita yang sebenarnya nak jadi akauntan, lepas tu kerja dalam 5-10 tahun ke kumpul duit macam tu, then aku nak ada business sendiri. hehehe. Backup ambition pulak? hehe andai kata aku tadak rezeki to be akauntan aku terus bukak business sendiri je kononnya usahawan muda gitew. LOL nak tunggu kau habis belajar dalam 5 tahun lepas tu business kau baru nak membangun lepas tu umur kau dalam 30 lebih itu bukan usahawan muda, tu usahawan otw ke tua HAHAHAHA merepek je aku ni >.<
Apa apa pun jangan lupa terus berdoa. Kita hanya merancang, yang tentukan Allah. Kalau kita nak apa yang kita mahukan, kita perlukan redha Allah & mak ayah. InsyaAllah semua dipermudahkan oleh-Nya. :)
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Text
Bila kau sedih, nak share cerita kau dekat orang yang gembira kau rasa apa? Bila kau sedih, nak share cerita kau dekat orang yang selalu bagi harapan dekat kau, then kau rasa apa? The answer is kau kena mengadu dekat Allah. Hehehe ๐Ÿ˜
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Text
"TAK KERJA"
Masa tu dah cerita pasal KERJA, sekang ni nak cerita pasal tak kerja pulak. Sekarang dah menganggur dahh kononnya nak rest sementara tunggu panggilan sambung belajar ๐Ÿ˜ hahahaha Biasalah dah kerja kata penat lah, rasa beruntung lah duduk rumah boleh tido, boleh tengok tv or whateverlah yang sewaktu dengannya. Kiranya expectation kita macam tu lah. Lebih seronok duduk rumah daripada kerja katanya ๐Ÿ’ Bila aku dah tak kerja baru aku tahu, duduk rumah ni lebih dari expectation aku.๐Ÿ˜ช duduk rumah takde gaji dah satu hal, tiap tiap pagi aku kena pergi maslee beli lauk, masak, kemas dapur, bosan, main game, tido petang, malam main game tengok tv. Hahahahaha bosan nokks. Dalam masa yang sama ada je kena suruh buat itu ini. Lagi aku gewram bila adik aku ada kat rumah. What the heck, apa function budak duaorang tu, asik aku je kena suruh ๐Ÿ˜ญ mak aku siap backup lah kesian penat sekolah. Weyh aku pun skolah jugak lah dulu. Sebelum balik skolah & selepas balik sekolah aku buat je semua benda yang "meringankan kerja seorang ibu" loL ๐Ÿ˜“ Start dari sini lah aku rasa macam beruntungnya ada akak. Nanti kau kat rumah tak payah buat apa apa. Duduk main phone, tido, tengok tv tahu semua benda dah ada orang lain buat kan. ๐Ÿ˜ฉ haklamakk aku rasa cite aku dah lari topik ni sebab rasa macam nak kutuk orang lak. Sambung topik tadi, bila duduk rumah baru aku rasa bestnya kerja dapat duit. Hahaha best dapat duit je. Yang lain tak best ๐Ÿ˜ okey lah gerak lu pape roger ๐Ÿ‘‹
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
... Pasal kereta ni tak habis lagi sebenarnya, Alhamdulillah kereta ni dah banyak berjasa dengan aku. Sejak dah dapat lesen P, aku dah takde ragu ragu nak bawak kereta jauh jauh. Paling best sekali tak payah fening fening pikir transport masa nak keluar dengan member. ๐Ÿ˜„ Tapi buat aku fening ni, kereta ni boleh sumbat 5 orang je. So, memang terpaksa la pilih member (bukan pilih kasih)๐Ÿ˜’ Mak aku pun dah malas nak bawak kereta, asik aku je kena bawak. Pegi maslee beli lauk pun aku je yang disuruhnyaa. Bila minya sikit, salahkan aku asik guna kereta grr ๐Ÿ˜ช tapikan, bawak kereta sorang sorang ni best tau, lagi lagi dekat radio keluar lagu best, lagu faveret kau memang menyanyi feeling feeling lah kau ๐Ÿ˜‚๐ŸŽถ๐ŸŽต๐ŸŽผ๐ŸŽค Sekarang ni yang aku gewramm parents aku tak kasi aku bawak kereta triton langsung. Huhu dih beb ๐Ÿ˜ข adakah lepas 2 tahun aku dah tak pakai pelekat P dekat kereta baru boleh bawak kereta tu? Emm sabar bebeh ๐Ÿ˜Œโœจ Sedikit nasihat kepada pemandu diluar sana, lain kali nak bawak kereta tu please jangan kolot sangat eh lepas tu nak hon hon orang, aku tahu main hon kereta tu best ๐Ÿ˜ช lepas tu, orang yang bawak motor tu, please lah bawak leklok jangan nak main celok je. Kang ada yang kena langgar dengan kereta pulak๐Ÿ˜’
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
Kali ni nak cerita pasal KERETA pulak ๐Ÿš— Kereta ni dah pakai lama sejak aku darjah 5 or 6 kot (lupa)๐Ÿ˜… kiranya dah lama lah kan pakai kereta ni?๐Ÿ˜Š alhamdulillah dah banyak dah kereta ni berjasa. Lepas tu, aku start bawak kereta masa f3 or f4 kot (lupa lagi) ๐Ÿ˜… Masa tu aku dengan ibu pergi angsana buat apa ntah masa tu, then masa balik tu ibu offer nak try bawak kereta tak? Sebab kereta auto ni senang je. Aku pun okey sebab mak aku dah kata gitu. Gila excited aku time tu, senyum sampai ke telinga ๐Ÿ˜‚ Tapi jangan salah sangka lah, bawak kereta pusing pusing dekat parking je. Tak berani nak bawak kereta sampai balik rumah time tu. Lagipun dekat situ luas tak banyak kereta. Senang cite kau nak buat drift pun boleh takde orang marah. Parking kita bayar kut (walaupun rm1)๐Ÿ˜† Okey, lepas dari tu aku just belajar bawak kereta dekat parking amart. Time dalam pukul 9 pagi keatas sebab takde kereta sangat parking situ. So, aku amalkan lah apa orang putih kata "practice make perfect" ๐Ÿ˜ชโœจ Masa f5 lah dah berani sikit bawak kereta dari rumah pergi amart, pergi maslee. Jalan dekat dekat je ๐Ÿ˜ Lepas SPM dalam bulan 12 macam tu terus pergi daftar lesen memandu. Haa ni nak cerita pasal dekat tempat lesen jugak ke? Alang alang cerita je lah ek ๐Ÿ˜† okey lah, macam ni ceritanya. First sekali orang nak belajar memandu mesti lah kena dengar ceramah yang berjam jam lamanya ๐Ÿ˜ฅ dari pukul 8 sampai pukul 5 baru balik. Haa congak lah sendiri berapa jam ๐Ÿ˜ memula masuk kelas macam semangat, lepas makan tengahari tu terus hilang semangat sebab rasa ngantuk ๐Ÿ˜‘ second, lepas ceramah tu kena amik ujian komputer, macam kena jawab soalan objektif lah kat komputer tu. Senang je nak lulus ujian komputer ni, beli buku latihan dia then, buat lah sampai habis. Totally 98% soalan jawapan sama macam ujian tu๐Ÿ˜„ Lepas dah lulus ujian komputer dapat lah lesen L. Jadi, kita dah boleh belajar bawak kereta vromm vromm!๐Ÿ’จ Next, aku ni tak pakai ejen tau. So, kelas aku ada 7 kali. Nanti aku belajar lah bawak kereta 7 hari untuk QTI dengan JPJ. Masa first day aku bawak kereta dapat lah dengan cikgu kelatey ni. Okey jugak lah cikgu ni, ingatkan garang tapi okey je. Eh lupa nak bagitau aku amik lesen manual, walaupun kat rumah pakai kereta auto, jadi suka hati aku lah nak amik manual ke auto ๐Ÿ˜ actually manual lagi murah dari auto, apa salahnya amik manual kan? Nanti senang auto manual boleh bawak.๐Ÿ˜„ berbalik semula cikgu kelatey tadi. Emm dia okey lah. Dia kata nak ajar aku ni senang lah sikit sebab dah pernah bawak kereta kat rumah walaupun berbeza auto manual. Manual ni leceh sikit nak kena tukar gear, main clutch (tak reti eja) paling bengang bawak manual ni tetiba mati enjen, perghh bengang betul tu. ๐Ÿ˜‚ Kali kedua pulak, cikgu lain. Srs aku pelik gila bila aku kena belajar dengan cikgu lain. Aku ingatkan cikgu yang sama akan ajar aku sampai kali ke7 rupanya memang kena tukar tukar cikgu. ๐Ÿ˜ญ cikgu yang kali kedua ni lah aku menyampah giler. Baru masuk kereta dah tanya aku RPK tu apa? Free gear tu macam mana? Aku terus blur tau, maklum lah kali kedua kot. Banyak diam je lah aku dalam kereta tu sebab dia buat aku rasa bengang๐Ÿ˜’. Okeyyy kali 3 cikgu kelatey tu balik so, tak payah cite lah kan. Tapi kali ke3 tu aku baru perasan cikgu tu macam mengada sikit, sebab dia kata aku awek dia ๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช Dahhh ni nak cite cikgu kali ke 4 ni, haaa nama cikgu ni cikgu redzuan. Serius lah cikgu ni macam menenagkan ๐Ÿ˜œ aku ingatkan dia ni garang, rupanya baik je. Suka bercakap pulak tu. Dengan dia banyak lah aku perbaiki silap aku masa bawak kereta dekat jalan raya. Ehh lupa lagi nak bagitau, cikgu yang ajar ni just ajar dekat jalan raya je. Kat litar bawak sorang. Okey berbalik pada cikgu tadi, rupa dia not bad lah boleh tahan comel ๐Ÿ˜‚ Kali ke 5 emm ni cikgu tak best. Dekat tempat memandu semua budak tak suka dapat dengan cikgu ni. Nama dia cikgu laila. Grrr aku ingatkan dia ni baik tau, rupanya ishh susah la nak cakap. Iman kena kuat lah time tu. Elak mencarut je kann. Bila dia tanya aku macam macam aku jawab sepatah sepatah jee. Ye laa dah nama pun belajar memandukan, patutnya tegur leklok kan boleh. Kalau kau nak ajar budak yang takde buat salah langsung baik kau ajar budak yang dah lulus jpj ๐Ÿ˜ช Kali ke 6 berbalik semula dekat cikgu redzuan.๐Ÿ˜„ aku mengadu sia pasal cikgu laila kat dia. Dia pun kata lah tak patut macam tu. Okey kali ke 7 sebenarnya aku kena dengan cikgu kelatey tu tapi cuaca nak hujan time tu jadi aku kena dengan cikgu lain. Apatah nama pakcik tu, pakcik tu pun okey juga. Lepas habis tu, terus QTI. Lepas QTI kena tunggu seminggu lepas tu JPJ. Lama duhh seminggu aku boleh ingat lupa dekat litar tu. Seminggu tak bawak kereta tu lah punca aku faild kat litar ๐Ÿ˜” tapi ada hikmah lah aku faild, sebab aku dapat kenal sorang budak laki ni kuikui ๐Ÿ˜ณ dah lah yang tu malas nak cerita sebab aku penat nak taip dah ni.๐Ÿ˜ข hikmah selain jumpa budak laki tu, pergi balik cikgu redzuan hantar tau. Haaa seronok aku dengar cikgu tu banyak cakap.๐Ÿ˜† mungkin tu punca aku lulus kot ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ takde lahh. Gurau je ๐Ÿ˜ Balik JPJ tu aku lepak amart jumpa athierah. Lepas tu bapak aku call cakap kenet dah mati.๐Ÿ˜ญ memang aku tak boleh lupa part ni.๐Ÿ˜ข ...
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Text
yang pernah datang & pergi please jangan kembali๐Ÿ˜
Aku rasa dah tak patut lagi nak berharap dekat orang yang dah BOSAN dengan kita ๐Ÿ˜‘ Aku tak tahu lah kenapa aku macam berharap lagi, TAPI alhamdulillah aku dah dapat kesedaran lepas baca balik conversation aku dengan kau. Yeah aku simpan lagi kot. Tapi biar lah aku nak simpan pun, supaya dapat kesedaran dekat diri ni ๐Ÿ˜Œ Aku harap lepas ni sampai bila bila pun dah tak nak terserempak dengan kau. Yang terbaik pasti sedang menanti ๐Ÿ˜†
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Quote
"KERJA"
Harini ialah hari ke 10 aku keja dan baru dapat cuti sekali dan masuk kerja lambat sekali. Maknanya aku baru kerja 9 hari lah kan? โ˜บ Sebenarnya dah lama jangka aku akan kerja dengan ibu. Sebab masa sebelum spm akak yang kerja dengan ibu dia dah bagitau awal awal yang dia nak berhenti sebenarnya. Berhenti sebab apa? Takde sebab. Alasan yang deberi akak tu dia nak kerja tempat lain yang dapat kwsp bagai semua tu supaya masa depan terjamin. Sebenarnya tu bukan sebabnya. Sebab di hari ke 9 aku kerja aku dapat tahu dia kerja kedai baju juga. Tapi nasib baik tak satu bangunan yang sama dengan kedai ibu. Aku tahu pun sebab aku nampak dia buat sight dekat moment. Kerja butik woi ada aircond dan dapat menjamin keselesaan ketika berkerja. Aku bukan nak kata kerja tempat ibu tak selesa,tempat dia kerja sama je dengan kat kedai ibu, bezanya takde aircond je. Hahaha๐Ÿ˜น Hari ni baru aku tahu sebab apa kenapa dia berhenti. Sebab kerja dekat kedai ibu beza dengan kerja kedai lain. Bukak je kedai hari hari nak kena hadap berak kencing kucing, lepas tu jumaat sabtu ahad kena prepare barang untuk pasar pagi. Dah 9 hari aku kerja terasa penat dohhh. Tapi aku lagi advance dia punya penat. Sampai 4 hari kena overtime kau tahu? Masa akak tu kerja dia overtime satu hari je.๐Ÿ˜ช Tapi part taik/kencing kucing tu aku hadap dalam 3 or 4 hari je. Aku dah geram sangat sampai ke google aku cari jalan penyelesaian. Nasib baik menjadi. Lepas spray air serai dekat kedai, takde dah kucing nak datang menyinggah kat kedai. Nak buat macam mana kan? Nak cari rezeki, kena lah tempuh penat tu. :') Sebenarnya kalau aku tak kerja kedai ibu aku nak kerja kedai makan. Tapi bukan yang jadi pelayan, cuma nak jadi tukang masak nak cari pengalaman je. Hehehe. Tapi dah ditakdirkan kerja sini, kita kena redhooo.๐Ÿ˜Ž
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
Bayak kan novel? Hahaha tapi aku lebih suka panggil buku daripada novel. Jadi, semua dalam gambar ni ialah koleksi buku aku. Ada yang beli dari hasil duit gaji dan ibu yang belanja. Heee.๐Ÿ˜ First, minat novel cinta sejak f1 kot. Tak berapa nak ingat lah ek. Tu pun ibu yang menghasut suruh baca novel untuk hilang bosan. Lepas tu mula lah member member cerita pasal novel cintan cintun dekat sekolah jadi dari situ lah mula terpengaruh dengan novel ni semua. Ada satu hari cuti sekolah, dekat danga city mall ada buat pesta buku. Memang tiap tiap tahun ada. Tapi nak pergi tu nasib lah, ada rezeki pergi. Heee. Time tu lah ibu kasi borong novel. Paling banyak 5 buku je pun hahaha.๐Ÿ˜… Lepas dari itu, member member pun suka nak pinjam novel aku. So, aku ni macam perpustakaan bergerak lah lebih kurang. Hahaha ๐Ÿ˜‚ tapi yang boleh pinjam orang tertentu je. Bukannya kedekut or ape tapi kalau dah tak reti nak jaga elok elok haa menangis aku nanti ๐Ÿ˜ข Masuk f4, yanie pulak yang kenalkan aku buku fixi. Aku dah ceritakan? Haa malas nak taip lagi ni. First buku fixi aku baca ialah cerita gantung penulis nadia khan. Power nokharom buku tu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ”ซ. Aku rasa layak ke aku baca buku ni sedangkan time tu baru f4? Hahaha peduli hape aku. Time tu terus pasang niat nak beli buku fixi banyak banyak ๐Ÿ™ˆ. Punya gigih mengoogle search web side dia sebab nak tahu buku apa yang dah diterbitkan. Masa tuh, orang kata susah nak dapat buku tu sebab tak semua kedai jual buku tu. Kedai yang jual buku tu dekat mph dengan jual online dari company syarikat tu sendiri. Dulu jauh nak gi beli buku tu. Sekarang dah maju boleh beli kat insta, kilang bateri dan angsana. Selain novel cinta, buku fixi ada lagi dari syarikat lain yang menghasilkan novel pawer wowers. Antaranya dobook, lejen press dan sebagainya. Tak semua orang boleh terima novel macam ni. Memang patut syarikat fixi tulis "pembaca matang" dekat setiap cover buku yang diterbitkan. So, pembaca yang tak matang jangan lah beli buku tu kalau nak bagi feedback yang negatif or nak kutuk novel macam tu. Bak kata omputih "haters gonna hate" eh betul ke? Ape ape lah. Kepada penulis penulis novel yang saya rasa pawer wowers tu, semoga tabah lah apabila ada orang mencemuh penulisan anda. Dieorang yang tak cukup matang untuk mengomel tentang penulisan anda. Teruskan menulis cerita cerita gempak untuk memberi pengajaran dan menghiburkan pembaca di luar sana.
0 notes
mumuefdh ยท 9 years ago
Photo
Tumblr media
JAM yeah! ice watch.โŒš siapa yang tak kenal ice watch? jam mahal kot. eh? mampu ke aku nak beli jam mahal? hahaha maaf lah saya bukan anak 'ongkaya' boleh beli benda mahal.๐Ÿ’ aku mampu beli jam cetak rompak je. ๐Ÿ˜‚ salah satu jam faveret aku. first time nampak jam cetak rompak ni terus eksaited dan terus beli. mana satu aku beli dulu? dalam gambar tu ada hitam dan biru? haa nak kabo lah ni beli warna biru tu dulu. nasib baik harga mampu milik ๐Ÿ˜› siapa yang tak sayang jam yang kau gila bayang selama ni? aku bawak pegi skolah jam ni. time tu jam ni tak fames lagi. siapa yang rajin baca majalah remaja tu tahu lah kot. (aku tak rajin sebanarnya nak baca majalah tu pun terbaca) ๐Ÿ˜ one day abang A aku ada tegur cakap jam tu cantik. eh memang lah cantik warna faveret dia kot.๐Ÿ™ˆ dalam tahun yang sama, masa bufday dia aku hadiahkan dia jam ice watch.โŒš sebenarnya tak tahu nak bagi apa so bagi jam je lah. dah TERniat nak belikan jam tu memang kena beli lah. tapi bila pergi kedai, jam tu tinggal kaler hitam dan pink. di sebabkan taknak dia nampak jambu sangat TERpaksa lah beli warna hitam. takpe hitam itu menawan cewahhh ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™‰๐Ÿ™Š alhamdulillah dia terima seadanya. tak lama lepas tu dia minta tukar tukar jam pulaa. hehehe ๐Ÿ˜ aku pun follow je lah. sampai lah ke hari ini, jam biru dekat dia dan jam hitam dekat aku. aku teringat dia pernah post moment kata "selagi saya pakai jam ni, saya milik awak" kui kui sampai sekarang aku tak nampak yang dia milik aku puihh ๐Ÿ˜ช tapi aku terharu lah walaupun kau macam tak suka nak layan aku, kau still setia pakai jam tu sampai jam tu nampak buruk sikit. boleh tahan lasak dia pakai.๐Ÿ˜Œ aku harap, kalau satu hari jam tu dah tak boleh nak berjasa dengan kau please jangam buang jam tu. kalau nak buang juga bagi lah aku biar aku simpan sampai reputz. terima kasih sekali lagi my bro A :')
0 notes