snizammy
snizammy
Kembara Sang Petai
1K posts
Kembara. Kenali daerah, kenali diri. Kembali kepada Ilahi.
Don't wanna be here? Send us removal request.
snizammy 4 years ago
Text
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya #2 (10 KM)
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya #2 (10聽KM)
https://www.sharulnizam.com/2021/11/kayuhan-basikal-foldie-keliling-putrajaya.html
View On WordPress
0 notes
snizammy 5 years ago
Photo
Tumblr media
167/366 . Isnin, 15 Jun 2020 . Menghampiri Maghrib, terdengar bunyi deruman enjin kuat di luar rumah. Saya intai, rupanya lori TNB. Tak perasan pula kabel elektrik selepas tiang di depan rumah saya terputus. Maknanya rumah di bahagian atas (bukit) tidak ada bekalan elektrik. . Kasihan. . Saya sendiri sudah beberapa kali berurusan dengan TNB (dalam hal bekalan elektrik terputus). Saya mesti akui, kadar tindak balas mereka pantas, sekejap saja sudah datang. . Kes yang berlaku hari ini, pernah juga berlaku pada rumah saya satu ketika dahulu. Ada lori besar melalui jalan sempit rumah kami, akibatnya kabel yang sudah agak lendut tertarik, lalu terungkai dari ikatan dinding rumah. . Bahaya. . Hal-hal elektrik ni, saya takut juga. Mujur tak ada wayar yang mencecah tanah, dikhuatiri ada anak-anak yang mahu bereksperimen. Segera saya telefon TNB, tak berapa lama kemudian mereka sampai. . Kabel dinaikkan semula. Yang tercabut di dinding rumah saya pun, diperbetulkan. . Wah! . Perkhidmatan yang tip top. Sekejap saja semua sudah selesai. . Ada lagi beberapa kejadian yang berlaku (seperti pokok tumbang) dan TNB terus memberi khidmat cemerlang. . Yang paling saya kagum ialah keberanian pekerja-pekerja mereka mempertaruhkan nyawa bermain elektrik. Pastilah isteri dan anak mahu pun ibu bapa mereka berdebar setiap kali perwira ini bertugas. . Mudah-mudahan, mereka semua selamat menjalankan tugas, tak kira di mana-mana pun. . Terima kasih, TNB. . Tapi dalam hal bil elektrik tinggi ni, saya diam dulu. Bil belum keluar lagi. Itu kita cerita lain, kalau ada. Buat masa ni kita bagi kredit dahulu. . 馃槵 . #catatankontot #tulistulissharul (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CBnfBD0BUYhpN5g-On0i5q-Hn8H57DFLtNRCcs0/?igshid=tqta4pwpgsdc
0 notes
snizammy 5 years ago
Photo
Tumblr media
140/366 . Selasa, 19 Mei 2020 . Rutin sepanjang Ramadan PKP ini, baik saja. Selepas berbuka, kami berjemaah Maghrib anak-beranak. Sambung terus dengan tadarus. Yang dewasa, minimum dua mukasurat seorang. . Yang darjah 1, pulun baca Iqra dengan abah. Masih terbata-bata, tapi Alhamdulillah sudah tahu membunyikan setiap huruf dan ayat. . Masuk Isyak, terus kami solat beramai-ramai dan bersambung tarawih 8 rakaat. Cukuplah tu, abah pun tak banyak hafal surah lagi. Hehehe! . Rindu juga nak buat 20 rakaat, seperti di Mekah tahun lepas. Sambung 20 rakaat di Gombak, suasana sudah lain. Maklumlah, dah balik kepada situasi normal. Rasa malas tu, sibuk nak jadi BFF. . Haih! . Hal tarawih ni, tak kisahlah 8 atau 20. Jangan ada mengejek-ejek antara satu sama lain. Amalan sia-sia kalau ada secebis rasa riak. Buat mana yang termampu dahulu, dan doa serta usaha untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa. . Semoga amalan kita diterima dan diberikan ganjaran berlipat ganda di bulan Ramadan ini. . Amin. (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CAbTuZah8g6K7f5FiUckZWrXdp623VtWmTftR00/?igshid=5ee6liqt7imf
0 notes
snizammy 5 years ago
Photo
Tumblr media
127/366 . Rabu, 6 Mei 2020 . Kalau ditanya pada saya tentang buku Indonesia, tak pernah gagal saya mencadangkan buku-buku Andrea Hirata. Semenjak 2011, saya sudah ngefan berat sama penulis dari Belitong ini. . Bukunya bagus. Tentang cinta. Bukan cinta uda dara, tapi cinta yang lebih besar. Cinta pada ilmu, cinta pada guru, cinta pada ayah, cinta pada sahabat. . Asik, boi. Asik. . Dan bertitik tolak daripada buku inilah, saya mula memahami Indonesia sedikit demi sedikit. Indonesia di bahagian Sumatera, lebih mirip kepada Melayu kita. Bahasanya, tutur katanya, adat-adatnya, mirip sekali! . Boi. . Dengan buku, kau akan menjelajah boi. Penulis yang baik, akan membawa kau mengembara ke seluruh dunia menunjukkan segala isi alamnya. . Penulis yang baik, begitulah. . Terima kasih, Pak Andrea Hirata. (at Belitong) https://www.instagram.com/p/CAEHVtGHTTQr7WkjXwt3JlfSMGlcDR0Tsh2QdI0/?igshid=an16aqvv9jzv
0 notes
snizammy 5 years ago
Photo
Tumblr media
77/366 . Selasa, 17 Mac 2020 . Percutian pendek sudah tamat. Pagi-pagi selepas sarapan, kami bertolak pulang ke Gombak. . Kami menyusuri jalan lama, melepasi Kota Sarang Semut dan kemudian ke Yan. Perjalalanan pagi sangat menenangkan, pemandangan sawah yang terbentang luas dilatari Gunung Jerai di kejauhan, memang bikin hati terpikat. Mujur saja saya tak berhenti memgambil gambar. . Akhirnya kami sampai ke sebuah kampung yang menjadi viral disebabkan gumpalan jerami padinya. . Kampung Kuala Dulang Kechil, Yan. . Cuaca pagi memang cantik. Awan biru menyala. Di KKDK, orang masih belum nampak muka. Kami saja yang ada di situ. . Sayang. . Kawasan sekitarnya penuh dengan sampai. Bukan setakat di tempat parkir, di balik jerami pun bekas minuman terbiar menyakitkan mata. . Entahlah. . Kebersihan perkara paling asas dalam hidup, tetapi ramai yang gagal mengamalkannya. (at Jerami Gulung Kampung Dulang Kechil) https://www.instagram.com/p/B-G9-eIn0iKBl022RDfdUCXfh580rRvu8HV-L40/?igshid=tjwg8s1ymi8p
0 notes
snizammy 5 years ago
Photo
Tumblr media
76/366 . Isnin, 16 Mac 2020 . Seharian, kami hanya luangkan masa di Kuala Kedah - Kepala Batas - Alor Janggus. Tak ke mana, hanya melawat saudara-mara bertanya khabar. Untuk melepas gian "jiwa traveller", sempatlah kami memandu ke Changlun mencari limau bali untuk dijadikan buah tangan. . Covid-19 oh Covid-19! . Parah jiwa pengembara dibuatnya. Terperosok dalam rumah, memang mati akal dibuatnya. . Mujurlah. Mujurlah ada langit Kedah yang menawan. Bermula selepas Subuh sehinggalah Maghrib menjelma, warna langit sangat memukau. . Subhanallah. . Terima kasih, Kedah. Untuk langit yang gemilang hari ini. (at Alor Setar) https://www.instagram.com/p/B-GtHsnneu-FAfMdhaFQ1HY97Kt-0psCG86knM0/?igshid=1edpmy0qbu14r
0 notes
snizammy 6 years ago
Link
Jom terbang bersama Qatar Airways.
0 notes
snizammy 6 years ago
Photo
Tumblr media
Memandangkan kawasan tasik agak lengang dan jalannya kosong, haruslah abah ambil kesempatan nak bergambar di tengah laluan. Model pun sudah siap siaga. Ayomat. Geset. Go. Kah kah kah! Abah dulu mana reti bahasa Inggeris. Sekampunglah kami budak-budak gunakan perkataan ni tiap kali nak main lumba-lumba. Dah tua ni baru tahu perkataan yang sebenar. On your mark. Get set. Go! Padia ayomat! 馃槀 (at Danau Kota Lake) https://www.instagram.com/p/Bwo6DBHhqIChHcTO2jMrSB0jRgNc6NEBtmMjKE0/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=xda15ms0gu57
0 notes
snizammy 7 years ago
Photo
Tumblr media
Mendaki Gunung Datuk, Negeri Sembilan Dengan Perut Yang Besar
0 notes
snizammy 7 years ago
Link
Sesiapa yang ingin ke Jogjakarta - Jakarta, Indonesia mungkin itinerari ini boleh membantu perancangan percutian anda.
1 note View note
snizammy 7 years ago
Photo
Tumblr media
Ini gambar kami sebelum meninggalkan Bivio, Switzerland menuju ke Vaduz, di negara Liechtenstein. Singgah sebentar di sana kemudian ke destinasi terakhir trip iaitu Munich, Germany. . Ada satu malam lagi sebenarnya, tapi cukuplah kisah kembara enam negara Yurop di IG @sharulnizam.travel ini. Masa untuk move on. Banyak lagi kisah travel yang mahu saya kongsikan. Mahu catat di blog, sudah kemalasan. Di IG lebih mudah. . Selepas ini, kita sambung kisah di Jogjakarta pula. . . (at Bivio, Switzerland) https://www.instagram.com/p/BoOWjaXAae0/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=122xiuhdeuyaj
0 notes
snizammy 7 years ago
Photo
Tumblr media
Ini rumah penginapan kami di Bivio, Switzerland. Entah di celah gunung mana, rumah dua tingkat ini terselit antara bukit dan jalanraya. . Selesa, sesuai dengan harganya. . Yang paling diingati, pemandangan dari tingkap ruang tamu. Seperti menonton rancangan National Geographic dengan skrin besar, kami dihidangkan pemandangan gunung-ganang yang beruban putih kepalanya. . Hoi! Cair dibuatnya. . . ___________ #travel #travels #traveller #travelblogger #traveldiaries #travelogue #travelgram #instatravel #travelphotography #travelphoto #travelpics #traveltheworld #roadtrip #europe #europetrip #traveleurope #wanderlust #travelling #europeroadtrip #hart #sharulpergiyurop #switzerland #bivio (at Bivio, Switzerland) https://www.instagram.com/p/BoLOGHxgGdg/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=187e02df68auv
0 notes
snizammy 7 years ago
Photo
Tumblr media
Elok. Elok bersusun. . . . _____ #photography #photooftheday #igphoto #nature #naturephotography #ignature #green #leaf #leaves #leavesphotography #daun #daunyangcantik (at Gunung Angsi, N.Sembilan) https://www.instagram.com/p/BnVutF-AIOx/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=lrf39278nesy
0 notes
snizammy 7 years ago
Photo
Tumblr media
Basilica di Santa Maria della Salute. Entah apa maksudnya, malas nak cari. Mungkin juga gereja. Entah. Tak tahu lah. Tapi bila remang senja mula menebar cahaya emas, cantik sekali boi! Cantik. . . ___________ #travel #travels #traveller #travelblogger #traveldiaries #travelogue #travelgram #instatravel #travelphotography #travelphoto #travelpics #traveltheworld #roadtrip #europe #europetrip #traveleurope #wanderlust #travelling #europeroadtrip #hart #sharulpergiyurop #italy #italy馃嚠馃嚬 #italytrip #venice #veniceitaly #piazza #piazzasanmarco (at Basilica di Santa Maria della Salute)
1 note View note
snizammy 7 years ago
Photo
Tumblr media
Gondola yang sudah selesai tugasnya hari itu. Berehat. Untuk mendapatkan tenaga baru. . . ___________ #travel #travels #traveller #travelblogger #traveldiaries #travelogue #travelgram #instatravel #travelphotography #travelphoto #travelpics #traveltheworld #roadtrip #europe #europetrip #traveleurope #wanderlust #travelling #europeroadtrip #hart #sharulpergiyurop #italy #italy馃嚠馃嚬 #italytrip #venice #veniceitaly #piazza #piazzasanmarco (at Venice, Italy)
0 notes
snizammy 7 years ago
Photo
Tumblr media
Kami kemudian bergerak ke sisi Venice yang lain, sementara menunggu waktu pulang. Berhampiran St Mark Basilica ada jeti untuk gondola berlabuh. Di sini lebih terbuka dan luas mata memandang. Hari semakin petang. Matahari perlahan-lahan turun dan bersembunyi di balik rimbunan hutan batu kota air Venice. . . . . . . ___________ #travel #travels #traveller #travelblogger #traveldiaries #travelogue #travelgram #instatravel #travelphotography #travelphoto #travelpics #traveltheworld #roadtrip #europe #europetrip #traveleurope #wanderlust #travelling #europeroadtrip #hart #sharulpergiyurop #italy #italy馃嚠馃嚬 #italytrip #venice #veniceitaly #piazza #piazzasanmarco (at Venice, Italy)
0 notes
snizammy 7 years ago
Photo
Tumblr media
Ini namanya St. Mark's Basilica. Sebuah gereja Roman Katolik. Menurut Wikipedia, upacara pecah tanah berlangsung pada tahun 978 dan siap sepenuhnya pada tahun 1092. . Lebih 100 tahun! . Gereja yang mempunyai lima kubah ini memang besar, dan ketika kami sampai memang orang sentiasa ramai. Saya waktu itu sudah mula keletihan dan hilang minat untuk melihat dengan lebih dekat. . Seharian oi menapak keliling Venice. . Rasa en loh! . . . ___________ #travel #travels #traveller #travelblogger #traveldiaries #travelogue #travelgram #instatravel #travelphotography #travelphoto #travelpics #traveltheworld #roadtrip #europe #europetrip #traveleurope #wanderlust #travelling #europeroadtrip #hart #sharulpergiyurop #italy #italy馃嚠馃嚬 #italytrip #venice #veniceitaly #piazza #piazzasanmarco #saintmarksbasilica (at Saint Mark's Basilica)
0 notes