Tumgik
#gambartakkenadgnlagu
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Oja - Pintu Taubat (2008) Selepas tamat persekolahan,Oja bernekad untuk tukar bidang daripada seorang penyanyi kepada seorang pemuzik. Oja menjadi pemuzik sepenuh masa (Pemain gitar) sejak tahun 1999.Membuat persembahan di hotel,kelab malam,pub,restoran,majlis rasmi dan tidak rasmi.Pendek kata ‘sauk’ je apa yg sempat haha..Oja membuat persembahan sekitar semenanjung,Sabah,Sarawak & Brunei.Akan tetapi Oja juga masih menyanyi cuma bukan sebagai penyanyi utama.Kemudian Oja nekad utk berhenti bekerja di kelab malam sepenuhnya di sekitar tahun 2015/2016. Sekitar tahun 2003,Oja mula belajar drp Ayah saudara Oja iaitu Khairool Idlan untuk mendalami ilmu studio rakaman menggunakan komputer.Alhamdulillah beberapa tahun selepas itu Oja mula ditawarkan untuk merakamkan lagu2 untuk untuk TV..Antaranya ialah “Pintu Taubat” yang kerap disiarkan di Astro Oasis pada ketika itu.Juga membuat lagu2 tema utk rancangan seperti dokumentari,Telemovie atau muzik montaj di Tv1,Tv2 & Tv3. Lagu “Pintu Taubat” ini juga Oja terbitkan semula pada tahun 2016 di bawah naungan “Tunable Record Sdn Bhd” iaitu syarikat rakaman Oja bersama rakan2 Tunable Band. Walaubagaimanapun ketika ‘zaman’ Oja membuat lagu2 untuk tv ini,Oja masih bekerja dia bahagian malam di sekitar KL.Ada masanya Oja ambil peluang utk tidur sekejap pada waktu rehat bekerja malam di kelab.Ksian taak? 😜 Nota kaki :- Ketika pembikinan lagu “Pintu Taubat” ini,Oja mengalami demam paling teruk sehingga tidak boleh bangun kira2 dalam 5 hari.Bila sihat sikit terus masuk studio utk compose dan tulis lirik kemudian terus rakam.Alhamdulillah sehari punya kerja Allah bagi ilham dan penerbit pun suka sungguh.Studio Oja waktu ini Oja hanya buat di master bedroom rumah Oja sahaja. 😅 #Oja #Artis90an #OjaGV7 #AnakSeni #PintuTaubat #GambarTakKenaDgnLagu 😂 (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmJKGZaJ1gS/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes