Tumgik
#artis90an
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
Bismillah..Salam Jumaat..Cuba nasib promosi lagu #AkuTakSempurna kat negara jiran..Mana tau boleh jadi hit..!! Mohon doakan semuanya berjalan dgn lancar ya.. Alang2 tu..Korang layan la lagi sekali Video Lirik Aku Tak Sempurna kat yotube ok.. Ok lah..Gerak lu..Pepe rooo… 🫰🏼 #Oja #OjaGV7 #Artis90an #Thailand #Ats #AtsChallenge (at Narathiwat,thailand) https://www.instagram.com/p/CnoLEe-LENN/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
hasnol · 5 years
Video
#vape #vapeon #vapemalaysia . 😄😄😄 . #artis90an #artismalaysia #anakseni #malaysian #artiste #artistsoninstagram #malaysia (at Lost World Of Tambun) https://www.instagram.com/p/B49vqSmAmZi/?igshid=13vc35mvpy1e1
2 notes · View notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
Single Terbaharu #Oja #AkuTakSempurna dah boleh didengari di semua platform digital..Video lirik akan berada di Youtube pada jam 11pagi nanti.. Lagu ini Oja tujukan khas buat semua yg sentiasa menyokong Oja selama ini..Dan ini adalah tanda terima kasih Oja pada anda semua #Ats #Oja #Artis90an #SingleBaharu #LaguMelayuBaru https://youtu.be/6gsu783g1vA (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CndCQi_STqt/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback #GegarVaganza7 (2020) Terima kaseh buat semua yang menyokong Oja selama ini khususnya buat seluruh keluarga..Yg mengurus Oja sepanjang perjalanan GV7 @mindorder & team..Warga #TeamOja yg sentiasa beri semangat buat Oja.. Love U All.. #Oja #OjaGV7 #Artis90an #GegarVaganza7 (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmyfH5iJuPx/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback City Of Saba’ - Humanoid (2022) Humanoid ditubuhkan pada 2018.Sudah ada lagu sejak dari itu.Oleh kerana sibuk dgn kerja masing2,studio Oja pun penuh,kami dptlah merkamkannya sedikit demi sedikit tapi dalam masa tempoh yg panjang.Lagu ini berdurasi 14min lebih.Bukan dikeleuarkan untuk mencari populariti tapi hanya ingin menghasilkan karya yang kami inginkan.Berkonsepkan Progressive metal.Awalnya rangka muzik diberi oleh Hailme iswa kemudian kami bersama2 mengolah semula hingga ke akhir lagu.Berkolaberasi bersama Badang drp kumpulan Orion utk lirik yg berkenaan cerita ttg ‘Kota Saba’ yg terdapat dlm petikan Surah ‘As Saba’ ‘.Semoga sedikit sbyk dpt memperingati sesama sendiri. Susunan muzik dalam lagu ini adalah antara yg ‘extreme’ bagi kami kerana ianya ‘skillfull’ dari segi ‘time signature’ & ‘notes’. Oja mengguna tuning drop D utk mendapatkan Low range. Mengenakan casual suit dalam cover album untuk menggambarkan ‘displin’ dalam muzik.Muzik digunakan sedikit utk dimuatkan dalam babak gilem M4M4. Hmm..Nak throwback apa lagi ek pasni? Nota Kaki :- “Paku” adalah nama asal Humanoid Band :) #Oja #OjaGV7 #Artis90an #HumanoidBandMalaysia #ProgMetal #ProgressiveMetal #Humanoid #PakuBand (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmnaFlEJ-Bi/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Kita Demi Negara (KDN) Oja & Jasper Supayah (2022) Saya diberi peluang untuk mencipta sebuah lagu kempen (KitaDemiNegara) untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN). Projek diuruskan oleh Abg Din Maidin (Gerak Khas) Pada mulanya ramai nama2 penyanyi2 lelaki dan perempuan disenaraikan utk berduet bersama Oja dalam lagu ini. Kami bersetuju memilih Jasper Supayah (Af 2016) diatas kesesuaiannya. Projek ini terhenti seketika selepas kami selesai merakamkan vokal Jasper Supayah kerana beberapa org yg terlibat di studio dijangkiti Covid19 termasuk Oja dan keluarga. Rakaman dijalankan pada hujung tahun 2021 dan diedarkan pada Mac2022. Setelah itu kami mula mengikuti program kempen “KitaDemiNegara” dan menyanyikan lagu tema tersebut dihadapan mantan PM & MDN. Lagu ini sering diputar di beberapa stesen radio/tv,sekolah2 dan kebanyakkan tempat badan2 kerajaan. Oja juga bersyukur dan berbangga kerana diberi peluang untuk bekerjasama bersama KDN. Kami membuat persembahan khas buat kempen ini di KLCC,KDN dan Sabah. Nota Kaki :- kena covid aritu mmg koyak weyy..Paling kesian budak kecik tu pun kena 😭 #Oja #OjaGV7 #Artis90an #KDN #KementerianDalamNegeri #KitaDemiNegara #JasperSupayah #Ukom (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmgvV7GpayC/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Nostalgia - Raya (2021) Selepas saya tamat menyertai program tv di astro iaitu Gegar Vaganza musim ke 7 pada tahun 2020,Oja mendapat satu tugasan drp client yang pernah bekerjasama dgn syarikat Oja sebelum ini. Kami ditawarkan untuk mencipta lagu2 raya terbaharu sebanyak 25 buah untuk diputarkan sekurangnya 200 buah kompleks beli belah. Saya bersama team2 drp Tunable Record berjaya menyiapkan 28 buah lagu hanya dalam sebulan sahaja.Jadi kami ada lebihan lagu baharu sebanyak 3 buah.Keseluruhan lagu adalah nyanyian drp Oja sendiri. Waktu bekerja Oja waktu ini sangat padat kerana masih ada projek2 studio lain yang perlu juga disiapkan dalam masa tertentu. Alhamdulillah client sgt berpuas hati dgn hasil kerja kami dan setelah berbincang seterusnya client membenarkan kami untuk menyiarkan lagu2 tersebut di platform digital khususnya youtube. Kemudian kami bersepakat untuk menjual secara fizikal iaitu usb drive.Dan kami sertakan juga lagu2 drp album “Mesra Raya”.Syukur Alhamdulillah juakan sangat memberangsangkan hasil sokongan drp semua khususnya fanclub Oja iaitu “TeamOja”. Alhamdulillah Oja ditawarkan oleh Ranting Legacy untuk menjalankan salah satu lagu untuk dijadikan Music Video. Lagu “Nostalgia” raya menjadi pilihan kerana lagu berikut lebih dirasakan “feel” hari raya. Nota kaki :- Hampir setiap hari balik rumah pada pukul 7/8am untuk menyiapkan Projek “gila” ni.. 😅 #Oja #OjaGV7 #Artis90an #NostalgiaRaya #TunableRecord #LaguRayaOja (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmbeJbEJFMa/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Humanoid - Al Masih Oja & Hailme Iswa (keyboardist) merancang untuk menubuhkan sebuah band yang bergenre Progresif Metal sekitar tahun 2017/2018. Dianggotai oleh 4 orang sahaja iaitu :- Oja (Guitar/Vocal) Hailme Iswa (Keyboard) Aman Radzi (Bass) Haziq Ramli (Drum) Pada waktu ini Oja lebih menumpukan kerjaya Oja sebagai pemuzik,pencipta lagu/lirik,music arranger,studio recording dan sebagainya. Selepas saya diberi tugas sebagai pengarah muzik utk 9 episod rancangan “Istimewa Lejen”,penerbit rancangan berikut iaitu Ain Sabrina mencadangkan supaya band Humanoid lekas mengeluarkan single sendiri. Pada awalnya kami sudah pun mempunyai lagu yg berdurasi 14min lebih(City Of Saba’).Akan tetapi kami bersepakat untuk merakamkan sebuah lagu yg lebih senang untuk didengar oleh semua pendengar walapun masih berkonsepkan prog metal.Kemudian terhasillah sebuah lagu berjudul “Al-Masih” dan relase pada 1 Jan 2020 dibawah label syarikat Sheikh Kalam Records. Kami berharap sedikit sebanyak mesej lagu berikut dptlah memberi peringatan dan pembelajaran buat pendengar. Band ini ditubuhkan bukan lah untuk mencari populariti tapi hanya ingin melahirkan karya yang betul2 daripada jiwa kami. Nota kaki:- mixing terpaksa dilakukan di rumah hanya menggunakan headphone kerana waktu release di dalam PKP1 😅😅 #Oja #OjaGV7 #Artis90an #HumanoidBandMalaysia #ProgressiveMetal #MalaysianBand #BandMelayu #AlMasih (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmY_ugJJhPK/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Oja & Tunable Band - Seikhlas Hati (2018) Sekali lagi Oja bersama Tunable Band menghasilkan album.Kali ini mengandungi 11 buah lagu. Seperti yang telah Oja tuliskan sebelum ini,kami sudah mempunyai byk lagu2 yg telah pun siap,tp bercadang untuk mengeluarkannya satu persatu.Kata putus drp semua untuk mengeluarkan semua lagu2 berikut dalam satu album. Ya mmg bukan lagi zaman untuk mengeluarkan satu album.Tapi ini juga merupakan satu konsep yang pernah kami semua lalui dahulu.Kita hendak pendengar berpuas hati dpt mendengar dan menikmati album yg seakan2 zaman 90an. Atas sebab kesibukan yang melanda kesemua ahli Tunable dan juga Oja sendiri,album ini mmg kami langsung tidak ada membuat sebarang promosi kecuali hanya di social media. Dalam album ini juga Oja berduet bersama Qorina(Eka Caramelt) dalam lagu “Aku Tak Benci” ciptaan Oja.Bonus track pula adalah lagu khas buat satu team bolasepak “DAR Wanderers”.Manakala lagu2 yang lain adalah ciptaan drp ahli kumpulan Tunable sendiri dan juga “Romie” (komposer lagu Sepenuh Hati) & “Jasmie Hamzah” (komposer lagu Sayang Mengundang). Nota Kaki :- Sebelum album ini keluar,Oja berniat untuk bersara menjadi seorang penyanyi dan hanya mahu fokus dlm kerja studio & belakang tabir sahaja.. #Oja #OjaGV7 #OjaNTunableBand #TunableRecord #TRSB #Artis90an #Band #Musicians #Singer (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmWEIe5JJbN/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Mesra Raya - Oja & Tunable Band (2017) 12 buah lagu dimuatkan dalam album “Mesra Raya” ini termasuk lagu “Suara Azan”. Walaupun album ini adalah Album Raya Oja & Tunable Band,kami juga memuatkan artis2 yang kami terbitkan iaitu “Qorina” (Eka Caramelt) & “Spacebar Band”. Album ini juga pertama kalinya saya digandingkan dgn Asmawi Ani atau “Mawi World”.Dua buah lagu kami menyanyi bersama iaitu “Marhaban Ya Ramadhan” & “Calit”.Album ini juga kebanyakan lagu adalah berkonsepkan akustik band. Lagu2 drp album ini juga mendapat kontrak untuk dimainkan sekurang2nya 150 buah kompleks beli belah di seluruh Malaysia. Beberapa lagu dijadikan OST drama tv berjudul Kalut Nak Raya terbitan Skop Production lakonan drp Dato Awie & Erra Fazira. Album ini juga kami menggunakan khidmat pakar mastering drp Nevada. Kami juga sempat mempromosi album ini di rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Kool fm dan juga beberapa persembahan pentas. Bagaimanapun Alhamdulillah jualan memberangsangkan walaupun CD tidak habis terjual. Namun begitu,ini antara projek kenangan indah buat kami sekeluarga di Tunable Record Sdn Bhd. Nota kaki :- Video2 klip di youtube adalah hasil daripada ahli band2 Tunable sendiri mengikut lagi ciptaan masing2. #Oja #OjaNTunableBand #OjaGV7 #Artis90an (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmTjE2wJlqF/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Single Oja & Tunable Band (2016) 1-Menantu Ting Tong (OST) 2-Cukup Sekali 3-Sayang Mengundang 4-Kenangan Indah Di Aidilfitri 5-Suara Azan (OST) Selepas saya terlibat untuk menjadi penyanyi gantian kumpulan Spoon di final GV1,saya ditugaskan untuk membantu penerbitan untuk album kumpulan berikut.Saya dan Norul Fikri (Gitaris Kumpulan Spoon) dan semua ahli kumpulan termasuk Abg Din Maidin(Gerak Khas) bersama membuka syarikat bernama “Tunable Record Sdn Bhd” pada pertengahan 2015. Setahun berlalu menghasilkan lagu2 untuk Spoon akan tetapi ada beberapa masalah dalaman yg berlaku.Walaubagaimanapun tugasan perlu diteruskan.Saya bersetuju untuk sekali lagi menjadi penyanyi gantian untuk Spoon.Akan tetapi selepas mesyuarat seterusnya kami bersepakat untuk bina nama baru iaitu “Oja & Tunable Band”. Walaupun sudah ada lebih 10 lagu untuk dikeluarkan,kami bersepakat utk mengeluarkan lagu2 semua satu persatu bermula dgn lagu “Menantu Ting Tong” yang dicipta oleh Elji (Kilauan Emas) dan ianya adalah lagu tema khas (OST) untuk drama tv bersiri yang juga bertajuk “Menantu Ting Tong”. Kemudian tidak lama kemudian kami mengeluarkan sebuah lagi single berjudul “Cukup Sekali” ciptaan Norul Fikri & Shahrizan Ayob.Lagu ini pernah dicalonkan di Muzik2 2016 akan tetapi macam biasaa..Terkeluoor jugak 🤣. Seperti yang dirancang,kami terus mengeluarkan lagu seterusnya iaitu “Sayang Mengundang ciptaan Jasmie Hamzah dan lagu raya berjudul “Kenangan indah di aidilfitri”. Dalam pada itu saya juga menerbitkan mini album (5Lagu) untuk Qorina atau sekarang lebih dikenali sebagai “Eka Caramelt”. Lagu seterusnya iaitu “Suara Azan” ciptaan Oja dan Sharizan Ayob yang memang ciptaan khas untuk telemovie juga berjudul “Suara Azan” yang disiarkan di Rtm. Untuk band Oja & Tunable Band pernah membuat persembahan untuk Tour Suria Fm di Johor Bahru & Pulau Pinang. Single2 album diatas adalah “comeback” drpnkami dan dilancarkan di Finas Hulu Kelang. Nota Kaki :- Komen lagu apa yg korang pernah dgr dan mana paling disukai 😘 #Oja #OjaNtunableBand #OjaGV7 #Artis90an (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmL55hhJXjp/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Oja - Pintu Taubat (2008) Selepas tamat persekolahan,Oja bernekad untuk tukar bidang daripada seorang penyanyi kepada seorang pemuzik. Oja menjadi pemuzik sepenuh masa (Pemain gitar) sejak tahun 1999.Membuat persembahan di hotel,kelab malam,pub,restoran,majlis rasmi dan tidak rasmi.Pendek kata ‘sauk’ je apa yg sempat haha..Oja membuat persembahan sekitar semenanjung,Sabah,Sarawak & Brunei.Akan tetapi Oja juga masih menyanyi cuma bukan sebagai penyanyi utama.Kemudian Oja nekad utk berhenti bekerja di kelab malam sepenuhnya di sekitar tahun 2015/2016. Sekitar tahun 2003,Oja mula belajar drp Ayah saudara Oja iaitu Khairool Idlan untuk mendalami ilmu studio rakaman menggunakan komputer.Alhamdulillah beberapa tahun selepas itu Oja mula ditawarkan untuk merakamkan lagu2 untuk untuk TV..Antaranya ialah “Pintu Taubat” yang kerap disiarkan di Astro Oasis pada ketika itu.Juga membuat lagu2 tema utk rancangan seperti dokumentari,Telemovie atau muzik montaj di Tv1,Tv2 & Tv3. Lagu “Pintu Taubat” ini juga Oja terbitkan semula pada tahun 2016 di bawah naungan “Tunable Record Sdn Bhd” iaitu syarikat rakaman Oja bersama rakan2 Tunable Band. Walaubagaimanapun ketika ‘zaman’ Oja membuat lagu2 untuk tv ini,Oja masih bekerja dia bahagian malam di sekitar KL.Ada masanya Oja ambil peluang utk tidur sekejap pada waktu rehat bekerja malam di kelab.Ksian taak? 😜 Nota kaki :- Ketika pembikinan lagu “Pintu Taubat” ini,Oja mengalami demam paling teruk sehingga tidak boleh bangun kira2 dalam 5 hari.Bila sihat sikit terus masuk studio utk compose dan tulis lirik kemudian terus rakam.Alhamdulillah sehari punya kerja Allah bagi ilham dan penerbit pun suka sungguh.Studio Oja waktu ini Oja hanya buat di master bedroom rumah Oja sahaja. 😅 #Oja #Artis90an #OjaGV7 #AnakSeni #PintuTaubat #GambarTakKenaDgnLagu 😂 (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmJKGZaJ1gS/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Oja - Kerangka (1997) Album berjudul “Kerangka” merupakan album solo Oja yang ketiga.Diterbitkan oleh Ikhtiman Ismail,Guntur Record.Edaran Polygram. Pada waktu ini Oja sememangnya tidak lagi mahu menjadi seorang penyanyi.Sepertinya tidak menjadi.Oja sudah pun fokus bermain muzik bersama band sendiri kawan dari sekolah.Walapun waktu itu masih tidak tahu hala tuju,janji rock 🤣 Pada waktu ini ayah Saudara Oja iaitu Ikhtiman sedang dalam proses rakaman untuk artis beliau iaitu Ben Nathan.Beliau juga merupakan komposer dan penerbit untuk album2 Ben Nathan sebelum ini yg popular dgn lagu “Stanza Sepi Sekeping Hati”. Akan tetapi Ben Nathan ketika itu sudah pun ‘tidak sihat’.Dan ianya merugikan team penerbitan kerana kos studio rakaman pada waktu itu sangat tinggi. Kemudian beliau dan juga Bonda Oja memujuk untuk menyambung projek tersebut untuk tidak menjadi kerugian yang besar. Oja bersetuju untuk melibatkan diri untuk menghasilkan album tersebut.Mujurlah nada kesemua lagu bersesuaian dgn Oja walaupun waktu itu teknik nyanyian Oja masih tidak betul. Alhamdulillah,10 lagu siap dirakam hanya 2 hari kalau tidak silap Oja.Terhasil lah Album berjudul Kerangka. Lagu berjudul “persis wajahmu” pernah dicalonkan di rancangan Muzik2.Dan mcm biasa..Terkeluoo hahaha..ape punye suwey la 🤣🤣🤣 Beberapa lagu agak lama di carta2 stesen radio waktu itu antaranya “Dalam Emosi Cinta” yang pernah dipopularkan oleh kumpulan “Menara”.Bagaimana pun rezeki sampai situ shj.Syarikat Polygram pula tamat perkhidmatannya. Nota kaki :- Mancung tak hidung saya ?#Photoshop 1998 🤪 #Oja #OjaGv7 #Kerangka #AlbumOja #Artis90an (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/CmEDbbDpL6F/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Oja & Mastura - Apo Salah Eh (1996) Sekali lagi Oja digandingkan bersama Allahyarhamah Mastura Ismail yang saya gelar “mummy”. Team rakaman,penerbitan,pemuzik,studio rakaman dan edaran adalah sama dgn album yg sebelum ini.Satu perkara ttg penghasilan kedua album duet ini adalah lagu2 yang dekat dgn rakyat. Akan tetapi dalam album ini Oja hanya menyanyi (duet) dua lagu sahaja iaitu “Apo Salah Eh” dan “Cinta orang tua”. Selebihnya Arwah menyikan secara solo. Berbeza dgn album “Ceneke” yang keseluruhan menggunakan dialek Negeri 9 dan Minang.Album ini menggunakan Bahasa Melayu dan juga ada mengandungi lagu cover (Hindi) yang berjudul “Yeh Samaan Hai Pyar Ka”. Album ini kurang mendapat sambutan berbanding Album “ceneke”. Dan pada waktu umur begini Oja lebih kerap berlakon drp menyanyi.Byk tawaran berlakon utk drama2 TV1 & TV2. Tapi tu lah..Tajuk pun tak berapa nak ingat.Kebanyakan Oja kerap berlakon utk syarikat HVD utk slot Spektra. Ada suatu ketika zaman itu byk cerita2 “pendekar”.Oja pun pernah terlibat dan stunt buat sendiri oi 🤣 Nota kaki :- Waktu ini dah berniat nak tukar bidang pada main muzik..Taknak nyanyi dah😅 #Oja #Masturaismail #Artis90an #OjaGv7 (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/Cl--TCkpKRN/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Oja & Mastura - Ceneke (1995) Album duet pertama bersama Allahyarhamah Mastura Ismail iaitu ibu saudara Oja yg pernah popular dgn lagu “Apo Kono Eh Jang”.Oja ditawarkan untuk menyanyikan semula antara lagu2 popular drp album “Mastura & Ally Noor”. Kali ini penerbit adalah Ikhtiman Ismail yang juga ayah saudara Oja iaitu komposer asal lagu “Apo Kono Eh Jang”. Akan tetapi Khairool idlan ditugaskan hanya sebagai music programmer dan guitar track oleh Ija drp kumpulan Medicine. Kalau dulu album sebegini dipanggil ‘duet’ berbanding sekarang..Mungkin jadi “Mastura Feat Oja”..Haa gitewww.. Album ini juga adalah album yang berbahasa Negeri Sembilan. Rakaman sepenuhnya dilakukan di PRO studio Cheras. Album ini diedarkan melalui Syarikat SRC. (Suria Records) Waktu itu DS Siti Nurhaliza belum masuk lagi. 🤪 Cabaran utk album ini adalah Oja perlu menyanyi dan berdialog dalam dialek bahasa Negeri Sembilan.Walaupun Oja ada darah drp negeri itu Oja tidak dibesarkan dgn bahasa tersebut. Lagu “Abih Camno” pernah dicalonkan di dalam rancangan Muzik2.Tapi biaso lah..Terkeluar juga haha.. Kebanyakan dalam album ini adalah lagu yg dirakamkan semula seperti lagu “Apo Kono Eh Jang,Abih Camno” dan beberapa lagu lagi. Ada juga lagu yg berbahasa Minang,tp hanya nyanyian solo drp Arwah Mastura. Album ini Alhamdulillah agak mendapat sambutan dan Oja dikenali semula walau tidak kerap mendapat undangan persembahan. Tidak byk nak diceritakan utk album ini..Cuma waktu fotosessi utk cover album tu Oja tgh migrain terok oi 😅😅😅 #AbaikanRambutMGR tu 🤪🤪🤪 Nota kaki :- Mohon sahabat semua hadiahkan suratul Fatihah buat Arwah Mastura Bt Ismail @mastura_apokonoehjang #Rindunya :( #Oja #ApoKonoEhJang #Masturaismail #Artis90an #ojagv7 (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/Cl8N0xKJ-5r/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
oja-humanoid · 2 years
Photo
Tumblr media
#Throwback Oja - Cepat-Cepat (1993) Album kedua Oja berjudul “Cepat-Cepat” juga diterbitkan oleh Ayah saudara Oja iaitu @khairool_idlan dan diedarkan oleh @liferecordsmy Album ini juga mempunyai 10 buah lagu antaranya adalah “Maafkanku Ibu..” Album ini bagi saya kurang mendapat sambutan mungkin kekurangan dari promosi. Bagaimanapun lagu “Maafkanku ibu” kerap juga dimainkan dicorong radio pada waktu itu. Lagu yg bertajuk “peperiksaan” adalah penulisan lirik pertama drp saya..(tak ingat dah lagu dia mcm mana rupa 🤣) Album ini dirakam sepenuhnya di Fantasia Studio di Taman Maluri,Cheras dimana Abg Lan Laga yg sedang bertugas disitu. Berbanding album “Anak jalanan” sepenuhnya dirakamkan di Channel 11 studio. Pada umur ini Oja juga kerap giat berlakon beberapa drama TV. Lagu yg berjudul “Manusia” yg terdapat dlm album ini pernah tercalon di dalam rancangan Muzik2.Tapi mcm biasa lah..Terkeluor 🤣 Setakat album kedua ini,Oja rasa semakin berminat terhadap pekerjaan studio rakaman dan tugasan di belakang tabir adalah sgt menyeronokkan walaupun rumit.Oleh kerana waktu ni masih kecil,kena lah tgu pakndak(Khairool Idlan) selesai tugasan.Jadi,kita pun layan membuta la bawah Piano..Aircon sejuk 🤪 Untuk album ini mmg sgt kurang undangan persembahan berbanding album yg sebelum ini. Walaubagaimanapun bagi Oja ini adalah baru permulaan.. Ok ini je yg ingat setakat ni.. 😁 Kalau korang tahu tentang album ni jemput lah komen dibawah.. Nota kaki :- Masa ni dah gila gitar letrik 🤪 #Oja #AlbumOja #2ndAlbum #OjaGv7 #Artis90an #MalaysianSinger #Musicians (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/Cl45tisJqmj/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note