Tumgik
#gunungtertinggi
momenwisata · 3 months
Text
Gunung Tertinggi di Kalimantan
Momenwisata.com – Apakah Anda memiliki rencana untuk mendaki di gunung Kalimantan? Yuk simak artikel ini untuk melihat rekomendasi gunung tertinggi di Kalimantan.
Baca selengkapnya :
0 notes
feliciadiary · 3 years
Photo
Tumblr media
Gunung Muda Tertinggi (on Wattpad) https://www.wattpad.com/story/281088874-gunung-muda-tertinggi?utm_source=web&utm_medium=tumblr&utm_content=share_myworks&wp_uname=FeliciaOdelia13&wp_originator=m5NPjhw9M9iL%2F94LGecICAW3gRrLEwX2mQOH5OYME4tMgxUOu5kniLYYA8%2BZFbhLqFg6YP6SuUBhfHWbbra0Jw1mUqu0%2Bq4VE0jDv1eQDsw9JoPd7d4xhlXlpMTTJMmc 
 Kisah ini ibaratkan sebuah gunung yang baru terbentuk dari lempengan bumi yang dalam. Meskipun baru saja terbentuk ia berbeda dengan yang lain. Ia tinggi menjulang melebihi seniornya. Inilah kisah seorang pemuda yang bercita cita menjadi seorang pemimpin. Walau umurnya masih muda, ia sudah mengalahkan para senior yang berusia lebih tua darinya. Ia tinggi menjulang tanpa memikirkan apapun tentang yang dibawah. Walau belum layak mendapat posisi itu, ia tetap berusaha untuk tetap berada di tempat terbaik. -Ini cerita fiksi yang menggunakan kata kata non baku karna kronologis cerita terjadi di zaman anak milenial (juga biar nggak bosen). Terimakasih, Lycia
2 notes · View notes
kashininair · 4 years
Text
Pengalaman di Kampung
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia semua. Saya ingin menceritakan pengalaman saya di kampung untuk entri kali ini. Pada cuti semester yang lepas, saya bersama keluarga telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah hampir setahun berada di Selangor yang sentiasa sibuk. Kampung saya terletak di Taiping, Perak. Ia terletak kira-kira 4 jam dari negeri Selangor. Taiping sebenarnya merupakan sebuah tempat yang terkenal di Malaysia. Kebanyakkan sektor ekonomi serta kemudahan asas seperti pengangkutan (keretapi) di negara ini mula membangun dari kampung saya ini semenjak zaman penjajahan British lagi. Pada masa dahulu Taiping terkenal untuk perlombongan bijih timah.  Taiping juga merupakan sebuah tempat yang bersejarah yang diiktiraf oleh UNESCO serta kini telah pun menjadi terkenal sebagai sebuah tempat tarikan para pelancong.
 Kampung saya merupakan satu tempat yang masih mempunyai banyak alam kehijauan yang indah. Saya suka pulang ke kampung saya kerana Taiping merupakan satu-satunya tempat yang masih mempunyai udara yang bersih dan nyaman untuk dihirup. Setiap kali menghirup udara di kampung saya ini, saya sentiasa berasa segar dan minda saya cerdas. Kita mampu berfikir dengan lebih teliti lagi berbanding kawasan-kawasan bandar yang lain. Suasana di kampung sungguh tenang dan bebas daripada pencemaran-pencemaran. Taiping dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan kerana ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang terkenal. Oleh yang demikian, semua tempat di sekitar Taiping dijaga dan diselenggara dengan baik. Hal ini telah mewujudkan satu suasana yang bersih dan nyaman untuk dinikmati oleh penduduk kampung saya.
 Di samping itu, saya juga suka akan suasana hujan di kampung saya. Kampung saya sebenarnya terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau asal;ah Gunungtertinggi di sini. Kampung saya merupakan tempat yang paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Ia merupakan tempat yang paling basah di Malaysia. Hujan yang diterima ialah sejenis hujan bukit dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu, kampung saya ini tidaklah dilanda banjir-banjir yang teruk seperti kebanyakkan tempat pada masa kini. Taiping  menerima purata hujan sebanyak 4000mm iaitu tahap yang sangat tinggi berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia di mana mereka hanya menerima hujan sebanyak 2000-2500mm purata hujan. Taiping sentiasa basah dan sejuk sepanjang tahun. Suasana hujan ini menyebabkan kampung saya sentiasa sejuk dan jarang mengalami musim kemarau yang semakin menular di Malaysia.
 Selain itu, penduduk-penduduk di kampung saya sangat mesra. Mereka di kampung saya ini bergaul tanpa mengira agama, bangsa dan kaum serta saling bergantung antara satu sama yang lain. Bak kata pepatah, “bagai aur dengan tebing”. Masyarakat di kampung saya ini kebanyakkannya terdiri daripada orang tua-tua yang telah bersara. Keadaan yang tenang dan sunyi di kampung saya ini mendorong mereka untuk terus hidup disini walaupun tinggal seorangan tanpa anak-anak mereka yang telah pun pindah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk mengejar kekayaan. Penduduk di sini saling tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka bergaul dengan semua lapisan masyarakat yang datang berkunjung ke Taiping. Sekurang-kurangnya suatu senyuman manis akan diberikan kepada yang datang ke kampung saya ini. Masyarakat zaman kini, selalunya hanya fokus akan kerja mereka dan mengabaikan sikap beramah mesra yang begitu penting di negara ini.
 Kampung saya merupakan satu tempat yang sangat cantik dan unik. Saya akan memberi apa sahaja dalam hidup saya untuk menetap di kampung saya yang tercinta ini. Saya suka kampung saya dan ingin membantu memelihara kampung saya untuk mengekalkan keadaan dan suasana di kampung sepertimana ia dijaga oleh pihak kerajaan sekarang. Saya akan melakukan pelbagai usaha untuk memeliharanya supaya generasi-generasi yang akan datang dapat menikmati suasana dan keadaan yang indah ini. Bak kata pepatah, “dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
1 note · View note