Tumgik
#hartadunia
gunawan-go ยท 5 years
Photo
Tumblr media
"๐—ž๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐˜€๐—ฎ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ถ" Zaman sekarang, masih banyak juga orang-orang yang berkedok alasan harta tidak dibawa mati. Harta bisa dibawa mati! Caranya adalah dengan ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ. Dengan kita menjadi orang kaya, maka kita akan punya peluang lebih besar untuk berbagi dan membantu orang lain. Kita bisa lebih bersedekah dengan jumlah yang besar. Kita bisa membantu orang berobat yang tidak memiliki biaya. Kita bisa membantu membangun tempat ibadah. Dan masih banyak lagi kesempatan yang bisa kita lakukan jika ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ. Jadi konsepnya adalah mengubah kekayaan menjadi amal sehingga bisa kita bawa saat mati. Kata Coach Willyam Kho, ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ด-๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ป ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ. Bagaimana dengan Anda, ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ป ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ถ๐˜€๐—ธ๐—ถ๐—ป? G.G. #hartadibawamati #hartadunia #kayabermanfaat #beramal #orangkaya #amaljariyah #amaljariah #berbagi (at Perumahan Kuta Permai) https://www.instagram.com/p/B3g5lIzpXHl/?igshid=inxh3svuq3nk
0 notes
deebooksentap ยท 6 years
Video
instagram
#Repost @tvdakwah (@get_repost) ใƒปใƒปใƒป Siapakah tuhan kita? . Allah atau harta? Mengapa kita sanggup berkorban segalanya untuk harta, tapi solat kita tinggalkan? . Jom sama-sama kita muhasabah๐Ÿ˜ข . TAG KAWAN BAIK korangโ™ฅ . *p/s: Abaikan adegan lupa lirik dalam video ni. Haha . . #dakwahsentap #tarbiahsentap #squadisbir #deebooksentap #tvdakwah #bukubaru #vine #bukubestseller #bukumurah #bukumotivasi #bookstore #takutdosa #autotune #panama #solat #cintadunia #budayakanmembaca #malaysiamembaca #kejardunia #hartadunia #jommuhasabahdiri #parody #jangantinggalsolat #sharevideo #mogaallahredha #lubukbukumalaysia #jomdengar #lubukbukuislamik #challengebukutarbiahsentap (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/Bsl7mjqlOqs/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=16tn7mqnloxjg
0 notes
annaalfaqir ยท 8 years
Text
Miskin (part 1)
Aku teringat suatu ketika Mama hampir-hampir menumpahkan air mata apabila salah seorang sahabatnya bertanya,ย โ€œAnak kau dah berapa, Ita?โ€ Mama menarik aku menghampirinya,ย โ€œNi je seorang anak aku. Eiya, salam isteri ustaz ni. Ustaz ni dengan isteri dia kawan Mama masa sekolah dulu ni.โ€
โ€œSorang je anak kau? Dah lah sorang, perempuan lak tu. Anak ni harta kita di akhirat. Kalau miskin harta dunia takpe lagi. Jangan miskin harta akhirat. Lagipun anak perempuan bukan boleh mengiringi kita ke kubur apabila kita meninggal. Anak aku lapan orang semua. 5 lelaki, 3 perempuan โ€, Ustaz tu menyambung kata-katanya lagi. Berderau darah aku mendengar kata-kata Ustaz tu. Ustaz ni dah kenapa mengeluarkan kata-kata seperti itu? Ustaz ni cauvinistย dan judgementalย betul. Bengang pula aku mendengarnya.ย Aku melihat Mama melalui ekor mata ku. aku melihat air wajah Mama berubah. Sakitnya hati aku kepada ustaz tersebut ketika itu, Tuhan sahaja yang tahu.ย 
Dengan susah payah dalam mengukir senyuman, Mama menjawab,ย โ€œDah Allah beri aku rezeki anak seorang perempuan. Itu pun sudah besar kurniaan-Nya kepada aku. Ada pasangan lain berkahwin berpuluh tahun,tapi anak seorang pun tak dapat. Aku ni kira beruntunglah ada juga anak walaupun seorang. Mungkin ini ujian Allah kepada aku, miskin di dunia, miskin di akhiratโ€. Menyedari perubahan suara Mama, isteri ustaz tersebut terus memujuk,โ€Betul tu, Ita. Anak ni rezeki Allah. Ada seorang anak pun dah beruntung daripada tiada langsungโ€.
Walaupun sakit hati, aku genggam erat tangan Mama memberi sokongan moral untuk berhadapan ustaz tersebut. Ya Allah, pertama kali aku jumpa seorang ustaz seperti ini, merendahkan perempuan hanya kerana memperoleh seorang sahaja zuriat dan merasakan anak perempuan tidak sepenting anak lelaki. Aku beranikan diri bertanya,ย โ€œ Ustaz dengan acik berdua sahaja ke? Anak-anak tak ikut?โ€ Isteri ustaz tersebut menjawab,ย โ€œAnak acik yang sulung dengan yang kedua datang sekali. Yang sulung, perempuan dah dah bekerja. Yang kedua, lelaki tu mungkin lebih kurang sebaya kamu. Hah, tu tengah duduk dengan kawan-kawannyaโ€. Aku memandang ke arah yang ditunjukkan. MasyaAllah, anak lelakinya bertindik, berbaju hitam, berambut pacak macam landak serta berseluar pendek atas lutut. Mengucap panjang aku dalam hati. Anak ustaz berpakaian tak senonoh begitu? Mama pun nampak terkejut. Tapi kami coverย kekagetan kami dengan anggukan kecil.
โ€œBiasalah anak lelaki, masa bujang memang liar sikit. Belum matang lagi. Kahwin nanti berubahlah. Hahaha. Hah, kau datang sini ada apa? Terlibat dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) juga ke? Aku datang sebagai tetamu jemputan. Alah, jemput makan dan memeriahkan majlis BPI. Kau terlibat menguruskan Majlis Anugerah Kecemerlangan BPI juga ke? Bukan kau guru Bahasa Melayu ke? โ€ tanya ustaz itu. ย 
โ€œEh, taklah. Aku memang guru Bahasa Melayu. Bukan aku yang terlibat.Anak aku ni yang terlibat. Aku dijemput hadir sebagai ibubapa penerima anugerah,โ€ jelas Mama. Aku tersenyum. Belum sempat ustaz tersebut bertanya lebih lanjut, urus setia meminta kami masuk ke dalam dewan kerana majlis akan bermula. Namaku dicalonkan untuk 3 kategori. Kategori Pelajar Agama Terbaik Akademik Negeri Selangor, Pelajar Agama Terbaik Ko-Akademik dan Pelajar Agama Terbaik Kokurikulum. Namun, aku hanya berjaya merangkul 2 anugerah daripada tiga pencalonan. Walaupun begitu, tanpa pengetahuanku, dengan memenangi 2 anugerah tersebut melayakkan aku menjadi Tokoh Pelajar Agama Terbaik Negeri Sekolah kategori menengah rendah. Aku lantas memeluk dan mencium pipi Mama Ayah sebelum naik ke pentas untuk menerima anugerah tersebut.ย 
Seusai majlis, ustaz tersebut bersama keluarganya merapati keluargaku untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan ku. Pengarah Pelajaran Negeri Selangor ketika itu juga mengucapkan tahniah secara peribadi kepadaku seraya berkata kepada Mama dan Ayah,ย โ€œSaya mendengar biodata Adik Nurul tadi sangat mengagumkan. Encik dan Puan beruntung memiliki anak seperti adik Nurul. Walaupun seorang anak tetapi kualitinya seperti memiliki 10 orang anak. Syabas Adik Nurul. Semoga kejayaan ini mampu dikekalkan sehingga ke menara gadingโ€. Aku melihat Mama tersenyum senang dan pastinya ustaz anak 8 tadi merasa tertampar dengan kenyataan beliau tanpa beliau sedari.
โ€œ...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Sesungguhnya , Allah juga yang Maha Mengetahui semuanya sedangkan kamu tidak mengetahuinyaโ€ (Al Baqarah 2 : 216)
Tuhan itu Maha Adil. Miskin bagi mereka mungkin adalah kekayaan pada kita dan kemiskinan pada kita mungkin kekayaan pada mereka. Kekayaan yang hakiki terletak pada kekayaan budi pekerti.ย 
0 notes