Tumgik
#keusahawanan
boxexpert · 1 day
Text
Inspirasi Kotak Produk Kecantikan Dari Negara Portugal: Pelajaran Keusahawanan dari Benamor
Dalam arena kecantikan global yang sentiasa berkembang, pembungkusan produk telah menjadi elemen kritikal dalam strategi pemasaran. Kini, kita akan meneroka sumber inspirasi yang mungkin kurang dikenali tetapi sangat berpotensi – Portugal. Negara ini bukan sahaja terkenal dengan warisan budayanya yang kaya, tetapi juga sedang muncul sebagai peneraju dalam inovasi pembungkusan produk…
Tumblr media
View On WordPress
2 notes · View notes
mindanuklear · 1 year
Text
Tumblr media
Tadi masa jogging aku ada dengar satu podcast tentang kenapa biasanya orang yang bekerja keras atau pandai buat kerja selalu kalah dengan orang yang pandai bercakap. Dalam konteks ini, situasinya dalam sesebuah organisasi atau bekerja di pejabat. Sebagai contoh, kenapa buruh binaan gajinya lebih murah berbanding arkitek? Jawapannya mudah, sebab orang yang pandai buat kerja belum tentu pandai mengendalikan kerjanya dengan efektif dan menyampaikan ideanya dengan cemerlang berbanding seorang yang mungkin kurang pandai melakukan kerja tetapi cekap dalam mengatur sebuah pasukan kerana ideanya dapat difahami sebab utamanya cara penyampaian yang dilakukan berkesan. Jadi kesimpulan ringkas yang boleh diambil dari podcast yang aku dengar tu ialah, untuk menjadi seorang yang sukses dari sudut keusahawanan, seseorang itu mestilah pandai mengatur, mengarah dan menyampaikan ideanya dengan cemerlang supaya pasukannya faham tentang apa yang mereka jalankan. Contoh yang mudah kita boleh tengok macam mana Bill Gates masa pertama kali beliau perkenalkan iPod. Walaupun dah ada macam-macam devices yang dibuat sebelum iPod yang fungsinya sama iaitu boleh menyimpan beratus bahkan beribu lagu tetapi jualan iPod melebihi Creative Zen V Plus. Komunikasi yang efektif adalah kunci yang penting sebenarnya untuk aku kuasai dalam jalan keusahawanan ini. Bagaimana untuk mengasah komunikasi yang efektif? Salah satunya dengan membaca novel. Membaca novel membuatkan otak kita berfungsi dengan baik, lagi-lagi kita memeran banyak watak dan dah tentu kita baca dialog setiap watak dalam novel itu dengan nada-nada yang berlainan. Contohnya, kalau watak itu perempuan yang sedang menangis, kita akan cuba menghayati dialog tersebut dengan penuh rasa sayu. Lebih kurang gitulah apa yang dicadangkan oleh podcast tersebut.
Jadi kerana itu, sejak akhir-akhir ini, aku sangatlah membanyakkan bahan bacaan aku untuk lebih kreatif bercerita membangunkan brand empatpetang. Aku percaya brand atau jenama yang bagus itu datang dari penceritaan yang bagus. Bagus yang bermaksud cerita yang disampaikan perlulah dekat dengan audiens, disampaikan dengan bahasa yang sebaik mungkin dan juga difahami oleh audiens.
Dalam dunia kopi juga, kalau nak masuk pertandingan kopi, menceritakan tentang proses bagaimana kita menikmati kopi itu adalah kunci yang utama juga untuk kita menang pertandingan tersebut. Oleh itu aku harus bekerja lebih keras lagi untuk menguasai teknik penceritaan yang bagus.
Tumblr media
Oh ya aku baru je habis baca buku dari Ahmad Bahjat. Menarik sebab hari tu, Januari atau Februari lepas masa aku tengah tunggu Huda di Mukha Cafe, aku ambil buku ni dan buka dengan randomnya tajuk di tengah-tengah. Tajuk yang aku buka tentang anai-anai di masa Nabi Sulaiman. Aku suka buku ni sebab penulis membawa satu perspektif yang berbeza yang selalu diangkat oleh studio animasi macam Pixar, tentang situasi kemungkinan atau what if? Semua tulisan ini adalah hasil kreatif penulis yang berinspirasikan oleh cerita-cerita dalam Al Quran. Terdapat beberapa haiwan yang disebutkan dalam Al Quran dan di sini kita boleh nampak betapa pentingnya haiwan dan martabat mereka sehinggakan spesis mereka diabadikan dalam kitab suci ini. Penulis mengajak kita memandang situasinya dari perspektif haiwan. Bagi kita orang yang beriman, kita sedia maklum yang semua makhluk di muka dunia ini patuh pada aturan yang ditetapkan oleh Allah dan mereka semua tanpa penat dan lelah memuji-muji sang Pencipta. Hanya kita manusia sahaja diberi kebebasan dan diberi akal fikiran untuk membenarkan wahyu atau menolak wahyu dan kerana itu kita memerlukan sebuah panduan dan makhluk-makhluk lain untuk memberitahu kita bahawa
"Hey Tuhan itu wujud dan jangan pernah sesekali kita menduakanNya. Kalau pun pernah kau menduakanNya, ingatlah kau tak pernah terlambat untuk bertaubat"
Cerita-cerita yang ditulis sangat menarik sehingga aku terpaksa menulis post ini. Awalnya aku pasang niat untuk hadiahkan buku ni kepada kawan aku yang baru sahaja selamat melahirkan anaknya. Tapi aku rasa biar aku jelah yang baca buku ni, aku rasa dia tak ada masa langsung untuk baca buku kalau aku hadiahkan buku ni. Mestilah dia sibuk menguruskan bayi baru. #malaysiamembaca #nowreading
2 notes · View notes
starmailnews · 7 months
Text
SPRM reman perunding geran DIDR, Syarikat AFCL Bioscience Sdn Bhd tuntutan palsu lebih RM 400 ribu hari ini
Tumblr media
Selepas dibalun kiri dan kanan. Dinafi Datuk Phoong Jin Zhe  Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan selain Setiausaha Perhubungan Awamnya, hari ini terbukti rasuah Tse Kei Yue Pengarah Pengarah Department of Industrial Development & Research (Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan)  dan perunding Kenny Ang Ka Fat @ Dr Fazli Ang Pengarah Urusan AFCL BioScience Sdn Bhd bersama isterinya Anita binti Mohamed menyeleweng dana BAIKS.
Sekian lama perkara ini ini berlaku Kerajaan Sabah silih berganti tetapi pegawai tetap orang sama dan konsultan terus membodohkan Menteri.
Tumblr media
Kenny Ang Ka Fat @ Dr Fazli Ang bersama isterinya penama syarikat AFCL BioScience Sdn Bhd
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah semalam menahan Kenny Ang seorang perunding dana geran DIDR kerana mengemukakan tuntutan lebih  RM400,000 menggunakan dokumen mengandungi butiran matan palsu kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR).
Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah ketika dihubungi media mengesahkan tangkapan tersebut.
Menurutnya, suspek lelaki berusia 50an (Dr Kenny Ang) mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan mesin kepada usahawan membabitkan dana Program Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS),
“Perbuatan berkenaan telah dilakukan suspek sekitar tahun 2023 sedangkan mesin tidak dibekalkan oleh syarikat suspek.
Tumblr media
“Suspek telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 17 & 18 Akta SPRM 2009.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bagi tujuan permohonan reman esok pagi,” katanya.
Kenyataan SPRM itu mengesahkan apa yang didedahkan oleh  Sabahbigmouthss sebelum ini.
Semoga dengan reman dan tangkapan ini lebih ramai pegawai MIDE, DIDR dan syarikat terlibat ditangkap SPRM. Ini termasuk syarikat penyamaran dan rakan subahat Kenny Ang iaitu Intelect Training And Services.
Terdapat dakwaan perunding dan Syarikat AFCL BioScience Sdn Bhd cuba memulangkan wang itu kepada DIDR. Namun terlambat kerana ia mengesahkan lagi penerimaan dana itu dan tidak diberipun kepada syarikat yang mendapat geran.
Syarikat AFCL BioScience Sdn Bhd merupakan antara syarikat yang berjaya memperolehi geran DIDR sejak sekian lama. Kini AFCL BioScience Sdn Bhd menjadi konsultan kepada DIDR untuk memilih usahawan yang boleh mendapat geran BAIKS di Sabah.
0 notes
therichweb · 4 months
Text
Strategi Bisnes Mudah Untuk Usahawan Online Baru
Dalam dunia yang semakin digital, peluang untuk memulakan bisnes secara online tidak pernah lebih mudah.
Dengan akses ke teknologi dan alat yang tepat, hampir sesiapa saja boleh melancarkan usaha sendiri dari keselesaan rumah walaupun hanya bisnes modal kecil.
Bagi usahawan baru, memahami dasar-dasar “bisnes mudah” boleh membuka pintu ke arah kejayaan yang berkekalan.
Artikel ini akan menggariskan beberapa strategi utama untuk membantu anda memulakan perjalanan keusahawanan digital anda dengan sokongan dari The Rich Web, pemimpin dalam pembuatan website korporat dan ecommerce.
Era digital ini memudahkan lebih ramai orang untuk mencapai mimpi keusahawanan mereka dengan lebih cepat dan efisien.
0 notes
nurschafieeza · 1 year
Text
Bagaimana Saya Menikmati Webinar dengan Lampu Selfie yang Hebat Ini 😍
Hai semua, hari ini saya nak kongsikan dengan anda pengalaman saya yang terbaru dan paling best dalam hidup saya. Saya baru sahaja menyertai sebuah webinar yang sangat menarik dan bermanfaat, yang membincangkan tentang topik-topik hangat seperti keusahawanan, kewangan, kesihatan, dan banyak lagi. Webinar ini diadakan oleh [Pakar Inspirasi], sebuah platform yang menghubungkan anda dengan…
View On WordPress
0 notes
instituttunperak · 2 years
Photo
Tumblr media
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Tun Perak (ITP) dan Precious Education Academy telah berlangsung pada 21 Februari 2023 bertempat di AMES Hotel, Ayer Keroh. Majlis MoU telah disaksikan oleh YB Datuk Hj Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi. MoU antara ITP dan PEN Academy adalah untuk merealisasikan program Pensijilan Profesional oleh UTM Space melalui 'train and place' kepada golongan belia di Melaka dalam usaha meningkatkan kemahiran pensijilan profesioal dalam bidang logistik, kulinari dan keusahawanan. Semoga usahasama ini dapat memberi nilai tambah pensijilan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia negeri Melaka. . #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia https://www.instagram.com/p/Co7bXYfviF3/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
andisuryady · 2 years
Photo
Tumblr media
1.2.2023 2.00pm | Mesyuarat pasca-kabinet bil 1/23 oleh YB @gingerphoong , penyerahan tugas pembantu menteri oleh YB @taminzainal70gmailcom dan taklimat kementerian oleh Datuk @thomaslogijin. Kementerian ini dijenamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan. (at Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah) https://www.instagram.com/p/CoM96QsPmi7/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
drnizamshapie · 2 years
Photo
Tumblr media
Anugerah Silat Kebangsaan (ASK) adalah merupakan satu anugerah tertinggi Silat Melayu kepada individu, badan dan pertubuhan Silat Melayu sama ada di peringkat amatur atau profesional. Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memartabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa.  Tiga puluh anugerah (30) diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang diadakan ini. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada para pengamal Silat Melayu yang giat mempromosikan Silat ke serata dunia. Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa. Pada tahun 2022, walaupun negara sedang dalam peralihan ke fasa endemik Covid-19, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) tetap gigih menganjurkan pelbagai program sama ada dalam mahupun luar negara. Ini terbukti dengan penganjuran acara antarabangsa iaitu penganjuran IMAF2022 dengan kerjasama UNESCO ICM dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM). UNESCO ICM merujuk kepada International Centre of Martial Arts for Youth Development (ICM) yang bernaung di bawah UNESCO, manakala IMAF2022 bermaksud International Martial Arts & Malay Festival 2022. Di samping itu, siri program antarabangsa yang terkenal, iaitu siri Silat European Tour kembali pada tahun 2022 di mana delegasi Silat Malaysia telah menghadiri persidangan antarabangsa IMACSSS kali ke 13 di bandar Rzeszow (sebutan zey-syuf), Poland. Selain itu juga, siri GSMACC, yakni Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress kembali lagi pada tahun 2022 dalam siri Seminar Silat Melayu Antarabangsa selama empat hari berturut-turut. Seminar dianjurkan diadakan secara maya bagi membincangkan topik-topik semasa industri Silat Malaysia bersama para panel yang mahir dalam bidang seperti Kebudayaan, Sains Sukan, Keusahawanan, Teknologi, mahupun Sains Sosial. Justeru, anugerah-anugerah yang disampaikan dapat menyuntik dan menyemai semangat bekerja keras memartabatkan agama, bangsa dan negara. #ask2022 #silatmalaysia #psgfmofficial #pesonamalaysia #worldsilatfederation (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CoDB9pxBZKMjLjn7csVcKQ2tB_tFTjSnA7GXJ00/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
bedmuo · 2 years
Photo
Tumblr media
Pagi tadi bersama Tuan Haji Ahmad Nazri Bin Rebu ke MAJLIS PERASMIAN BILIK NIFTY NANING VOLUNTEERS DAN PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN SEKOLAH TAHUN 2022/2023 Nifty Naning Volunteer antara sukarelawan Southern Volunteers Daerah Muar, mereka juga antara yang telah diberi latihan oleh Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) Daerah Muar melalui Modul Perkhemahan “KOMPAS BANDAR” Kesukarelawanan. Elemen kesukarelawanan itu penting bagi membina Sahsiah seseorang manakala berkait rapat dengan pelajar sekolah yang perlu dibentuk dari peringkat akar umbi. Tahniah dan Terima Kasih kepada SMK Bukit Naning, Puan Pengetua, Cikgu Emilia dan Semua yang terlibat. Tahniah adik-adik Nifty Naning Volunteers “bio santai, asal bagi sampai‼️” #SempoiOrangMudaJohor (at Smk Bukit Naning, Muar) https://www.instagram.com/p/Cn3shhfpZNv/?igshid=NGJjMDIxMWI=
1 note · View note
takemet0the0cean · 2 years
Text
List of iStar Activities
here goes, a compiled list of my campus committee participation throughout the years, updated regularly.
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20192020/1
K-V-2019-230 participant Program Kesedaran Kesihatan Mental 14/12/2019 Dewan Kuliah 1, Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM Tahap: Dalam Negara
K-V-2019-204 exco program
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ TUN DR ISMAIL 2019/2020 18/04/2020 Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20192020/2
F-FF-2020-181  exco
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-45 PERSATUAN MAHASISWA/I FAKULTI PERUBATAN (PERSIAP) 16/04/2020 AUDITORIUM DAN GALERIA PPUKM Tahap: Dalam Negara
P-PJ/012/000-2019-564 participant Larian Amal `Neon Run` 2020 11/04/2020 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Tahap: Dalam Negara
T-2019-228 exco Larian Amal `Neon Run` 2020 11/04/2020 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-166 participant Bengkel Kaedah dan Penyelidikan 18/04/2020 Dewan Kuliah 1, Praklinikal Fakulti Perubatan UKM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-26 exco PROGRAM PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN AMSA 2020 05/03/2020 - 26/03/2020 KTDI2 STUDY ROOM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-449 exco gamemaster TEMASYA SUKAN FAKULTI PERUBATAN (T-SUPER) 2020 20/02/2020 - 21/03/2020 Kolej Tun Dr. Ismail , Blok Praklinikal PPUKM,Auditorium Blok Pendidikan PPUKM,Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-156 vice secretary Hari Inovasi Fakulti Perubatan UKM Tahun 2020 06/04/2020 Blok Pra-Klinikal PPUKM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-476 participant PROGRAM BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA (BIUS) 05/10/2019 Auditorium, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-602 exco Khidmat Masyarakat AMSA UKM 17/11/2019 Rumah Nur Salam, Jalan Chow Kit, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20202021/2
F-FF-2021-90 exco publisiti & multimedia Pertandingan Fotografi PIXELLENCE 2021 16/04/2021 - 25/04/2021 Dalam talian melalui laman sosial Instagram Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20212022/1
F-FF-2022-157 exco public relation PERSIAP Editorial Board 2022 25/05/2022 - 31/07/2022 Atas talian Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-39 exco teknikal THE POWER OF OKAY (INFO 101: A WEBINAR SERIES 2022) 16/04/2022 Atas talian (zoom) Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-41 exco teknikal SAFETY 101 (INFO 101 : WEBINAR SERIES 2022) 09/04/2022 Atas talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
P-PK/001/000-2021-584 participant virtual volunteer SPEAK UP 8.0 01/03/2022 - 26/03/2022 Zoom(secara maya) Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-49 exco teknikal FIQH ON BLOOD (INFO 101 : WEBINAR SERIES 2022) 10/04/2022 Atas talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
P-PF/006/000-2022-25 exco logistik CLINICAL SKILL INTRODUCTION (CSI) 2021/2022 19/02/2022 MAKMAL SKIL KLINIKAL & DEWAN KULIAH 1 BLOK PRAKLINIKAL FAKULTI PERUBATAN UKM Tahap: Dalam Negara
P-PF/010/000-2021-641 participant Proses Bedah Mayat COVID-19 18/12/2021 Atas Talian Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-33 exco PROGRAM ONLINE TUSYEN KTDI 17/03/2022 - 23/03/2022 GOOGLE MEET ATAU ZOOM MEETING Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-44 naib pengerusi EXPO KEUSAHAWANAN 27/05/2022 RUANG LEGAR DI ANTARA AUDITORIUM KOMPLEKS PERUBATAN CANSELORI TUANKU JAAFAR DAN DEWAN KULIAH BANGUNAN PENTADBIRAN Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-46 exco teknikal The Power Of Okay (Info 101: A Webinar Series 2022) 24/04/2022 Atas talian (zoom) Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20212022/2
K-V-2022-115  naib pengerusi WEBINAR KEUSAHAWANAN 03/07/2022 ZOOM Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20222023/1
F-FF-2022-964 ketua exco multimedia Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) International in collaboration with World ATMC network 25/01/2023 - 15/04/2023 Secara Atas Talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
.
.
.
thanks for reading til this point, may it be a best reference to you!
Fion (A174305) UKM MD student
1 note · View note
abdazharee · 5 years
Photo
Tumblr media
#AbangBrooch bersiap sedia untuk kongsikan ilmu Pemasaran Korporat hari ni.⁣ ⁣ Doakan agar semuanya berjaya fan berjalan lancar ye. 😁 🙌 ⁣ ⁣ Salam sayang rindu dendam pada semua 😍😍😍⁣ ⁣ So, ke mana je cuti-cuti ni?⁣ ⁣ #go2aum @go2aum #AkademiUsahawanMikro #Keusahawanan #usahawan #UsahawanJalanan (at Klang) https://www.instagram.com/p/B8kaEo3jAaA/?igshid=1eba4ji7h77b3
0 notes
go2aum · 5 years
Photo
Tumblr media
#PITCHING TO #USA 🇺🇸 DONE!⁣ ⁣ ALHAMDULILLAH selesai tadi Pitching Teleconference di hadapan panel penilai dari United States of America USA 🇺🇸.⁣ ⁣ Kami dah buat sebaik yang mungkin.⁣ ⁣ Insya Allah bila terpilih Top 10 nanti, kita akan bawa Solusi Digital DIGASTO kami ke peringkat antarabangsa untuk membantu Mendigitalkan Usahawan bukan sahaja seluruh Malaysia dan #ASEAN, malah untuk seluruh Eropah & Amerika Utara!⁣ ⁣ Doakan agar kami dapat bawa jenama lokal ini supaya lebih gah di mata dunia! 💪😁⁣ ⁣ #AumMengaum #Digasto #AUM2ASEAN #AUM2IPO #AUM2GLOBAL #pitchingdrills⁣ #entrepreneurship #Keusahawanan⁣ 🇲🇾 ➡️ 🇺🇸 (at Akademi Usahawan Mikro) https://www.instagram.com/p/B7FAvOvDdWh/?igshid=qysr464guy0r
0 notes
naziman · 7 years
Text
Matlamat blogging dalam tiga bulan
Sebelum ni saya ada peperiksaan, yang bertanyakan tentang tujuan dan matlamat dalam keusahawanan. Denaihati pula, bertanyakan tentang apa yang kita cari dalam hidup ni. Terfikir pula, apa tujuan dan matlamat blogging. Jadi dalam laman tentang, ada beritahu serba sedikit sejarah blog ni, tentang diri sendiri. Tapi nak update sikit kenapa saya blogging. Jadi di sini nak kongsikan pula tentang…
View On WordPress
3 notes · View notes
andisuryady · 2 years
Photo
Tumblr media
28.10.2022 7.30pm | Majlis Ramah Mesra Belia bersama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. Suasana muhibbah dengan kehadiran lebih 500 belia/beliawanis dari daerah Tawau dan Kalabakan dalam usaha utk mengiktiraf sumbangan belia dalam keusahawanan, kesukarelawan dan kepimpinan. Terima kasih kepada semua yg menjayakan program ini. Kalau ada sumur di ladang, Boleh semua menumpang mandi, InshaAllah kalau diberi umur panjang, Boleh KBS menganjur lagi. #samamembantusejahteramaju #kbssabah #sabahmajujaya (at Borneo Royale Hotel, Tawau) https://www.instagram.com/p/CkQ6HNgPADV/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
biswardi-hasbi · 5 years
Photo
Tumblr media
Perkasa Pendidikan Keusahawanan Hadapi Arus Revolusi Industri Pendidikan keusahawanan amat signifikan dan pemangkin kepada fokus pembangunan, sejajar budaya negara keusahawanan. Justeru, usaha memperkenalkan pendidikan keusahawanan perlu diperkasa supaya generasi muda cekal bertunjang menongkah arus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
0 notes
mindanuklear · 3 years
Text
Tumblr media
Secara peribadi saya berterima kasih dekat Starbucks juga kerana mengenalkan saya tentang dunia kopi. Saya masih ingat jelas kira-kira 15 tahun lepas itulah pertama kali saya meminum Starbucks. Ceritanya lebih kurang lepas habis PMR saya dan kawan-kawan beli tiket bas dan pergi ke Kuala Lumpur tujuannya jalan-jalan. Pergi ke mall dan singgah di Starbucks Timesquare. Waktu tu kami konon-konon sahaja, ye lah baru datang Kuala Lumpur dari Temerloh pula. Yang saya ingat saya memesan espresso kerana itu sahaja minuman paling murah yang ada dalam menu dan saya pun tak ada idea tentang macam mana espresso itu sebenarnya. Selepas memesan di kaunter bayaran, saya dan kawan-kawan yang lain duduk di meja luar dan membaca surat khabar. Pesanan sampai dan kami tergelak espresso harganya RM 5 tapi cawannya sangat kecil! Kawan-kawan yang lain pesan apa saya tak ingat tapi kamu saling bertukar-tukar rasa. Di antara ketiga-tiga kopi tersebut, saya paling benci espresso sebab rasanya sangat pekat, likat dah pahit sekali. Saya masih tak faham kenapa orang enjoy rasa kopi yang macam ni ketika itu.
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Selang beberapa tahun saya berada di universiti. Ketika itu di tahun-tahun akhir ada kawan saya kerja di Starbucks. Di hari terakhirnya dia menghadiahkan saya segelas french press dan kopi Kenya. Masa itu saya rasa oh, ada cara baru minum kopi. Dari situ saya cuba mencari tahu macam mana menggunakan alat seduh itu. Tapi, rasa kopi Starbucks masih belum dapat saya terima. Biji kopinya hitam, rasanya agat kuat dan pahit juga. Saya masih tak faham macam mana orang boleh enjoy lagi. Saya fikir itu cuma gaya-gaya urban sahaja.
Sampailah beberapa bulan kebelakang ini sejak saya mula serius dalam bidang kopi, saya menengok kembali apa yang dibuat Starbucks sehingga syarikat Amerika ini berjaya menjual kopi di seluruh dunia. Ramai orang beranggapan kopi ice blendednya (frappucino) & kopi dengan pemanis adalah punca bagaimana mereka boleh menembusi pasaran dunia. Ada juga beranggapan Starbucks adalah simbol status. Tak dinafikan itu merupakan sebab-sebab mengapa orang pilih Starbucks, tapi apa yang menjadi tanda tanya pada saya ialah bagaimana mereka lakukan?
Dalam buku ini ditulis sendiri oleh pendiri Starbucks Howard Schultz bagaimana mereka membangunkan sebuah syarikat yang mengubah cara dunia memandang kopi. Tanpa Starbucks takkan lahirlah apa yang dipanggil kopi gelombang ketiga. Tetapi saya berbeza pendapat sedikit, sebenarnya Starbucks lah yang mencetus gelombang ini. Cumanya mereka percaya kopi yang dipanggang gelap akan menghasilkan rasa yang maksimum. Tetapi di satu sisi lain, kopi yang dipanggang sederhana gelap, atau kecoklatan lebih mengeluarkan rasa. Apa-apa pun terpulanglah kepada definisi masing-masing kerana pada saya kopi tidak ada betul dan salah.
Dari sisi keusahawanan, buku ini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk membangunkan sesebuah brand. Sebenarnya beberapa perkara yang diberitahu dalam buku ini sudah pun empatpetang lakukan dan sekarang sudah tiba masanya empatpetang menubuhkan sebuah pasukan untuk betul-betul mengukuhkan lagi brand ini. Starbucks kalau mengikut Howard Schultz ialah sebuah syarikat yang mementingkan mutu berbanding angka. Daripada kejayaannya, saya boleh akuinya tetapi mungkin untuk kopi gelombang ketiga, Blue Bottle adalah yang pertama.
Walaupun Howard Schultz seorang peminat kopi yang tegar, tidak suka meletakkan pemanis dan sebagainya dalam minuman kopi, tetapi dia tidak meletakkan itu satu halangan kepadanya untuk tidak menjual kopi yang didalamnya diletakkan pemanis. Dari sisi keusahawanan, saya fikir itu perkara yang bijak kerana visi Starbucks adalah untuk membolehkan semua orang menerima rasa kopi. Secara praktikal, tak semua orang boleh menikmati kopi sesuai yang kita inginkan. Contohnya secara ideal, kita memanglah inginkan pelanggan kita yang memiliki citarasa yang sama dengan kita, jadi tentulah kita menjual produk tersebut. Namun pada saya ini satu kelemahan yang besar kerana menutup peluang untuk orang lain menikmati kopi dengan cara mereka sendiri. Jika kita ingin mengkayakan rasa kopi tersebut dengan menambahkan pemanis, pada pendapat saya kita harus menjadikan pemanis itu melengkapi rasa kopi dan bukannya menguasai rasa kopi. Itulah apa yang saya fikir dan itulah juga apa yang Howard Shcultz buat. Namun saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan saya percaya suatu hari nanti orang di Temerloh pun boleh menikmati kopi tanpa gula.
Alhamdulillah sekarang penerimaan orang dengan kopi susu tanpa gula dan kopi hitam tanpa gula semakin naik, walaupun berbanding kopi yang ditambah pemanis sememangnya menjadi pilihan utama orang disini. Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk memberitahu kepada orang kopi tanpa gula tu lebih enak. Tapi sebenarnya saya fikir, memberi pilihan adalah jalan yang terbaik supaya empatpetang bersifat inklusif kerana kami tidak mahu menjadi kera sumbang dan berniaga syok sendiri, lagi-lagi di bandar kecil ini. Mungkin ada yang tak setuju, tapi begitulah hidup penuh perbezaan pendapat.
Banyak lagi sebenarnya hikmah yang boleh saya pelajari dari buku ini terutamanya dari segi pengurusan sebuah syarikat. Starbucks yang awalnya hanyalah syarikat kopi kecil di Seattle berubah menjadi syarikat yang disenaraikan dalam Wall Street. Mungkin saya berbeza pendapat sedikit disini tetapi semangat keusahawanan itu yang boleh di contohi. Kata orang, that's the American Way! Terima kasih kepada Hanif Maidin kerana pinjamkan buku ini. Sekarang mata saya berapi-api untuk mengasah lagi strategi empatpetang.
2 notes · View notes