Tumgik
#sekurang-kurangnya boleh kita berbual apa apa benda
gxtzeizm · 1 year
Text
okey aku tahu aku lambat sikit untuk speak your language day tapi aku pon sendiri tak tahu nak borak pasal apa dalam bahasa melayu hmmmmm
1 note · View note
maingayong · 2 years
Photo
Tumblr media
tentang dengar
11:45 malam dan saya baru balik lepas makan Tenshin Don yang rupa-rupanya nasi dan telur dadar. 18 ringgit. Adalah sikit marah, tapi hilang lepas tiba-tiba, “I call U boleh?”. 
Dan, kami berbual. Saya mengantuk, tapi dia baru bangun dari lelap. Kata dia tidurlah. Kata saya tak apa, nanti tertidur juga. Dan tak lama lepas itu, kami diam. Tanya dia nak tidur dah ke. Jawab saya aah. Panggilan nak ditamatkan, tapi saya cepat halang: jangan mati!
Maksud saya, jangan matikan. Sebab saya nak tahu yang saya tak keseorangan. Lepas beberapa minit, rupa-rupanya sahur dah tunggu di sebelah, cuba mengejut. Earphone dah bersepah. Telefon atas badan. Panggilan tak mati, tapi tamat.
Mengetahui yang dia betul-betul mendengar saya, agaknya siapa yang ada di dalam telinganya?
Saya percaya dalam telinga kita ada seseorang dan kita perlukan seseorang yang sopan, baik dan tak melawan. Macam hamba. Atau kalau hamba terlalu kasar, mungkin boleh panggil pekerja atau kalau tak nak rasa bossy, panggillah kawan. Tapi, yang penting, dia perlulah seorang sopan, baik dan tak melawan. Dia tak ada gender. Sebab kalau ada, nanti mulalah, lelaki konon cool atau perempuan terpaling emo. Jadi, hamba/pekerja/kawan itu tak perlukan gender. Yang penting, dia sopan, baik dan tak melawan.
Tapi, telinga awak ada ke?
Waktu itu SPM baru habis dan saya ada dalam group Whatsapp bersama empat-tiga kawan. Kami bergilir-gilir beritahu apa yang tak okay di rumah dan balas saya, sorry, aku memang tak boleh tolong banyak dan aku tak tahu macam mana untuk kau keluar dari benda ni. Kata dia, aku tahu, itu sebab aku perlukan telinga kau je. Aku tak perlukan penyelesaian.
Dia tak perlukan penyelesaian? Dan antara rambut gula-gula kapas saya, muncul seseorang, bercahaya. Macam Digimon, berevolusi. Dia membelah rambut saya dan secara Marvel, masuk dan menembusi tempurung kepala, otak, saraf-saraf sebelum duduk di telinga. Kakinya terlunjur keluar macam duduk di tingkap. Sesekali geli.
Sebelum kawan Whatsapp beritahu, saya syak dalam telinga saya ada seseorang yang rasa dia perlu jadi penyelamat dunia, terburu-buru dan polos. Itu sebab saya ingat perlu tolong. Padahal, pertolongan yang kawan Whatsapp mahukan cuma telinga. Telinga saya.
Mereka tak perlukan penyelesaian?
Mamak tiba-tiba muncul. Masih dengan roti telur yang tak habis dan air bungkus dalam mangkuk. Dia mula buka cerita. Dan waktu itu, saya teringat kata kawan dalam group Whatsapp. Aku perlukan telinga kau je. Jadi, saya pun belajar mendengar.
Ia susah sebab mulut kita ingat hidup ini macam kertas soalan, yang perlu diisi dengan jawapan. Tapi, sebenarnya, kalau tak jawab, kita tak gagal pun. Markah tak kosong. Cuma, macam bersedia untuk peperiksaan, mendengar perlukan latihan yang baik. Dan latihan yang baik adalah dengan mendengar dan berpuasa dari menjawab. Rukun.
Sambil cuit roti telur, saya masih mendengar dan dia masih bercerita. Cakapnya tak berhenti dan saya seronok. Kerana sekurang-kurangnya, dia percayakan saya. Percayakan saya untuk tahu tentang keadaan dan cerita sehari-harinya.
Memiliki kepercayaan daripada orang lain adalah syurga kelapan. Yang berat, tapi menenangkan. Yang bila-bila boleh roboh: bila ceritanya diceritakan kepada lain, bila ceritanya dikomakan dengan jawapan yang tak perlu.
Dan 11:45 malam tadi, U tak komakan kata-kata I, jadi I dapat tidur dengan very the nyenyak.
0 notes
kemungkinan-blog · 6 years
Text
Suruh murid pelat bergayut di monkey bar sambil sebut perkataan sukar disebut? Sudah-sudahlah share benda auta
Purata anak yang boleh mula bercakap ialah pada sekitar usia satu tahun ke atas. Namun terdapat juga sesetengah anak yang masih tidak mahir bercakap walaupun sudah berusia tiga tahun dan keadaan ini membimbangkan ibu bapa, ditambah pula dengan tekanan dari pihak ketiga. 
Dalam keadaan yang terdesak, ibu bapa mula mencari kaedah di internet bagaimana mahu membantu anak cepat bercakap. Keadaan bertambah buruk jika informasi yang diperolehi itu tidak tepat menyebabkan anak keliru dan tidak menunjukkan sebarang hasil yang diinginkan oleh ibu bapa. 
Jadi, apakah cara yang sepatutnya? Ibu bapa boleh cuba dua perkara yang dikongsikan oleh Puan Ruby Atika di bawah. Semoga bermanfaat. 
INI yang saya jumpa di Facebook.
1. MURID PELAT
Kenal pasti dia pelat bunyi apa. Sebagai contoh, kakak dia setuk tatak. Jadi 'K' jadi 'T'. Betulkan kedudukan lidah mengikut apa bunyi yang anda target. Latih dari fonem terkecil, perkataan, frasa dan seterusnya ayat. Latih dari aktiviti bergambar, buku cerita dan seterusnya spontan. 
Pastikan ada pilih target perkataan berdasarkan bunyi yang anda target. Contohnya anda target 'K', maka senarainya ialah kakak, kaki, koko, kuku, kopi, kerusi, car cat, kambing, cow. 
Saya suka melatih murid dalam keadaan duduk di kerusi meja. Dalam keadaan bergayut atau aktif sana sini, saya tak boleh, penat. Sehari kalau enam budak, boleh pengsanlah saya. 
Saya buat drilling untuk murid umur bahasa empat tahun ke atas. Bahan-bahan bergambar yang saya jual itu ialah bahan-bahan yang memang saya selalu gunakan dalam sesi terapi saya bersama murid pelat. Tetapi adalah amat penting untuk mengenalpasti adakah dia sebenarnya mengalami artikulasi atau masalah fonologi. 
Tips yang saya tulis di atas ini hanya untuk panduan umum ibu bapa. Sekurang-kurangnya anda tidak mengajar anak pelat sambil bergayut. 
2. MURID LAMBAT BERCAKAP
Kenalpasti dulu tahap bahasa dan berapa umur murid berkenaan. Adakah dia bercakap sepatah-sepatah atau boleh gabung dua patah atau gabung tiga patah atau boleh buat ayat panjang? 
Gunakan kaedah rangsangan bahasa: 
Panjangkan ayat dia. Dia sebut 'sakit', maka kita jawab 'sakit kaki'. Dia sebut 'jatuh', maka kita jawab 'adik jatuh'. 
Target jenis perkataan yang anda mahu ajar. Adakah anda nak mengajar kata kerja (mandi, basuh, gosok, lap). Adakah anda nak mengajar kata tempat (atas, bawah, tepi, dekat, jauh). 
Tambah kosa kata harian, ajar objek-objek mudah dalam rumah, ajar anggota badan, ajar nama-nama haiwan, ajar nama kenderaan, makanan. Sebelum ajar menyebut, pastikan ajar tunjuk-tunjuk dulu. Dia dah cekap menunjuk, baru ajar menyebut. 
Luangkan masau ntuk satu buku bergambar bersama anak. Ajar anak menyelak buku, tunjuk gambar, buat ayat berdasarkan gambar, bersoaljawab tentang cerita atau ulang plot cerita. 
Kurangkan TV dan hentikan gajet.
Luangkan masa 15 minit untuk temankan anak bermain sambil berbual dengan anak. Pilih tema (mewarna, origami, masak-masak, pondok-pondok, ultraman lawan raksasa).
Aktiviti oral motor seperti meniup belon, menghisap straw memang bagus tetapi isu bercakap ini bukan saja dari aspek oral motor. Ilmu bahasa/komponen linguistik sebenarnya adalah dari otak kiri manusia. Tiuplah banyak mana pun tetapi jika tiadak osa kata, dia tetap tidak bercakap. 
Saya hanya memberikan info yang betul kepada orang awam. Sudah-sudahlah share benda yang nampak seperti fakta tetapi sebenarnya auta. 
Sumber: Puan Ruby Atika
from The Reporter http://ift.tt/2m3HurI via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2qzq9fv via IFTTT
0 notes