π¦π«π£π§-π± | ππ’π°π±π₯π’π±π¦π π©π¬π³π’π― | πͺπΆ π‘π’π£π¦π«π¦π±π¦π¬π« π¬π£ π₯π¬πͺπ’ π¦π° π¦ π£π’π’π© π°ππ£π’ π±π¬ π©π’π± πͺπΆ π¬π΄π« π‘π’π£π’π«π°π’π° π‘π¬π΄π«
Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
dua puluh dua november

wahai sahabat, semuanya akan baik sebentar lagi. aku tahu engkau terseksa di sebalik senyum tawamu. aku tahu engkau inginkan sesuatu yang engkau sendiri belum miliki lagi. aku tahu engkau ingin hidup dengan bahagia. bertabahlah wahai sabahatku.
#writeblogging#dumbledore#bullet journal#aesthetic#studying#writeblr#study blog#studyinspo#writeaway#booklr#study#brown#studyblr#coffee#starbucks#latte
17 notes
Β·
View notes
Text
dua puluh sembilan oktober

dengan nama-Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
sudah lama aku tidak menulis. bukan kerana aku mengundurkan diri ini, tetapi kerana saya ingin bermuhasabah dan memulakan pengembaraan mencari identiti diri.
sejak dua menjak ini, banyak peristiwa yang berlaku pada diri ini. kehilangan meragut hati, ditikam belakang bertubi-tubi. dipergunakan tanpa disedari, diriku yang tersakiti. sungguh, terputusnya harapanku pada setiap pagi. hatiku berat memulakan setiap hari. alangkah indahnya jika ada yang mampu mendengar rintihan hati dan memujuk diri ini.
pada saat aku memerlukan, mereka meninggalkan. lalu menuduhku mereka-reka suatu penghinaan. sakitnya tidak dapat diungkapkan, jika demi nama sanggup kau korbankan perhubungan. aku sedar bahawa suaraku tidak layak untuk dilaungkan, namun apa salahku untuk dipinggirkan. alangkah indahnya jika ada yang mampu mendengar tangisan dan memberikan pelukan.
aku tidak tahu, apakah yang akan jadi pada diriku. duniaku kini patah seribu, hancur dihentak batu. adakah salah harapanku? adakah silap langkahku? adakah
#coffee#coffeeblr#writblr#writeblr#writeblogging#writing#writeaway#writers#blogpost#blog post#blogger#blogging#blog#aesthetic#sad#depression#starbucks#studyblr#study blog#studyinspo
7 notes
Β·
View notes
Text
lima belas oktober

dengan nama-Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
kesunyian tetap dialami di tempat yang padat dengan manusia. kekosongan masih dirasai walaupun penuh jadualnya. kesedihan sentiasa merasuk hati, walhal sudah dipaksa senyumannya. kemurungan pula menguasai diri, meskipun telah banyak kali mencuba.
aku memerlukan pelukan. aku memerlukan sokongan. atas segala pengorbanan, adakah sebegitu diriku layak diperlakukan?
#hufflepuff#muslim#puisi#poetry#productivity#my post#poems on tumblr#poem#poems#blogwriting#blog post#blogging#blogger#blog#writers#writeaway#writeblr#writblr#writing
5 notes
Β·
View notes
Text
lapan oktober
dengan nama-Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
cinta. ianya salah satu serpihan syurga. nikmatnya tidak mampu diterjemahkan dengan kata. jasad merasa sejahtera di bawah lindungannya. perasaan itu membuatkan kita sentiasa meminta dan berkorban demi mendapatkannya. hati terisi dengan memori bahagia, tidak akan terabai dengan keberadaannya. ia melengkapi apa yang masih kurang tanpa mencalitkan unsur hina. walaupun sedikit, ianya lebih bermakna daripada seisi dunia. lebih berharga daripada harta, tidak akan berkurang jika kita memberikannya. jadi, adakah ia dimaksudkan dengan cinta?
cinta. juga salah satu serpihan neraka. azabnya tidak mampu digambarkan secara nyata. jasad terus lemas dalam kegelapan kerana leka. ia menghancurkan kita tanpa kita sedari, hanya dengan mencalitkan kemanisan sementara. hati terseksa dengan kekeliruan akibat terjerat dengan dusta. dengannya kita fobia, berputus asa mencari nikmatnya. sehingga harga diri kita semakin berkurang apabila kita semakin menerimanya. jadi, adakah ia dimaksudkan dengan cinta?
cinta. bukan hanya kurniaan yang tidak ternilai harganya mahupun mungkin balasan akibat daripada dosa. ianya juga suatu pengalaman yang mencorakkan layar hidup kita. ciptalah satu ceritera, di mana kita adalah watak utamanya. hasil karyanya bukanlah ditentukan dengan sengaja, tetapi dengan arahan kita... juga dengan percaturan-Nya. jika baik definisinya, maka baiklah destinasinya. jika buruk definisinya, maka buruklah destinasinya. oleh itu, apa yang kalian tahu tentang cinta?
#friend#infj#aesthetic#love#blog post#blogging#blogger#blog#writblr#writeaway#writeblr#writers#writing#thoughts#poem#poets corner#poetry#poems#love poem
2 notes
Β·
View notes
Text
enam oktober
awan mendung menggelapkan hari air hujan membasahkan bumi sehelai kain menyelimutkan diri rasa rindu menyelubungi hati
hanya mampu menadah tangan berdoa dengan penuh kelembutan mengasingkan diri dari kekusutan rasa sunyi mengisi kekosongan bermadah dengan seribu pengharapan air mata menjadi peneman sebak menahan seribu kekecewaan hakikatnya aku sudah tidak tahan
bila kau akan pulang ke sini untuk menemani aku di sisi pelukanmu mampu mengubati segala seksa yang aku hadapi aku tidak mampu menanggung lagi semua sakit seorang diri
#writeblr#writeaway#writers#writing#writeblogging#blogger#blogging#blog#muslim#Albus Dumbledore#dumbledore#infj#friendship#friend#poetry#poem
1 note
Β·
View note
Text
empat oktober
mengapa kau sering menghilang selepas kau menghilangkan duka hatiku sering meronta-ronta menginginkanmu memberikan bahagia walaupun hanya untuk seketika
hari-hariku tidaklah riang sunyi menjadi peneman setia namun hadirmu membawa makna disebalik sejuta tampalan luka menjadikan hariku lebih ceria
namun kini segalanya berkurang sejak pemergianmu pada tempoh hari sering aku berdoa pada Illahi agar kau segera pulang ke sisi kerana aku masih menanti di sini
#writeblr#writeblogging#blogger#blogging#aesthetic#clouds#friendship#friend#dumbledore#Albus Dumbledore#poetry#poem
1 note
Β·
View note
Text
dua oktober
di bawah langit yang sunyi aku terbaring seorang diri mengenangkan segala implikasi akibat kesalahan diri berpunca dari kotornya hati
semua ini aku tidak mahu namun ia sudah tertulis dalam hidupku tidak mampu kuubah masa lalu tidak mampu kupadam kisah lampauku mengharapkan sinaran baharu menginginkan yang terbaik buatku namun jatuh bangunku sudah tidak terhitung olehku tiada siapa yang tahu<>semuanya kerana kebodohanku
1 note
Β·
View note
Text
Empayar

"Siapalah kita untuk menghakimi kotor jernihnya seseorang. Kita semua ada dosa yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan umum. Bersederhanalah, dan kenanglah dosa kita sendiri," bicara Pelatih 8492 terhenti. (m/s 97)
"Ketika itu, ramai antara kita terpengaruh dengan tipu daya halus syaitan. Terlalu bodoh untuk maju ke hadapan. Pengembangan ilmu-ilmu itu tidak lagi menjadi keutamaan. Kononnya, ilmu itu semuanya ilmu keduniaan. Lalu, kita mula berkelahi di ekor alahan.
Ibarat melukakan diri sendiri, dan saling berebut untuk merawat luka yang tidak sepatutnya wujud. Masih banyak luka di badan yang perlu dirawat, namun kita ambil pisau dan menoreh diri sendiri. Luka torehan itu pula bisa membinasakan seluruh badan. Lama-kelamaan, luka itu busuk dan tidak dapat disembuhkan lagi. Akhirnya ummah pun mati." (m/s 238)
"Usahlah kau bimbang. Sebagai sahabat, aku pasti akan cuba membantu kau. Dan..., seperti yang sudah aku katakan tadi, walau apa pun yang berlaku, aku tetap akan menegakkan perkara yang benar."
Kepala Pelatih 6480 tertunduk sedikit.
"Terima kasih 8492...," kata Pelatih 6480 dengan mata berkaca-kaca. (m/s 286)
#teme abdullah#temerity#iman publication#empayar#booklr#writeblr#blogger#blogging#writeblogging#motivation#classic
6 notes
Β·
View notes
Text
dua puluh lapan september
dengan nama-Mu akanku mulakan kata-kataku
daripada syaitan yang direjam aku memohon perlindungan daripada-Mu
daripada segala kesedihan dan kesakitan aku memohon perlindungan daripada-Mu
di bawah langit yang luas, dihiasi bintang berkerlipan... aku tidak puas melihat segala keajaiban Tuhan. walaupun aku keletihan setelah menghadapi minggu yang sangat mencabar, dengan masalah kesihatan, masalah emosi, dan masalah pelajaran... namun segalanya hilang apabila aku melihat serpihan angkasa yang begitu luas.
sepanjang bulan ini, aku terasa sangat kosong. kosong yang membuatkan aku tiada keinginan untuk membuat apa pun. ada seorang sahabat aku mencadangkan supaya aku menonton filem, namun aku masih rasa kosong kerana aku keseorangan. selain itu, ada yang mencadangkan agar aku membuat aktiviti luar, namun tiada aktiviti luar yang menarik bagi aku. ada yang menarik, tetapi aku mungkin tidak tahu.
ada yang cakap aku perlu memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. walaupun ada yang cakap benda itu tidak sepatutnya diberitahu, namun ada benarnya. namun aku tidak faham, ada yang cukup solatnya... siap melakukan ibadah sunat lagi, namun hatinya masih tidak tenteram. bagi aku, bukan salah sesiapa pun walaupun aku sangat kasihan dengan golongan tersebut. walau apa pun, aku doakan agar segalanya baik-baik sahaja. Allah SWT tidak akan memberi suatu dugaan melainkan kepada yang mampu. (cewahhh)
ada yang mencadangkan agar aku mendapatkan bantuan pakar. bukannya aku tidak mahu, namun aku bukannya jenis yang percaya orang sangat. betul, mereka adalah professional yang perlu patuh dengan etika mereka, namun siapakah mereka yang membuatkan aku perlu percaya. dengan ketiadaan wang dan masih lagi pelajar, lebih baik aku selesaikan dengan cara aku.
mungkin aku akan perlukan insan yang pakar, tetapi semasa aku sudah berjaya nanti. hal ini disebabkan oleh saya perlukan seorang pakar yang boleh berdamping dengan saya dan saya rasa selesa sehingga saya menjadikannya sebagai sahabat. oleh itu, sekarang saya perlukan seorang sahabat. bukan untuk dijadikan jalan penyelesaian, hanya untuk saling mendengar dan saling berkongsi.
kembali kepada kekosongan. selain berasa kosong, aku mengalami writer's block, iaitu seorang penulis yang tidak mempunyai idea untuk menulis karyanya. betul, ketika aku menulis post ini pun sebenarnya aku tiada idea. oleh itu, aku minta maaf sekiranya post ini banyak merapu. sejujurnya aku tidak tahu untuk menulis apa-apa buat setakat ini, namun ia memberikan idea kepada aku untuk menulis tentang perkara ini.
selain itu, contoh terdekat adalah post dua puluh enam september. betul, puisi tersebut. bagi aku, puisi tersebut agak tidak kena bagi aku kerana ia sangat pelik untuk aku menulisnya dalam keadaan aku bukan ada dalam perasaan tersebut. sebaliknya, aku memaksa diri aku untuk menulis berkenaan dengan benda yang menyeronokkan... bukan menyedihkan.
aku tahu aku berhak untuk hidup dengan gembira, namun aku sedar aku terlalu memaksa diri aku untuk menulis perkara yang aku tiada hati padanya. ya, peristiwa pahit membuatkan hati aku tertutup dengan cinta. banyak lagi tema lain yang aku boleh pilih, namun 'cinta' juga yang menjadi pilihan kerana topik lain sudah kering di minda.
dalam sebulan ini juga, aku lagi banyak menangis daripada tahun-tahun sebelumnya. maklumlah lelaki kena keraskan hati. namun kekerasan hati aku menyebabkan aku semakin sensitif dan sangat cepat terasa. walaupun benda kecil seperti tak balas WhatsApp, aku akan sangat terasa. mungkin aku perlukan kasih sayang daripada orang yang bergelar sahabat kot.
aampai satu tahap, aku dah penat menangis. tetapi air mata aku tetap mengalir setiap kali hati aku terhiris walaupun sedikit. dengan sikap aku yang semakin cepat terasa, sampai orang cakap aku makin kurus pun aku boleh menangis. aku lelaki, mana mungkin aku boleh menangis. nasib baik aku menangis tatkala aku menyendiri.
lalu datangnya sahabat aku menyatakan bahawa lelaki tidak boleh menangis adalah satu benda yang salah. aku pun terbaca bahawa kaum adam ini selalu memendam perasaan menyebabkan mereka lebih tertekan daripada golongan wanita. lalu, ia menjadikan kadar bunuh diri bagi lelaki sangatlah tinggi berbanding dengan kaum hawa.
sejak itu, aku memang melepaskan setiap hari dan ia merupakan suatu terapi dan kelegaaan. namun, sampai bila aku harus jadi begini? sampai bila aku perlu menjadi rapuh? aku perlu menjadi kuat supaya aku dapat menguatkan orang lain. aku tidak boleh membantu orang dengan keadaan aku yang sangat teruk. kalau diri aku teruk, takkan aku inginkan semua sahabat aku teruk juga.
oleh itu, aku perlu bangun daripada segala mimpi buruk ini. aku perlu mencari apa yang boleh mengisi kekosongan hati. kembali kepada-Nya, mencari hobi yang aku selesa, meneruskan penulisan karya di blog ini, berinteraksi dengan orang atas kemampuan sendiri. walau apa pun yang terjadi, aku tetap perlu meneruskan hidup ini dengan membawa hati yang kosong ini untuk mencari benda yang positif.
aku harap rakan-rakan senasib atau lebih hebat ujiannya agar dipermudahkan urusan kalian dan sentiasa dirahmati-Nya. kalau boleh aku nak peluk kalian semua (memang saya sangat manja orangnya). semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan.
doakan aku
#writeblr#hufflepuff#jude law#infj#dumbledore#blog post#blogwriting#blogging#blog#blogger#muslim#depression#sad#happy#prayer
2 notes
Β·
View notes
Text
dua puluh enam september
hanya pada pandangan pertama mampu menyatukan serpihan kaca telah lama pecah seribu akibat kenangan pahit yang lalu membuatkan hati tidak lagi percaya berhati-hati dengan tipu daya persetankan segala perasaan agar tidak menanggung kekesalan adakah ia sebuah petanda aku sudah jatuh cinta
jantungku berdegup kencang hatiku tidak mampu bertenang resah menyelubungi kalbu serabut menghantui mindaku namun aku berlagak biasa agar tidak diketahui sesiapa tetapi jauh dari sudut hati ingin sebenarnya diriku diperhati adakah ia sebuah petanda aku sudah jatuh cinta
ke negera Perancis jauh termenung tiada langsung petanda murung memikirkan hiasan mahligai perkahwinan merancang tentatif masa hadapan seperti aku sudah mendapatkannya berjaya menambat hati si dia walhal semuanya adalah di alam mimpi belum tentu ianya menjadi realiti adakah ia sebuah petanda aku sudah jatuh cinta
2 notes
Β·
View notes
Text
dua puluh empat september
di bawah langit kurebahkan diri bertemankan hanya sinaran bintang tiada sesiapa pun berada di sisi ke kamar mereka sudah pulang menikmati keindahan duniawi menjadikan dadaku lapang lantas menghargai ciptaan Illahi
jauh termenung mataku melayari lautan lamunanku merenangi gelora perasaanku lantas kepada langit aku bertanya adakah akan baik segalanya langit memberi tanda tidak tahu naluri hatiku juga buntu hanya mampu berdoa pada Yang Satu
#infj#infj aesthetic#infj life#writeaway#writers#writing#writeblr#writblr#blog post#blogging#blog#blogger#writeblogging#poetry#poems#puisi#tumblr#poemsworld#poems on life#self care#self love#sahabat#student#studyblr#dumbledore#albus dumbledore#galaxy#clouds#pastel
6 notes
Β·
View notes
Text
dua puluh dua september
dengan nama-Mu aku mulakan penulisan ini.
aku berlindung dengan nama-Mu daripada syaitan yang direjam.
aku berlindung dengan nama-Mu daripada segala kesedihan dan kesakitan.
assalamualaikum, semua. sejak dua menjak ini, sering terpapar di laman sosialku tentang perkahwinan kawan-kawanku yang sudah berlangsung. ada yang sebaya, malah lebih muda pun ada. semuanya sudah membina mahligai pada usia muda. semuanya sudah mendirikan rumah tangga. apapun, saya tetap mendoakan agar mereka semua bahagia hingga ke syurga.
sering kita mendengar tentang isu kahwin pada usia yang agak muda belakangan ini. kebanyakannya atas dasar cinta serta melaksanakan sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkan umatnya meramaikan umat baginda. oleh sebab itu, terjadilah pernikahan pada usia muda yang menjadi trend pada zaman sekarang. hmmmm... sebenarnya tiada trend sangat pun, kerana zaman datuk nenek kita pun mereka berkahwin muda juga, namun mereka mempunyai tuntutan dan kewajiban yang berbeza berbanding dengan kita zaman sekarang.
pada pandangan saya, saya suka kalau orang dah mengikat ikatan perkahwinan pada usia muda. dapat memelihara nafsu, dapat merasai nikmat berkeluarga dengan lebih awal, dapat menikmati kemanisan rumah tangga dengan lebih awal. namun begitu, saya bukanlah terdiri daripada golongan yang ingin berkahwin awal, walaupun saya sangat menyokong tindakan kawan-kawan saya.
bukannya saya tidak mahu, tetapi saya masih belum bersedia sebagaimana rakan-rakan saya dari segi kewangan, fizikal, dan juga mental. bercinta pun kalau boleh saya elakkan, walaupun ada minat terhadap beberapa orang (ya, bukan seorang). tetapi saya tidak pernah menghalang orang lain untuk bercinta dek cinta itu suatu fitrah manusia. namun, saya nasihatkan agar jagalah batas tersebut walaupun adanya niat untuk menghalalkan ikatan ataupun tiada.
berbalik kepada diri saya, keputusan saya untuk tidak mengikut rentak terkini kerana saya perlu mencapai pelbagai benda dalam hidup saya dan berjasa kepada keluarga saya dahulu. persetankan pakcik makcik bawang yang ingin bertanya, persetankan segala persoalan rakan-rakan, persetankan apa yang orang lain ingin katakan. pendirian saya, saya ingin mencapai semua benda yang perlu dicapai sebelum berkahwin... walaupun saya tahu kemungkinan besar adik-adik saya akan berkahwin dahulu.
namun, saya tidak menolak jodoh dan takdir jika Allah sudah tentukan... tetapi saya juga perlukan masa untuk memperbaiki diri saya sampaikan saya tiada hati untuk soal percintaan dan perkahwinan. kalau boleh, saya mahukan insan terpilih yang bakal hidup dengan saya mampu menerima saya dengan seadanya walaupun saya tahu banyak sangat kurangnya pada diri saya.
oleh sebab itu, biarlah saya memperbaiki diri saya dahulu. dengan pelbagai pengalaman lalu, ia membuatkan aku 'tiada masa' untuk bercinta atau berkahwin buat setakat ini. walaupun kekadang aku terbuat beberapa insan untuk menaruh harapan kepada aku, namun... saya minta maaf... saya tidak bermaksud begitu.
biarlah saya mencari sahabat yang saya boleh percaya. biarlah saya mengembangkan sayap kejayaan saya. biarlah saya berjasa kepada keluarga. biarlah saya mengembara dahulu ke serata dunia. biarlah saya terus berkarya. biarlah saya memperbaiki hubungan dengan-Nya. in shaa Allah, saya yakin Allah sedang merancang yang terbaik untuk saya.
jika ada apa-apa masalah, bolehlah kalian mesej saya di sini. kita bersembang sama-sama dan bersahabat di alam maya ini, dengan izin-Nya.
doakan saya.
#hufflepuff#infj#dumbledore#studyblr#chocolate#travel#writeblr#blogger#blog post#blogging#writeblogging#muslim#love
5 notes
Β·
View notes
Text
dua puluh september
masih bersendirian dalam kegelapan dingin malam meringankan jutaan kekecewaan air mata merangkumkan jutaan kekesalan bersaksikan sinaran bintang berkerlipan akal yang rentung, meneruskan perjalanan lamunan hati yang kosong, turut meratapi kehilangan
apa yang kuinginkan, masih belum dimiliki apa yang kusimpan, hilang tidak berganti itulah hakikatnya, semua datang dan pergi perit untukku menerima dengan sepenuh hati biarlah mereka mengatakan aku dungu biarlah pengalaman menjadi penghukumku ditinggalkan dan meninggalkan, sudah menjadi rutinku walaupun tiada yang tahu betapa seksanya daku
menghitung refleksi, mengenangkan implikasi menggali misteri, jawapan dinanti setelah dikecapi, dikebumikan ke dasar hati (pertama) aku ingin tahu wajarkah tindakanku setelah semuanya berlaku rosak binasa dunia, mungkin hasil dari tanganku (kedua) aku ingin tahu benarkah firasatku jika beratnya kalbu walaupun jelas di mata, bahaya melebihi kudratku (ketiga) aku ingin tahu adakah semuanya salahku punca segala deritaku tidak dapat kujumpa, asbab melainkan nafsu
0 notes
Text
lapan belas september
dengan nama-Mu aku mulakan penulisan ini
aku berlindung dengan nama-Mu daripada syaitan yang direjam.
aku berlindung dengan nama-Mu daripada segala kesedihan dan kesakitan.
senja sudah berlabuh. aku masih di atas katilku merenung jauh... memikirkan apa makna hidupku ini. pelbagai benda yang dihadapi membuatkan aku tidak tahu apa tujuan asal hidupku. aku buntu akan apa yang aku akan capai dalam hidupku.
sibuk memikirkan bagaimana untuk bercampur dengan masyarakat dengn keadaan diriku yang sangat introvert. penat mencari siapa sahabat yang akan kekal di sisiku, membawaku kembali ke jalan yang lurus tatkala aku tersadung. tidak berputus asa mengharapkan cahaya walaupun sudah banyak kali aku kecewa.
tetapi kini, aku semakin buntu. adakah semua yang aku lakukan itu salah? adakah segala keinginanku salah? adakah segala intuisi hatiku juga salah? hatiku semakin kosong. perasaanku semakin berkecamuk. aku semakin tidak tahu apa tujuan sebenar hidupku.
doakan aku.
1 note
Β·
View note
Text
enam belas september
sunyi sepi menyelubungi suasana hari demi hari, semakin terasa keperitannya aku di sini menunggu dengan rela fataliti sudah menanti, hampir membunuh jiwa ilusi menakluk realiti, masih juga aku terseksa qunut berlalu pergi, membawa dirinya jua
adakah kau masih peduli akan diriku walaupun jasadku terkorban, jiwaku juga begitu sudah mengangkat kaki, pasti kau tidak sudi kau biarkanku terus menyepi, terus merobek hati aku dibakar bara seksa, kau tidak pernah tahu mengalunkan qasidah air mata, namun ia tidak berlagu menangisi segala memori, sejak kita mengikat janji namun kau berlalu pergi, ku masih megah berdiri di sini
biarpun diriku sudah kau tinggalkan persoalan kukirimkan, menuntut darimu jawapan namun ianya akan kusimpan, lalu kulepaskan (pertama) aku ingin tahu mengapa diriku perlu kau jadikan mangsa walhal suatu ketika, akulah insan yang kau paling percaya (kedua) aku ingin tahu apakah penyebab kau berpaling tadah dariku padahal semalam bicaramu padaku, bahagianya dirimu di sisiku (ketiga) aku ingin tahu bagaimana dengan janji setiamu, semuanya sudah berabu sudah bertatu di hatiku, adakah ia dusta untukku
#writeblr#blogging#blogger#writeblogging#aesthetic#blogpost#poetry#poemoftheday#booklr#poems on tumblr#sad#dumbledore#albus dumbledore#muslim#heartbroken#studyblr#quotes#galaxy#pastel
1 note
Β·
View note
Text
Signature Jalanan

Ben sudah serik dibanding-bandingkan dengan orang lain sejak kecil. Walhal keupayaan manusia itu berbeza-beza. Itulah juga sebab dia kurang gemar mengulang kaji sebilik dengan rakan-rakan yang lain. Dia sudah serik dihakimi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat faham akan dirinya. Namun itulah hakikat dunia. Ada perkara yang diwujudkan bukan bertujuan untuk difahami. Tetapi untuk diterima dengan hati yang terbuka. (m/s 178)
βHmmm.... Aku let loose. Aku start fahamkan balik apa makna islam. Secara ringkas, islam ni sejahtera. Tenteram. Aman. Selamat.
Jadi, instead of mencari kesalahan dalam semua benda, aku start cari islam dalam semua benda. Maksudnya, aku cari kesejahteraanβ (m/s 272)
βOne day Ben, kau boleh cakap, 'I wasn't appreciated in school. But that doesn't stop me from keep doing my best.' Haaa... begitulah,β kata Oki yang cuba memulihkan kesugulan sahabatnya. (m/s 302)
#teme abdullah#temerity#pelukis jalanan#arkitek jalanan#impian jalanan#signature jalanan#iman publication#booklr#writeblr#writing#blogger#blogwriting#blog post#blogging#blog#study blog#studyblr#architecture#artist#artists on tumblr
2 notes
Β·
View notes
Text
dua belas september
tambak dibaiki semula malah ditambah lapisannya setelah berkali dirobohkan demi mencari harapan namun dirosakkan istana berkecai segala rasa
biarlah mereka berkata tiada mereka berasa betapa seksanya diri terkena onak duri baik dipelihara jiwa daripada memuaskan semua
kini kunci disembunyi tidak dapat dicari melainkan datangnya insan yang Tuhan takdirkan untuk membuka hati menjadi sahabat sejati
masih ku ternanti-nanti parut hati menemani tidak berputus asa dengan kuasa Yang Esa membawa aku kembali ke jalan yang diredhai
0 notes