Tumgik
cybitmedia · 5 years
Text
KEYAKINAN perniagaan di Malaysia dalam kalangan syarikat Jepun yang beroperasi di sini terus merosot pada separuh pertama 2019
#kleptokrasi
#kakistrokasi https://www.sinarharian.com.my/article/34540/BISNES/Keyakinan-perniagaan-Jepun-terhadap-Malaysia-merosot
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Terdesak Untuk Menang, Pembangkang Auta Telefon Bimbit Digodam Awal pagi ini, gabungan PKR membuat dakwaan sedang berlaku serangan penggodam yang menyasarkan pemimpin dan calon-calon mereka, dengan mengatakan ada di kalangan mereka menerima panggilan daripada Amerika Syarikat (AS). Ini merupakan taktik terdesak pembangkang yang mereka tuduhan dan dakwaan untuk mengaitkan calon-calon mereka disabotaj dan memfitnah perjalananan pilihan raya hari ini tidak adil. #PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/ABZqfm
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Video Viral Kesesakan Di Sempadan Singapura FITNAH Tersebar satu video yang menujukkan kesesakan di sempadan Singapura kerana pemeriksaan autogate tergendala. Kononnya ini adalah usaha untuk menghalang rakyat Malaysia daripada pulang mengundi. Awas, jangan mudah terpedaya! Faktanya, video berkenaan adalah video lama yang menunjukkan ada masalah di pemeriksaan autogate berkenaan. Pihak Kastam telah melaporkan bahawa urusan keluar masuk hari ini berjalan lancar, tiada apa-apa sekatan. Cuba fikir, perlukah kerajaan menghalang rakyat Malaysia pulang mengundi? Dan, logikkah dakwaan tersebut kerana tempoh mengundi adalah sehingga 5 petang ini! Jangan mudah terpedaya! Hakikatnya, kerajaan sangat menggalakkan rakyat keluar menunaikan tanggungjawab mereka. #TsunamiPHFitnah #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/mEpa3g
0 notes
cybitmedia · 6 years
Video
09 Mei 2018 | Tersilap Undi Sekali, Bawa Padah Selamanya Kepada Umat Islam Malaysia Semoga Rahmat Allah Bersama UMNO hari ini. Rahmat buat parti UMNO yang mengetuai Barisan Nasional melawan DAP yang menjadi ketua Pakatan Harapan. UMNO menjadi ketua kerana bertanding 120 kerusi di seluruh Malaysia. Apa pun terjadi UMNO bertanding lebih daripada "simple majority". 10 orang calon PBB di Sarawak juga beragama Islam. Jadi keseluruhannya calon Islam dalam Barisan Nasional adalah sejumlah 127 orang berbanding MCA 39 kerusi, MIC 7 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MyPPP 1 kerusi, SUPP 7 kerusi, PRS 6 kerusi, SPDP 4 kerusi, UPKO 4 kerusi, LDP 1 kerusi? PBS 5 kerusi dan PBRS 2 kerusi. Pakatan Harapan yang diketuai DAP ada 95 orang calon bukan Islam. DAP tanding 47 kerusi (46 bukan Islam, 1 Islam), PKR tanding 72 kerusi (40 Islam, 32 bukan Islam). PAN yang ditaja DAP tanding 33 kerusi. PPBM yang tanding 52 kerusi. Dalam parti Warisan hanya sahaja calon 14 Islam dari 17 calon yang bertanding dan 2 kerusi calon bebas yang disokong pembangkang satu di parlimen Batu dan di parlimen Julau. Secara keseluruhannya, DAP tanding 80 kerusi parlimen kerana PAN adalah parti sayap Melayu DAP. Gaji bulanan dan dana PAN diberi oleh DAP. Dalam PKR pun bukanlah parti Islam kerana daripada 70 calonnya, 32 adalah bukan Islam. Bermakna beri satu undi kepada PKR hari ini bukan menguatkan Islam di parlimen, malah akan melemahkan kuasa orang Melayu dan Islam di parlimen. Harus diingat DAP adalah adik kepada PAP. Apa implikasinya kalau bagi undi sekali pada DAP hari ini? Boleh orang Melayu / Islam ambil balik kerajaan kalau sekali terlepas kuasa di Putrajaya? Tidak boleh lagi. Ini sebabnya. Apa DAP akan buat kalau sekali mereka menang? Dalam penggal pertama menang mereka akan buat usul di parlimen agar satu wilayah baru dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah baru dalam Persekutuan Malaysia. Perkara 2 (a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan "menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan". Untuk meluluskan perkara ini hanya perlukan kelulusan "majority mudah" di parlimen sahaja. Wilayah apa yang akan dicadang oleh DAP? Semua orang tahu, jawapannya adalah Singapura yang kini ada 89 kerusi parlimen. Kalau jadi begitu pada PRU15, jumlah kerusi yang ada adalah 222 + 89 = 311 kerusi parlimen. Kini DAP tanding 47 kerusi, sayap Melayu DAP ada 33 kerusi dan PAP akan tanding 89 kerusi. Kerusi gabungan pakatan DAP-PAN-PAP ini jadi 169 kerusi. Siapa yang akan menang banyak pada PRU15? Sudah tentu gabungan baru ini. Kalau mereka sudah menang pada masa itu, boleh mereka pinda perlembagaan dan ubah Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara153? Semuanya boleh berlaku kerana DAP dan PAP punyai konsep "Malaysian Malaysia" yang sama. Boleh orang Melayu dapat kuasa balik pada PRU16, PRU17 atau PRU20 nanti? Belum tentu dapat bila terlepas kuasa sekali. Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin hanya jadi umpan dan kuda sekali sahaja. Kemudian DAP akan ucap "bye bye" kepada mereka selepas misi itu selesai. Bagaimana dengan kedudukan Tabung Haji, duit di KWSP, PNB, MARA, ASB dan semua aset orang Melayu sekarang? Apakah akan alami nasib yang sama seperti nasib Melayu di Singapura? Boleh jadi sama. Moga ini tidak berlaku. DAP mahu mencuba pada PRU14 ini sahaja sementara ada Melayu yang masih hidup dan sanggup diperkudakan mereka. Undilah dengan bijak demi agama, bangsa dan tanahair. Jangan biar misi orientalis dan evangelis DAP ini jadi realiti. Pertahan umat Melayu dan pertahankan Islam. Baik sedar dan menyesal hari ini demi anak cucu di masa depan. Jangan anak cucu di hari esok menangis airmata darah kerana kesilapan undi kita pada hari ini. Tolak DAP, tolak PKR, undilah Barisan Nasional. Allahuakbar !!! Allahuakbar !!! Allahuakbar !!! #BersamaBN #HebatkanNegaraku Beruang Biru | BB910
0 notes
cybitmedia · 6 years
Video
Jangan lupa kita undi Barisan Nasional demi kemakmuran negara dan rakyat #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
ADNAN BIN SEMAN calon profesional muda Barisan Nasional P124 Bandar Tun Razak pilihan saya sekeluarga untuk mewakili suara kami bagi tempoh lima (5) tahun akan datang. Kami yakin dan percaya akan kepimpinan beliau. Muktamad ADNAN BIN SEMAN ! #SayaPilihAdnanSeman #AdnanSemanForBTR #BTRDiHatiku #JomBN #DahulukanRakyat #BersamaBN #WilayahDihatiku #HebatkanNegaraku #TsunamiBiru
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
CUKAI DIKECUALIKAN Kepada semua orang muda yang berumur 26 tahun ke bawah. Seandainya BN diberi mandat hari esok. Akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya. Bermula daripada tahun takrisan 2017 dan tahun berikutnya dengan serta merta. #PRU14 CUTI PERISTIWA DUA HARI BERTURUT-TURUT Jika BN diberi mandat, saya bercadang Memberi cuti peristiwa khas selama dua hari berturut-turut iaitu 14 dan 15 Mei minggu hadapan. Dan 13 dan 14 Mei bagi negeri yang cuti pada hari Ahad. #PRU14 TOL PERCUMA PADA AIDILFITRI 2018 Jika BN diberi mandat baru. Untuk sambutan hari raya Aidilfitri 2018 ini, saya akan umumkan tidak ada sebarang bayaran TOL dikenakan. Bukan untuk sehari, tapi untuk 5 hari. Dua hari sebelum hari raya dan hari seterusnya. #PRU14 - Dato' Sri Najib Razak -
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Berikan saya peluang untuk buktikan keupayaan saya sebagai wakil rakyat di sini dan janji saya akan pastikan suara warga Bandar Tun Razak yang ditenggelamkan sebelum ini selama lebih 10 tahun di Dewan Rakyat, kembali kedengaran. #SayaPilihAdnanSeman #AdnanSemanForBTR #BTRDiHatiku #JomBN #DahulukanRakyat #BersamaBN #WilayahDihatiku #HebatkanNegaraku #TsunamiBiru
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
PRU14: BN Dijangka Menang Majoriti Selesa Badan-badan antarabangsa serta institusi-institusi kewangan percaya bahawa kemenangan BN penting untuk kestabilan politik dan ekonomi negara. Salah satunya menerusi kajian CIMB IB Research yang meramalkan BN menang dalam PRU14 dengan majoriti selesa. Jangkaan kemenangan BN itu berdasarkan manifestonya yang dilihat lebih positif memberi tumpuan kepada kebajikan semua golongan masyarakat, termasuk B40, FELDA, wanita, warga emas dan petani. Keyakinan rakyat terhadap BN juga penting untuk psaran ekonomi kekal positif dan pasaran saham dijangka melonjak naik, akan ada kesinambungan dari segi dasar. Kekalkan BN untuk terus pembangunan ekonomi negara. #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/VM3d9D
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Anwar Jilat Ludah Sendiri, Rayu Rakyat Sokong Mahathir Seluruh rakyat Malaysia ingat dengan insiden pemecatan DS Anwar Ibrahim dan insiden mata lebamnya ketika era pemerintahan Tun Mahathir. Disebabkan itulah rakyat bangkit menentang Mahathir dan menggerakkan gelombang reformasi, sehingga membawa kepada penubuhan PKR. Selama hampir 20 tahun PKR memusuhi Mahathir, tapi tak semena-mena sekarang boleh jilat balik ludah sendiri. Malah Anwar dalam mesej terbarunya siap merayu rakyat beri sokongan kepada Mahathir demi satu perubahan. Iya, sesetengah rakyat melihat perkembangan ini satu yang positif di mana Anwar dan Mahathir kononnya ketepikan perseteruan mereka. Tolong fikir secara logik! Mana mungkin musuh paling ketat boleh bersama, melainkan ada kepentingan masing-masing. Anwar tetap Anwar, dan Mahathir tetap Mahathir! #PakatanProDAP #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/4YB3Lu
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Pakatan Rancang Fitnah Jahat Terbesar PRU14! Pakatan pro DAP sudah merancang serangan fitnah maha jahat hari ini dan esok hari pengundian. Mereka sedang menggerakkan semua kaki fitnah mereka untuk menyebarkan apa sahaja fitnah buruk kepada kerajaan. Mereka sudah merancang untuk sabotaj keputusan PRU esok jika tidak memihak kepada Pakatan pro DAP. Mereka akan tuduh SPR telah menipu, polis menghalang mereka mengundi dan fitnah pengundi hantu dari Bangladesh, China dan sebagainya akan dikitar semula. Percayalah, Pakatan akan membuat cerita kononnya peti undi dilarikan, tempat mengundi blackout dan bermacam-macam lagi. Semua ini fitnah yang dikitar semula dari PRU13 dan telah disiasat ternyata tidak benar! Serangan fitnah jahat ini didalangi DAP. Sebab itu, rakyat Malaysia perlu bangkit tolak tsunami fitnah Pakatan pro DAP ini yang akan menghancurkan keharmonian dan kestabilan politik negara. #TsunamiPHFitnah #HarapanFitnah #FakeNews #PakatanProDAP #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/AJWBx3
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Sibuk ‘Join’ Protes BERSIH, Clare Brown Pun Mengundi PRU14 Ke? BERSIH, NGO yang rapat dengan gabungan PKR semalam melancarkan protes ni UK kononnya untuk mendakwa SPR tidak cekap kerana lambat menghantar kertas undi bagi PRU14. Malangnya, protes itu tidak mendapat sambutan dan hanya 30 sahaja peserta yang hadir. Yang lebih pelik, kelibat Clare Brown, yang juga Editor Sarawak Report yang selalu buat dan jaja fitnah tentang kerajaan, Umno dan PAS juga kelihatan dalam protes berkenaan. Yang dia pun sibuk join sekali protes sekali kenapa? Clare ni rakyat Malaysia ke? Ada dalam senarai daftar pengundi ke? Apa kelayakan dia untuk bercakap soal PRU14 yang hanya rakyat Malaysia sahaja yang layak mengundi? Yang peserta protes pun tak rasa pelik ke melihat orang luar yang bercakap tentang PRU14? Bila digelar penyangak, pandai pula marah? Tapi tindakan memburuk-burukkan negara dan SPR yang kendalikan pilihan raya di negara luar jelas sengaja dilakukan untuk sabotaj PRU14 yang akan diadakan esok. Protes hanya kerana lambat dapat kertas undi, bukannya mereka langsung tak dapat, malah masih cukup masa untuk menghantar undi. Walhal kalau nak bercakap soal ketelusan, zaman PM Najib Razak jauh lebih baik apabila memperkenalkan undi pos luar negara dan mereka dibenarkan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sejak PRU13 lalu. Zaman Tun M? Langsung tiada walaupun punya kuasa selama 22 tahun! #PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/HyB75U
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Tun M Gadai Maruah Untuk Kepentingan Peribadi Bekas PM 22 tahun ini sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadinya. Meskipun sering melaungkan dirinya berkorban tenaga dan masa di usia yang semakin senja ini untuk ‘menyelamatkan negara’, namun ungkapan itu hanya sekadar janji manis. Sebaliknya apabila menjadi PM kelak, kuasa yang ada itu akan digunakan sebaiknya oleh Tun M untuk mengaut pelbagai manfaat untuk dirinya, keluarga dan kroni. Malah Tun M juga tidak kisah dengan hilangnya maruah Melayu dan Islam yang mempunyai tempat yang istimewa di dalam Perlembagaan Persekutuan – dan kerana itulah dia sanggup bekerjasama dengan DAP, satu parti yang perna didakwanya dahulu sebagai rasis. Gabungan PKR akan menggunakan apa sahaja cara untuk membolehkan ia menang PRU14. Malah hari ini pun, mereka sudah beria-ia menukar beberapa perkara berkaitan Islam menerusi manifesto bersama gabungan itu, kerana ia dikepalai DAP dan Tun M yang tak pernah ada rasa sayang kepada Melayu dan islam. #PakatanProDAP #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/VJxMus
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Dalil Kenapa Langkawi Perlu Tolak Tun M Sebelum ini ramai yang berfikir bahawa Tun Mahathir-lah yang majukan Pulau Langkawi. Tapi tahukah anda apa yang dilakukan oleh Mahathir terhadap penduduk tempatan sebelum dia majukan pulau berkenaan? Rupa-rupanya Mahathir ini kaki penipu! Dedah CEO Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir, Mahathir menipu penduduk tempatan yang mengusahakan calet, kononnya dia berjanji dengan pemilik tanah untuk membangunkan kawasan itu untuk orang ramai beriadah. Tetapi sebaliknya apabila ia diambil dan dibayar dengan harga murah, kawasan itu dibiarkan dimonopoli oleh sebuah syarikat sehingga hari ini. Begitu juga dengan kawasan perniagaan laksa oleh anak Langkawi. Mahathir sampai sekarang tak tunaikan janji sehingga kawasan tersebut terbiar tanpa kemudahan infrastruktur. Lihat perbuatan jahat Mahathir… hanya orang Langkawi saja yang tahu belangnya. Inilah dalil mengapa rakyat Langkawi perlu tolak Mahathir. #PakatanProDAP #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/7NoyLk
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
PRU14: BN Dijangka Menang, Rakyat Terus Beri Sokongan BN hampir pasti mengekalkan pentadbiran di Putrajaya. Itu hasil kajian penyelidik dari Hong Leong Investment Bank (HLIB) menerusi laporan kajian yang dilakukan. Ramalan kemenangan BN dijangka mendorong kepada pertumbuhan ekonomi terus positif didorong dengan peningkatan perbelanjaan domestic, nilai ringgit lebih kukuh, selain pasaran ekuiti terus berkembang positif. Sebab itu, rakyat perlu terus memberi sokongan dan mandat kepada BN supaya pembangunan ekonomi negara terus berkembang pesat. Undi BN untuk masa depan yang lebih terjamin. #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/XAGcDj
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Sehari Sebelum Mengundi, Pemimpin Pembangkang Dah Jadi ‘Pak Nujum?’ Hebat sungguh kuasa gabungan PKR sampai pemimpin-pemimpinnya boleh menjdi tukang tilik kemenangan mereka pada PRU14. Bak kata Mat Sabu, kemenangan gabungan PKR itu semakin pasti selepas berjaya memperolehi majoriti undi pada 5 Mei lalu. Aduhai, nak jadi pemimpin pun cerdiklah sikit Bang Mat. Mana ada kira undi awal 5 Mei? Peraturan SPR pun dah sebut tiada pengiraan awal, bahkan kertas undi yang diperolehi pada 5 Mei lalu disimpan di dalam lokap polis dan boleh dikira hanya pada 9 Mei nanti. Inilah taktik gabungan PKR gunakan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Hal yang dah termaktub dalam undang-undang pun boleh dibawa main. Bagaimana agaknya jika mereka mendapat kuasa? Habis ikut kepala sendiri sahaja! #PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/gQYny5
0 notes
cybitmedia · 6 years
Photo
Tumblr media
Tun M Tuduh BN Nak Beli Calon Kalau Kalah PRU14 Rasanya juara fitnah bagi PRU14 layak diberi kepada Tun M.. Mana tidaknya, satu demi satu cerita palsu direka untuk memburuk-burukkan imej Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen PRU14 ini. Malam tadi, ketika berceramah Tun M menuduh BN bakal meggunakan langkah terdesak sehingga sanggup membayar jutaan RM kepada wakil rakyat gabungan PKR jika mereka tewas dalam PRU14. Kononnya duit tak mampu beli maruah seseorang ahli politik. Pandai Tun berkata-kata… Adakah Tun sebenarnya tengah panik sebab sedar gabungan PKR tidak sekuat mana dan bakal kalah teruk dalam pilihan raya esok? Jadi Tun sengaja reka propaganda untuk mengelirukan rakyat? Tun, simpan sahajalah cerita palsu yang bakal Tun sampaikan di akhir-akhir kempen PRU14 yang akan tamat pada malam ini. Rakyat tak buta, rakyat melihat segalanya siapakah Tun yang sebenar. Rakyat tahu menilai siapa Tun, seorang Melayu yang ramai rakyat Malaysia agung-agungkan, tetapi akhirnya Tun sendirilah yang menghancurkan masa depan bangsa sendiri hanya kerana hendak memuaskan ego! #PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah #UndiBN #BersamaBN #HidupRakyat #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #TolakPakatan https://goo.gl/Cmtgqu
0 notes