sparklesdecember
sparklesdecember
december
12 posts
D E C E M B E R
Don't wanna be here? Send us removal request.
sparklesdecember · 5 years ago
Text
Degree: Sem 3 (Program)
Dear diary : )
okay disebabkan aku tak start lagi sem baru, so aku ad masa nak cerita apa yang terjadi masa aku dalam semester 3 yang lepas.
Tumblr media
Ini sambungan kepada, Degree: Sem 3 (Dah Uni Pun Tak Matang). So, seperti yang aku cerita dalam entri sebelum, kan aku ad habaq en yang aku ad buat program komuniti untuk subjek Food Nutrition. So fast forward, sampailah ke hari a week before the program. Btw, aku tak kan bagitahu position aku apa dalam program ni.
Incase, ad yang baca diary aku ni kan hahhahah. Tapi, aku just nak mention aku adalah ketua antara  position yang wajib ad dalam program. To be honest, kerja aku takde lah memenatkan pun, sebab aku hanya bekerja pada waktu perasmian dan penutup je. So, segala barang untuk majlis aku kena sediakan.
At first, manager yang handle stage antara paling banyak yang aku berhubung disebabkan selalunya meeting mereka je yang akan deal dengan pensyarah dan PP program. So, diorang lebih tahu. But, last minute aku diberi tahu sebenarnya job skop aku bukanlah sekadar apa yang aku tahu sahaja, aku kena uruskan bahagian yang lain juga.
Tumblr media
Dan kerja yang aku baru dapat last minute ini, sebenarnya agak leceh juga, sebab aku kena print, dapatkan nama peserta dan jumpa Dekan Fakulti untuk signature dan cop. So, bab barang untuk majlis aku dah siap, walaupun jenuh juga lah nak cari barang untuk tally dengan bajet but, okay lah, cantik pun cantik, aku puas hati. 
So, sehari sebelum hari program, sebenarnya aku baru dapat tahu kerja aku ni. Mana lah aku tak kalut, nasib baik aku dah pergi beli barang untuk majlis. Kalau tak hancuss. So, first thing first aku kena settlekan nama peserta, selagi aku tak dapat latest nama peserta selagi tu aku tak boleh buat kerja.
Thankfully, pihak yang handle nama pantas bagi nama, so aku dah boleh start dengan kerja aku which is printing. Aku dapat tahu kos printing, takde dalam senarai perbelanjaan, jadi even aku ad resit print pun aku tak boleh claim. So, aku dengan member dah celaru dah, dah lah duit minyak tak boleh claim, duit printing tak boleh claim, habislah pokai. 
Tiba-tiba aku teringat pesan Bendahari program, dia kata dekat bilik penasihat ad printer. Selalu kalau berkenaan dengan aktiviti fac boleh je print dekat situ, cuba kau tanya Ahmad. So, aku apa lagi tanya ahmad, sebab dia paling rapat dengan penasihat. Then, penasihat kata okay boleh guna. So, aku pecut (kitorang dekat luar masa ni, baru habis beli barang) pergi balik fac, nak print nama peserta. 
Aku target sebelum pukul 5 dapat settlekan dan boleh pass dekat Dekan untuk sign and cop, so esok aku tinggal ambik je, sebab untuk program esok aku jadi runner je. Sampai dalam bilik penasihat, aku macam biasa, prepare untuk print. Tetiba aku dengan member pelik, macam mana nak masukkan kertas, sebab dua2 lubang keluar and masuk ad dekat bahagian bawah. Kawan aku suggest masuk dari atas, so aku masukkan je la dari atas. 
Tumblr media
Suddenly !!! prakk prakkk, kertas tersekat, HAHHAHAH CENTU KE BUNYI DIA. Ok nevermind. Ha aku dengan member ha sudah cane cuak ah memasing. Masa tu plak Ahmad dengan member dia sampai. Aku dah macam aduh macam mana ni, dah lah nak kena settle sebelum pukul 5. Ahmad bagitahu kertas masuk ikut bawah bukan atas. Aku pun macam oh ye ke halah, ingat dari atas, sbb mostly printer kan macam tu. 
Member ahmad try keluarkan kertas tersekat tu slow2, aku masa ni rasa serba salah lah jugak, sebab dah lah first time guna, pastu tersekatkan kertas dalam printer orang, hadehhh. Habis buang kertas tu, aku try lah print nama peserta, tapi a few je yang okay, yang lain tak okay, colour font macam tak padu lah. Bila try dengan kertas A4 biasa okay je, tapi bila dekat kertas tebal macam tak cantik. Aku dengan member tak sedap hati lah, tak kan pasal kertas tersekat colour font tak elok dah. 
Si member ahmad pun nak print gak waktu tu, try dia print dia punya plak. Hurm, boleh je elok. Colour pun cantik, maybe sebab kertas tebal sangat kot, sebab tu colour font tak cantik, saja sedap kan hati. Disebabkan dah terlalu banyak kertas terbuang sebab adjust nama peserta, pastu font punya asyik tak elok je, aku dengan member decide untuk print luar je. 
Tumblr media
Tengok jam memang tak sempat pun nak bagi dekan sign. So, kitorang print dekat luar, cantik gila font. Siap sudah kerja, tinggal settlekan barang untuk majlis je. Masa ni kitorang sempat beli makan lunch (padahal waktu ni dah pukul 6 dah), sebab lapar teruk weh, terkejar2 tak sempat nak makan. So, balik fac balik, untuk settlekan barang program dengan tolong biro lain set up barang.
Masuk2 dalam bilik penasihat, ramai yang turun datang tolong. Ahmad pun tengah print untuk games program, tengok diorang punya printing tuh elok je colour. Banyak gak print tu sampai habis ink. Tiba2 aku dapat noti ws, ad lagi peserta join last minute. Rasa tak silap ad 4/ 5 orang. Aku dekat situ, sabar je lah. Nak marah tak boleh, sebab program ni pun markah kitorang. Masa tu aku fikir nak print dekat bilik tu je, lantak lah elok ke tak, siapa suruh join last minute. Oh ya aku dapat tahu, sebenarnya pendaftaran diorang memang buka lagi sebab nak cukupkan 30. So, achieve target lah kira.
Tapi, Ahmad kata printer habis ink, kalau nak print b&w boleh lah. Aku kata ha takpelah memang nama b&w je. So, masa nak print tu, aku dengar ahmad kata dekat penasihat, ink dah habis, so print dekat luar. Ahmad kata dekat aku, nanti resit print simpan, maybe penasihat nak bayar balik guna duit fac ke apa kan. Aku dah alhamdulillah dah, aku pun student lagi, walaupun RM20 je still banyak untuk aku.
Ada a few lagi barang tak print, so kena print dekat luar, ahmad offer nak print sekali nama peserta untuk aku dah alang2 dia pergi print untuk barang dia. Aku pun okay lah, takut nanti ad benda lain plak yang terjadi dekat printer tuh, dah lah dah malam. Kang susah plak nak cerita kedai nak print setakat 5 kertas je. Malam sebelum program tuh, aku balik rumah around pukul 12 kot, banyak benda sebenarnya tak settle lagi, tapi aku gagahkan gak stay situ. Walaupun bukan bahagian aku, tapi ini kan program bersama, so aku kena lah turun padang gak. So, malam tu penuh bilik penasihat dengan barang2 untuk program, barang2 aku pun ad gak, aku letak dekat belakang meja, senang nak ambik, yang lain aku tak tahu macam mana, since aku bukan yang balik paling last.
So, THE DAY. 
Tumblr media
Alhamdulillah, program berjalan lancar untuk part aku, since aku kata aku hanya function waktu penutup dengan pembuka majlis je, so tak kabut sangat lah, sebab semua dah already prepared. Cuma, masa aku jadi runner untuk fasi group peserta, aku perasan lah, some peserta dah start bosan, ad yang penat and knock-out terus pun. Tapi, still managable lah. Oh ya ! masa program aku perasan ramai senior fac turun padang, but most of them member2 senior yang aku cerita dekat entry sebelum ni (yang Degree: Sem 3 (dah uni pun tak matang)). So, aku perasan yg senior yang aku jumpa tu, dia ad situ since dari awal pagi program start. 
Actually, kitorang sebenarnya memang dah diberitahu senior mana yang sempat dia akan turun padang, tengok2kan junior, since kitorang pun tak cukup fasi nak handle peserta. Ok, FYI, senior yang aku jumpa tuh, dia orang yang paaaaaaaaaalinggggg rapat dengan penasihat fac. Kalau korang perhati pun kan, hubungan diorang macam anak beranak hahhahaha. So, no wonder masalah penasihat pun dia cerita dekat senior. 
Sebenarnnya sejak dari peristiwa dia jumpa batch aku, untuk sembang pasal benda tak matang tuh, aku dah annoyed dah dengan senior2 ahahahha. Some of it lah, bukan semua. Sebab diorang pernah bagitahu, “korang nak ke korang punya cerita sampai dekat senior2, pastu bila lalu je kena jeling dengan senior yang lain, sebab perangai korang semua menyebabkan lecturer2 lain becerita”. Start dia bagitahu macam ni, aku punya perception dekat diorang ni dah lain. 
Sebenarnya boleh je kalau lecturer tu kalau tak puas hati dengan students, dia boleh settle berdua dengan students. Tapi, guess what, tegur pun tak nak, pastu jaja cerita dekat senior, suruh senior ambik tindakan. Pastu ha semua satu fac tahu batch sekian2 perangai mcm tu mcm ni. Or else, lecturer boleh je buat bodoh dengan perangai jahanam students. Kalau aku jadi lecturer pun, students biadap dengan aku, aku biar je, gagal lah kau sorang2. Benda simple kalau make it complicated dia become serious tahu dak ! But aku tak boleh nak cakap apa lah, sebab semua orang pemikiran berbeza.
So, masa program tu aku perasan lah gak, senior aku dengan penasihat tuh kemain mesra, aku tak jealous pun, sebab aku bukan jenis suka rapat2 dengan lecturer sampai lupa border student dengan lecturer, takut terlalu selesa. Aku just harap batchmate aku tak buat hal lah, sebab program ni markah aku jugak. Aku tak nak lah waktu post-mortem nanti gaduh ke apa en. So, program aku tamat dalam pukul 6 gak, so penat dia kemain. Aku balik rumah terus pengsan, nasi goreng yang aku tapau dari program pun aku tak terjamah.
Aku penat namatey.
THE DAY AFTER.
Tumblr media
Peristiwa ni aku akan ingat sampai bila2. Okay after beberapa hari selepas program tu kan, aku dengan few others kena tanya dengan member sorang ni, btw dia orang penting persatuan gak la. Ingat tak aku ada cerita pasal dalam bilik penasihat tu ? HA itulah punca segala masalah peradaban berlaku. Isu dekat sini timbul bila penasihat program aku tu, dia salahkan few others tak reti guna bilik dia elok2, printer rosak, letak barang halang dia nak buka suis, sepahkan bilik dia tak bersapu dan ada student palinggg bengonggg sekali pergi laminate dia punya notes ! Ini jujur eh aku cerita. Member aku dia kan handle all the stuff untuk program, so dia and dia punya member paling lasttttt yang tinggalkan bilik penasihat night before the program. While, aku dengan member lain balik awal lagi dari diorang, so aku tak tahu whats the real thing happened, until member aku yang kena marah ni bagitahu aku, that night tu kan, masa semua tgh kemas nak balik, diorang nak sapu la lantai tu, but the orang paling penting tu ckp takpe letak je situ dulu (sampah). Sebab dalam bilik penasihat takde penyapu penyodok tak silap. Lepas tu, mcm mana nak sapu kalau orang yang sering dtg bilik penasihat pun ckp camtu, kita ni baru je first time duk situ. So, tanpa berfikir pnjg dan semua org sibuk nak balik cpt sebab dah lewat malam gila, diorang pun tinggalkan la bilik tu dgn sampah disudut itu. Masa aku balik dulu dari diorang pun dah pukul 12 malam dah, ak syak diorang balik dalam pukul 2 pagi centu. Lepas tu, bab barang2 semua tu kan yang menghalang laluan penasihat tu kan, aku tak sangka benda tu jadi isu sbnrnya, sbb byk gila barang, so dia mcm tak tersusun mana nak letak, nasib baik barang aku, aku letak dekat tepi dinding, i meant memang tak menghalang langsung la any suis. Kawan aku yang last tinggalkan bilik tu, dia cakap la dah tu aku nak susun tang mana, tmpt lain penuh, like bukan aku tutup suis tu sampai tak boleh bukak pun. Yang lagi pelik penasihat tu marah sebab ada barang yang menghalang pintu, aku mcm aikk peliknya siapa yg cerdik sangat letak barang depan pintu...sebab bila tanya semua yang ada dalam bilik tu, semua kata depan lalu lalang dekat pintu tu, kosong je sebenarnnya. Aku pun tak tahu mana satu nak percaya. Lepas tu, penasihat marah pasal printer dia rosak weh. Allah. Rasa nak tercabut nyawa. Aku legit macam terkejut gila, sbb masa aku dapat tahu ni, masa tu aku tgh lepak tau dengan member. Tiba2 dapat mesej dari orang penting tu, dia kata printer rosak. Aku pun pelik lah macam mana boleh rosak. EH dia kata maybe sebab tersekat kertas semalam. Aku macam aikk, tersekat kertas je semalam, and dah boleh keluarkan pun, macam mana boleh rosak terus ni. TBH, aku rasa bersalah la jugak sebab aku dah tersekat kan kertas dlm printer tu, tapi nak buat mcm mana benda dah jadi, aku pun terkilan gak kenapa aku macam lupa benda ni, sebab aku rasa dari sebelum hari program sampai last hari program tuh serabut nak mampus. Sampai aku terlupa sebenarnnya aku dah tersekat kan print tu. Sebabnya, kau bayangkan lah, after tersekat tuh, print elok je colour, dia kalau aku pki A4, dia start tak elok bila aku tukar kertas tebal, colour dia mcm tak lekat tau, thats why decide untuk print luar. But, later bila aku balik, aku dengar ink printer habis, sebab diorang print bahan2 lain sebelum tu guna print colour. Celah mana aku nak expect printer rosak kalau, after kejadian kertas tersekat tuh, semua guna elok je. LIKE LEGIT ELOK GILA, COLOUR SEMUA NICE. Tiba2 bila printer tu rosak, sebab kertas tersekat dipersalahkan. Aku berang je waktu tu. Aku tanya depa2 yang print selepas aku tuh, 
“tapi korang print barang2 games tuh elok je kan ?”
“eh kitorang print dekat luar games tuh”
Tumblr media
bongok tak, putar cerita. Aku sendiri yang nampak kertas banyak atas printer tu, sebab diorang pakai. Tiba2 aku tanya ‘eh aku print luar’. Aku sabar je laaaa. Aku tanya member aku yang lain, yang memang ada sepanjang diorang print tu, and guess what!, diorang memang guna printer tu pun sampai habis ink, then barulah diorang print dekat luar. Aku bukan nak salahkan diorang yang rosakkan printer tu. Tapi aku nak diorang jujur, untuk cakap sebenarnnya after kertas trsekat dlm printer tu, sbnrnnya okay je printer tu, tak rosak pun. Tapi diorang tak mengaku, sampailah member aku sorang ni angin ahhahahah pastu masing2 tak bercakap sampai lah POSTMORTEM DAY.
POSTMORTEM DAY
Tumblr media
Sebelum hari ni, kitorang dah decide nak jumpa penasihat minta maaf since semua macam perangai haram kan (lagi2 manusia yang laminate notes dia tu), so kitorang mcm plan apa2. Tapi penasihat mcm avoid tau nak jumpa kitorang. Plus, baru tahu sebenarnnya penasihat ni nnti dia akan datang waktu postmortem. TERKEJOTT LAH ZIZZ. Sebab dia ni macam takde kena mengena dengan program kitorang hahahhha. Dah habis postmortem, dia panggil semua yang duduk dalam bilik dia harituh. MASA NI KAU NAK LARI CANE PUN TAK BOLEH WEH, SEBAB DIA CAKAP DEPAN2. Aku nak menangis sangat masa ni sbb kitorang nak cakap tapi tak mampu, sebab seolah2 penasihat salahkan weolss 100% printer tu rosak. Aku nak cakap lah, memang salah aku tak bagi tahu kertas tersekat, gilake mana aku nak ingat, dah kalau semua kelam kabut esoknya program. Plus, aku nak cakap printer tu mustahil rosak, sebab after kejadian tu, diorang elok je guna lagi. Tapi tulah mulut terkunci diam centu je. Sampai habis kena marah. Pastu, penasihat tu blah je lepas habis cakap tu, geram agaknya, gila tak geram kalau aku pun geram. Plus, lagilah aku rasa berdosa bila dia cakap dia baru je beli printer tu, ha mamposs hhahhahha. 
So, setakat ni je lah ya cerita dia. Sebab aku pun sakit hati bila ingat benda ni balik. Aku harap penasihat reda la marahnya, and kalau terjumpa dekat fac takdelah buat2 tak nampak ke apa. 
2 notes · View notes
sparklesdecember · 5 years ago
Text
Degree: Sem 3 (Result)
Hai diary,
Hari ni keluar result sem 3 aku. Semalam after pukul 12 tu aku tunggu juga lah email dari salam. But, aku refresh banyak kali tak dapat pun. Hurm sebenarnya aku lupa, result memang tak dapat dah through salam. So kena buka dekat portal atau download apps.
Aku tido semalam pukul 245 pagi centu lah, sebab aku risau dengan keputusan aku. Kan aku ad cerita harituh aku mimpi pasal result aku tuh kan. Memang betul weh, aku dapat macam tu. Alhamdulillah aku takde repeat paper. Cuma subjek yang paling aku target dapat elok, tak elok pula.
Tumblr media
Jujur aku kata, aku sedih, tapi dalam masa yang sama aku dapat lagi kawal, sebab aku seolah-olah dah dapat agak dengan keputusan yang macam tu. Banyak ibrah yang aku dapat disebabkan result aku yang tak memberangsangkan ni. Aku rasa jijik dengan sikap aku, sebelum ni masa diploma aku rasa sebab aku berjaya dapat yang aku nak, bukan sebab dari aku, tapi sebab Allah yang tolong aku.
Lama kelamaan, sejak aku sambung degree ni, tarbiah dalam diri aku semakin berkurang. Aku semakin leka dalam melakukan ibadah, hanya buat di kala exam menjelma sahaja. Exam habis, terus tinggal. Ibadah harian yang dulu selalu diamalkan semakin ditinggalkan kerana ingin study. Percaya sangat kalau semua kejayaan ini disebabkan usaha diri sendiri, padahal Allah yang kurniakan. Sikit pun tak rasa malu, bila solat tinggal, solat lewat, quran ditinggalkan, yalah walaupun maksiat tak dibuat, tapi hak sebagai hamba langsung tak endah.
Tumblr media
Sikit pun tak rasa takut. Macam yang aku cerita sebelum ni, banyak benda yang terjadi dekat aku masa sem3. Membuatkan aku rasa macam banyak sangat ujian yang aku timpa, sampai aku tak rasa kasih Allah dekat aku. Aku rasa aku boleh hidup tanpa pergantungan aku pada Dia sewaktu dahulu. Sejak dari tu, aku jarang berdoa, berdoa sekadar sewaktu exam sahaja. Padahal aku lupa, sebenarnya doa lah yang membuatkan aku berjaya dari dahulu, disebabkan amalan ikhlas aku untuk mendapatkan keredhaan Allah dulu lah ilmu dipermudahkan masuk dalam kepala.
Sekarang, aku kesal dengan diriku, betapa sombongnya untuk meminta kepadanya, kerana menganggap semua itu usaha dari aku, padahal bukan. Alhamdulillah Allah sedarkan aku melalui result ini, Dia mahu sedarkan aku, bahawa kejayaan aku sebelum ini sebenarnnya dari Dia, bukan usaha ku semata. Dia kasihkan aku dengan tarik aku kembali ke jalan yang selayaknya. Sedih aku kerana aku tahu sikap pergantungan ku pada Allah semakin lupus, tetapi aku langsung tak nak ubah. Aku terlalu percaya, bahawa aku sebenarnya boleh mendapatkan kejayaan itu tanpa kebergantungan kepadaNya.
Tumblr media
Kini aku silap, aku bertekad untuk memperbetulkan kembali hubungan aku dengan Allah. Gunakan senjata aku seperti dahulu sekerap mungkin. Ubah niat ku untuk apa aku capai apa yang aku inginkan. Bukan disebabkan mahu kan dunia sahaja, tapi untuk manfaat akhirat juga. Terima kasih Allah untuk sedarkan aku, hinanya aku kerana merasakan kasih Mu hilang terhadap aku. Ya Allah, kuatkan lah aku menghadapi ujian di sekeliling ku, tunjukkan aku yang baik dan yang buruk. Jujur aku kata aku rindu tarbiah ku yang dulu, usrah yang selalu mentarbiahkan diri ku supaya hidup ku bergantung hanya kepada mu.
Tumblr media
Aku harap dengan luahan ini, dapat dijadikan iktibar untuk aku yang akan datang. Supaya sentiasa beringat, kejayaan aku sebenarnya bukan lah dari usaha ku sendiri tapi dari kasih dan pemurahnya Allah dalam membantu ku berjaya sehingga apa yang aku ingini. Jangan sesekali anggap, dengan meninggalkan hak hamba untuk hal dunia lebih baik walaupun niat nya betul. Sentiasa memohon kepada Allah ketika susah dan senang. Tidak rugi pun masa yang dilaburkan untuk meminta kepada Allah perlindungan dan keredhaannya. Hanya kita sahaja yang ego, menganggap kita mampu sehingga kita terlupa dan jahil bahawa semuanya Allah yang lindungi. Baiknya Allah kerana selamatkan aku dari terus hanyut dengan ego ku sendiri.
8 notes · View notes
sparklesdecember · 5 years ago
Text
Degree: Semester 3 ( Dah Uni pun tak matang )
Hai, diary !
Tumblr media
So hari ni for the next sekuel untuk Degree: Semester 3 entry (hahahhaha bajet2 je), aku nak sambung pasal batchmate aku. Untuk sem 3 ni aku ada satu projek, which is under subjek Food Nutrition. Subject ni dia 2 kredit je, tapi carry mark dia paling leceiaqqqq sekali HAHAHHAHAHA. Takde lah leceh mana pun, just ada 1 komuniti program kena handle je.
Tumblr media
So, program ni kitorang satu batch akan split into 2 group, sebab ramai. So, tak kan 1 program banyak plak kan yang handle. Susah lah Dr. nak handle en. Satu group buat komuniti yang berbeza dengan yang lagi satu. So, problem happen bukan lah waktu awal2 nak handle/ decide program ni. It happened hujung2 program.
Batch aku ni, sebenarnya ada problem tau. So, dari awal, mula2 nak build communication dengan puak2 (batchmate which is not my classmate) ni, kitorang dapat tahu (classmate kitorang) sebenarnya diorang ada problem each other. Like, puak ni, tak suka puak tu, sebab puak tuh blablabla. Teruk nya 2 puak ni sampai, lecturer pun perasan the problems between those puak, bila dalam mass lecture or dalam lab. Dua puak tu memang obvious sangat lah saling suka tak menyukai tu hhahahhaha, but weolls yang lepasan diploma, never realize benda remeh macam ni, until one day senior paling nak jumpa.
Tumblr media
Masa ni, I tak tahu lagi tau pasal at the end of sem nanti kena buat komuniti program. Aku tahu sebab senior tu sendiri bagitahu, see !! betapa cluelessnya aku pasal benda macam ni, sebab lecturer pun tak terang kan details. Masa ni aku assume, diorang tahu sebab diorang dah pernah lalu sem 3, so yang program komuniti ni macam benda wajib untuk carrymark lah.
Masa jumpa senior tuh, aku dapat cam, yang senior yang kitorang (btw, aku dengan kawan aku je, 2 orang jumpa as wakil class) jumpa ni bukan yang beshe2 punya senior. Sek ni senior yang ada jawatan tinggi2 dalam persatuan fac. So, masa ni aku tak sedap hati, pahal nak jumpa, entah2 ada program kena handle kot (program lain under fac maksud aku), so aku dengan kawan aku pergi dengan clueless teruk nya.
Hampir half an hour, senior aku ni sembang pendahuluan, still aku tak boleh dapat apa yang dia nak try sangat sampaikan dekat kitorang. Yang sampai setengah jam, sebenarnya dia sembang pasal kehidupan uni sekarang mencabar, orang dah tak pandang CGPA semata, majikan nak yang softskills boek, baru gi jauh. Itu je. Then, baru lah dia masuk agenda yang dia sebenarnya nak tanya. Btw, masa jumpa senior ni, ada 1 puak je yang datang, yang lagi satu tu tak nak datang.
Tumblr media
Senior tu tanya lah, among batchmates / classmates aku ad masalah ke. Aku dengan member jawab, takde, sebab masing2 dah besar, kalau tak puas hati kitorang cakap je. Dia tanya banyak kali, ya ke takde masalah. Macam tak percaya, so aku dengan member pelik dah lah. Dah masalah apa plak tetiba, takde angin takde ribut, aku nak buat masalah ke memang taklah. Sampai lah satu soalan ni dia tanya, dengan lecturer korang ada masalah ? Aku kata takde gak, kalau tak puas hati tu ada lah, tapi tak kan nak cerita kat depa plak. Cerita sama sama kita sudahlah kan. Sampai lah member aku tetiba teringat kejadian sem lepas.
Masa sem 2, ada budak dalam kelas aku ni selalu sangat datang lambat. Like every kelas datang lambat, disebabkan perangai datang kelas lambat ni terlalu common masa aku diploma, aku tak ambik kisah sangat, sebab mostly lecturer diploma aku pun faham, kadang2 terbangun lambat, ad kerja luar, paling2 kalau lecturer tuh bengang student datang lambat dia ugut je kunci dewan kuliah, pastu sejak tu takde dah lah student lambat.
Tumblr media
Ha sambung pasal classmate aku yang lambat tu, diorang ni lambat bukan 1 subjek je, almost semua subjek lambat. Tapi takde lah lambat sangat sampai 30 min centu, lambat dalam 15 min centu lah. Ramai gak lecturer yang perasan yang depa ni sokmo lambat. So, aku dengan classmate lain selalu gak dah lah tegoq depa ni suruh awai sikit mai kelas. Awai la jugak kadangt2 tuh. Tapi 1 lecturer ni, dia jenis simpan dalam, lecturer ni tanya kami, kawan awak tu selalu sangat ka datang lambat, ke kelas saya je ?, kami pun cerita la, semua kelas dia memang lambat, dia pun geleng pala. Sejak tu kami pakat lah sekelas duk remind depa ni datang awai kelas lecturer ni. Sampai lah satu hari tu, dia mendidih, dia pi kunci kelas tak mau bagi depa ni masuk. Lecturer ni jenis, kalau dia marah dia tak tunjuk.
Habis ja kelas, kami pun habaq lah dekat depa, Dr ni marah teruk ni dekat hangpa baik hanpa jangan buat hal lagi. So, sejak dari tuh, awai ja depa datang, bulehhh pun. Guess what ? lecturer ni rupanya dia masih menyimpan rasa lagi dekat depa ni sampai dah habis sem 2, masuk sem 3 dah. Hadoiii lah. Ingatkan 2 puak tu je yang buat naya dengan lecturer rupanya kita pun kena. Senior tu habaq, kalau buat salah datang lambat, adab kita pi lah minta maaf. Aku pun macam betui lah hang habaq, tapi aku tak boleh kata apa, sebab aku pun tak tahu si depa yg lambat tu dah minta maaf ka belum. Ingatkan dah settle dah, lepas depa tak buat hal lagi, rupanya cerita depa ni sampai ke senior, haih lahh lecturer.
So, senior tegoq kami lah, supaya beradab dengan lecturer, sebab nanti sem 7,8 FYP dengan depa. Kalau tak settle sekarang, nanti nanah, apa pun tadak. Aku dengan member aku pun ha yalah nanti kami habaq pi dekat clasmmate kami. Pastuh, lepas dia tanya kelas kami, dia tanya puak lagi satu tu, ada apa2 masalah ke, senior tanya kami, tahu tak masalah 2 puak ni, kami jujur lah kata tak tau. Tapi kami tau lah depa ni memang tak ngam. So puak ni cerita la pasal puak lagi satu tu, depa ni kot ni kot tu blablbla. Aku ngan member terkejut gak lah, dengan perangai depa ni. Kanak2 sungguh, tak tau nak kata apa. So, function senior jumpakan kitorang ni, sebab suruh kami bagi elok balik, tunjukkan dekat lecturer yang kami ni memang boleh buat kerja, bukan assobiah belaka. Kalau kami tak repair sekarang, nanti silap haribulan lecturer yang handle subjek ni tak nak participate sebab perangai kanak2 lagu ni lah.
Punyalah depa ni kamching dengan lecturer, sampaikan lecturer bagi kepercayaan dekat depa yg senior untuk judge bagi markah dekat kami ni nanti untuk program komuniti ni kalau kami buat perangai. Tbh, classmate aku okay je dengan 2 puak tuh, depa ja yang gaduh sama depa. So, esoknya aku dengan member aku habaq lah apa yang jadi sebenarnya. Depa yang lambat tu terkejut beruk lah, awat lah benda kecik pun nak perbesarkan sampai senior nak datang jumpa, ntah pape. Masa sembang tu kami tanya lah depa ni, memang hanpa tak minta maaf ka dekat Dr pasal masuk kelas lambat tu. Depa habaq dah sebelum final depa minta maaf. Pastu ad lagi sebenarnya accident masa final week tuh, tapi aku tak dapat tangkap. Tapi yang aku dapat simpulkan, lecturer tuh yang macam tak mau jumpa depa, macam dah tawar hati lah dengan depa ni.
Depa mengamuk gak lah, awat benda kecik macam ni sampai nak kena bagitahu senior. Rasa lecturer2 yang ajar kami pun dah tahu dah rasanya. Haih… Depa seloroh, kalau Dr ni mai ngajaq dekat tempat kami diploma dulu mesti nangis and makan dalam je dengan student, sebab ramai sangat yang lambat. Aku ingat lagi, lecturer aku, pangkat dia Prof Madya, tapi kitorang panggil dia Abi. Dia kata, sekalipun kamu rasa kamu dah terlambat pergi kelas, datang saja, walaupun kelas lagi 30 min dah nak habis, Abi tak kan marah, sebab kamu sedar kamu lambat, dan kamu sedar ilmu ni penting sebab tu kamu datang juga, sebab tak nak ketinggalan, tak kan abi nak marah kamu sebab kamu nak tuntut ilmu, nak kunci pintu sebab tak nak bagi kamu masuk. Aku ingat lagi masa Abi pencen, ramai student rindukan Abi. Abi adalah salah satu pendidik yang berjaya membuktikan kelembutan dan kasih sayang juga dapat memberi kesan kepada anak didik dan kehormatan yang tinggi.
Tumblr media
Btw, kalau korang nak tahu, anak-anak Abi semua berjaya. Abi pernah cerita, dia jarang guna kekerasan dalam mendidik. Sentiasa yang lembut dan berhikmah. So, aku pun ter inspire nak ikut gaya didikan abi. Rasulullah pun berhikmah dan berkasih sayang dalam mendidik, tak kan disebabkan tok nenek kita yang mengamalkan sikap superior, sampai kita lupa apa yang fitrah perlukan. Cukup lah aku dididik dengan kasar, aku tahu semua parent tak perfect, aku yang sudah pandai beza baik buruk sepatutnya aku memilih yang lebih baik untuk adik2 aku.
Dah lah aku cerita sampai sini je lah dulu, nanti aku sambang next entry plak. Bye, diary.
0 notes
sparklesdecember · 5 years ago
Text
Degree: Semester 3 (KONVO DIPLOMA YEAY !)
Hai dairy,
Tumblr media
So disebabkan aku takde apa nak buat cuti sem ni, aku nak cerita la sikit apa yang berlaku sepanjang sem 3 yang lalu. Saja buat2 kenangan untuk hari tua.
So, aku konvo lebih kurang dalam bulan Oktober 2019. So, yang ikut aku gi konvo, adik aku 2 orang. Adik yang ke-2 and yang ke-4. Since adik aku yang ke-2 boleh drive, walaupun haram ahhahah, tapi apakan daya, dah takde mak bapak centu lah.
Tumblr media
So, untuk konvo aku ni, takde lah special sangat pun macam orang lain, mak bapak datang. Aku yatim piatu so nak jemput pak mak sedara pun diorang ada kerja juga, tak kan lah aku nak minta tolong depa hantaq plak kan. Mak tiri aku pun last minute bagitahu tak boleh pergi, aku tanya banyak kali baru nak bagi jawapan, padahal sebulan sebelum tarikh konvo aku dah bagitahu dah. Dan dan plak tak dapat pi, sebab balik kampung.
Tumblr media
So, aku decide lah bawak adik aku yang ke-2 tu since dia boleh drive highway. Btw, dekat rumah aku ni ada 3 kereta, tapi kereta yang betul2 elok untuk jalan jauh ada 1 je, yang lagi 2 tu tak boleh sebab takde toad tax dengan tua. So, aku pun habaq la dkt mak tiri aku ni nak pakai kereta lagi satu tu. Masa tu aku tak tahu dia balik kampung bila, sebab aku dah cakap dah tarikh siap2 dekat dia konvo aku bila, bermalam, bertolak semua macam mana. So, aku expect dia akan pilih tarikh selain dari tu lah, sebab kereta dekat rumah ada 1 je yang elok.
Tup tup, dia pi balik kampung tarikh a day before aku gerak gi konvo. Btw, aku punya U jauh dekat pahang. Aku pun berang lah, dah lah bagitahu last minute balik kampung, pastu nak expect aku nak naik bas gi pahang, memang tak lah. Homestay dah lah jauh belaka, kalau sana ada Grab logik le juga. Aku explain dekat dia kata, homestay jauh macam mana nak ulang alik dari U, jauh la kan. Pastu, dia kata, ‘ Sorry, I couldn’t let you, urgent ada family matter, I need to use the car’ . Aku macam like, whut the fudge. Dia 2 beranak je balik kampung, kalau naik train doesnt matter pun, sebab kampung nya ada grab complete kemudahan apa semua. But, dia still insist nak guna kereta tu juga, dengan takde rasa bersalahnya ( dah lah bagitahu last minute balik kampung, pastu guna kereta ayah aku ), haih geram je.
ha pastu, conversation nya sambung mcm ni:
Aku (A): habis tu mcm mana nak gi konvo ? kereta wira tu boleh ke jalan jauh hari tuh bukan ad rosak2 ke ?
Step Mom (SM): sewa je la kereta, dah nak terberak baru nak gali lobang
*Aku (dlm hati): ko yg terberak guna tandas orang, tandas sendiri ad tak nak guna
SM: masalahnya aku pun tunggu ko takde kelas nak balik kmpg (sembang sgt, orang dah bagitahu awal2 nak gi konvo tarikh sekian2), dah lama nak balik, ni benda urgent mana boleh tangguh2, aku pun berkorban berbulan2 tunggu nak balik pikirkan kelas ko. So for this time I cannot delay. Kalau takde duit naik bas je la, bukan tak biasa pun
Then, akhirnya aku end up mengalah bayar road tax kereta lagi satu. Sebab aku buntu nak cari kereta sewa, mahal. Lagipun umur aku tak cukup nak sewa kereta. So, aku terpaksa lah gi uruskan lesen (sebab lesen aku dah mati) dengan keluarkan duit dekat ASB. Nasib baik aku ad kawan yang memahami, diorang lah cover aku masa aku tak datang meeting program. Remind aku assignment and notes lecture.
Sebenarnya aku tak kisah pun kalau dia tak pergi, sebab dia ni jenis benda kecik je nak cari pasal, kurang sabar gila. So, kalau dia ikut aku takut mood aku, adik2 aku kelaut. Tapi, yang aku geram dekat sini, kereta dia elok je, boleh je guna, nak jugak kedekut keluar kan duit tak nak bayar road tax. Dah lah semua minyak, makan and belanja aku tanggung sorang, aku bergantung dengan duit pencen ibu aku je dengan duit zakat. Dia dapat duit dari harta ayah aku, guna jelah duit tu. Sampai ke sudah tak ganti duit tuh, haih, nasib baik aku bukan jenis berkira, kalau tak aku dah minta balik dah.
Tapi, alhamdulillah sangat aku dikelilingi dengan orang yang baik2. Mak kawan2 aku, semua ucap tahniah dekat aku sebab aku dapat ANC. Siap bagi bunga lagi, hahahhah. Yalah kesian lah budak ni dahlah takde mak bapak dah. Allah permudahkan urusan aku dari segi perjalanan apa semua alhamdulillah sangat. Habis je dari konvo, aku bersyukur sangat duit zakat masuk masa pagi aku cek sebelum nak pergi kelas. Aku bersyukur gila sebab aku dah takde apa dah dalam bank aku tuh, sebab buat belanja gi konvo. Risau aku, macam mana aku nak bagitahu member tak dapat bayar hutang dia lagi. Alhamdulillah. Kemudian, duit hadiah ANC RM1000 masuk, aku guna untuk topup balik ASB yang aku keluarkan. Lepas tu, lepas 2 bulan macam tuh, aku dapat HPIPT RM1000, duit ini baru aku guna untuk beli hadiah untuk diri sendiri, kira reward lah sebab dapat ANC.
Tumblr media
Walaupun, ibu ayah dah tiada, aku tak pernah lupa pesan ibu ayah untuk belajar rajin2. Jadi contoh dekat adik2. Sentiasa tolong adik2. Adik2 aku jelah harta yang aku ad sekarang, kalau bukan aku yang nak bela dan berpihak pada diorang, siapa lagi yang nak membela diorang. Aku harap dengan kejayaan aku, aku boleh inspire adik2 aku untuk belajar rajin2, bantu diri sendiri dan orang lain. Walaupun mak tiri aku selalu kata aku ni sombong dan ego sebab pendidikan yang aku ad, tapi aku yang lebih mengenali diri aku. Aku je yang tahu macam mana susahnya aku nak bersaing dengan kawan2 aku yang pandai dekat uni. Even ayah aku pun tak pernah berkata sebegitu, aku tak kisah.
So, ni baru part 2 untuk cerita sem 3, nanti ad lagi. Kalau aku free nanti aku sambung. Bye, diary.
0 notes
sparklesdecember · 5 years ago
Text
Degree: Semester 3 (subjek Kill Me, Heck Me)
Tumblr media
Lama rasa tak tulis dekat diary ni hihii. Walalupun dah dekat 3 weeks duduk rumah (cuti sem), baru tetiba terasa nak menulis. By the way, sekarang aku dah habis semester 3, so buka sem nanti sem 4. Overall untuk sem 3 aku, macam disaster sikit, sebab ada 2 subjek tough and killer takleh bawa bincang yang satu tu.
Tumblr media
Sem ni aku sebenarnya dah letak harapan besar dah, sebab untuk sem kali ni aku nak belajar sungguh2, since aku dapat tawaran untuk pinjaman/ scholarship negeri. So, aku tak nak lah main2, nanti kang aku kena bayar plak. Aku tak boleh go betul dengan konsep hutang after belajar ni. Bagi aku membebankan. Walaupun sebenarnnya memang takde cara lain hahahha.
So, dari awal sem aku bertekad tak nak study last min, or baca utk final ala kadar je mcm aku buat sem 2. Aku nak perform lah kiranya, sebab nak dapatkan scholarship tuh kena maintain 3.75 ke atas. Baru tak yah bayar. Tapi hampeh, belum sampai half week lecture dah semput dah sebab subjek killer 2 ketul tu. First subject, is Unit Operation (food engineering sikit) and second is Biochemistry.
To be honest, Biochm tu takdelah se-killer subj Unit-Op tu, sebab pesen belajar dia, kalau nak scor kena hafal, kalau tak hafal, hilang markah. Centu je. TAPI !! Untuk Unit-Op ini, ko belajar lah dari kulit ke kulit pun, soalan yang lecturer buat utk test and quizes macam tak pernah belajar.
Aku pun kekadang fedup dgn subjek ni sebab dia macam kau usaha macam mana pun, tapi kalau otak kau tak setanding Dr. memang tak boleh go hahahhha. Tapi dalam kelas aku ada je yang perform, tapi itu pun sembang2 gak bila buat test quiz, mana pernah jujur.
Oh ya, lagi satu sebab marking test quiz aku dengan batchmates yg lain ditanda among ourselves, so masing2 mcm clueless mcm mana nak tanda and bagi markah. Even member2 aku pun ada gak yang perform, tapi ikutlah siapa yang tanda, kalau dapat yang pemurah, perform lah. Kalau dapat yg betul2 ikut skema jawapan Dr., cukup2 makan je lah. Macam aku ! SEDIH.
So, final untuk subjek kawan aku ada ws dengan aku, katanya budak branch aku ramai yg fail. Sumpah aku takut gila kalau kena repeat subjek ni, dah lah credit 4, tough and aku tak nak jumpa Dr. yg sama !!! buat malu je. Aku sampaikan termimpi2 tau, dalam mimpi aku tu, aku dapat 3.45/ 3.49 centu lah, pastu Unit-Op aku gagal. Aku menangis gila dalam mimpi aku tu, bangun2 je aku murung. Sebab duk pikiaq pasal mimpi tu. Ya Allahhh. Doa2 lah result sem 3 ni baik2 saja, aaminn.
Sebenarnya, banyak benda yang jadi masa sem 3 ni, tapi nanti kalau ada masa aku sambung muka surat lain lah eh. Bye, diary.
0 notes
sparklesdecember · 6 years ago
Text
Take for granted.
Dear, Diary 🌸
Tumblr media
Dah lama tak cerita2, dekat sini. Hahhaah, so hari ni free plak nak cerita2. Hihihihi. So, Iolls sebenarnya baru je habis final exam for semester 2. I habis 12/7, the very last day untuk semua UiTM habis final. Haih sabor je lah, orang dah habis celebratee, kita baru nak habis. Tapi takpe, sebab iolls byk lah jugak gapnya in between subject, so boleh focus lebih. Macam ada kawan I tuh, dia kos Biomolecule, ada between paper diorang tuh gap sehari or takde pun. Pecah pale wehh kalau aku pun cry.
Tumblr media
So, Iolls starting this entry pun bukan sebab apa lah sangat, sebab I nak release tension je. And ada benda yang perasan dekat diri I since I masuk degree nih. Okay let me be honest, since I masuk degree, I never face any challenges macam subject susah gila nak mampus lah, hurm actually ada je quite few chapter of subject yang I macam “apa benda ni, kenapa kena belajar benda ni”...but, semuanya controllable hahahha. And I never ada difficulties nak berkawan, since ramai je budak dari Diploma I, dapat kos nih...so I macam takde problem sangat lah, loner ke or what they called. So, that’s why I tetiba realize, after all kesenangan yang I hadapi waktu first sem of degree, I actually dah take for granted for all of that.
Tumblr media
Ok, tbh subject2 untuk first sem ni, takdelah sesusah masa aku first sem diploma or last sem diploma. Semua boleh hadam cepat, doesn’t need dua sepuluh kali baca untuk fahamkan, plus lecturer2 sini semua macam helpful (i know for early semester je). Disebabkan itu, I main2 and tak serious when it comes to Tests and Quizes. Sebab I rasa macam, “alah kacang je nih...” I tak strive for best result, asal dapat A or “bukan aku paling rendah, sudah”. Sebab apa I jadi macam ni, sebab most of my result for Tests and Quizes markah elok and I macam do not have to worry lah..
Tiba lah waktu final, semua markah Tests & Quizes lecturer dah submit bagi class rep. Guess what ? Mostly, I among the bottom and ada satu subject tu I yang paling rendah markah carrymarks ! Pastu, I macam “whyyyyy isssss dissss happpeeeninggggg toooo meeeee”, I sedih nak mampus sebab I rasa ketinggalan jauh kebelakang dari batchmates I. I rasa I telah sia2 kan peluang dan kesenangan memahami dalam menuntut ilmu yang Allah bagi macam tu je. Masa, sebelum test & quiz, I realize yang diorang study hard teruk untuk perform, while aku, macam rilex ah. Whyyyyyyy december ?!! Aku rasa aku terlampau selesa, sebab aku pernah rasa susah lebih dari degree ni, and masa tuh aku berjaya dapat apa yang aku nak. But, bila ak take for granted, aku sia2kan peluang yang Allah bagi untuk achieve higher dari diploma. Kalau I tak take for granted, mungkin impian nak dapat 4.0 / 3.8 cgpa dah boleh achieve cry.
Tumblr media
Bila aku muhasabah diri balik, banyak je perkara yang aku take for granted dalam seharian-harian hidup aku. Aku tak bersyukur, aku tak sedar yang Allah dah makbulkan doa aku untuk senang belajar dan faham ilmu. Bila, Allah dah makbulkan doa, aku pula tak menggunakan peluang itu untuk dapatkan apa yang aku nak sangat selama ni, which are nak dptkan pointer 3.8 or above. Ya Allah, hina nya aku. Aku rasa menyesal gila tak gunakan peluang yang allah bagi sebaik mungkin. Ya allah...
Tumblr media
Walau apapun, final exam Sem 2, alhamdulillah aku dah habiskannya dengan seusaha semampuku. Sekarang, aku tinggal berdoa & bertawakkal agar semua pointer dan result aku dengan kawan2ku molek2 belako and insyaaAllah dekan semuanya. Aamiin ya rabbal alamin.
Seeee ya, diary ; )
17 notes · View notes
sparklesdecember · 6 years ago
Photo
I like flowers. How flowers can be so beautiful when it blooms. Must be so powerful the Creator.
Tumblr media
95K notes · View notes
sparklesdecember · 6 years ago
Text
Alhamdulillah, Degree life begins 😉
Dear, diary 🌸
Tumblr media
Yeay party. Diploma aku dah habis dah bulan Jan 2019, unofficially. So, sebelum final diploma sem 5 harituh aku ada isi penerapan. To be honest, aku sendiri tak sure, aku nak mohon upu ke nak mohon penerapan. Sebabnya, kalau boleh aku nak sambung degree under FSK. Alhamdulillah result diploma aku okay, so sebab tuh aku macam nak sambung farmasi ke, or bidang medical yang lain. Tapi aku tergerak gak nak isi penerapan sebab, aku takut gak sebab competition nanti dengan budak matriks, asasi dan diploma. Diploma UiTM ni bukan sikit weh graduan dia, banyak gila ! Dahlah budak sekarang pandai-pandai. Silap-silap kos lelong aku dapat. Tak nak aku. Kalau relatable ok lagi, kalau tak, ha nangis lorh sono haha
So, that’s why aku gigih jugak nak ambik penerapan. Aku choose Food Tech first option, Pure Biology second option and last option aku Biomolecule. Semua honoured degree. Frankly speaking, aku nak sangat biomol sebab aku suka buat kerja lab. Bagi aku macam saintis ah buat gitu. Memang cita-cita aku nak jadi saintis pun love. Tapi disebabkan aku fikir kerja, aku ambik food tech, sebab pasaran dia luas, sebab Malaysia kan banyak food factory kan...Tapi, aku tak tahu apa dalam kepala otak aku waktu tu haha, kalau aku nak sangat biomole, supposedly aku letak lah dekat option yang first kan ! tapi tak weh haha, aku gi letak option last, sebab aku fikir macam UPU masa lepas SPM tuh, punya lah beria aku letak kos yang aku minat dan for sure layak dekat tempat atas sekali, sekali yang pilihan ke-7 gak dapat. Sabor je lah haha. 
Tumblr media
So, aku macam rasa nak main taktik lah jugak masa nak isi penerapan nih. Last-last haha dapat Food Tech gak haha, ambik ko ! Gigih gak lah aku nak kuatkan semangat balik nak ambik Food Tech nih, sebab aku suka gila Biology. Tapi aku rasa macam, go with the flow je, sambil doa dan letak pengharapan yang baik ke Allah. Aku percaya dengan perancangan Dia.
SO ! Actually sekarang nih dah Week 3 dah, dah mula start quiz test, haih...Week 1 and Week 2 lecturer pun tak banyak masuk lagi. So, free banyak ah. Oh, btw aku dapat UiTM Shah Alam. Kampus induk UiTM. Kampus yang orang lain nak sangat masuk, but NOT ME ! haha. That’s why masa dapat sini, aku tak teruja sangat,sebab UiTM Shah Alam ni dah macam playground aku dah since kecik. Dari aku kecik aku main dekat menara, makan dekat cafe menara tuh. So, bila first day aku gi kuliah aku ter-throwback plak waktu Ibu tinggalkan aku dengan adik aku dalam bilik. Aku main games Barbie dengan Nicklodeon dengan komputer pejabat Ibu. Kalau rasa dah puas main, aku tidur bawah meja haha, sebab dekat situ je boleh halang aku dari aircond yang direct sejuk nak mampos tuh haha. Omaigod rindu Ibu sad
Tumblr media
Tapi, yang paling aku tak sangka, besar gila FSG ni weh. First day cari kelas, sesat dan penat. Dahlah kena naik bukit. Pastu ada dewan kuliah macam DK Gamma dengan DK Beta macam tersorok sikit. So, kena tanya students kat situ lah kalau nak cari, kalau tak sampai ke sudah lah ko pusing-pusing tempat yang sama. Tapi yang paling tak blah nya, masuk building elok dah, tapi nak keluar tuh yang pening haha. Boleh sesat tau haha. 
Tumblr media
So far, alhamdulillah lagi lecturer-lecturer nya. Ya lah baru second sem en, semua lect boleh ah bagi muka sikit-sikit. Naik sem 5,6,7 harammm haha. Tapi aku ada biggest struggles yang aku kena adapt or fight dekat sini. Actually more to myself lah, not my surroundings sangat. Struggle tu ialah becoming more social and have courage to talk to stranger or even opposite gender. To be honest, aku ni jenis introvert. Ber-social nih honestly memang memenatkan bagi aku, not just among friends, tapi even family members pun aku rasa camtuh. Kalau lepak en, aku berseronok je macam orang lain, tapi tak lama rasa tuh. Sekejap je aku rasa nak balik rumah haha, pastuh aku dah takde idea nak sembang apa. So, selalunya awal-awal je aku talkative, at last aku jadi listener je, sebab dah penat. So, bila masuk sini, lagi-lagi dah degree en, aku kena lah banyak kan bercakap, lagi-lagi kalau group meeting, atau pun dealing dengan orang baru. So, aku selalu tend to jadi miserable kalau nak bercakap dengan opposite gender. Aku tak malu, tapi maybe sebab aku tak biasa kot. Sebab aku mostly kawan dengan girls en, budak science bukan ramai lagi pun. Aku rasa last aku bersosial dengan opposite gender nih masa aku form 3, sebab masa tu aku memang rapat dengan budak depan aku nih, kitorang selalu belajar, cerita sama-sama. Maybe sebab dia masuk air sama dengan aku kot. So, hopefully in degree life nih aku boleh lah handle aku punya struggle nak bersosial dengan strangers and opposite gender nih, sebab tak nak lah orang kata kita nih tak reti bergaul dengan orang kan...hurm. So, pray for me dear Diary ! 🌸
0 notes
sparklesdecember · 6 years ago
Text
Diploma 👩🏻‍🎓
*just a few update, I’ve got Dean List for semester 4, and I am super alhamdulillah for this rezeki. 
Tumblr media
only allah knows how many hardship I went through this semester, and I am very thankful, Allah heard my dua. Trust me pray is the best weapon and the calmest way to cool your sorrow. Allah is Most Merciful 😭
0 notes
sparklesdecember · 6 years ago
Text
Semester 4 // erghhh
Tumblr media
Ok,yang nih aku just nak cerita jer lah sepanjang aku semester 4.Ya Allah...sumpah sem 4 ,sem yang paling tough bagi aku.Aku tak tahu lah untuk orang lain macam mana tapi,aku rasa sem macam the heckk betul 😂
To be honest,untuk awal bulan untuk sem 4 nih,takde lah busy mana.Sumpah macam chil-chill je,sebab maybe aku kelas A.So,mostly lecturer aku tak sama dengan kelas lain.So,selalu lecturer kelas aku akan buat Test and Quiz lain-lain dengan kelas yang lain,means masa nya tak sama.Bukan common test.So,selalu tuh sometimes kelas aku jawab test 1 dulu,dari kelas yang lain,kadang kelas lain jawab dulu.
Tumblr media
So,bayangkan lah masa aku just spend on bed saja ! Aku tak study sangat ,pastu aku tak revise balik chapter yang dah belajar untuk that day 😂.Sampaikan roomate aku,selalu macam sakit hati dengan aku,pernah satu kali tuh dia tanya aku, “weh,kau takde test quiz ke weh,lab report kau dah siap ke untuk this week ?”...ya aku science student,so every week aku ada 3 report kena hantar,tapi lecturer selalu bagi buat secara berkumpulan.So,dah jimat lah kan kerja aku dekat situ.Ok sambung...aku jawab lah “aku takde hw,test,quiz minggu nih semuanya minggu depan,lab report aku dah siap “.Terkejut beruk dia lepas tahu aku dah siap ahahhah,sebab dia tak nampak aku buat kerja bila,tu yang dia selalu assume aku nih macam tak de kerja nak buat,padahal semua aku dah siapkan dulu dah sebelum berfoya-foya hahahhah.
Tumblr media
So,kalau aku macam takde benda nak buat aku just make a coffee,then layan movie. Sometimes,sambil buat lab report juga ahakks.
Tumblr media
So, hectic week aku start bila nak masuk pertengahan sem.Okay selalunya untuk sem yang lepas-lepas mid sem aku takdelah busy mana, still boleh lah lagi handle. Tapi this sem melampau-lampau. Nak tahu tak sebab apa ?! Sebab PRU
Tumblr media
Ok,we all know kan ,PRU 2018 kali nih,memang intense gila. Aku tak nak lah cerita sini ergh. Tapi we know kan siapa yang menang at the end. Ya allah,dah menang kena tunaikan lah janji nak bagi cuti almost seminggu tuh kan. Eh ya allah, ok hectic ni start even before PRU lagi tapi, x de lah macam pecah kepala sangat, sebab aku kena ganti kelas disebabkan lecturer sem ni banyak yang busy dan ada anaknya yang sakit sampai seminggu plus ganti kelas untuk cuti raya seminggu awal dari tarikh,setakat nih okay je lah. Tapi ! start je cuti sebab PRU semua kucar kacir !
Tumblr media
Nampakkkk takk !!!! betapa banyaknya benda nak kena buat bila naik PRU,eh sumpah start ni lah,muka aku start keluar jerawat stress.Erghh geram.Yang lagi geram ada lah class rep tuh tak berapa function HAHAHAHHAHA.Ok,kalau nak dibandingkan dengan lepas cuti mid sem punya kerja,takde lah banyak sangat kan.So,aku macam ingat lah class rep tuh,macam terpikiaq nak tanya lecturer pasal assignment.Tapi tak wehhhhhhhhh.Lecturer bio tuh kata dia nak bagi naik cuti PRU,eh ya allahhh,geram jer.Dahlah aku ada banyak assignment tau,subjek CSC paling-paling ahahhahah,ya alllah nasib baiklah senang subject nih.Kita search je untuk assignment nih.Eh tak gak,sebab aku kena buat video,so editing tuh aku kena buat,sebab groupmates aku takde apps dia.Semua assignment cincai !! ergh tak suka.
Tumblr media
Bayangkan semua syllabus kena cover cepat,sebab nak kejar tarikh test and quiz.Ada tuh subjek Analytical Chemistry,ya allllahhh 3 hour class and waktu petang,kau rasa !! ok bagi siapa yang tak tahu A.C ni apa,actually dia chemistry yang belajar pasal technique lab.Aku belajar macam mana kita nak conduct experiment,apa yang perlu pantau,macam mana nak baca reading dekat apparatus,macam mana nak dapat kan sample dan banyak lagi.
Tumblr media
So,chemistry nih lebih banyak penerangan.Sangat berbeza dengan Organic Chemistry,kalau O.C banyak lukis-lukis dan hafal reagent dan mechanism reaction.Kira kalau kau masuk kelas O.C nih kau confirm sleepy, sebab aku yang duduk depan sekali pun, aku tetap tumbang dalam kelas, Aku rasa aku perlu tidur dari tak dapat apa-apa hahahhhaha boleh plak en.Tapi aku try ah cover sikit. Haaa ini semua sebab nak kejar syllabus.
Tumblr media
Mid sem break started ! ok mid sem nih sumpah tak heaven sebab banyak benda nak kena settlekan sebelum naik lecture week 13 tak silap.Ok,actually kelas aku decide nak balik awal seminggu sebelum cuti study week,sebab masa nih aku punya study week is HARI RAYA ! KAU RASA ! Murung aku tak dapat beraya.Ok sebenarnya aku ada cerita waktu hari raya nih,so nanti-nanti jelah aku cerita.So,basically naik je mid sem break ,aku ada 1 week lecture,sebelum cuti study week.Maka semua test 3 and quiz 3 HARUSLAH DISUMBATKANNNNNN WAKTU WEEK YANG TERAKHIR TUHHHHHHH !!!! YA ALLAH TIME NI STREES BERGANDA YA AMPUNNNNN
Tumblr media
Bayangkan like everyday I got test and quiz.Ok FYI,aku ambik kos Diploma Sains (aliran Biology). So,bayangkan je lah 1 chapter bio tuh lebih kurang setebal Surah Yaasin tapi saiz A4,and only tulisan dan beberapa gambar rajah.Kalau nak habiskan sehari baca memang tak lah.Plus,aku ada 2 subjek Biology.Subjek nih ,kalau nak pass tak lain tak bukan kau kena hafal,takde cara lain.So bayangkan lah kalau ada 2 chapter yang masuk test macam mana otak aku bekerja HAHHAHAHHAHA.Pastu assignment lagi,jujur aku cakap assignment Human Biology memang yang paling cincai,sebab semua last minute dah lah assignment nih due date dia awal,aduuhh.
Tumblr media
Assigment STA 2 lagi barai ahhahhaha sebab last week before nak balik study week tuh,aku dengan groupmates stay up sampai pukul 5 pagi untuk buat assignment nih,statistics nih lagi lah,takde guidance and preferences langsung dari lecturer.Just soalan,and create your own problem and solve on your own.Kalau salah buat problem and salah jawab,hurmmmmm hancuss marks gue.
Tumblr media
But,alhamdulillah all the test and quizzes berjalan lancar (actually takde lah lancar sangat pun,sebab ada orang meniru,satu kelas kena,and guess what ! test 1 hour jadi setengah jam je).So,dapat lah beraya dengan my sisters dengan happy,sempat shopping raya jugak lah hahahhaha sebab masa tuh lagi one week nak raya kan,so ada masa lagi lah nak shopping 
Tumblr media
We are having a good time lah.Borak panjang gila,share stories.Aku ada 2 sisters yang duduk asrama,and sekolah dia tak sama cuti dengan sekolah biasa yang lain ,so kalau nak jumpa tuh memang payah huhuhu.Kalau adik aku yang last tuh aku selalu bedtime story dengan dia,since dia sebilik dengan aku kan...so banyak lah problem yang dia share dekat pasal dekat sekolah,studies and other things too : D
Tumblr media
So raya dah berlalu,I have to back to my college at raya kelima,ya allah hanya allah saja yang tahu,betapa sedihnya tak dapat lagi makan rendang,ketupat,kuah kacang and lodeh.So,yang sempat bawak balik hanyalah kuih raya sahaja (mana cukup : ( ... ) So waktu nilah,segala subject dah dapat total carrymarks,hurm to be honest,sem nih aku langsung tak perform.Markah quiz dengan test aku semua teruk.I means tak capai standard yang aku selalu dapat.Sumpah sedih.Lagi-lagi sem ni banyak subject yang perlu baca dan hafal ,so it become heavier lah for me.But,alhamdulillah untuk kos aku tarikh exam untuk setiap subject jauh-jauh,so ada banyak gap,boleh prepare lah.
Tumblr media
And guess what .. sepanjang final exam nih,macam-macam problem yang aku hadap. Problem yang sangat besar. I cry all night and berdoa supaya bagi jalan keluar. I stressed so much disebabkan problem nih. I prefer to be lonely, fake smile and laugh. Sebab aku tak suka orang tahu aku sedih. Aku pun bukan jenis cerita problem aku dekat closest friends, sebab I have trust issue with them. Aku susah nak percaya kan orang.That’s why all masalah aku pendam sendiri.To be honest, my stress could be relieved if I wrote diary, tak kisah dekat buku ke or dekat phone. But I feel calm when I do that.
Tumblr media
Memang the problem nih banyak uji aku time week final exam nih.Bayangkan,the night before paper,I’ve got call ,the people story the problem.Macam mana aku tak risau.Aku sedih sangat and aku tak banyak bercakap dengan sekeliling.Aku prefer keluar makan sorang,study sorang,and orang ajak keluar pun aku refuse.Benda nih datang almost 2-3 times,lain-lain problem.Sampai one day,tuh the problem was really hit me,I cry dekat corner bangunan college (hoping there’s no one will recognize me),because aku dah tak boleh tahan sangat. Apa yang menyebabkan aku lagi stress ialah my roomate,she’s loudly snoring at night and study sambil menyanyi kuat-kuat,langsung takde common sense ! Dia nampak aku pakai earphone,dia assume aku tak dengar apa-apa padahal aku dengar weh ! Gelak kuat-kuat tengok RunningMan, sumpah aku fed-up dengan dia. Study mood aku terganggu gila,ergh fikirkan pun dah membuatkan aku geram.
Tumblr media
However,aku kena go through all these no matter what.I’m always set my mind that I was okay.Allah will help me no matter what.So,sambung kepada final exam stories 😅.Ok ingatkan dah habis lah kan quiz semua kan,rupanya ada lagi.2 quizes pulak tuh.Subjek Human Biology,haishhh nasib baik quiz online je,so boleh lah cilok-cilok search internet 😂.Oh ya ! disebabkan final week aku masih dalam mood raya,so aku dengan kawan aku adalah beraya rumah lecturer,hahhaha satu rumah je pun,tapi still lah can release tension exam.Aku pergi in between paper Statistics.Aku beraya rumah fav lecturer ever 💕.
Tumblr media
So,final week yang almost sebulan dah habis !!! woooohoo 🎉.Habislah semester 4 dengan banyak liku-likunya.That’s why aku rasa ,aku patut catatkan cerita sem 4 aku dekat sini,orang kata as a diary lah (hahhahhha).Supaya nanti ,when I grow older and have a difficult time,aku selalu baca balik apa yang aku tulis nih,so that it can remind me that I have been through all these back then,so you’re stronger and you can go through all the hardship on your own.So,naik sem bulan 9 nanti aku dah jadi Senior hahahha.Budak darjah 4 hormat sikit eh ! hahhaahah tibeeeee.Apapun I really looking forward for next sem.Hopefully I can pass my exam with flying colours and get deanlist again for this semester (walaupun macam takde harapan sebenarnya,kalau tengok effort tuh,tapi kita doa je haha).Yang paling penting aku nak graduate on time and nak sambung Degree immediately.Mudah-mudahan aku dapat kerja yang baik-baik,ya allah aamin.Sebenarnya aku takut nak grow older,sebab aku rasa aku sangat tak matang lagi hehehhe,so aku harap sem 5 dan after Diploma will give the best time ever and make me even stronger and maturer 😂.
//credit to all the owner of above pictures,because obviously those are not mine.I stole it (in halal way okay,that’s why I gave credit) from Pinterest.
0 notes
sparklesdecember · 7 years ago
Photo
Aku rindu suasana belajar aku.Buku dengan nota penuh atas meja.Dengar musik piano and classical jazz.Tapi lately nih aku suka dengar lo-fi,sangat refreshing and kau akan rasa chill gila macam duduk dekat cafe.I love that kind of vibe 💕
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
hey guys, here are some pictures of today’s morning study session. this year (for my degree in chinese studies) we haven’t done much written chinese, we focused ourselves more on chinese history, literature, oral and classic chinese, that’s why I’ve decided to study it on my own during my holidays! I’m planning to study 2 lessons every day (text, vocabulary, grammar, reading, writing and listening). so far, I’m doing an amazing job, I learnt 85 words today! I’m now going to read a chinese contemporary mini-story using my book “graded chinese reader 500 words” ☕ have a nice productive day! 
instagram: thomreads
12K notes · View notes
sparklesdecember · 7 years ago
Text
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Malaysia
Tumblr media
//Aku dengan adik-adik ku ziarah masjid untuk Solat Zohor.
Frankly speaking,aku suka ziarah masjid dan surau.Bagi aku ianya sangat menenangkan dan tenteram.Kalau aku selalu keluar disebabkan ada urusan,aku akan selalu elak untuk tak solat dekat rumah.Sebabnya,kalau dah sampai rumah mesti aku lambat-lambat kan solat.Ya.Itu adalah habit buruk aku yang aku susah nak buang.Aku hanya istiqamah bila dekat UiTM saja.Tapi,bila kembali ke habitat aku (eh macam haiwan pulak haha),aku susah betul nak istiqamah,hurm
Tumblr media
//Ini entrance Masjid Wilayah.Cantikkan : )
Masjid ini cantik bagi aku.Cuma dari segi kebersihan kurang.Banyak aku pernah ziarah masjid-masjid dan surau-surau sekitar KL & Selangor...jujur aku kata ada masjid lebih bersih dari Masjid Wilayah ini.Aku rasa banyak yang perlu diperbaiki masjid ini.Dan bagi aku ianya sangat penting dan mustahak,sebab masjid ini juga antara tarikan pelancong luar negara samada yang Islam atau bukan Islam.Jadi,kita mesti lah nak portray Islam sehabis baik kan ?
Tumblr media
//Yang ni tingkat atas.Besar sangat dan sangat cantik ukiran dinding dan siling masjid ini.Ia juga laluan ke dewan solat.
Sebenarnya,aku takde lah sempat nak jalan satu masjid ini,sebab besar sangat.Yang mana yang sempat aku pusing,aku ambik lah gambar buat kenangan.Masa aku pergi nih,aku nampak ramai juga lah tourist yang pakai jubah dengan tour guide cerita pasal masjid.Plus ! Ada pasangan yang baru sahaja akad nikah,aku jumpa pasangan waktu nak solat dekat tingkat atas.
Tumblr media
//Dekat sini pemandangan boleh tahan cantik and mesmerized.Aku dapat tengok sekitar bandar KL dari balcony masjid ini.
Tumblr media
//Ha itulah pengantinnya ! Siap photoshoot lagi,hehhehe.
Tapi bagi aku memang sesuai pun,sebab masjid ini sangat cantik.Kalau nak mengabadikan kenangan indah tapi versi Islamik (hahaha) ha buatlah dekat masjid cantik-cantik,selain dapat mengingatkan diri kita untuk solat.Tak lupa juga untuk menderma untuk pembangunan masjid.Ini semua untuk saham akhirat kita juga kan ? 
://ma’as ssalamah wa ilal liqaaa’ *wavehand
1 note · View note