Tumgik
#Majlis Sukan Universiti Malaysia
takemet0the0cean · 2 years
Text
List of iStar Activities
here goes, a compiled list of my campus committee participation throughout the years, updated regularly.
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20192020/1
K-V-2019-230 participant Program Kesedaran Kesihatan Mental 14/12/2019 Dewan Kuliah 1, Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM Tahap: Dalam Negara
K-V-2019-204 exco program
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ TUN DR ISMAIL 2019/2020 18/04/2020 Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20192020/2
F-FF-2020-181  exco
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-45 PERSATUAN MAHASISWA/I FAKULTI PERUBATAN (PERSIAP) 16/04/2020 AUDITORIUM DAN GALERIA PPUKM Tahap: Dalam Negara
P-PJ/012/000-2019-564 participant Larian Amal `Neon Run` 2020 11/04/2020 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Tahap: Dalam Negara
T-2019-228 exco Larian Amal `Neon Run` 2020 11/04/2020 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-166 participant Bengkel Kaedah dan Penyelidikan 18/04/2020 Dewan Kuliah 1, Praklinikal Fakulti Perubatan UKM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-26 exco PROGRAM PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN AMSA 2020 05/03/2020 - 26/03/2020 KTDI2 STUDY ROOM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-449 exco gamemaster TEMASYA SUKAN FAKULTI PERUBATAN (T-SUPER) 2020 20/02/2020 - 21/03/2020 Kolej Tun Dr. Ismail , Blok Praklinikal PPUKM,Auditorium Blok Pendidikan PPUKM,Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Tahap: Dalam Negara
F-FF-2020-156 vice secretary Hari Inovasi Fakulti Perubatan UKM Tahun 2020 06/04/2020 Blok Pra-Klinikal PPUKM Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-476 participant PROGRAM BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA (BIUS) 05/10/2019 Auditorium, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff Tahap: Dalam Negara
F-FF-2019-602 exco Khidmat Masyarakat AMSA UKM 17/11/2019 Rumah Nur Salam, Jalan Chow Kit, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20202021/2
F-FF-2021-90 exco publisiti & multimedia Pertandingan Fotografi PIXELLENCE 2021 16/04/2021 - 25/04/2021 Dalam talian melalui laman sosial Instagram Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20212022/1
F-FF-2022-157 exco public relation PERSIAP Editorial Board 2022 25/05/2022 - 31/07/2022 Atas talian Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-39 exco teknikal THE POWER OF OKAY (INFO 101: A WEBINAR SERIES 2022) 16/04/2022 Atas talian (zoom) Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-41 exco teknikal SAFETY 101 (INFO 101 : WEBINAR SERIES 2022) 09/04/2022 Atas talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
P-PK/001/000-2021-584 participant virtual volunteer SPEAK UP 8.0 01/03/2022 - 26/03/2022 Zoom(secara maya) Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-49 exco teknikal FIQH ON BLOOD (INFO 101 : WEBINAR SERIES 2022) 10/04/2022 Atas talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
P-PF/006/000-2022-25 exco logistik CLINICAL SKILL INTRODUCTION (CSI) 2021/2022 19/02/2022 MAKMAL SKIL KLINIKAL & DEWAN KULIAH 1 BLOK PRAKLINIKAL FAKULTI PERUBATAN UKM Tahap: Dalam Negara
P-PF/010/000-2021-641 participant Proses Bedah Mayat COVID-19 18/12/2021 Atas Talian Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-33 exco PROGRAM ONLINE TUSYEN KTDI 17/03/2022 - 23/03/2022 GOOGLE MEET ATAU ZOOM MEETING Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-44 naib pengerusi EXPO KEUSAHAWANAN 27/05/2022 RUANG LEGAR DI ANTARA AUDITORIUM KOMPLEKS PERUBATAN CANSELORI TUANKU JAAFAR DAN DEWAN KULIAH BANGUNAN PENTADBIRAN Tahap: Dalam Negara
K-V-2022-46 exco teknikal The Power Of Okay (Info 101: A Webinar Series 2022) 24/04/2022 Atas talian (zoom) Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20212022/2
K-V-2022-115  naib pengerusi WEBINAR KEUSAHAWANAN 03/07/2022 ZOOM Tahap: Dalam Negara
🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎🤎
20222023/1
F-FF-2022-964 ketua exco multimedia Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) International in collaboration with World ATMC network 25/01/2023 - 15/04/2023 Secara Atas Talian (Zoom) Tahap: Dalam Negara
.
.
.
thanks for reading til this point, may it be a best reference to you!
Fion (A174305) UKM MD student
1 note · View note
hokalohnews · 6 years
Text
Irfan Shamsuddin, Cheong Jun Hoong dinobat Olahraga | Sukan Hokaloh News
  KUALA LUMPUR: Jaguh lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin dan ratu terjun negara Cheong Jun Hoong dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2017 malam tadi.Jun Hoong dari Universiti Putra Malaysia, yang muncul juara dunia selepas memenangi pingat emas acara 10 meter platform pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest tahun lalu, mengetepikan rakan sepasukannya dalam acara terjun, Pandelela Rinong Pamg. Seorang lagi calon bagi olahragawati Masum adalah Fatin Nurfatehah Mat Salleh dalam acara memanah.
Muhammad Irfan, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA dalam acara lempar cakera dengan yang terbaru di Kuala Lumpur tahun lalu, dari Universiti Malaya pula mengetepikan cabaran Muhammad Afif Muhammad Razif (Golf), Lim Chee Wei (Karate) dan Johnathan Wong Guanjie (Menembak).
Kedua-duanya menerima anugerah yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dalam majlis yang berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.
Kedua-dua mereka membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM3,000, trofi iringan pemenang dan sijil penghargaan.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim dan Pengerusi Masum, Prof Datuk Hassan Basri Awang Mat Dahan.
Bagi Jun Hoong, ia adalah satu kebanggaan bagi dirinya dapat memegang gelaran yang sama pernah dimilikinya pada 2012.
“Memang cukup gembira, satu penghargaan. Terima kasih atas sokongan berterusan dan usaha keras saya berbaloi. Bagi Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 sudah tentu saya akan berikan aksi yang terbaik,” katanya.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara 10 meter platform seirama itu berkata pasukan dari China dan Korea Utara bakal memberi tentangan yang hebat baginya.
Jun Hoong berkata beliau hanya mensasarkan untuk membawa pulang pingat tanpa menetapkan jumlahnya.
Irfan diwakili kakaknya Salwa Shamsuddin, 34, kerana Irfan sendiri sedang menjalani latihan intensif di Jerman bagi menghadapi Sukan Asia bulan depan.
Sementara itu, anugerah Bintang Harapan Lelaki dimenangi atlet olahraga Asif Rahman Jiyaudeen dari Universiti Malaya, manakala Iman Aisyah Norazam (memanah) dari Universiti Sultan Zainal Abidin dipilih sebagai Bintang Harapan Wanita.
Sebanyak sembilan lagi anugerah disampaikan malam ini, antaranya atlet terbaik universiti kategori lelaki dan wanita, pasukan terbaik kategori lelaki dan wanita serta jurulatih dan anugerah tokoh sukan. — Bernama
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#Sukan #AllInOne #AnugerahSukan #Berita #Buddy #Cheong #CheongJunHoong #Dinobat #Hokaloh #HokalohNews #Hoong #Irfan #IrfanShamsuddin #Jun #MajlisSukanUniversitiMalaysia #Masum #News #Olahragawan #Olahragawati #PocketNews #Shamsuddin #Sukan
https://hokaloh.news/sukan/irfan-shamsuddin-cheong-jun-hoong-dinobat-olahraga-sukan-hokaloh-news/
0 notes
senigayungfatani · 2 years
Text
Majlis Iftar Amal Seni Gayung Fatani 2022
Majlis Iftar Amal Seni Gayung Fatani 2022
19 April 2022 – Program Iftar Amal 2022 anjuran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre dan Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA) berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran sebentar tadi. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar hafiz Al-Quran dan…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
Tumblr media
LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN :
    Ismail bin Dato’ Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915. Bapanya Abdul Rahman bin Mohammed Yassin adalah bekas Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan Johor pernah menyandang jawatan Presiden Pertama Dewan Negeri iaitu jawatan tertinggi dalam kerajaan Johor.Ibunya Zaharah bin Abu Bakar meninggal dunia sewaktu Tun Dr. Ismail berumur sembilan tahun. Beliau mempunyai lapan orang adik beradik. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norasyikin binti Dato’ Mohd Seth dan mempunyai enam orang anak, empat lelaki dan dua perempuan. Tun Dr. Ismail adalah peminat sukan. Di antara sukan yang digemari ialah golf, ragbi, tenis, badminton, tinju, dan bola sepak. Tun juga mempunyai minat dalam bidang fotografi, penggemar lagu - lagu Melayu asli, suka mengumpul barang - barang antik seperti paip dan pemetik api serta bercucuk tanam pelbagai jenis pokok bunga dan buah - buahan di persekitaran rumahnya.
    Tun Dr. Ismail telah belajar di sekolah English College, Johor Bahru dan kemudiannya menyambung pelajaran di maktab perubatan, King Edward VII College of Medicine, Singapura pada tahun 1935 hingga 1937 dan selepas itu melanjutkan pelajarannya ke Australia.Beliau telah mendapat Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne, Australia dalam tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari Universiti tersebut.Setelah kembali ke Tanah Air beliau telah membuka klinik perubatan sendiri yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru.     Pada tahun 1953, beliau mula melibatkan diri sepenuh masa dalm memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air melalui UMNO yang dipimpim oleh T.T.M Tunku Abdul Rahman Putra.Sebelum itu, Dr. Ismail pernah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan ahli Mahjlis Mesyuarat Kerajaan dalam tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau telah menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi hingga tahun 1955. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Perundangan dan Perindustrian yang pertama. Beliau juga menyertai rombongan ketua Menteri, Y,T.M Tunku Abdul Rahman Putra ke London pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956 kerana rundingan mengenai kemerdekaan.Setelah mencapai kemerdekaan, Dr. Ismail dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Washington di Persidangan Bangsa - Bangsa Bersatu setelah Malaya diterima sebagai anggota pertubuhan itu. Memandangkan pengalaman beliau di arena antarabangsa, pada tahun 1959 beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pada tahun 1960 pula, beliau dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas itu ditugaskan menjalankan kerja - kerja sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
    Pada tahun 1967, Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung. Walau bagaimanapun beliau telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969. Beliau telah dilantik menjadi Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya memulihkan keamanan dalam negara pada masa tragedi 13 Mei 1969.Setelah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra bersara tahun 1970, Allahyarham Tun Razak telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Tun Razak telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya disamping menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.Tun Dr. Ismail terkenal dikalangan pemimpin kerajaan dan antarabangsa kerana kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea - idea yang membuna dan bernas. Beliau adalah orang yang mula - mula menganjurkan Dasar Berkecuali Asia Tenggara. Ketika menyandang jawatan Menteri Kehakiman beliau telah menghadiri Persidangan Menteri - Menteri Kehakiman Komanwel di Australia dan Persidangan Keamanan Dunia melalui undang - undang di Washington pada tahun 1965. Beliau juga telah mewakili malaysia di upacara perlantikan Presiden Filipina dalam bulan Disember 1965. 
    Dalam tahun 1964, berikutan tindakan indonesia melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia Tun Dr. Ismail telah diutus ke New York sebagai ketua rombongan untuk membentangkan perkara Malaysia / Indonesia dalam Majlis Keselamatan pada 5 November 1964.
    Tun Dr. Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara. Kali terakhir memangku ketika Allahyarham Tun Abdul Razak berada di Kanada bagi menyertai Persidangan Ketua-Ketua Negara - Negara Komanwel. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 2 Ogos 1973 dalam usia 57 tahun di rumahnya. Beliau telah menerima pelbagai anugerah sama ada dari dalam atau luar negara kerana kecemerlangan menjalankan tugas dan tanggungjawab. Antaranya Darjah Panglima Mangku Negara oleh Yang di - Pertuan Agung pada 31 Ogos 1959. Majlis Senat Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai jasa beliau dengan mengurniakan beliau Ijzah Kehormat Doktor Undang - Undang pada 13 Jun 1964. Seterusnya pada bulan Oktober 1965, beliau menerima Darjah Kebesaran Vietnam iaitu Vietnam National Order Grand Officer dan dalam bulan yang sama dikurniakan anugerah Seri Paduka Mahkota Johor ( SPMJ ) daripada Sultan Johor.
    Pada bulan April 1966 beliau telah di anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota ( SSM ) yang membawa gelaran Tun. Ketokohan Tun juga mendapat penghagaan kerajaan Indonesia apabila dikurniakan Bintang Republik Indonesia Kelas Dua. Penghargaan ini diperolehi ketika Residen Soharto melawat Malaysia pada tahun 1970. Dalam Konvensyen Pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun Dr. Ismail telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang - Undang. Sebagai menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail terhadap negara dan bangsa jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul Razak. Beliau merupakan pemimpin pertama yang disemadikan di makam tersebut. Tugas rasmi yang terakhir dilakukan adalah merasmikan Perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajar - Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) pada 2 Ogos 1973.
0 notes
leobellicose · 7 years
Text
'mini tsunami' melanda Pulau Pinang?
'mini tsunami' melanda Pulau Pinang? -
Umpama dilanda 'mini tsunami', kata mangsa banjir mk      Hari ini, 6:14 am
Umpama dilanda 'mini tsunami', begitulah boleh digambarkan keadaan di Taman Sinar Mentari, Bedong dekat Sungai Petani, selepas hampir 200 rumah terjejas akibat banjir, Sabtu lalu. Tinjauan Bernama di kawasan taman perumahan terbabit semalam, mendapati penduduk taman masih sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan, di dalam dan luar rumah, walaupun banjir sudah surut sejak empat hari lepas. Seorang mangsa banjir, Nor Azrihan Hazami, 37, berkata sejak air kembali surut dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, dia dan suami serta anak mereka melakukan kerja pembersihan setiap hari. "Bermula dengan membersihkan lantai dan dinding rumah, peralatan elektrik dan perabot, serta membuang barangan yang rosak, diikuti dengan kerja membasuh pakaian yang diselaputi lumpur banjir, sehari lebih 15 kali mesin basuh berputar. "Jika dilihat pada hari pertama selepas air surut, macam selepas dilanda 'mini tsunami', penuh dengan sampah sarap, perabot dan peralatan elektrik, kereta dan motosikal rosak akibat banjir," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya. Sementara itu, warga emas, Rohani Ishak, 71, berkata sebaik melihat air mula memenuhi ruang parkir kereta, dia dan anak-anaknya mula mengangkat barang-barang penting, terutamanya barangan elektrik, ke tempat tinggi, namun banyak yang rosak apabila almari turut tumbang akibat dibasahi air banjir. "Kira-kira 60 kilogram beras, lebihan kenduri anak perempuan saya pada 14 Oktober lalu, dibuang begitu sahaja apabila meja tempat beras diletakkan, patah dan beras dalam kampit rosak dimasuki air. "Urusan pembersihan, anak-anak yang banyak membantu, selain bantuan daripada sukarelawan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya. Sementara itu, Ridzuan Hanafi, 42, berkata jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM10,000, tidak termasuk kerosakan melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta miliknya. "Sudah 10 tahun saya menyewa di taman ini namun ini banjir terburuk melanda taman ini, sejak banjir pertama pada 2008. "Banyak lagi kerja pembersihan yang perlu dilakukan, kereta dan motosikal perlu dibaiki, pakaian saya, isteri dan dua anak perempuan sehingga hari ini belum habis dibersihkan," katanya. Dalam perkembangan sama, Koordinator Program Bantuan Sukarelawan Pasca Banjir Daerah Kuala Muda yang juga Pegawai Belia dan Sukan daerah, Mohd Abdul Al Aliff Jenal berkata 40 sukarelawan daripada pelbagai agensi di Kuala Muda terbabit dalam program gotong-royong di Taman Sinar Mentari, bermula 8 pagi semalam. "Ia termasuklah Pejabat Belia dan Sukan, APM, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Alam Sekitar, Universiti Aimst, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Hospital Pantai, Majlis Belia Daerah, E-Idaman dan banyak lagi. "Selain membantu penduduk membersihkan rumah, kami turut membantu mengalihkan barangan yang rosak untuk dibuang. APM pula membantu memasak makanan untuk 200 penduduk taman yang terjejas teruk akibat banjir," katanya.
'mini tsunami' melanda Pulau Pinang? merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di 'mini tsunami' melanda Pulau Pinang? via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/11/mini-tsunami-melanda-pulau-pinang.html
0 notes
fikriyusri · 7 years
Photo
Tumblr media
Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontijen Malaysia ke Sukan Universiti Dunia #universiade2017 #TheArtofPhysiotherapy #FikriYusri #Physiotherapy #Fisioterapi #Rehabilitation #SemangatKu #KitaJuara
0 notes
mallaccra · 7 years
Photo
Tumblr media
06 Julai 2017 | Cerita-Cerita Positif Felda Banyak cerita positif dan kejayaan anak anak Felda yang boleh dibanggakan berbanding dakwaan, cerita karut dan fitnah yang dibawa oleh pembangkang. Jasa Tun Abdul Razak mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) amat besar.  Allahyarham Tun Razak pernah sebut ‘land for the landless’. Mereka yang tak ada tanah diberikan tanah 10 ekar (4 hektar). Kini lebih bukan sekadar tanah, lebih daripada itu yang peneroka dapat. Kesannya sampai kepada generasi yang keempat sekarang. Anak, cucu dan cicit peneroka generasi pertama mendapat kesan. Pencapaian dan cerita positif ini yang orang Felda harus kongsi dan banggakan. Tahukah anda siapakah Ikon Sukan Felda? Beliau adalah Mohamad Ridzuan Mohamad, atlet paralimpik yang menang emas acara 100 meteri di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 2016. Ridzuan adalah cucu kepada peneroka Felda di Kampung Sertik, Wilayah Mempaga dan anak kepada pemandu kenderaan di Felda Wilayah Alor Setar. Hebat anak Felda, mampu menang emas di peringkat dunia. Sebagai contoh di tahun 2014, sekumpulan anak-anak peneroka FELDA telah berjaya menimba ilmu di luar negara dengan mengikuti program akademik di London melalui Program Generasi Global yang dijayakan oleh Felda Global Venture dan Universiti Lim Kok Wing. Ini adalah inisiatif pertama kali buat anak-anak FELDA sehingga mereka berjaya memperoleh ijazah dan diploma di London. Pada beberapa tahun lalu, tujuh anak peneroka FELDA telah berjaya mengikuti projek Everest FELDA. Projek Everest FELDA itu dianjurkan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan mendapat sokongan serta tajaan FELDA, FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Majlis Belia FELDA Malaysia. Seorang anak peneroka FELDA bernama Siti Hanisah Sharuddin, 23 (2013), yang merupakan anak jati Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan telah menjadi wanita termuda negara berjaya menakluk puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter. Misi menakluk Gunung Everest itu diadakan sekitar tahun 2013. Anak seorang Peneroka Felda Gemas Negeri Sembilan, Azmir Jaafar telah menjejakkan kaki di Universiti Georgia, Amerika Selatan untuk melanjutkan pelajaran  dalam bidang Pengajian Pemakanan (Diet Klinikal). Bermula dengan hanya sebagai Pengurus Pelatih McDonald's sahaja, kemudian memegang jawatan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia. Selepas itu Azmir ke China, memegang jawatan sebagai Naib Presiden/Ketua Pegawai Pembangunan. Azmir membuka lebih daripada 1,100 restoran dalam tempoh lima tahun di sana. Bermula penubuhan Felda pada 1 Julai 1956. "Felda Hanya 1 Di dunia” bertapak dari penerokaan hutan dan berubah menjadi komuniti maju. Sesungguhnya tiada program pembangunan rakyat miskin di luar bandar yang berjaya seperti Felda. Rancangan pertama Felda, yang bermula di rimba Lembah Bilut, Pahang. Kini sudah berkembang dengan 317 tanah rancangan di seluruh negara, dan menempatkan hampir dua juta keluarga peneroka. Felda menjadi model contoh kepada negara-negara lain yang ingin melaksanakan konsep penyusunan semula tanah di negara mereka. Sierra Leone, Columbia, Laos dan Myanmar mahu meniru konsep Felda. Pembangkang hanya pandai menuduh Malaysia kononnya menjual kedaulatan bila berbaik baik dengan China. Hasil hubungan baik itu menguntungkan peneroka Felda, bila Presiden Xi Jinping mahu membeli lebih banyak minyak kelapa sawit dari Malaysia. "Dahulu harga minyak kelapa sawit RM2,300 setong tetapi hari ini telah mencapai RM3,100 setong... yang untungnya siapa? 550,000 pekebun kecil dan peneroka Felda dan saya mahu harga ini naik lagi," kata Datuk Seri Najib. Pada 21 hingga 23 Julai 2017 ini akan diadakan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya. Program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia akan turut diadakan sempena sambutan Hari Peneroka ini. Tentunya banyak lagi cerita kejayaan yang boleh dirasai dan dilihat sendiri oleh rakyat Malaysia. Ini adalah acara "showcase" kejayaan kejayaan peneroka Felda. Kredit : Beruang Biru BB490
0 notes
mknace · 7 years
Link
Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, Istana Negara telah mengeluarkan profil Seri Paduka Baginda seperti berikut: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah diputerakan pada tanggal 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985. Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre sehingga 1991. Pada tanggal 24 Mei 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan. Pada 13 September 2010 baginda telah menaiki takhta Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29. Seterusnya pada 13 Disember 2011, baginda telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan pada tahun 2016, Majlis Raja-Raja telah melantik baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun. Istiadat melafaz sumpah jawatan telah disempurnakan pada 13 Disember 2016. Bidang pendidikan merupakan bidang yang amat diberi perhatian oleh Seri Paduka. Sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat bercemar duli ke setiap istiadat konvokesyen yang dianjurkan universiti berkenaan. Dalam bidang ketenteraan pula, sifat kepimpinan baginda senantiasa dikagumi. Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Artileri DiRaja sehingga kini. Dengan pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan keselamatan dan ketenteraan. Baginda amat meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan ekuestrian selain meminati sukan memanah dan menembak dan gemar memelihara hidupan liar. Selain daripada aktif dalam persatuan, baginda juga mempunyai minat memelihara haiwan seperti kuda dan rusa. Baginda amat mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan tersebut, justeru tanpa rasa jemu, baginda sendiri akan berangkat bagi memastikan tahap penjagaan yang sempurna dilaksanakan di taman haiwan berkenaan. Seri Paduka Baginda telah berkenan menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu :- * Persatuan Menembak Kelantan; * Yayasan Sultan Kelantan (YSK); * Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan * Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia (SAAARMM); * Persatuan Bulan Sabit Merah; * Persatuan Sukan Berkuda; * Persatuan Motor 4 x 4; * Persatuan Memanah Sultan Muhammad V telah dianugerahkan dengan pelbagai Darjah Kebesaran iaitu: D.K. (1986), D.M.N. (2010), D.K. (Selangor - Januari 2011)., D.K. (Negeri Sembilan - April 2011)., D.K. (Johor - 2011)., D.K. (Perak - Julai 2011)., D.K. (Perlis - Oktober 2011)., D.K. (Kedah - Mac 2012)., D.K.(Terengganu - November 2014)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., dan D.K.M (2017). Seri Paduka Baginda sememangnya terkenal dengan sifat seorang Raja yang amat berhemah tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun. Baginda juga adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti serta tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri. Antara program yang diadakan hasil ilham baginda adalah Program Qiam With Me dan Walkathon Diraja yang telah bermula sejak tahun 2011 di Negeri Kelantan. Baginda juga begitu prihatin akan kemakmuran dan keharmonian hidup rakyat jelata. Hal demikian terserlah dalam tindakan baginda menangani permasalahan hal-ehwal kemasyarakatan dan keagamaan. Selain itu, baginda merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati rakyat. Tidak hairanlah jika baginda menjadi seorang pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat Malaysia. -- BERNAMA
Tumblr media
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Am : Felo Perdana beri peluang generasi muda pelajari cara pentadbiran negara – Dr Mahathir
Tumblr media
PUTRAJAYA, 17 Ogos (myBerita Hokaloh News) — Program Felo Perdana memberi peluang kepada generasi muda mempelajari cara-cara pentadbiran negara dan pengalaman menjadi pemimpin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata 60 anak muda yang terpilih menyertai program itu dan akan ditempatkan bersama anggota kabinetnya diharap akan melahirkan pemimpin yang dapat membawa diri dengan sikap yang diperlukan bagi seorang pemerintah.
Dr Mahathir berkata walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan sesiapa sahaja menjadi pemimpin, namun kejayaan sistem itu hanya akan ditentukan oleh karektor seseorang pemimpin.
“Demokrasi tidak selalunya baik kalau dapat kepada pemimpin tidak baik, maka demokrasi turut menjadi tidak baik.
“Oleh itu, banyak benda perlu dipelajari oleh generasi muda yang mungkin akan menggantikan mereka yang sudah dewasa dan berpengalaman menjadi pemimpin,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Felo Perdana kepada menteri-menteri kabinet di Perdana Putra, di sini hari ini.
Sambil menyebut nama Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan alumni Felo Perdana sebagai contoh, Dr Mahathir berkata program itu mungkin akan dapat melahirkan seorang lagi menteri muda.
“Inilah masanya bagi anak-anak muda Malaysia yang mempunyai aspirasi untuk terlibat secara langsung dalam kepimpinan negara,” katanya.
Seramai 60 graduan dan mahasiswa dari universiti dalam dan luar negara terpilih menyertai program itu tahun ini daripada 542 permohonan yang diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Mereka adalah kumpulan keenam Felo Perdana yang akan ditempatkan bersama menteri-menteri kabinet selama enam minggu hingga tiga bulan bertujuan melahirkan belia yang dinamik, berdaya saing dan mempunyai pengalaman relevan berhubung sistem kabinet serta pelbagai aspek kepimpinan dan pentadbiran negara.
Graduan jurusan undang-undang dari Universiti Malaya, Leeroy Ting Kah Sing adalah antara peserta bertuah yang akan ditempatkan bersama Dr Mahathir sebagai mentor.
Anak muda berusia 24 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu berkata sebelum menamatkan pengajian pada bulan lepas, beliau pernah bertugas dengan Jawatankuasa Reformasi Institusi yang ditubuhkan Majlis Penasihat kerajaan bagi melaksanakan perubahan kepada institusi-institusi yang penting di negara ini.
“Saya akan menggunakan kesempatan ini untuk membantu kerajaan merealisasikan beberapa cadangan jawatankuasa itu yang telah diserahkan kepada kerajaan,” katanya.
Bagi Dayana Najwa Jainon, 23, yang akan ditempatkan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau teruja terpilih dalam kumpulan pertama Felo Perdana di bawah kerajaan baharu.
“Jadi saya mahu melihat dan melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan polisi kerajaan baharu dan jika boleh menyampaikan maklumat mengenai polisi baharu ini kepada generasi saya,” katanya.
Pelajar tahun ketiga jurusan Pentadbiran Perniagaan di Monash University Malaysia, Y. Laveenyah Preetha yang akan ditempatkan bersama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata peluang itu tidak hadir dengan mudah terutamanya bagi mereka yang masih belum menamatkan pengajian sepertinya.
“Saya sangat teruja ditempatkan bersama beliau (Muhyiddin) lebih-lebih lagi beliau mempunyai pengalaman yang sangat lama dalam pentadbiran kerajaan, jadi saya tahu ia menjadi pengalaman yang sangat berguna bagi saya,” katanya.
— myBerita Hokaloh News
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Stadium Hang Jebat bakal ‘dihidupkan’ semula
Usaha mempelbagaikan fungsi Stadium Hang Jebat yang boleh memuatkan 40,000 penonton mampu setanding dengan Axiata Arena sekali gus membantu mempromosikan Melaka menjadi destinasi pelancongan yang terbilang di rantau Asia.
Keberkesanan pengurusan Axiata Arena di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Emirates Stadium di London, England memberi inspirasi kepada pengurusan baharu Stadium Hang Jebat untuk mengoptimumkan kegunaan stadium itu.
Ketika pertama kali menjejakkan kaki di Stadium Hang Jebat di Krubong di sini, Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium Melaka Nick Yong Yoon Pin membulatkan tekad untuk ‘menghidupkan’ stadium yang kelihatan suram itu.
Bergantung kepada perlawanan bola sepak atau acara sukan lain sahaja tidak memadai, menyebabkan Yong merujuk kepada stadium-stadium lain untuk mendapatkan inspirasi bagi mentransformasikan Stadium Hang Jebat menjadi stadium pelbagai guna.
Justeru itu, Yong yang juga anak jati Melaka yang berasal dari Kampung Lapan di sini, merancakkan lagi aktiviti kalendar tahunan stadium itu termasuk mengadakan aktiviti hiburan dan kebudayaan untuk menarik lebih ramai orang berkunjung ke Stadium Hang Jebat serta venue sukan lain di Melaka.
Perubahan
Bekas juruperunding di sebuah syarikat perindustrian itu berkata beliau bertekad untuk membawa perubahan terbaik bagi pentadbiran perbadanan berkenaan, sekaligus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat negeri ini.
“Kita bertekad untuk lakukan perubahan terbaik agar ia dapat dinikmati semua rakyat…untuk mencapai kejayaan itu, kita memerlukan kerjasama serta keazaman tinggi daripada semua pihak yang terlibat supaya segala yang dirancang dapat direalisasikan pada masa depan,” katanya kepada myBerita Hokaloh News.
Yong, 39, yang diberi amanah mentadbir venue kebanggaan rakyat Melaka sejak 6 Jun lepas, berkata kawasan di sekitar Stadium Hang Jebat perlu dihidupkan kembali bagi mewujudkan keceriaan stadium yang berusia 14 tahun itu.
Dengan adanya perubahan dengan mempelbagaikan fungsi stadium, beliau percaya Stadium Hang Jebat yang boleh memuatkan 40,000 penonton mampu setanding dengan Axiata Arena sekali gus ia membantu mempromosikan Melaka menjadi destinasi pelancongan yang terbilang di rantau Asia.
“Selain itu, menerusi kerancakan aktiviti di stadium, ia mampu memberi impak yang baik kepada sektor pelancongan sukan negara. Tidak dinafikan, bukan mudah untuk melakukan perubahan secara mendadak, terutama dalam soal membabitkan kos menaik taraf segala kemudahan yang ada.
“Namun, apa yang penting kita harap perancangan ini dibuat secara berterusan tanpa ada rasa putus asa,” katanya.
Sokongan kerajaan negeri
Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, Yong berkata pihaknya sedang menyiapkan kertas kerja untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri serta Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memperincikan aktiviti yang akan diadakan di stadium tersebut.
“Kita harap kerajaan negeri Melaka dapat memberi sokongan yang terbaik kepada cadangan ini kerana ia bukan untuk diri saya sendiri namun demi Perbadanan Stadium Melaka dan menaikkan martabat serta imej negeri Melaka.
“Selain mengurus dan membangunkan perbadanan ini, kita juga mahu mempromosikan venue utama di Kompleks Sukan Hang Jebat (KSHJ) secara lebih profesional, sistematik, cekap dan paling penting kita akan pelbagaikan kegunaan stadium secara maksimum,” katanya.
Perbadanan Stadium Melaka, yang ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Stadium Melaka 2004, memulakan operasi pada 16 Sept 2004 dengan menguruskan gelanggang dan pusat di bawah KSHJ iaitu Stadium Hang Jebat, Pusat Akuatik Hang Jebat, Pusat Squash Hang Jebat, Pusat Lawn Bowl Hang Jebat, Pusat Ekuestrian Hang Jebat dan Kompleks 10 Padang Bolasepak Hang Jebat.
Selain itu, perbadanan juga menguruskan 3 venue sukan di luar kawasan KSHJ seperti Pusat Perahu Layar Hang Jebat di Pengkalan Balak, Arena Petanque Hang Jebat di Kampung Gelam dan Stadium Hang Tuah di Jalan Hang Tuah.
Cabaran utama
Yong, lulusan Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), berkata untuk mencapai sesuatu matlamat, perlulah ada kesabaran dan ketenangan dalam mendepani cabaran yang dihadapi.
Beliau berkata antara cabaran utama yang perlu dihadapinya adalah masalah isu kewangan yang perlu ditanggung Perbadanan Stadium Melaka.
“Selain hutang tertunggak, kita juga berdepan masalah aspek penyelenggaraan kemudahan venue utama di KSHJ kerana kebanyakan fasiliti yang ada, tidak diselenggara dengan baik terutama selepas Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 pada 2010,” katanya.
Pihaknya turut menitikberatkan soal keselamatan secara khusus bagi memastikan segala aktiviti yang diadakan di venue utama KSHJ seperti Stadium Hang Jebat berjalan lancar.
“Peristiwa 13 Mac 2016 menyaksikan insiden lebih 20 kenderaan dipercayai dirempuh sebuah treler di depan Stadium Hang Jebat menjadi pengajaran bagi kami agar perkara itu tidak berulang,” katanya.
0 notes
leobellicose · 7 years
Text
Kejohanan Piala Presiden Isma bakal lahirkan pemain Malaysia
Kejohanan Piala Presiden Isma bakal lahirkan pemain Malaysia
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Presiden Isma FC, Haji Mohd Tahir Hamdan yakin pemain yang lahir dari Kejohanan Piala Presiden Isma 2017 akan mewakili Malaysia di kejohanan dunia.
Beliau berkata, kejohanan ini menjadi medan buat pemuda-pemuda menonjolkan aksi dalam sukan nombor satu dunia dan paling diminati ramai.
Beliau juga akan memastikan mutu pertandingan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
“Kita pastikan jurulatih mestilah mempunyai lesen C. Tahun depan mungkin kita akan naikkan kepada lesen B dan tetapkan syarat dua pemain negeri untuk turut serta dalam pasukan Isma negeri supaya standard dinaikkan,” katanya dalam ucapan di Kejohanan Piala Presiden Isma 2017 yang diadakan di Padang Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.
Sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada 14 buah negeri serta dua pasukan tambahan daripada Az-Zahrah FC dan satu lagi penyertaan baharu dari pasukan selebriti nasyid tempatan akan berentap hari ini.
Perlawanan pada pagi ini dimulakan dengan pasukan Isma Selangor dan Isma Pahang.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Yayasan Ikhlas, Datuk Rosli Mohd Ramli, Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali, Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahya, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Zon 23, Husni Abdul Manan, serta beberapa Yang DiPertua Cawangan.
The post Kejohanan Piala Presiden Isma bakal lahirkan pemain Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kejohanan Piala Presiden Isma bakal lahirkan pemain Malaysia via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/09/kejohanan-piala-presiden-isma-bakal.html
0 notes
leobellicose · 7 years
Text
Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital
Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital
ALOR SETAR, 16 Zulhijjah 1438H, Khamis – Kedah berhasrat menghimpunkan khazanah manuskrip Melayu berkaitan negeri itu dalam bentuk digital.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar berkata, usaha itu membolehkan generasi baharu mudah untuk mendapatkan maklumat.
Selain itu, katanya, ia juga dapat memastikan manuskrip terbabit terus terpelihara, tersebar dan mudah diakses secara meluas.
“Bagi merealisasikan usaha ini, semua pihak perlu melakukan penyelarasan antara jabatan agar penyelidikan, penerbitan dan wacana dapat mengangkat karya agung manuskrip Melayu Kedah.
“Antaranya Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darulaman, Undang-Undang Kedah dan yang setara sebagai warisan kebangsaan.
“Usaha ini juga mampu memperoleh pengiktirafan dunia, Memory of the World, Pertubuhan Pendidikan Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) hingga mampu mengharumkan nama Kedah dan Malaysia,” katanya pada majlis perasmian penutupan Pameran Manuskrip Melayu Warisan Dunia dan Wacana Bedil: Tradisi dan Kini di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah di sini, hari ini.
Jelas beliau, usaha dokumentasi manuskrip itu kelak membabitkan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Lembaga Muzium Negeri Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara Cawangan Perlis/Kedah dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
The post Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kedah mahu himpun khazanah manuskrip Melayu bentuk digital via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/09/kedah-mahu-himpun-khazanah-manuskrip.html
0 notes
leobellicose · 7 years
Text
Iktibar Merdeka 60, Raya Korban dan KL17
Iktibar Merdeka 60, Raya Korban dan KL17
TAHUN ini merupakan tahun bersejarah kepada negara. Sangat unik. Hari Kebangsaan 60 jatuh pada hari yang sama dengan Hari Raya Korban jika diambil perkiraan pertembungan perbezaan hari antara tahun Masehi dengan tahun Hijri.
31 Ogos adalah Hari Kebangsaan. Petang (waktu Maghrib) tarikh dan hari yang sama, telah masuk 10 Zulhijjah atau Hari Raya Korban. Laungan azan, takbir dan tahmid bergema pada hari merdeka tersebut. Alangkah indah sekiranya ketika menunggu detik 12 malam, nama Allah turut berkumandang, sebagai tanda syukur kita menyambut kemenangan menjadi juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, melepasi 111 pingat seperti yang disasarkan.
Apabila meneliti video lama sambutan merdeka 31 Ogos 1957, rupanya laungan azan dan doa turut berkumandang pada hari bersejarah tersebut. Ke mana hilangnya jati diri ini setelah sekian lama kemerdekaan negara disambut?
Bukanlah tujuan artikel ini memberi respon kepada kenyataan Mufti Perlis yang pernah berkata, majlis kerajaan di negara seperti Sweden dan Jepun tidak dihiasi unsur keagamaan, tetapi lebih cemerlang dari segi amanah harta rakyat, urus tadbir awam dan penjagaan alam sekitar. Berbanding dengan negara Islam yang beretorik dengan majlis agama, selawat sana sini dan sebagainya, tetapi hidup mereka penuh korupsi, rasuah serta tidak amanah.
Siapakah yang patut disalahkan? Orang Islam atau agama Islam? Islam tersangat suci untuk dipersalahkan, yang sebenarnya manusia yang beragama Islam itu sendiri yang tidak beramal dengan Islam sehingga mencemarkan imej Islam.
Ya, tidak dinafikan tidak ada satu pun negara Islam yang tersenarai dalam 20 terbaik sebagai negara terbersih, bebas rasuah, paling bahagia dan sebagainya. Semuanya negara Barat atau negara bukan Islam lain yang membolot.
Seolah-olah nilai-nilai bersih yang amat dianjurkan dalam Islam sehingga disebut sebagai kebersihan itu sebahagian daripada iman, bukan Islam yang beramal, bukannya orang Islam. Begitu juga penentangan Islam terhadap rasuah, sehingga disebut, pemberi dan penerima rasuah, kedua-duanya masuk neraka. Malangnya, negara Islam yang paling banyak rasuah.
Apakah itu bermakna, kita tidak perlukan langsung identiti agama atau majlis agama dalam sesuatu upacara yang diadakan? Apakah kita rela menjadi seperti negara Barat, maksiat dan kemungkaran bermaharajalela, tetapi negara mereka tetap maju dan bebas rasuah? Apakah justifikasi kita bahawa keadaan sebegini lebih baik?
Sekadar berkongsi pengalaman ketika berada di beberapa bandar raya Australia dan New Zealand. Ternyata bandar raya mereka pada waktu malam, hari-hari bekerja, begitu senyap dan sunyi, seolah-olah bandar raya tersebut ‘mati’. Berbanding dengan bandar raya kita yang ‘hidup’ 24 jam. Apakah bandar raya ‘mati’ pada waktu malam dan bandar raya ‘hidup’ 24 jam menandakan itu adalah kemajuan dan ia adalah lebih baik?
Malam-malam bandar raya Barat ini kembali meriah pada hari Sabtu dan Ahad. Pada pandangan mereka, selepas penat bekerja, tibalah masanya untuk bergembira dan bersuka ria tanpa batas. Mereka boleh melakukan apa sahaja, tanpa halangan, termasuk seks bebas, seks sesama jantina, minum arak, berjudi dan sebagainya. Hidup berkeluarga dianggap sesuatu yang menyusahkan dan menghalang keseronokan individu.
Malangnya. ada bandar raya negara Islam seperti negara kita yang hidup 24 jam. Tidakkah tengah malam sepatutnya dijadikan masa untuk berehat dan kemudian bangun untuk sujud kepada Allah? Malam yang sepatutnya menjadi masa yang terbaik untuk berehat dan tidur, digunakan untuk menyambut acara-acara negara sehingga lewat malam.
Akhirnya, siapa yang rosak? Lebih malang lagi, tengah malam itu juga ada segelintir anak-anak muda merempit dan berlumba motosikal. Tidak kurang melakukan perkara mungkar seperti seks bebas dan menghisap dadah.
Apakah majlis Islam yang dipersalahkan atau kejahilan manusia yang menyebabkan perkara ini berlaku? Justeru, saya amat mengharapkan, sambutan kemerdekaan ke 60 dan pertembungan dengan hari raya korban dan kemenangan Sukan SEA KL17, kita bermuhasabah.
Pertama, kedatangan hari raya korban pada hari yang sama, dengan didahului merdeka, sepatutnya kita hidupkan identiti merdeka dengan kembali tidak melupai sambutan pada 31 Ogos 1957. Hidupkan semula identiti Islam dan Melayu yang telah lama terpahat dan sebagaimana yang terpancar dalam Perlembagaan. Hidupkan dengan takbir dan takmid.
Jika tahun depan, Hari Merdeka tidak bertembung dengan Hari Raya Korban, tidakkah kita boleh hidupkan malam-malam tersebut dengan membesarkan dan mengingati Allah SWT. Bukan tujuan artikel ini untuk menafikan hak bukan Islam. Hak mereka sudah lama terjaga dan sentiasa terjamin. Negara bertuah ini perlukan kepada identiti pribuminya iaitu Melayu dan Islam, tanpa menafikan identiti orang lain.
Kedua, merdeka dalam erti sebenar telah berlalu. Mempertahankan kemerdekaan adalah kerja yang sangat sukar. Ia memerlukan pengorbanan. Hari Raya Korban adalah iktibar untuk kita berkorban. Berkorban untuk agama, bangsa dan negara. Berkorban untuk menjadi warganegara berakhlak mulia. Buang jauh-jauh identiti dan budaya Barat dan budaya penjajah yang merosakkan, seperti pergaulan bebas, liberalism, LGBT, hedonism dan sebagainya.
Kembali kepada acuan dan identiti sendiri. Gerakan liberalisme yang mahu mempersendakan Islam mesti ditentang habis-habisan. Tindakan undang-undang mesti dikenakan. Misalnya, tindakan yang mesti dilakukan terhadap pertubuhan Islamic Renaissance Front (IRF) dan aktiviti yang dijalankan.
Majoriti sarjana yang dijemput adalah dalam kalangan yang terlalu liberal. Pendapat mereka nyata bertentangan dengan pendapat para ulama muktabar. Misalnya, kenyataan Dr Mun’im Sirry, sarjana yang dijemput oleh IRF, yang memetik kata-kata seorang sarjana dari England, John Wansbrough, Mun’im Sirry mendakwa bahawa al-Quran itu tidak mungkin diturunkan di Makkah dan Madinah.
Menurutnya, hujah-hujah dalam al-Quran itu terlalu kompleks untuk kaum primitif seperti yang wujud di Makkah dan Madinah ketika itu. Tegasnya, al-Quran sebenarnya telah muncul di daerah Mesopotamia yang sekarang ini sebahagian daripada Iran.
Peliknya, kenapa kerajaan terus membiarkan pertubuhan sebegini dan mereka yang bertanggungjawab meneruskan agenda penghinaan terhadap Islam? Siapakah di belakang mereka ini semua? Pembesarkah? Atau apa? Saya terus tertanya-tanya.
Ketiga, berkorban ego. Ego kita terlalu tinggi, sehingga kita berpecah kepada lebih lima kumpulan sehinggakan kita berada dalam keadaan selemah-lemahnya. Orang lain mengambil kesempatan. Kerana mahu menjatuhkan kepimpinan sedia ada yang dipimpin oleh orang Islam hari ini, kita sanggup bersekongkol dengan musuh yang anti-Islam.
Kita boleh berbaik dengan bukan Islam tetapi sesama Islam saling bermusuhan dan berbunuhan? Berbaloikah? Tertutup sudahkah segala pintu perbincangan?
Keempat, kepada Sabah dan Sarawak. Sebenarnya, merujuk kepada sejarah Pembentukan Malaysia telah ditetapkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan oleh dokumen pembentukan yang masih belum mencukupi maka pembentukan Malaysia dibawa kedepan, lewat dua minggu.
Maka, muncul tarikh 16 September 1963. Janganlah hendaknya kita berkata 31 Ogos ‘nothing to do with us’. Sebenarnya 31 Ogos menuntut kepada pengorbanan untuk kita memahami sejarah sebenarnya. Jika ditakdirkan Pembentukan Malaysia adalah sama tarikh pada 31 Ogos, apakah ketika itu kita akan berkata, merdeka cara Tanah Melayu lain, merdeka mengikut cara Sabah Sarawak lain.
Bukan soal tarikh yang penting, tetapi semangat pengorbanan itu yang lebih penting. Apa ada dengan tarikh? Yang akan kekal dan hidup adalah semangat yang ada dalam diri. Walaupun saya tidak dibenarkan ke Singapura dan Sarawak, semangat ini tetap hidup dalam diri ini bahawa kita serumpun.
Benar, tulisan saya selama ini memang lantang dan kontroversi. Saya hanya berkata benar, jika salah mari kita berbincang. Bukan dengan mengambil tindakan emosional dan tidak rasional. Jangan sampai ultra kiasu mengambil kesempatan dan mereka terus menang.
Akhirnya, selami hakikat sebenar erti patriotisme. Semangat patriotisme selalu dikaitkan dengan kemerdekaan. Semangat ini yang bertiup kencang dalam jiwa pejuang masa lalu sehingga menggerunkan penjajah.
Patriotisme berasal daripada perkataan patriot iaitu pejuang. Pejuang yang sanggup berkorban sehingga ke titisan darah yang terakhir mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan dan campur tangan kuasa asing setelah merdeka. Adakah semangat ini wujud dalam diri kita?
Sama-sama kita fikir sempena Merdeka 60, Hari Raya Korban dan kemenangan KL17.
Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
The post Iktibar Merdeka 60, Raya Korban dan KL17 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Iktibar Merdeka 60, Raya Korban dan KL17 via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/09/iktibar-merdeka-60-raya-korban-dan-kl17.html
0 notes
leobellicose · 7 years
Text
Kita serumpun bukan seperti ultra kiasu Singapura
Kita serumpun bukan seperti ultra kiasu Singapura
HAMPIR mengalir air mata apabila melihat kumpulan sukarelawan Indonesia membawa sepanduk berbunyi Malaysia-Indonesia bersaudara, Malaysia Love Indonesia, Malaysia # Kita Serumpun, Indonesia # Kita Serumpun, # Kita Serumpun, # Bangkit Bersama, # Kita Bersaudara, Salam Damai Malindo, Lahir Malaysia, Asal Indonesia, hasil insiden bendera Indonesia terbalik dalam buku aturcara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 atau KL17.
Inilah semangat yang perlu ada dalam setiap diri kita. Tidak perlu dipanjangkan lagi. Kesilapan ini bukan disengajakan. Lagipun awal-awal lagi Malaysia telah mengemukakan permohonan maaf. Saya tidak fikir Malaysia sengaja mencetak bendera terbalik sedemikian. Apa yang kita dapat? Menyusahkan lagi ada.
Saya amat mengharapkan tidak wujud sifat ultra kiasu antara kita sesama serumpun, dengan tidak menolak bahawa perlu ada sifat kiasu untuk bersaing secara sihat. Bawalah berbincang. Jangan memperbesarkan perkara kecil.
Jangan jadi seperti atlet renang Singapura. Belum apa-apa lagi sudah mengeluarkan kata-kata sinis untuk ‘mengajar’ perenang Malaysia ketika perlumbaan berlangsung KL17. Mentang-mentanglah mereka kuat dalam acara tersebut. Inilah sifat ultra kiasu yang perlu dihindarkan. Ingat! Allah Maha Kuat.
Saya yakin ibunya yang kini menetap di Ipoh, Perak, mungkin telah menasihatkan beliau supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bongkak, sehingga beliau mengeluarkan kenyataan memohon maaf selepas itu. Lagipun kita serumpun. Buatlah seperti tindakan sukarelawan Indonesia yang saya sebut di atas.
Sebenarnya, saya sudah muak dengan gelagat rakyat Singapura ultra kiasu yang tidak sedar diri, bahawa asal-usul mereka bermula di sini. Apatah lagi melihat aksi meloyakan mereka yang cukup berdisiplin ketika berada di negara mereka. Tetapi, apabila sampai ke Malaysia, sering berkelakuan biadab di atas jalan raya dan tidak menghormati pengguna lain.
Antara perbuatan mereka adalah memandu melebihi had kelajuan maksimum, membuang sampah dari kenderaan, tidak menghiraukan undang-undang trafik dan sebagainya. Menurut The Straits Times, Singapura, terdapat sebanyak 275,663 saman yang tertunggak dari tahun 2010 ke 2016. Sebahagian besar saman yang dikeluarkan, iaitu sejumlah 184,014 adalah saman yang dikenakan ke atas rakyat ultra kiasu Singapura.
Terdapat 3,423 waran tangkap bagi rakyat negara itu untuk tempoh yang sama. Operasi sedang dijalankan oleh pihak polis untuk mereka membayar saman yang telah dikeluarkan.
Isu ini bukanlah isu baharu. Perangai ultra kiasu rakyat Singapura ini sudah lama. Mereka sengaja mencabar kesabaran kita. Jika di negara mereka, meludah biji tembikai keluar pun mereka tidak berani. Apabila berada di Malaysia, perangai dan tabiat mereka bertukar menjadi sebaliknya.
Sifat negara maju apakah ini? Ternyata, mereka ini sangat pandai berpura-pura. Saya amat mengharapkan polis kita mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Sama seperti isu, Pulau Batu Putih yang telah menjadi ‘hak’ mereka hari ini. Sesiapa sahaja, termasuk nelayan yang mendekati pulau tersebut untuk mencari rezeki, akan dihalau. Mereka sedang merangka strategi untuk merangka kawasan perairan berasaskan berapa batu nautika mengikut standard antarabangsa.
Meskipun saya tidak dibenarkan masuk ke sana lagi, itu tidak menghalang untuk saya terus menulis perkara yang benar. Saya akan terus melondehkan sifat ultra kiasunya. Apatah lagi ura-ura untuk melantik Melayu Singapura (wanita) menjadi Presidennya. Bergantung kepada pemilihan yang akan dilakukan.
Selama ini, selepas Almarhum Yusof Ishak dilantik menjadi presiden yang pertama, kenapa tidak ada Melayu dilantik selepas itu. Hanya ada nama-nama seperti, Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr Tony Tan Keng Yam.
Kenapa baru sekarang terfikir untuk melantik Melayu sebagai Presiden? Bukankah Singapura berasal usul daripada sistem kenegaraan Melayu? Murah sungguh maruah kita jika boleh dibeli dengan jawatan.
Apakah Singapura akan berpresidenkan orang Melayu selepas setelah sekian lama dipinggirkan? Jika itulah yang akan berlaku apakah itu bermakna Singapura sudah menunjukkan keterbukaannya dengan perlantikan bagi menunjukkan bahawa nasib Melayu telah terbela? Saya harapkan Melayu Singapura tidak mudah ‘dibeli’ dengan jawatan.
Pada masa sama, saya juga berharap kita dapat membaca buku yang ditulis oleh Dr Lily Zubaidah; The Singapore Dilemma: The Political and Educational Marginality of the Malay Community, dan Singapore in the Malay World: Building and Breaching Regional Bridges.
Lily Zubaidah adalah rakyat Melayu Singapura yang dihalau keluar daripada Singapura oleh pemimpin Singapura. Beliau telah dibuang negara kerana lantang mengkritik kerajaan Singapura (PAP). Beliau kini adalah pensyarah di Universiti Sydney, Australia.
Jika kerajaan Singapura bersikap terbuka sudah tentu, mereka bersedia memberi dan menerima Dr Lily Zubaidah seadanya. Hakikatnya tidak berlaku.
Untuk makluman, Dr Lily Zubaidah adalah anak kepada Abdul Rahim Ishak (1925-2001). Bapa beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan Singapura (1965-1968), Menteri Luar Negeri Singapura (1968-1972) dan Duta Besar Singapura ke Indonesia (1974-1977). Bapa saudara beliau adalah Yusof Ishak (1910-1970), iaitu Presiden Melayu pertama Singapura (1965 hingga 1970).
Apakah kita sudah lupa, orang Melayu Singapura dinafikan suara mereka untuk mengetengahkan hak mereka dalam media utama. Ini tidak termasuk larangan memakai tudung terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah. Tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang menentang arahan ini.
Begitu juga dengan kedudukan bahasa Melayu yang dianggap sebagai ‘low class’. Jangan haraplah orang bukan Melayu bercakap dalam bahasa Melayu. Nasib baiklah percubaan untuk mengubah lagu kebangsaan mereka ‘Majulah Singapura’ dan command perbarisan tentera masih belum berjaya. Kebanyakan yang menyanyi lagu ‘Majulah Singapura’ bukan mereka faham pun bahasa Melayu. Hafal sahaja.
Ramai dalam kalangan rakyat mereka tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan ketika majlis rasmi. Ini tidak termasuk, banyak nama jalan dalam bahasa Melayu yang telah ditukar kepada bahasa Inggeris dan Mandarin. Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’.
Pendek kata, apa jua perkara berkaitan dengan identiti Melayu semakin dicairkan. Kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).
Retorik multi-rasisme digunakan untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam setiap kawasan pilihan raya di sana.
Menurut Dr Lily Zubaidah lagi, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya dibolot oleh orang Cina.
Misalnya, dalam sekor pertahanan dan keselamatan, daripada 70 pegawai yang paling kanan tentera (berpangkat kolonel dan ke atas), hanya satu orang bukan Cina. Perangkaan tahun 1999. Nyata sekali Melayu disisihkan sama sekali. Berbanding dengan Malaysia, berapa ramai orang bukan Melayu diberi kepercayaan memegang jawatan tinggi dalam GLC.
Juga termasuk sektor pertahanan dan keselematan. Ramai yang berkhidmat dalam sebagai polis dan tentera dilantik menjawat jawatan agak tinggi. Itupun mereka menuduh memingkirkan orang Cina. Sedang penguasaan ekonomi mereka melebihi 70 peratus.
Cuba kita imbau kembali, pernahkah orang Melayu diberi kepercayaan untuk memegang jawatan kanan dalam Kabinet seperti Menteri Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar Negara atau Kementerian Pendidikan. Begitu juga jawatan strategik penjawat awam seperti Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis, Ketua Imigresen, Ketua Hakim dan sebagainya.
Sebab itu tidak perlulah berlakon hebat. Jika diteliti sejarah Kabinet kerajaan Singapura, orang Melayu hanya diberikan jawatan yang kurang penting seperti Menteri Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.
Sekurang-kurang kita lebih terbuka di Malaysia, banyak jawatan tinggi kerajaan telah dikongsikan kepada bukan Melayu. Banyak lagi sifat ultra kiasu yang boleh dibongkarkan seperti diperkatakan oleh Dr Lily Zubaidah. Cukup setakat ini dahulu.
Apa yang penting kita perlu kenal siapa musuh siapa sahabat, yang mana serumpun yang mana tidak. Insiden dan kenyataan atlet Singapura itu sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita, mestipun telah ditarik balik dan permohonan maaf dikemukakan.
Saya yakin kata-kata Malaysia-Indonesia bersaudara, Malaysia Love Indonesia, Malaysia # Kita Serumpun, Indonesia # Kita Serumpun, # Kita Serumpun, # Bangkit Bersama, # Kita Bersaudara, Salam Damai Malindo, Lahir Malaysia, Asal Indonesia, akan menggerunkan ultra kiasu sekiranya benar-benar direalisasikan.
Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku rakyat Malaysia berbilang kaum ini. Saya tidak pernah rasis kepada bangsa saya. Saya adalah saya yang seadakan sampai bila-bila. Itulah yang Allah anugerahkan. Saya hanya mahukan kita memahami sejarah dan hakikat sebenar negara ini.
Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
The post Kita serumpun bukan seperti ultra kiasu Singapura appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kita serumpun bukan seperti ultra kiasu Singapura via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/08/kita-serumpun-bukan-seperti-ultra-kiasu.html
0 notes
leobellicose · 7 years
Text
Forum lontar soalan, kasut dan kerusi
Forum lontar soalan, kasut dan kerusi -
Forum buat melontar soalan, kasut dan kerusi Pada 14 Ogos 2017 oleh IZMIL AMRI Saya tiba awal ke perkarangan Dewan Raja Muda Musa, tempat saya menduduki peperiksaan ketika menjadi mahasiswa Universiti Teknologi MARA hampir sepuluh tahun lalu. Azan Zohor baru berkumandang, dan saya bersalaman dengan penganjur yang baru beberapa hari sudah saya wawancara. Syed Saddiq beritahu saya, mereka menjangkakan satu episod drama terbitan pihak-pihak yang dikenali, bagi mengganggu acara petang Ahad itu. UMNO sesama bekas UMNO, barangkali masih ada pertalian yang tidak boleh dipisahkan. Saling berkongsi maklumat. Jadi saya lebih berjaga-jaga. Dewan disusun ala townhall TN50, dengan pentas di tengah-tengah untuk memberi ruang dua panelis berpencak dalam acara diberi nama Nothing to Hide 2.0 itu.
Beberapa ruang dipecah-pecah, dengan satu ruang khas untuk delegasi tetamu undangan paling istimewa Datuk Seri Najib Razak. Di satu bahagian lagi, ruang khas untuk pengamal media. Manakala beberapa baris kerusi kelabu disusun di belakang pentas, untuk pimpinan Pakatan Harapan. Beberapa ketika kemudian, kelibat Syed Saddiq sekali lagi datang menghampiri saya. Katanya di luar sana ada gerombolan pemuda dengan pakaian pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) yang tidak diketahui asal usulnya. Saya lantas meluru ke pintu, dan cuba menanggapi keadaan. Orang awam mula berpusu-pusu masuk ke dewan. Jawatankuasa keselamatan pula cuba menyusun gerombolan berpakaian Armada ini di luar, supaya mereka diasing-asingkan dan tidak duduk di kerusi orang awam. Sebahagian berjaya dipindahkan ke bahagian atas di kiri dan kanan dewan, manakala selebihnya mundur ke penjuru belakang, atau keluar mengambil udara. Tun Dr Mahathir tiba sekitar jam 3.30 petang. Diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng beberapa ketika kemudian. Mereka diiring terus ke bilik menunggu VIP, dan pakat-pakat bergambar. Beberapa minit kemudian, dewan pun penuh dan acara pun bermula. Para tetamu dan kenamaan diarak masuk, dan Tun Mahathir mengambil tempat di pentas utama bersama moderator sesi tersebut, peguam Azhar Harun. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ diiukuti bacaan doa. Memang acara ini terasa seperti acara anjuran United Malays National Organisation. Kecuali beberapa lagu punk, muzik latar sebelum acara bermula adalah lagu-lagu patriotik moden berulang-ulang. Termasuk adunan semula lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ yang menjadi lagu tema ketika berlangsungnya Sukan Komanwel 1998, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan meletusnya gerakan Reformasi. Panitia penganjur ramai mengenakan pakaian berwarna merah, dengan logo ‘Wawasan 2020’ dan bendera Malaysia tersemat di dada. Ada antaranya yang memakai tshirt itu dimasukkan ke dalam seluar jeans, seperti kebiasaan mat-mat skema yang dahulunya penuh merenyut dalam pemuda UMNO. Bahkan sebenarnya mereka dahulu pun memang UMNO. Kalau pun tidak isi borang parti, mereka pastinya beriman kepada prinsip parti itu, dan mengangkat Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin ulung. Syed Saddiq sendiri kerap mengulang sebut ‘Ayahanda Tun Mahathir’ sebagai tanda hormat dan takzimnya kepada sosok yang mengepalai negara selama dua puluh tahun itu. Ketika Mahathir tiba dan ketika memasuki dewan, laungan ‘Hidup Tun’ bergema berulang kali. Dan ketika soalan-soalan yang ditujukan kepadanya dikuntau dengan begitu cantik, pendokong Mahathir juga bersorak dengan laungan yang sama. ‘Hidup Tun!’ Lontar soalan
Sepanjang ronda pertama ucapan Mahathir, saya memerhatikan kumpulan anak muda di penjuru belakang yang langsung tidak memberi sebarang reaksi. Bersorak tidak, tepuk tangan pun tidak terhadap segala yang disebut. Sekonyong-konyong datang lah si Syed Saddiq sekali lagi menghampiri dari tepi. “Semua yang baju merah di belakang tu bukan orang kita,” katanya sambil menggeleng resah. Saya sengih sedikit kerana dia sebut ‘orang kita’. Barulah dia tahu apa perasaannya dijadikan sasaran parti pemerintah. Baguslah si Saddiq ini sudah boleh bekerja dengan semangat kekitaan. Seketika kemudian, saya bergerak ke belakang segmen pimpinan HARAPAN dan bertemu beberapa orang kenalan. Masing-masing bertanya tentang drama yang bakal terjadi kerana bukannya kita tidak biasa dengan serangan samseng UMNO. Sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu tidak sedikit serangan samseng yang kita hadapi. Saya masih ingat bagaimana cermin belakang kereta saya dipecahkan orang tidak dikenali ketika Jelajah Merdeka Rakyat mengadakan ceramah besar-besaran di Seremban. Sederet kereta dari luar Seremban habis diketuk cermin belakangnya. Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu pun sudah berkali-kali diserang dengan cat dan batu. Parut-parutnya ditinggalkan agar menjadi tatapan orang ramai yang datang. Yang paling saya ingat ialah serangan di sebuah ceramah di Lembah Pantai. Kebetulan barangkali, ceramah UMNO dan Keadilan, dianjur sebelah-menyebelah. Lebih ramai pastinya di ceramah yang ada Anwar Ibrahim. Entah monyet mana dari ceramah yang satu lagi mula melontar bata ke arah penonton sebelah kami. Saya masih ingat Anwar melontarkan maki, “Celaka UMNO ini.” Ummi Hafilda yang sedang menjerit di sebelah sana langsung berhenti. Begitulah, pengalaman mengajar kita untuk menanti serangan daripada gerombolan yang memang diajar untuk membalas hujah dengan tangan dan kaki, apabila lidah sudah tidak boleh bersambung dengan akal. Perkara sama terjadi Ahad lalu. Apabila sesi melontarkan soalan bermula, dan Mahathir menepis setiap satunya. Saya berpeluang mewawancara beliau tahun lalu. Dan pastinya sampai mati saya akan ingat peristiwa itu. Hari di mana saya yang sejak 1998 membenci Mahathir, akhirnya berdepan dengannya dan bertanyakan beberapa soalan. Lebih sepuluh soalan saya rasa, dikuntaunya dalam masa lebih kurang 45 minit. Satu pun tidak dijawabnya dengan tepat. Mahathir malah menggunakan peluang wawancara itu untuk melancarkan serangan bertubi-tubi menggunakan ‘Rocket’ DAP ke arah pihak lawannya, Datuk Seri Najib Razak. Taktik yang sama digunakan Ahad lalu. Acara Nothing to Hide 2.0 itu digunakan sepenuhnya oleh mantan perdana menteri itu untuk membingkai suami Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pencuri, penyangak dan penyamun wang negara. Soalan-soalan yang ditujukan kepadanya dikilas menjadi serangan kepada Najib, termasuklah soalan mengenai kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri. “Dia pun tak suruh saya minta maaf,” kata Mahathir kepada si penyoal. “Kami setuju untuk sama-sama menewaskan Datuk Seri Najib,” tambahnya. Lontar kasut dan kerusi Bermula sesi soal jawab ini, saya mula resah. Gerombolan di belakang sana sudah mula memekak dan mengejek jawapan Mahathir. Kami dan panitia penganjur di balik sini diminta bersorak kuat menyokong jawapan Mahathir bagi menenggelamkan sorakan pihak lawan. Selalunya apabila mula soalan-soalan provokatif, kita tahu bahawa ada monyet yang akan mencari peluang untuk buat kacau. Keadaan ini saya sedari ketika soalan tentang Memali diajukan, dan saya lihat budak-budak di penjuru itu mula bergerak-gerak. Saya ambil telefon, dan mula rakam. Dari belakang pentas Mahathir, saya jangkakan akan tercetus gangguan; meski penerbit dramanya sehingga ketika itu pun masih tidak kelihatan. Kerusi ‘delegasi Najib’ diisi orang awam, dan mungkin sebahagian kumpulan perusuh.
Tumblr media
Tiba-tiba saya melihat dari dalam skrin, ada botol yang melayang. Kemudian kasut, dan kasut lagi, sebelum mula timbul kacau bilau di penjuru belakang, dan gerombolan anak-anak muda itu mula berlari keluar meninggalkan dewan. Rakaman saya teruskan, dan saya menyaksikan sesuatu yang paling tidak pernah saya jangka. Mahathir tetap berdiri di situ, meski menyaksikan botol dan kasut melayang ke arahnya. Seinci pun dia tidak bergerak. Hanya apabila pihak panitia Armada bergerak melindunginya, maka barulah beliau menoleh ke belakang dan keluar meninggalkan dewan sambil wajahnya masih tenang dan tersenyum.
Tumblr media
Pada masa yang sama, dua biji suar dinyalakan dari penjuru belakang dan melayang ke arah kawasan tempat duduk media. Jurugambar berpusu-pusu mengambil gambar keadaan huru-hara untuk memadamkan suar itu. Rakan saya, Radzi Razak, cedera lututnya ketika cuba mengelak kerusi yang terbang. Sahabat saya seorang lagi, Daniel Low, sukarelawan Unit Tindak DAP yang hadir membantu panitia keselamatan, cedera di kepala terkena kerusi terbang, ketika membantu orang awam yang hadir melarikan diri dari tempat kejadian. Pimpinan HARAPAN diusung keluar dan dihantar pulang. Monyet-monyet yang bikin huru hara dikejar sehingga pagar tempat letak kereta. Ada yang terbabas dan dicekup. Khabarnya disapa dengan tangan dan kaki beberapa das, sebelum diserahkan kepada pihak polis. Berkejar-kejar juga mereka keliling dewan untuk melepaskan geram. ‘Bangsat UMNO,’ kedengaran dari mulut bekas ahli-ahli UMNO yang cuba menahan marah. Saya hanya mampu menahan ketawa. ‘Baru ada akai,’ bak kata orang Pulau Pinang. Itu pun antara mengawal semput dan serangan asma ekoran asap suar yang berterbangan memenuhi dewan. Pihak keselamatan yang berhampiran hanya mampu tersenyum melihat saya ketawa. Saya tanya dia ‘Apa perasaan jadi pembangkang? Best?’ Dia sambung senyum sahaja. Dalam sidang media beberapa ketika kemudian, Syed Saddiq muncul dan memaklumkan bahawa budak-budak yang berlari setelah serangan tercetus itu dengan pantas menanggalkan baju Armada yang mereka pakai. Membawa suar ke majlis dialog pastinya isyarat bahawa huru-hara tersebut telah dirancang. Dan pastinya lagi serangan yang dirancang itu mensasarkan batang tubuh ‘ayahanda’ Tun Dr Mahathir. Beberapa kali juga Syed Saddiq kelihatan menahan sebak, mengenangkan kemungkinan tokoh itu cedera. Setelah keadaan beransur surut dan saya beransur pulang; bimbang saya hanyalah tertumpu kepada dua acara yang bakal mendatang. Pertama ialah perhimpunan di Padang Timur berdepan ibu pejabat parti cap bunga raya pada 14 Oktober depan. Kedua, pilihanraya umum yang dijangka berlangsung beberapa bulan sahaja lagi. Kalau beginilah keterdesakan pihak-pihak yang mahu menyorokkan sesuatu. Entah apa lah yang sanggup mereka buat jika kehilangan kuasa dan kalah pilihanraya.
youtube
youtube
Lagi isu berkaitan: 'Sewel tuduh BERSATU sengaja bikin kecoh'
Forum lontar soalan, kasut dan kerusi merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Forum lontar soalan, kasut dan kerusi via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/08/forum-lontar-soalan-kasut-dan-kerusi.html
0 notes
jeerie · 7 years
Text
BERITA PILIHAN HARI INI
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam 1Malaysia. 24 Mei 2017 - Rabu 25 Syaaban 1438 Hijrah (Ramadhan 03 Hari Lagi) ➡ NASIONAL 1. KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di lokasi serangan Arena Manchester melaporkan diri kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. 2. KUALA LUMPUR: Dalam memperkasa dan memperkukuhkan sektor pendidikan negara, kerajaan giat merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025), termasuk mengambil langkah berani untuk melakukan perubahan dari segi struktur yang mampu mempercepatkan transformasi sistem. 3. KUALA LUMPUR: Seramai 6.2 juta penduduk menerima manfaat inisiatif pembangunan luar bandar menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar sejak 2010 hingga tahun lalu. 4. SHAH ALAM: Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.6 peratus tiga tahun lalu. 5. KUALA LUMPUR: Inisiatif liberalisasi pasaran gas diterajui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) adalah antara fokus Program Transformasi Negara (NTP). 6. KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan kadar yuran bagi pengajian program ijazah pertama di universiti awam (UA) akan dinaikkan sehingga puluhan ribu. 7. KUALA NERANG: Semua kerajaan negeri diminta membantu Kementerian Pendidikan dalam usaha membendung masalah keciciran pelajar sekolah. 8. KUALA LUMPUR: Ancaman kumpulan militan Daesh masih menjadi cabaran terbesar di rantau Asia khususnya Asia Pasifik dan ASEAN, serentak dengan penularan ideologi perjuangan kumpulan itu yang kononnya berpaksikan kepada agama Islam. 9. KUALA LUMPUR: Asia akan memainkan peranan yang lebih besar berkaitan dengan keselamatan siber global untuk lima tahun akan datang. 10. KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. ➡ POLITIK 1. KUALA LUMPUR: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M), penyediaan lebih banyak rumah berkualiti dan mampu milik, bantuan khas pendidikan, kemudahan kesihatan serta mengukuhkan kedai berorientasikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat. 2. SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak menegaskan langkah berani diambil Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh lapan tahun ini berjaya mencetus momentum yang meletakkan Malaysia pada landasan ekonomi yang sihat dan betul. 3. KUALA LUMPUR: Program 1Azam, elemen penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah (NKRA LIH) menyaksikan lebih 90 peratus peserta menikmati peningkatan pendapatan tahunan melebihi RM300 tahun lalu. 4. GEORGETOWN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang menegur 10 EXCO kerajaan negeri pimpinan DAP yang gagal menghadiri sesi perbahasan petang tadi. 5. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia kekal berdiri teguh dengan Britain yang berdepan tragedi serangan terhadap orang awam di Manchester Arena, malam tadi waktu tempatan. 6. SANDAKAN: Seramai 15,625 penerima membabitkan penduduk pedalaman dan masyarakat di perkampungan nelayan Sabah akan menerima sumbangan daripada Biro Kebajikan UMNO (BiKUM). 7. JOHOR BAHRU: Veteran UMNO yang arif dengan susur galur politik kepartian penting bagi memastikan kelangsungan dan kejayaan parti 8. IPOH: EXCO Srikandi Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Zulaiha Sidek, melepaskan dua jawatannya dalam parti itu kerana kecewa dengan perpecahan yang berlaku. 9. KUALA LUMPUR: Veteran UMNO menyifatkan hanya kerjasama antara parti itu dan PAS saja, yang mampu menyatukan masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini. 10. GEORGETOWN: GERAKAN mempersoalkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang membekukan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin, selepas beliau tidak hadir pada istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lalu ➡ EKONOMI 1. KUALA LUMPUR: Panasonic Malaysia memperkenalkan sistem keselamatan bersepadu dan penyelesaian pengawasan video generasi baharu di bawah platform teknologi i-PRO Extreme Solution. 2. KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Bhd mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM47.2 juta pada suku pertama tahun semasa, naik RM20.7 juta atau 78 peratus berbanding RM26.5 juta diperoleh pada suku dikaji 2016. 3. SHAH ALAM: SME Corp Malaysia menyasarkan 12,000 usahawan belia dilatih sehingga tahun 2020 melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). ➡ AGAMA 1. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar." (Surah al-Anfal, 27 hingga 28) ➡ LUAR NEGARA 1. BEIJING: Menteri Luar China, Wang Yi meminta Korea Utara supaya menghentikan tindakan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membabitkan program nuklear dan peluru berpandunya. 2. SANAA: Wabak taun meragut 315 nyawa di Yaman dalam tempoh sebulan lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ketika sebuah pertubuhan bantuan lain memberi amaran ia mungkin merebak pada skala besar. 3. MANCHESTER: Polis Britain mengesahkan angka kematian susulan letupan di Manchester Arena selepas konsert Ariana Grande meningkat kepada 22 orang termasuk kanak-kanak. ➡ SUKAN 1. KUALA TERENGGANU: T-Team tetap menaruh harapan tinggi memungut mata biarpun turun berdepan juara Piala FA, Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok. 2. KUALA LUMPUR: Atlet remaja negara, Muhamad Nazri Mustafa gah merangkul pingat emas acara lompat kijang dengan catatan 15.05 meter (m) di Kejohanan Olahraga Remaja Asia Ke-2 di Bangkok, Thailand, hari ini. 3. KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kejayaan skuad negara menewaskan Jerman 5-0 dalam aksi sulung Kumpulan C Piala Sudirman 2017, hari ini sebagai pembakar semangat sebelum bertemu Jepun, esok. 4. LONDON: Kejayaan Antonio Conte menjulang Chelsea meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) di musim pertamanya sebagai pengurus menyaksikan pengendali ini dipilih sebagai pengurus terbaik tahunan oleh Persatuan Pengurus Liga (LMA), pagi tadi. 5. MILAN: Penyerang Inter Milan, Gabriel Barbosa memohon maaf susulan tindakannya mengamuk di bangku simpanan selepas menyedari tidak diturunkan ketika pertemuan menentang Lazio dalam saingan Serie A, kelmarin. Cybit Media
0 notes