Tumgik
#anugerah sukan
drnizamshapie · 2 years
Photo
Tumblr media
Anugerah Silat Kebangsaan (ASK) adalah merupakan satu anugerah tertinggi Silat Melayu kepada individu, badan dan pertubuhan Silat Melayu sama ada di peringkat amatur atau profesional. Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memartabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa.  Tiga puluh anugerah (30) diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang diadakan ini. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada para pengamal Silat Melayu yang giat mempromosikan Silat ke serata dunia. Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa. Pada tahun 2022, walaupun negara sedang dalam peralihan ke fasa endemik Covid-19, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) tetap gigih menganjurkan pelbagai program sama ada dalam mahupun luar negara. Ini terbukti dengan penganjuran acara antarabangsa iaitu penganjuran IMAF2022 dengan kerjasama UNESCO ICM dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM). UNESCO ICM merujuk kepada International Centre of Martial Arts for Youth Development (ICM) yang bernaung di bawah UNESCO, manakala IMAF2022 bermaksud International Martial Arts & Malay Festival 2022. Di samping itu, siri program antarabangsa yang terkenal, iaitu siri Silat European Tour kembali pada tahun 2022 di mana delegasi Silat Malaysia telah menghadiri persidangan antarabangsa IMACSSS kali ke 13 di bandar Rzeszow (sebutan zey-syuf), Poland. Selain itu juga, siri GSMACC, yakni Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress kembali lagi pada tahun 2022 dalam siri Seminar Silat Melayu Antarabangsa selama empat hari berturut-turut. Seminar dianjurkan diadakan secara maya bagi membincangkan topik-topik semasa industri Silat Malaysia bersama para panel yang mahir dalam bidang seperti Kebudayaan, Sains Sukan, Keusahawanan, Teknologi, mahupun Sains Sosial. Justeru, anugerah-anugerah yang disampaikan dapat menyuntik dan menyemai semangat bekerja keras memartabatkan agama, bangsa dan negara. #ask2022 #silatmalaysia #psgfmofficial #pesonamalaysia #worldsilatfederation (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CoDB9pxBZKMjLjn7csVcKQ2tB_tFTjSnA7GXJ00/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Irfan Shamsuddin, Cheong Jun Hoong dinobat Olahraga | Sukan Hokaloh News
  KUALA LUMPUR: Jaguh lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin dan ratu terjun negara Cheong Jun Hoong dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2017 malam tadi.Jun Hoong dari Universiti Putra Malaysia, yang muncul juara dunia selepas memenangi pingat emas acara 10 meter platform pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest tahun lalu, mengetepikan rakan sepasukannya dalam acara terjun, Pandelela Rinong Pamg. Seorang lagi calon bagi olahragawati Masum adalah Fatin Nurfatehah Mat Salleh dalam acara memanah.
Muhammad Irfan, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA dalam acara lempar cakera dengan yang terbaru di Kuala Lumpur tahun lalu, dari Universiti Malaya pula mengetepikan cabaran Muhammad Afif Muhammad Razif (Golf), Lim Chee Wei (Karate) dan Johnathan Wong Guanjie (Menembak).
Kedua-duanya menerima anugerah yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dalam majlis yang berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.
Kedua-dua mereka membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM3,000, trofi iringan pemenang dan sijil penghargaan.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim dan Pengerusi Masum, Prof Datuk Hassan Basri Awang Mat Dahan.
Bagi Jun Hoong, ia adalah satu kebanggaan bagi dirinya dapat memegang gelaran yang sama pernah dimilikinya pada 2012.
“Memang cukup gembira, satu penghargaan. Terima kasih atas sokongan berterusan dan usaha keras saya berbaloi. Bagi Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 sudah tentu saya akan berikan aksi yang terbaik,” katanya.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara 10 meter platform seirama itu berkata pasukan dari China dan Korea Utara bakal memberi tentangan yang hebat baginya.
Jun Hoong berkata beliau hanya mensasarkan untuk membawa pulang pingat tanpa menetapkan jumlahnya.
Irfan diwakili kakaknya Salwa Shamsuddin, 34, kerana Irfan sendiri sedang menjalani latihan intensif di Jerman bagi menghadapi Sukan Asia bulan depan.
Sementara itu, anugerah Bintang Harapan Lelaki dimenangi atlet olahraga Asif Rahman Jiyaudeen dari Universiti Malaya, manakala Iman Aisyah Norazam (memanah) dari Universiti Sultan Zainal Abidin dipilih sebagai Bintang Harapan Wanita.
Sebanyak sembilan lagi anugerah disampaikan malam ini, antaranya atlet terbaik universiti kategori lelaki dan wanita, pasukan terbaik kategori lelaki dan wanita serta jurulatih dan anugerah tokoh sukan. — Bernama
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#Sukan #AllInOne #AnugerahSukan #Berita #Buddy #Cheong #CheongJunHoong #Dinobat #Hokaloh #HokalohNews #Hoong #Irfan #IrfanShamsuddin #Jun #MajlisSukanUniversitiMalaysia #Masum #News #Olahragawan #Olahragawati #PocketNews #Shamsuddin #Sukan
https://hokaloh.news/sukan/irfan-shamsuddin-cheong-jun-hoong-dinobat-olahraga-sukan-hokaloh-news/
0 notes
kemungkinan-blog · 5 years
Text
'Niatlah kerana Allah, ilmu yang nak disampaikan ini bukan sebab kita hebat tapi sebab Allah yang bagi' - Tulisan terakhir seorang guru
Tumblr media
Tugasan sebagai seorang pendidik tampak mudah di mata orang lain. Tetapi, hanya yang memikul amanah itu yang mengetahui di sebaliknya. Seperti pepatah, guru ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi kehidupan orang lain. Bukan sahaja tugasan sebagai seorang pendidik, bahkan segala tugasan lain perlu dipikul demi para pelajar. 
Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendedahkan guru rajin di sekolah adalah antara mereka yang berdepan dengan tekanan kerja tinggi.  Namun, tekanan itu dapat diatasi sekiranya guru tersebut bijak dalam mengawal emosi dan keadaan. Allahyarham Farah Aida, yang merupakan seorang guru berkongsikan pengalaman yang dilaluinya sendiri dan bagaimana dia mengatasi masalah tersebut.
SAYA rajin ke? Jawapannya saya memang tak rajin. Sebab itu saya bukan guru yang mengalami tekanan. Saya rajin bila saya nak buat apa yang saya suka buat. Saya suka mengajar. Suka cakap kuat-kuat. Suka bila orang faham apa saya cakap, suka bila orang nak dengar cerita saya. Tapi suka juga marah-marah bila orang tak faham-faham. Hahaha.
Lakukan Perkara Yang Disukai
Saya suka netball so saya rajin la part itu. Saya suka jadi guru kelas sebab suka nak hias kelas. Saya suka suasana sekolah yang meriah dan selalu rindu kantin sekolah bila cuti. Sebab saya suka melepak di kantin. Hehehe.
Saya tak suka bila kena buat RPH kena buat fail panitia dan tugasan remeh temeh macam guru penasihat kelab dan persatuan. Leceh. Leceh sebab benda-benda ini pun diaorang sibuk nak dokumentasikan. Kan bagus kalau benda-benda seperti itu tak ada kat sekolah. Lagi tenang hidup saya menjadi seorang guru.  
Bagi saya kerajinan cikgu itu pun bergantung kepada apa kesukaan dia. Kalau dia cikgu sukan mestilah kesukaan dia apa yang berkaitan dengan sukan. Kalau cikgu BM pulak rajin bab-bab bahas berpantun dan semua yang seangkatan dengan bahasa. Saya cikgu Sains mestilah saya suka part Sains ini. So selalulah ambil job luar yang berkaitan dengan Sains.
Tapi ada juga cikgu yang tapau semua. Dia bukan cikgu sukan tapi selalu sibuk dengan sukan. Lepas itu bahas pun dia, kang menyanyi, berpidato pun dia, koir pun dia. Kalau ada AJK kerja nama dia dulu orang sebut. Sebab dia memang rajin tak bertempat. Siapa suruh kan. Tapi bagus juga banyak pengalaman.
Masa saya muda-muda dulu macam tu juga, semua kerja saya nak buat. Maklumlah gergaji baru. Tenaga pun banyak dan tak hairanlah banyak anugerah yang singgah. Dulu sibuk mensasarkan masa depan. Mesti dapat begini selepas 5 tahun, mesti dapat begitu selepas 10 tahun. Saya lupa yang  semua benda sebenarnya sampai pada kita tepat pada masanya. Sebab perancangan Allah yang terbaik. 
Jauhi Tekanan
Tapi sekarang saya dah mengerti hidup itu bagaimana. Tu pasal saya buat kerja yang saya boleh buat dan saya suka sahaja. Sebab saya tak nak stress dalam hidup saya. Saya nak happy jer buat apa yang saya suka. Saya dah belajar banyak dari kesilapan lalu. Saya pun tak pandang dah pangkat atau APC. Saya cuma ingin belajar bersyukur dengan apa yang saya ada. Selama berbelas tahun mengajar ni, akhirnya saya mengerti semua perkara akan sampai pada kita bila tiba masanya. Bila kita dah cukup bersedia, bila kita cukup berusaha bila kita dah cukup berdoa, bila kita dah cukup bertawakal. Semuanya akan hadir satu persatu apa yang kita impikan sesuai dengan masanya. Saya cuma ingin belajar menghayati hidup yang singkat ini.
Tidak Mendesak
Kalau dulu saya akan ajar pelajar saya bersungguh-sungguh, saya marah sungguh-sungguh. Kalau mereka gagal, saya denda macam-macam supaya mereka mengerti. Saya gembira bila mereka berjaya. Saya rasa sayalah yang menyebabkan mereka berjaya tapi hakikatnya bukan sebab  saya pun mereka berjaya. Itu semua sebab Allah dah aturkan untuk mereka. Saya hanya asbab ilmu itu sampai kepada mereka. Tidak ada upaya pun nak jadikan mereka tu boleh terima dan pandai. Itu semua Allah yang beri mereka kemudahan. 
Di satu ketika dulu saya berjumpa seorang pelajar yang teruknya la hai. Package sangat dengan kurang ajar dengan dungunya, malasnya sampai saya tak terkata dan setiap hari berdoa supaya hari berlalu dengan cepat supaya dia habis sekolah dan saya tak perlu lagi bertemu dengan dia lagi. Saya rasa marah sebab dia tak mahu menerima ilmu saya, dengar nasihat saya dan menghormati saya sebagai seorang guru. Saya menjangkakan hidupnya akan lebih susah di masa akan datang dan masa depan yang gelap sedang menantinya.
Tapi saya silap. Di satu ketika saya bertemunya secara tidak sengaja selepas beberapa tahun berlalu. Dia menegur saya ramah, memohon maaf atas sikapnya dulu dan menceritakan kejayaannya sekarang. Sejak itu saya mengerti bukan saya yang menyebabkan manusia tu berubah, yang memberikan hidayah itu hanya Allah. Benar saya tak pernah serahkan dia dulu pada Allah, jauh sekali mendoakan dia diberi hidayah. Saya lupa hanya Allah sahaja yang boleh menjaga dan membolak balikan hati kita. Saya tak ada kuasa apa pun untuk mengubah dia. Sejak itu saya mengerti dia adalah ujian untuk saya. Ujian saya yang gagal saya lalui. Dia tak berjaya dulu ketika di sekolah mungkin ketika itu saya tak pernah mendoakannnya beroleh kejayaan. Tapi bila tiba masanya kejayaan tetap jadi milik dia.
Perlu Ikhlas dalam Mendidik
Sejak itu saya tahu satu perkara kenapa saya stress bila pelajar saya tak pandai-pandai bila saya mengajar. Sebab saya rasa saya bagus. Saya dah sampaikan ilmu dengan baik dan bersungguh-sungguh. Saya rasa saya dah buat yang terbaik. Tapi bila hasil tak sama dengan usaha, saya cepat kecewa dan tertekan dan selalu bertanya, kenapa mereka tak boleh terima ilmu, kenapa masih tak faham apa yang saya ajar. Akhirnya saya mengerti tugas saya mengajar menyampaikan ilmu, saya kena sampaikan dengan baik bersungguh-sungguh dan paling penting ikhlas. Ikhlaskan diri dan akhirnya kena redha. Yang nak bagi sehingga pelajar faham dan yang nak mudahkan kefahaman pelajar, bukan saya, tu semua kerja Allah. Saya kena balikkan dia pada Allah. Berdoa semua yang saya buat kerana Allah dan hanya Allah yang boleh sampaikan ilmu yang saya beri, terangkan hati mereka dan mudahkan kefahaman mereka.
Paling penting dalam semua pekerjaan kita adalah niat. Niatlah kerana Allah. Ilmu yang nak disampaikan ini bukan sebab  kita ni hebat, tapi sebab Allah yang bagi  kefahaman pada kita dulu, kalau dulu Allah tak bagi kita pun sama jer masih dungu. Sebab itu serahkan pada Allah untuk bagi kefahaman. Berdoalah. Yang lain pasti mudah buat kita. Pasti stress kita pun hilang dan kita tenang-tenang sahaja bila pelajar kita tak pandai-pandai atau tak mahu dengar cakap kita. Cuba tanya diri kita, ikhlaskah kita bila dah marah-marah itu redhakah kita bila pelajar kita tak seperti yang diharapkan. Kalau masih belum, berdoalah semoga hati kita dan pelajar kita sama-sama diberi hidayah. 
Sama juga dengan tugasan lain. Ikhlaskan diri melaksanakannya. Kena hantar pelajar pergi hospital ikhlas, kena keluar duit untuk makan pelajar ikhlas, kena tambah kerja hari minggu ikhlas. Kena itu dan ini ikhlas. Dah ikhlas jangan ungkit lagi. Kalau ungkit-ungkit tu yang tertekan tu. Apatah lagi orang lain yang ungkit 'asyik kau jer kena'. Bertambah-tambah la tertekannya.
Bagi saya yang penting buatlah apa pun, rajinlah di mana pun. Kalau kau suka dan ikhlas, kau lupa segalanya. Kalau tak boleh nak cari ikhlas tu, cuba bayangkan anak-anak murid kita yang jahat-jahat yang kita rasa nak bagi penampor tu. Bila kat akhirat nanti  diaorang la yang beria-ia, tarik kita masuk syurga. Terus kita rasa nak ikhlas dan redha sepanjang zaman. Atau kau bayangkan masa kat akhirat nanti tiba-tiba kau masuk syurga tanpa dihisab. Lepas tu kau rasa pelik kenapa kau dapat istimewa sangat ni. Rupa-rupanya tugas kau masa jadi cikgu dulu kau suka cat sekolah betul-betul kan pintu, betul-betul kan bilik air, semua benda rosak orang cari kau padahal bukan tugas kau pun kan, walaupun masa kau habis kat sekolah siang malam sebab kau rajin tapi hasilnya berbaloikan sebab ikhlas. Ha...gitu. 
Semoga murah rezeki wahai cikgu-cikgu semuanya. Tak kiralah perkerjaan apa pun yang cikgu lakukan. Biarpun kadang-kadang jadi polis, esok lusa jadi kerani, minggu depan jadi petani, bulan depannya jadi jururawat. Buatlah yang terbaik dan ikhlas apa adanya. Insyallah ujian ini pasti kita berjaya lalui dan lulus dengan cemerlang full marks. Yakinlah pasti ada markah di sisiNya.
Tumblr media
Sumber: Allahyarham Farah Aida
from The Reporter http://bit.ly/2DB4fg2 via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2LasHLm via IFTTT
1 note · View note
cikgufarizal · 3 years
Photo
Tumblr media
Posted @withregram • @kempendidikan #Repost - @radzi.jidin Semasa sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di PICC pagi tadi, saya ada maklumkan tentang ketetapan KPM mengenai aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah. Bermula 21 Mac ini semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah adalah dibenarkan. KPM juga telah menetapkan beberapa tatacara pelaksanaan dan garis panduan yang perlu dipatuhi pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Berikut dikongsikan kenyataan media KPM bagi menjelaskan secara lebih terperinci berkenaan pengumuman tersebut dan Annex berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/kenyataan-media/km2022/5084-annex-sukan-kokurikulum-bersemuka-kpm/file Mohon kongsi-kongsikan maklumat ini. #DRJ #KPMPrihatin #SekolahkuSEJAHTERA #AktivitiSukanKokurikulum https://www.instagram.com/p/CbNYO78PKg-/?utm_medium=tumblr
0 notes
andisuryady · 3 years
Photo
Tumblr media
3.3.2022 Mesyuarat Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) (at Kementerian Belia dan Sukan Sabah) https://www.instagram.com/p/Carbi93PRE_/?utm_medium=tumblr
0 notes
cmd-368-malaysia · 3 years
Photo
Tumblr media
Klopp terkejut keputusan Ballon d'Or
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp mengakui dia terkejut Mohamed Salah sekadar di ranking ketujuh Ballon d'Or.
Lionel Messi memenangi gelaran ketujuhnya selepas mengatasi Robert Lewandowski yang dilihat lebih layak memenangi anugerah itu tahun ini.
Gandingan Chelsea Jorginho dan N'Golo Kane turut mengisi kelompok lima teratas dengan Karim Benzema berada di antara mereka pada kedudukan keempat.
Pemenang lima kali Cristiano Ronaldo di tempat keenam, dengan Salah di belakangnya walaupun mengharungi musim 2021-22 yang jauh lebih cemerlang.
"Saya terkejut dengan kedudukan Salah. Wartawan yang mengundi untuk Ballon d'Or, jadi... jika anda fikir dia sepatutnya berada lebih tinggi, anda perlu meyakinkan rakan-rakan anda!
"Anda boleh sentiasa memberikannya kepada Lionel Messi berdasarkan kariernya, tetapi jika anda tidak memberikannya kepada Robert Lewandowski kali ini, dia tidak akan memenanginya langsung.
"Dan Mo Salah sepatutnya berada di kedudukan lebih tinggi. Dia akan mendapat peluangnya di lain kali," kata Klopp menjelang pertemuan tetangga Merseyside dengan Everton malam ini.
Chelsea dianugerahkan Kelab Terbaik selepas skuad lelakinya memenangi Liga Juara-Juara Eropah manakala skuad wanita mereka memenangi Liga Super Wanita dan muncul naib juara Liga Juara-Juara Wanita di belakang Barcelona.
https://www.wang368.com/en-US/JoinNow?btag=a_1972b_145c_
#CMD368 #PertaruhanBolaSepak #Pertaruhan #Sukan
0 notes
mshukrih · 3 years
Photo
Tumblr media
Majlis makan malam Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah Kuala Muda dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 serta majlis persaraan . (at Zaques Hotel) https://www.instagram.com/p/CWyOoWQvIsUCchRkT28ciz4qLA7ne_VidNiHlY0/?utm_medium=tumblr
1 note · View note
jdigital · 3 years
Text
75 calon Anugerah Belia Terengganu jadi mentor
75 calon Anugerah Belia Terengganu jadi mentor
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan memperkasakan kesemua 75 calon Anugerah Belia Terengganu 2021 sebagai mentor dalam menyuntik semangat kalangan anak muda, bermula tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, khidmat mereka amat diperlukan bagi berkongsi pengalaman di samping membimbing golongan…
View On WordPress
0 notes
ebisss-my · 4 years
Text
Sukan Lain: Brady membawa Buccaneers ke kemenangan Super Bowl di gelanggang sendiri
Sukan Lain: Brady membawa Buccaneers ke kemenangan Super Bowl di gelanggang sendiri
TAMPA, Fla. (Reuters) – Tom Brady melemparkan tiga gol ketika Tampa Bay Buccaneers mengalahkan Ketua Kansas City 31-9 untuk memenangi Super Bowl pada hari Ahad, memberikan quarterback berusia 43 tahun yang malar itu sebagai gelaran kejuaraan ketujuh yang memperluas rekod . Persembahan Brady yang menentang usia, yang menjadikannya anugerah Pemain Paling Berharga, menurunkan tirai apa yang mungkin…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
drnizamshapie · 3 years
Photo
Tumblr media
Our VIPS. 1. YB Datuk Abdul Rashid Asari, PENAUNG Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysi 2. Grandmaster Tuan Guru Mohd Safwan Abu Hassan Setiausaha Agung, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia merangkap Presiden, Persekutuan Silat Olahraga Nasional Negeri Selangor (PESONA Selangor) 3. Grandmaster Tuan Guru Tuah Idris Bujang Presiden Persekutuan Silat Olahraga Nasional Negeri Sarawak (PESONA Negeri Sarawak) 4. Yang Berusaha Tuan Muhammad Salehin Ramli Pengarah Majlis Anugerah Silat Kebangsaan 2020 merangkap Presiden Persekutuan Silat Olahraga Nasional Perak (PESONA Perak) 5. Yang Berusaha Professor Dr Mohad Anizu Mohd Nor Dekan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM, Shah Alam, Selangor 6. Yang Berbahagia Datin Narena Nasrudin & Puan Asnah Mansor, Swiftlet President Penta Harvest International Sdn Bhd 7. Tuan Zakaria Ismail, Pengurus Besar, Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre 8. Para pesilat dan ibu bapa, para guru pengiring, guru-guru dan jurulatih silat, para pengkaji, ahli-ahli akademik, para penaja, wakil media massa, penyokong dan peminat Silat Melayu sekalian. #ask2020 #psgfmofficial (at Perdana Hotel & Suites) https://www.instagram.com/p/CXJKfsABekBTKToNQ8xL4nNMrYn0TLL-hGtYQw0/?utm_medium=tumblr
0 notes
andisuryady · 3 years
Photo
Tumblr media
14.12.2021 Bengkel Pengucapan Awam oleh IKRAR dan Anugerah Pekerja Cemerlang Lembaga Sukan Sabah #kbssabah https://www.instagram.com/p/CXd58_vvrv1/?utm_medium=tumblr
0 notes
cmd-368-malaysia · 3 years
Photo
Tumblr media
Evra hairan Mendy tidak menang
Patrice Evra mendakwa kegagalan Edouard Mendy memenangi Trofy Yasghin dipengaruhi oleh faktor perkauman.
Legenda Manchester United berusia 40 tahun itu menyelar majlis Ballon d'Or anjuran majalah France Football yang menobatkan penjaga gol Paris Saint-Germain dan Itali, Gianluigi Donnarumma sebagai penjaga gol terbaik.
Evra merasakan keputusan untuk tidak memberikan anugerah itu kepada pemenang Liga Juara-Juara dari Senegal itu adalah disebabkan warna kulit Mendy.
"Juga berkenaan penjaga gol... apa kurangnya Edouard Mendy? Tetapi sudah tentu, Piala Afrika, kami adalah monyet jadi tidak ada sesiapa menghormati kejohanan ini.
"Kami satu-satunya pertandingan di mana anda terpaksa meninggalkan kelab untuk tiga minggu dan bermain di kejohanan itu kerana Afrika tidak banyak ruang. Tetapi ia akan berubah," kata Evra.
Mendy di tempat kedua di belakang Donnarumma manakala penjaga gol Atletico Madrid Jan Oblak ketiga.
Evra yang lahir di Senegal, mewakili Perancis di peringkat antarabangsa. Mendy pula lahir di Perancis tetapi membuat keputusan untuk mewakili Senegal.
https://www.wang368.com/en-US/JoinNow?btag=a_1972b_145c_
#CMD368 #PertaruhanBolaSepak #Pertaruhan #Sukan
0 notes
ebisss-my · 4 years
Text
Nicol mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongannya dalam pungutan suara Atlet Terbesar Sepanjang Masa Permainan Dunia | Sukan
Nicol mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongannya dalam pungutan suara Atlet Terbesar Sepanjang Masa Permainan Dunia | Sukan
Pemain Pulau Pinang berusia 37 tahun yang kekal di tangga teratas PSA World Rankings selama 109 bulan berturut-turut, menerima anugerah yang diingini, mengalahkan 23 atlet lain setelah memperoleh undian tertinggi melalui tinjauan dalam talian di laman web rasmi World Games. – Gambar BK KUALA LUMPUR, 2 Februari – Ratu Skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David hari ini mengucapkan terima kasih kepada…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
herokita · 4 years
Link
Ada ke di kalangan peminat bola sepak dunia yang tidak mengenali Cristiano Ronaldo? Kebanyakan perempuan yang tidak meminati bola sepak pun kenal Cristiano Ronaldo kerana kehenseman beliau. Kini beliau telah berjaya memecah rekod dunia bola sepak apabila menjadi pemain bola sepak dunia pertama bergelar bilionaire. Ini menjadikan dirinya lebih berjaya berbanding dengan pesaing terdekatnya iaitu Lionel Messi, penyerang prolifik bagi pasukan Barcelona dan juga Argentina. Bermula Dari Bawah Kejayaan tidak datang bergolek, apa yang dimiliki Cristiano Ronaldo pada hari ini bukannya satu perkara mudah. Tetapi dengan kerja keras telah melayakkan dirinya menjadi seorang bilionaire di dalam sukan bola sepak. Mari kita lihat bagaimana Cristiano Ronaldo yang berasal dari keluarga yang sangat miskin, telah berjaya menjadi pemain bola sepak pertama yang bergelar bilionaire. Cristiano Ronaldo dilahirkan oleh pasangan suami isteri Jose Dinis Aveiro dan Dolores dos Santos Aveiro. Bapanya adalah seorang tukang kebun sekolah manakala ibunya adalah seorang tukang masak. Beliau mempunyai empat orang adik-beradik. Memulakan karier bola sepaknya di kelab ternama Portugal iaitu Sporting Lisbon pada tahun 2002. Dengan bakat yang dimilikinya itu, Cristiano Ronaldo telah menarik minat jurulatih lagenda dari England iaitu Sir Alex Ferguson untuk menyertai pasukannya iaitu Manchester United. Pada masa itu, Manchester United adalah sebuah kelab yang sangat digeruni di Liga Perdana Inggeris (EPL). Dengan memiliki pemain sehebat Cristiano Ronaldo, ia akan menambah lagi kehebatan Manchester United di persada liga EPL dan Eropah. Mengecapi Pelbagai Kejayaan Cristiano Ronaldo yang dibeli dengan nilai perpindahan $14 juta dan pada ketika itu, ia merupakan jumlah yang besar bagi seorang pemain muda yang tidak mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa. Cristiano Ronaldo yang dibentuk oleh Sir Alex Ferguson itu berjaya mengharungi detik detik yang cemerlang ketika bersama dengan Manchester United. Sepanjang berada di Manchester United, beliau berjaya memenagi tiga trofi kejuaraan EPL dan satu trofi tropi Champions League selain menjadi pemain terbaik liga EPL. Berpindah Kelab Dan Jadi Lebih Berjaya Pada tahun 2009, Cristiano Ronaldo telah dirisik oleh kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan beliau bersetuju untuk berpindah ke sana untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada. Yuran perpindahan ke Real Madrid adalah sebanyak €94 juta, memang luar biasa sungguh. Di sana, Cristiano Ronaldo mencapai zaman kegimilangan sepanjang karier bola sepaknya. Beliau telah berjaya memenangi 4 trofi Champions League dan 2 kali menjadi juara La Liga. Pada tahun 2016 pula, beliau berjaya membawa pasukan Portugal memenangi UEFA European Football Championship buat kali pertama dalam sejarah negara tersebut. Beliau juga merupakan pemenang 5 kali anugerah Ballon d’Or, iaitu anugerah pemain bolasepak terbaik dunia. Akhirnya pada tahun 2018, Cristiano Ronaldo membuat keputusan yang mengejutkan untuk berpindah ke Juventus ketika berada di puncak kariernya. Beliau telah berpindah dengan yuran perpindahan sebanyak €100 juta dan menjadikannya pemain yang paling tinggi bayarannya. Saham kelab Juventus naik dengan mendadak selepas Cristiano Ronaldo berpindah ke sana. Baca: Jadi Pemilik 12 Kelab Bolasepak Ni Dengan Membeli Saham Mereka Selain daripada gajinya yang begitu lumayan ketika berada di kelab-kelab yang terkemuka, beliau juga menjadi duta pelbagai produk yang mampu menjana pendapatan sampingan yang luar biasa. Bakat luar biasa yang dimiliki beliau di atas padang dan personaliti menarik beliau di luar padang, menjadikan Cristiano Ronaldo seorang ikon di media sosial dengan 223 juta peminat di Instagram dan 126 juta followers di Facebook. Memang patut sangatlah beliau bergelar seorang bilionaire. Sumber Rujukan: HEROKITA.com | Digital Talents On Demand Source link
0 notes
drnizamshapie · 3 years
Photo
Tumblr media
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar di RTM. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu dalam menjayakan program Selamat Malam Malaysia. Terdapat banyak input yang dibincangkan bersama pengacara majlis dan semoga menjadi manfaat kepada semua. Tajuk "Inisiatif Industri Persilatan Bantu Keluarga Malaysia" 1. Aktiviti-aktiviti persilatan - inisiatif yang dirangka oleh industri persilatan pada bulan Disember 2021 - Anugerah Silat Kebangsaan 2020 (ASK 2020). 2. Bengkel Kejurulatihan di Mabul, Sabah. 3. SILAT OLAHRAGA TERBUKA PESONA SARAWAK, JUARA bakal membawa pulang hadiah RM5000. 4. KEUSAHAWANAN SILAT sejak 30 tahun lepas. 5. INDUSTRI SILAT - INDUSTRI SUKAN. 6. Belia dan keluarga Malaysia. Sekalung pengahrgaan kepada pengawai pengiring yang hadir bersama saya di Wisma Berita, RTM. @salehin.collin @nasrusyazwan #selamatmalammalaysia #senigayungfatani #pesonamalaysia #worldsilatfederation #fsruitm #drnizamshapie (at Wisma Berita, RTM) https://www.instagram.com/p/CWlPXJqh42WYvQrMvKqdSoHuAkC1Lzw2Hi7cAQ0/?utm_medium=tumblr
0 notes
kemungkinan-blog · 7 years
Text
Yuran tadika mahal (RM1,000 - RM2,000), ibu bapa terpaksa ikat perut
Menjelang akhir tahun ini, ramai ibu bapa yang meluahkan rasa keperitan mereka yang terpaksa membayar kos yuran tadika anak masing-masing yang dikatakan meningkat setiap tahun. Ibu bapa tiada pilihan dan terpaksa juga membayar yuran tersebut bermula dari RM1,000 ke RM2,000 setahun.
Dalam laporan Sinar Harian, beberapa ibu bapa yang ditemubual berkata, keadaan menjadi lebih teruk jika dalam satu keluarga ada ramai anak yang perlu dihantar ke tadika. Bukan berkira namun ibu bapa sangat berharap isu ini diberi perhatian oleh pihak berwajib dan mengambil tindakan bagi meringankan sedikit bebanan mereka. 
Yuran mahal biasanya terjadi kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tadika swasta. Namun, timbul persoalan mengapa tadika swasta yang menjadi pilihan sedangkan tadika kemas disediakan dengan tanpa apa-apa yuran. 
Juga menjadi persoalan, mengapa ibu bapa sanggup berhabis duit untuk anak-anak yang masih kecil, iaitu bermula usia tiga hingga enam tahun? Apakah faktor yang menyebabkan mereka reda untuk membayar yuran yang begitu tinggi? Ada yang mengatakan, yuran mahal ini bergantung kepada sejauh mana populariti tadika tersebut. 
Rata-rata ibu bapa yang ditemui berkata, pemilihan tadika swasta pada hari ini sudah menjadi keperluan, bukan lagi pilihan. 
Bagi Azmi Nasir, 37, dua anaknya dihantar ke tadika swasta yang berkonsepkan Islamik kerana pendekatan yang digunakan. 
"Kalau nak kata memilih tu, tidaklah. Tetapi tadika swasta ini pendekatannya lebih dekat dengan alam persekolahan nanti. Dua-dua anak saya dihantar ke tadika sejak mereka berusia lima tahu. Saya akui, memang perlu memperuntukkan sejumlah wang agak besar setiap hujung tahun. 
"Saya berusaha untuk melunaskan yuran kerana saya melihat perkembangan anak-anak saya di mana dalam pembelajaran dan juga disiplin," katanya. 
Bagaimanapun katanya, yuran itu tidak termasuk bayaran lain seperti hari sukan, lawatan dan hari anugerah. 
"Itu kena bayar lain. Sudahlah bulan-bulan saya bayar hampir RM300, nanti ada tambahan lagi. Sudahlah yuran mahal, ditambah dengan bayaran lain membuatkan kita ibu bapa ini terpaksa mengikat perut," atanya. 
Azmi mengakui, tadika pilihannya itu banyak membantu anak-anaknya sehingga mereka boleh bersolat dengan baik dengan pendekatan berbeza yang ditunjukkan di tadika. Namun begitu, yuran yang agak mahal juga tetap memberikan tekanan kepada ibu bapa. 
"Buat masa sekarang, seorang anak saya yang tadika. Kakaknya dah sekolah rendah. Nanti lima tahun lagi, adiknya pula. Kalau yuran semakin tinggi, saya tak tahu nak cakap macam mana tetapi saya sangat berharap perkara ini mendapat perhatian daripada pihak berwajib dan memantau setiap pergerakan tadika-tadika swasta," katanya. 
Aminah Abdullah, 35, pula berkata, dia tiada pilihan lain selain menghantar anaknya ke tadika swasta kerana tadika Kemas yang berdekatan dengan rumahnya sudah penuh. 
"Saya ada cuba nak hantar, tetapi dah penuh. Alasan utama mereka adalah kerana gaji saya agak tinggi. Tadika Kemas meletakkan syarat-syarat tertentu, jadi nak buat macam mana? Terpaksalah bayar yuran tinggi setiap tahun," katanya yang mula menghantar anaknya ke tadik sejak berusia empat tahun. 
Menurut Aminah, tadika swasta anaknya juga menyediakan pusat jagaan seharin selepas tamat sesi pembelajaran yang memudahkannya fikir di mana dia perlu menghantar anaknya untuk dijaga orang lain. 
"Saya tak payah lagi nak fikir transit dan sebagainya. Tadika swasta ini ada buat, jadi bayar sajalah. Tadika Kemas tak sediakan perkhidmatan itu. Kalaulah yuran itu dapat dikurangkan, lebih baik memandangkan zaman sekarang semua benda naik harga," katanya yang juga berharap pihak berwajib memantau yuran yang dikenakan oleh tadika-tadika swasta. 
"Saya faham mereka ini ada persatuan. Jadi kalau persatuan kata tak boleh lebih sekian-sekian harga, kenalah kita iktu.��
"Saya juga bersetuju bila kata tadika swasta bulan lagi pilihan tetapi keperluan. Betul, pendekatan pembelajaran yang dilakukan amat efektif untuk anak-anak. Cuma kita bukan orang kaya nak bayar mahal-mahal sangat. 
"Saya dan suami perlu sediakan RM1,500 untuk pendaftaran tadika anak kami. Dengan yuran yang agak tinggi, ia sedikit memberi bebanan. Namun apabila memikirkan pendekatan yang digunakan tadika terbabit, saya jadi tidak kisah pula. 
"Cara pembelajaran mereka lain dari tadika lain. Banyak simulasi yang digunakan, contohnya mengenali pokok pisang bukan hanya dengan melihat gambar, malah sebatang pokok pisang dibawa ke dalam kelas. Dari situ anak-anak ini akan merasai sendiri bagaimana rupa dan boleh menyentuhnya," katanya. 
Wani Mehat, 33, juga memperuntukkan RM1,000 untuk yuran tadika anaknya juga merasakan jumlah itu agak membebankan meskipun tadika anaknya itu bukanlah tadika popular. 
"Tadika yang saya hantar itu bukan popular seperti yang kita selalu dengar. Tapi yurannya pun boleh tahan juga mahalnya. Walaupun gaji saya tak besar mana, tetapi saya tak dapat nak daftarkan anak saya ke tadika Kemas. Nak tak nak, kena hantar ke tadika swasta. 
"Saya bekerja, tadika dekat rumah, bukan pejabat. Jadi saya tak boleh nak ambil anak saya bila habis waktu. Mujur mereka menyediakan perkhidmataan jagaan selepas tamat sesi belajar. Jadi ia memudahkan saya dan suami. 
"Saya perasan ada kenaikan harga yuran kalau tak silap hampir RM100 tambahan dari tahun lepas. Apa yang dimaklumkan, buku dan silibus pembelajaran yang menjadikan yuran mahal," katanya. 
Bagi Aishah Mohamad, 34, melihat kendiri anaknya sejak dihantar ke tadika pada usia empat tahun, dia nekad untu kterus menghantar anaknya. 
"Tahun ini anak saya lima tahun. Saya risau juga pada mulanya hantar dia ke tadika. Saya memang memilih tadika swasta berkonsepkan Islamik dengan bahasa utamanya Bahasa Inggeris. Yuran mahal tu memang tak dapat dinafikan. Apa yang boleh kami buat? Nak yang terbaik, kena bayar lebih la kan.
“Kalau ada pihak yang sudi nak bawa hal ini ke tengah, kami ibu bapa tumpang berbangga dan bersyukur. Iyelah, anak tadika tapi yuran macam nak masuk asrama penuh sekolah menengah,” katanya.
Bagi Zila Wahi, 32, tiga daripada empat anak-anaknya dihantar ke tadika Kemas kerana keadaan kewangannya yang tidak mengizinkan dan setakat ini anak-anaknya pandai menyanyi dan berdoa. 
"Di tadika Kemas, memang tak ada pembelajaran khusus untuk mereka. Saya ada hadir taklimat ibu bapa sejak tiga tahun lalu. Bukan niat saya nak mengkritik atau apa, tetapi pegawai yang memberi taklimat itu seolah-olah membaca skrip kerana setiap bait ayatnya sudah saya hafal sejak tiga tahun lalu.
"Katanya, anak-anak pada usia lima tahun belum masanya untuk belajar, biarkan mereka bermain dahulu,” katanya.
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang digunakan tadika swasta lebih komprehensif dan menetapi persediaan untuk kemasukan darjah 1. Ujarnya, tadika Kemas juga tidak mempunyai ujian dan apabila anak sulungnya perlu mendududuki ujian ketika darjah 1, anaknya tidak tahu.
“Macam saya cakaplah, kerana faktor kewangan, saya tak mampu nak hantar anak ke tadika swasta. Saya bukan nak memperlekehkan tadika Kemas, tetapi sudah tiba masanya, silibus pembelajaran diubah.
“Saya faham... anak-anak tak ada yuran, cuma ibu bapa boleh menyumbang RM10 setiap bulan, sama ada nak bayar atau tak, terpulang,” katanya.
Katanya, melihat perkembangan anak-anaknya, anak keduanya baru boleh membaca pada usia lewat enam tahun.
“Di tadika tak ditekankan sangat mengenai pembelajaran. Saya lihat sudah tiba masanya pengajaran dan pembelajaran di tadika kemas dipertingkatkan.
“Tak perlu lagi menyanyi, doa dan bermain. Berilah anak-anak ini ilmu pada peringkat awal, kerana masuk darjah 1, kalau tak boleh membaca, kena masuk kelas peralihan,” jelasnya.
Perkara sama turut diakui L Amuthadevi, 29, yang mengakui anaknya fasih menyanyi lagu daripada membaca.
“Setiap malam, saya akan latih anak saya mengeja dan membaca. Kalau nak harap pada tadika Kemas sahaja, memang anak saya tak boleh membaca lagi.
“Siapa tak suka, yuran tak ada, tapi, kenalah ada perubahan, sampai bila nak macam ni, dunia pendidikan dah semakin maju, takkan Kemas nak sama macam saya kecil-kecil dulu?” katanya.   
Sementara itu, pengasas Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Centre, Badariah Ismail berkata, yuran tahunan tadika adalah bergantung kepada buku dan silibus yang digunakan.
“Sebahagian besar yuran yang dibayar semasa pendaftaran digunakan untuk buku-buku dan baju anak.
“Ini antara sebab yang menjadikan kos pendaftaran tadika mencecah RM1,000 dan ke atas,” ujarnya.
Beliau berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dinafikan dan berkata, yuran bulanan yang dikatakan tinggi juga adalah digunakan untuk menampung cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Bagi tadika swasta, kos bulanan memang tinggi kerana untuk menampung sewa, gaji guru dan makan anak-anak.
“GST dan inflasi turut menambah berat keadaan ini. Yuran bulanan biasanya cukup-cukup untuk kos operasi bulanan,” jelasnya.
Katanya lagi, jika ingin membuat penambahbaikan pada kemudahan dan alat bantu mengajar, pengusaha perlu menambah modal, atau bergantung pada yuran pendaftaran.
“Selain itu, yuran tahunan juga kami gunakan untuk membantu menghantar guru ke kursus-kursus yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian Online
from The Reporter http://ift.tt/2BwkNae via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2CW0I9A via IFTTT
4 notes · View notes