Tumgik
#biofake
kusanagijose · 2 years
Photo
Tumblr media
Essa é a melhor rede social de otaku que existe, saca só o meu captain falcon, foi aqui que ganhei autógrafo do Murdoc haha. Até abandonei as outras redes sociais por causa dessa, e uma nova que está surgindo chamada l3xis. #yoble #biofake #fzero #anime #nintendo #captainfalcon #falconpunch #discord #server #l3xis https://www.instagram.com/p/CgkWmyhuOWn/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
kausligi · 5 years
Text
i am back in town from the pre event event & now theres only the event & post event left & oh yeah also a drunk girl cut my hair so thats a thing
1 note · View note
nursorayya · 6 years
Text
FEED BACK & NARATIF (1 & 2)
Tumblr media
 APA ITU ARKEOLOGI?
Pada pendapat saya sebagai seseorang yang amat meminati bidang arkeologi sejak kecil ini, saya merasakan bahawa arkeologi itu merupakan satu cabang ilmu dimana kita mengkaji kehidupan yang hadir atau wujud sebelum diri kita. Secara spesifiknya, saya beranggapan bahawa bidang ini hanya mengkaji mengenai ‘dinasaur’ dan ‘mami’ semata-mata.
                 Sebelum mengikuti kelas ini, saya hanya mempunyai pengetahuan arkeologi yang sangat asas dan terhad. Saya hanya mengetahui mengenai perkara-perkara seperti tapak-tapak penggalian dan alatan seperti berus yang digunakan untuk membersihkan artifak-artifak yang dijumpai.
                Namun, setelah mengikuti kelas arkeologi yang ditawarkan di Univerisiti Malaya, saya mulai sedar dan faham bahawa bidang ini bukanlah terbatas kepada 2 perkara itu sahaja. Saya juga telah memahami bahawa bidang arkeologi menawarkan suatu skop pengajian sejarah manusia yang sangat luas dan mendalam di mana ia mampu mencantumkan suatu peristiwa ke peristiwa yang lain.
                Selain daripada itu, persoalan saya mengenai apakah sebenarnya bidang arkeologi ini juga sedikit sebanyak telah terjawab. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, arkeologi ditakrifkan sebagai kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan (terutamanya kebudayaan prasejarah) dengan cara penggalian & penghuraian kesan-kesan tinggalannya. Di samping itu, arkeologi juga turut didefinisikan sebagai kajian terhadap aktiviti manusia pada masa lalu, terutamanya melalui pemulihan dan analisis budaya material dan data alam sekitar yang mereka tinggalkan. Ia termasuk artifak, seni bina, biofak (juga dikenali sebagi ekofak), dan landskap budaya. Melalui pendefinisian ringkas ini, jelas serba sedikit mengenai apa itu arkeologi.
 (14/03/19)
0 notes