Tumgik
#geng briker
suara-rakyat-blog ยท 2 years
Video
youtube
Ok sedara-sedara, banyak yang memberikan komen. Hishamuddin memberikan komen, Khairy Jamaluddin memberikan komen, Ismail Sabri memberikan komen. Semua orang sibuk memberikan komen kerana semua orang merasa seolah-olah mereka telah menang hari ini.
Namun sebenarnya, mereka telah ditolak oleh pewakilan. Banyak orang tidak sedar bahawa keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan atau tidak, tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat majlis kerja Tertinggi UMNO, biro pengurusan parti, biro politik parti atau mana-mana mesyuarat pun.
Hanya ketika membincangkan ucapan dasar Presiden, ada seorang jurucakap dari Negeri Sembilan yang bernama Syukri yang mencadangkan agar usul tambahan dimasukkan dalam ucapan dasar Presiden, supaya jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan. Ini bukan daripada majlis kerja tertinggi atau biro politik, tetapi usul dari wakil Negeri Sembilan, Syukri Samsuddin.
Usul ini telah disokong oleh wakil Negeri Terengganu dan dibincangkan selama dua hari sebelum diadakan pengundian. Proses pengundian ini dijalankan dengan meminta pewakilan mengangkat tangan. Walaupun sepatutnya ada dua kaedah pengundian, iaitu undi sulit atau angkat tangan, pengerusi tetap memilih untuk menggunakan kaedah angkat tangan sahaja.
Mereka yang tidak menyokong usul tersebut hanya kurang dari lima peratus dan malangnya, mereka yang menyokong usul tersebut dibuat "boo". Khairy Jamaluddin dan geng pro-Perikatan Nasional sepatutnya rasa malu kerana mereka telah berkempen untuk menolak cadangan tersebut.
Walaupun tiada sesiapa yang membuat cadangan sebelum ini, Khairy Jamaluddin membuat live dan menyeru agar cadangan itu ditolak. Namun, cadangan tersebut tetap disokong oleh majoriti pewakilan dan Ismail Sabri, yang awalnya enggan untuk bangun, akhirnya bangun juga.
0 notes