Tumgik
#malaynovel
officialhanayuri · 1 year
Text
Capricho Arabe [epilogue]
Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar perlahan-lahan. Nafisa mengulangi senaman pernafasan beberapa kali sehinggalah dia yakin dia sudah meninggalkan rasa gugup di pintu rumah, barulah dia menapak menuju ke jalan besar. Awal dinihari Nafisa mengambil keputusan drastik untuk kembali ke bandar hari itu juga. Mak dan Najwan tidak bertanya banyak, sudah lali dengan perangai Nafisa yang pulang bila mahu dan menghilang bila perlu. Dari dulu lagi, Nafisa beranggapan rumah Mak adalah tempat persinggahan sementara bagi menghilangkan lelah tatkala dia sudah kepenatan dengan urusan kehidupan. 
Pagi itu Nafisa hanya berjalan kaki sahaja menuju ke pekan koboi, tidak menumpang bas mini yang berdebu luarnya dengan tanah merah. Matahari masih bersenang-senang di kaki langit membuatkan lantai bumi masih basah dengan embun, belum dihangatkan menjadi wap terangkat ke udara. Sesekali dia disapa oleh penunggang motorsikal, pakcik-pakcik yang baru pulang daripada surau atau mahu ke kebun. Di kampung ini, tiada siapa yang tidak kenal Nafisa. Semuanya kerana dia mengahwini mualaf, yang juga anak Bapak, penganut kristian taat yang mendiami rumah di sebelah gereja.
Nafisa bersyukur kerana dia hidup di Malaysia, sudah terbiasa dengan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Dia bukanlah anak bumiputera pertama yang mengahwini bangsa lain di kampung itu. Saban tahun sesekali akan ada dua tiga pasangan daripada pelbagai latar belakang melangsungkan perkahwinan. Mungkin sebab itu juga, Mak yang pada awalnya kelihatan membantah akhirnya tidak berkata banyak. Iyalah, Mak juga asalnya anak Dusun yang tidak dibesarkan dengan apa-apa kepercayaan, kemudian mendapat agama selepas berjumpa dengan Ayah. Barangkali jauh dalam hati, Mak terkenang apa yang dilalui Nafisa adalah cerminan hidupnya.
Dalam dia mengelamun, Nafisa tidak sedar bila masa dia tiba di kaki lima kopitiam dihujung bangunan lama. Kedai kopi itu seperti hari biasa, sudah mula dibanjiri pelanggan. Hari ini dia tidak berniat untuk singgah bersarapan sebaliknya Nafisa mencari-cari pemetik gitar yang melazimi kawasan itu. Kepalanya terjengah-jengah. Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja kelibat yang dicari sedang membetulkan letak duduk gitarnya. 
Lalu Nafisa memulakan sapaan.
“Hai,”
Pemuzik jalanan dihadapanya mengangkat kepala. Rambut panjang yang berjurai dihadapan disebak ke belakang.
“Boleh saya tanya soalan?” soal Nafisa, dibalas dengan anggukan.
“Berapa lama tempoh lagu Capricho Arabe?”
“You tahu Capricho arabe?” dia disoal kembali. Kali ini Nafisa pula yang mengangguk.
“Ikut tempo. Tapi selalunya lebih kurang 5 minit,” jawapan diberikan padat.
Lima minit. Dia bekira-kira dalam hati.
“Ada lagu yang kurang 3 minit?”
"Lagrima?" 
Lagrima, a piece composed by Tarrega when he was longing for home.
“Home is where your heart is, Fisa,” antara kata-kata yang sering disebut-sebut oleh Joshua.
Home. 
"Boleh awak mainkan untuk saya?" Nafisa menghulurkan duit not 20 ringgit. Hulurannya tidak bersambut, sebaliknya pemetik gitar itu mula membetulkan tune. Nafisa lalu duduk bertinggung sambil memeluk lututnya. Duit kertas dengan cetakan muka YDPA diletakkan ke dalam kotak di hadapannya.
Tidak lama kemudian, tali gitar dipetik dengan penuh cermat, berirama dalam rentak yang mendayu, serentak Nafisa mengeluarkan telefon bimbit. Dia mencari-cari nama Joshua yang disimpan sebelum menulis sesuatu. 
'2 minutes. I want to be responsible for the choice I make. If you feel the same, care to call?' 
Hantar. 
"Sebenarnya kau tak mahu bertanggungjawab ke atas pilihan kau bukan?" 
Masakan dia boleh lupa tentang itu. Persoalan Joshua yang sentiasa dibawa ke mana-mana setiap kali dia perlu membuat keputusan. Hanya sahaja tidak mahu ditanyakan tatkala dia menerima lamaran Joshua.
Menyedari Lagrima semakin menghampiri penghujung namun telefon bimbitnya masih tidak lagi menerima sebarang balasan,Nafisa bangun, mengibas debu yang melekat pada bajunya. 
Dia berkira-kira untuk melangkah pergi sebelum lengannya ditarik daripada belakang. 
"You kata nak be responsible, how come I only have two minutes?" Nafasnya mengah, dahinya penuh dengan percikan peluh.
Spontan bibirnya mengukir senyuman. 
"Nafisa, aku rasa kau patut tahu satu perkara,"
"Apa?"
"Joshua selalu lepak depan kopitiam," 
Nafisa menyematkan jari jemari tirus miliknya dalam genggaman Joshua. Pandangannya mulai berkaca. Tenggelam sudah wajah tampan Joshua yang larut dalam air mata.
"Dua minit awak, selama-lamanya saya. Will that be enough?"
End
18 zulhijah 1444
6 Julai 2023 
15.02
0 notes
lettertosaviour · 7 years
Quote
It's okay not to be tough sometimes. You are human after all
Ayu, Tentang... Dhiya
2 notes · View notes
annaleejue · 7 years
Photo
Tumblr media
Lekas follow IG @prologmed kasi meriah sikit hidup pakcik min prolog tu😝 #Regrann from @prologmed - Mereka kata... Anda pula bagaimana? #janganbiarkannovelsedaptersimpandalamstor #reading #readingissexy #novelalternatif #supportlocalwriters #sokongpenulistempatan #supportgoodbooks #goodreads #malaynovel #novelmelayu #novelbest #novelterbaik #kakinovel #gilanovel #novel #malaysia #writing #prologmedia #ayumi
0 notes
officialhanayuri · 1 year
Text
Capricho Arabe [4]
"Bapak!" Satu suara menyapa daripada arah jalan raya. Adeline mengangkat sedikit gaun cotton yang dipakainya. Mata mereka bertaut. Nafisa sekadar memaniskan roman wajahnya dengan senyuman manakala mata Adeline kelihatan berkaca.
"Na..fisa?" 
"Kau berdua cakap-cakap lah. Aku balik dulu," Bapak bangun lalu menapak pergi. Masing-masing diam tidak berkutik sehinggalah Nafisa memaksa otot mulutnya supaya bekerja.
"Kau apa khabar, Adeline?" 
"Ok, aku ok," lambat-lambat Adeline melabuhkan punggung ke sebelah Nafisa. 
"So, akhirnya kau dah buat keputusan untuk jaga yayasan," kata Nafisa.
"Hmm, someone has to. Kau? Balik for good?"
Nafisa menggeleng. "Cuti. Habiskan cuti. Aku belum buat keputusan untuk resign terus atau apa," 
"Resign? Kau mahu balik sini?" soalan Adeline walaupun Nafisa tahu ianya terzahir atas dasar ingin tahu, namun dia berasa terusik. Seolah-olah Adeline tidak mahu dia pulang.
"Tidaklah. Tak ada apa yang boleh aku lakukan dekat kampung. My expertise will be rusted," 
"Habis tu, kau mahu ke mana?" 
"Belum fikir," ringkas. Nafisa sedar apabila meningkat usia, dia seringkali berfikir di mana sebenarnya dia patut berada. Buat masa ini, dia mahu berhenti seketika, mencari tempat yang boleh dicap sebagai kepunyaannya. 
"Kau ada jumpa Josh?" 
Mendengar nama itu dibangkitkan oleh Adeline, Nafisa mengeluh berat.
"Kau tahu nda, dua hari ni semua orang tanya fasal Joshua. Tak boleh kah kau seorang sahaja yang bertanya fasal benda lain? Banyak lagi ba isu yang boleh ditanya. Politik, ekonomi, sosial, rumah tangga..kenapa? Dekat dahi aku ni ada tampal muka Josh kah?" 
Adeline terkebil-kebil. 
"Sudah tu, apa lagi yang mengikat kau dekat sini selain Joshua, Nafisa?"
“Mak, Bapak, Najwan…dan kau,” pantas Nafisa menjawab, tidak perlu berfikir panjang. Namun jawapan itu masuk ke dalam telinga ahli psikologi Adeline disebelahnya sebagai jawapan defensive. Adeline menarik senyuman kelat, menyedari Nafisa masih lagi meletakkan dinding antara mereka, meskipun sepatutnya dinding itu telah diruntuhkan oleh Joshua tatkala dia memilih untuk berpisah lantaran perbezaan akidah. 
“Maksud kau, mak mertua Joshua, bapak Joshua, adik ipar Joshua, dan aku,sepupu a.k.a bekas isteri Joshua, begitu?”
Nafisa mengetap bibir. Dia ingin menangis, namun ditahan-tahan.
“I hate you, Adeline,”
“We both know you don’t,” 
“Kakak cakap apa?” suara mak bergetar.
“Josh kata nak datang meminang hujung minggu ni,” balas Nafisa bersahaja sambil mengacau kopi dengan sudu.
“Kakak, cuba bawak beristighfar. Mak tahu kakak berpelajaran tinggi, tapi mana boleh kakak nikah dengan Joshua, itu sudah lari daripada agama,”
Mendengar jawapan mak, Nafisa ketawa terbahak-bahak. Mujur sahaja hanya dia berdua dengan mak petang itu.
“Mak, Joshua tu muslim ba mak,”
“Kakak jangan nak memandai-mandai. Setiap kali Joshua balik, selang hari mak nampak dia pergi gereja,”
“Ya Allah mak, kan sebelah gereja tu yayasannya si bapak. Apa peliknya Josh pergi sana? Diakan lagi sukarelawan disitu,”
“Bila masa dia mengucap syahadah?”
“Di Ireland,mungkin?”
“Bukan dia sudah menikah sama sepupunya?” 
“Adeline, kau tak marah Josh?” Nafisa bertanya soalan yang dipendam lama.
“Tipulah kalau aku kata aku tak marah atau sedih langsung. Gila tak sedih. Tapi aku tak tahu kenapa masa Josh kata dia nak convert, surprisingly I wasn’t surprised. Maybe deep down, I know he wanted to. Even masa dekat Ireland lagi,dia pergi masjid lagi banyak daripada pergi gereja,”
“Then, kau tak marah aku? I took your husband. That’s the fact,” 
“You know, whatever happens, I won’t trade my faith for a husband. Lagipun bila aku fikir balik, I was the one who took him away from you. Walaupun aku tahu, dari sekolah lagi, you guys have this special bond I can’t describe. It was too mature to be called love but too innocent to say otherwise. Aku envy hubungan kau orang. That’s why, bila Josh kata dia nak kahwin dengan kau, I’m glad it was you, Fisa. Dia macam, I finally put him back where he belongs? hmm that feeling,” 
“Josh bukan barang,”
Adeline menolak bahu Nafisa. “Metaphorically,” 
Nafisa menarik senyuman tawar. Bukan kali pertama dia duduk dengan Adeline berbicara dengan hal rumah tangga, hala tuju masa hadapan dan pandangan peribadi mereka. Namun jauh dilubuk hati, Nafisa sentiasa rasa bersalah terhadap Adeline, sama ada sebagai keluarga mahupun sebagai sahabat. Sampai bila-bila pun dia terendam dalam perasaan yang sama meskipun sudah dijerihkan oleh Adeline mahupun Bapak berkali-kali. Adakah sebenarnya dia sendiri yang tidak mahu memaafkan dirinya, lantas sentiasa dihurung rasa ‘salah’ oleh takdir yang sudah tercatat oleh Yang Maha Esa?
“Kau tahu  Fisa, Josh wasn’t really a good husband to me. Tapi, selepas dia masuk Islam and we both separate our ways, he never really left me. Aku masih lagi dapat monthly allowance from him, funny isn’t it? You know how stingy he used to be,” Adeline membuka cerita baharu yang dia sendiri tidak tahu.
“Yeah…,” balas Nafisa rendah. 
“So…Josh tak ada contact kau?”
Nafisa mengetap bibir. Dia ingin menggeleng namun akhirnya dia hanya mengukir senyuman. Tidak sukar bagi Adeline memahami makna disebalik senyuman itu.
“Kenapa? Kau rasa kelakar sebab baru je aku puji Josh, now aku terasa macam nak maki pulak,” 
“No lah,” Nafisa menolak bahu Adeline. “Josh bukan tak contact aku, aku yang tak nak di hubungi oleh dia. Kita orang just decide to cool off and see how,”
Apa sebenarnya yang diharapkan melalui pernikahan dengan Joshua? Dia sedar dia yang bertanggungjawab menghulurkan tangan kepada Joshua, memberi kehidupan baharu sebagai seorang muslim. Namun dalam masa yang sama, apa sebenarnya yang diharap pada Joshua? Menjadi satu tanggapan universal bahawa lelaki yang harusnya menjadi ketua, tidak kira di benua mana. Adakah berbekalkan dengan tanggapan yang sudah didoktrin sedari kecil membuatkan dia rasa dia perlu berharap Joshua membimbingnya? Jika begitu, mengapa Nafisa berkeras juga dengan mak, bersungguh-sungguh ingin menikahi Joshua walaupun Mak sudah mengingatkan bahawa tanggungjawab Joshua adalah imamnya, bukan sebaliknya? Sekali lagi, apa sebenarnya yang dia harapkan daripada Joshua?
Adeline menyentuh lengannya. “Fisa, you think too much,”
“Pilihan apa yang aku ada?” 
“Kau boleh je ba call Josh dan suruh dia pulang. Josh tu hatinya lembut. Kau orang gaduh apa sampai jadi macam ni?” pertama kali Adeline bertanya secara telus. Selama ini, jika Nafisa perlu meminta pandangan Adeline, wanita itu tidak pernah bertanya mengapa dan kenapa. 
“Tak ada gaduh apa pun. Macam yang aku cakap tadi, Josh nak cool down his head dan aku pun nak tone down my heart, so yeah… tak ada gaduh apa-apa,” 
Berundur setapak. Setapak yang akhirnya menyesatkan jalan pulang mereka berdua. 
“Kenapa? Mak kau masih tak terima Joshua?” tembak Adeline. Kali ini Nafisa menggeleng.
“Mak aku ok dah lah. Aku rasa mungkin Josh yang selalu balik rumah mak daripada aku, sampai Najwan yang tak pernah-pernah kisah tu, tanya fasal Josh,”
“Kau baru sedar?” 
Nafisa mengangguk. 
Ya, dia baru sedar. Dia baru sedar usaha Joshua selepas lelaki itu tiada. Joshua yang tidak pernah meninggalkan kampung asal mereka meskipun setiap kali dia pulang, dia tidak berselisih dengan Joshua. Joshua yang tidak lupa pada Bapak, atau Uncle Tey mahupun Mak walaupun Joshua sentiasa lupa tarikh pernikahan mereka. Joshua yang sebenarnya tidak meninggalkan dia secara hakiki kerana setiap langkah yang dibawa, dia akan sentiasa terkenangkan Joshua. Lalu Nafisa, apa yang kau harapkan kepada Joshua?
“Nafisa, aku rasa mungkin kau perlu tahu satu perkara,” ujar Adeline.
Nafisa menelan air liurnya, membasahkan tekak yang semakin mengering.
“Apa?”
0 notes
Quote
"Macam mana saya tak perasaan saya dah berdampingan dengan lelaki yang amat kacak dan berdaya tarikan?" - Yuhanis sekadar bergurau. "Nanti awak akan perasannya setiap hari.” - Tengku Zaril berkata yakin.
Nur Ain Al-Abbas, novel Hati Perempuan
1 note · View note
officialhanayuri · 1 year
Text
Capricho Arabe [3]
Nafisa melihat skrin besar elektronik di atas kepala, mencari-cari penerbangan masuk daripada Dublin yang dijangka tiba pagi ini. Sesekali dia menggosok-gosok telapak tangannya bagi menghadirkan rasa hangat pada hujung jemarinya yang mula membeku. Dia tiba di lapangan terbang antarabangsa itu seawal jam 6 pagi bagi mengelak kesesakan lalu lintas yang sering terjadi awal dinihari. 
Hari ini genap 3 tahun dia tidak berjumpa dengan Joshua. Berita kepulangan sahabat baiknya itu hanya diketahui malam tadi menerusi chat messenger facebook yang tidak dibuka sejak sekian lama. Lantas Nafisa bergegas, mencari kereta sewa dan meninggalkan kampus lewat tengah malam. 
Sekali lagi dia mencari penerbangan daripada Dublin. Skrin yang asyik bertukar-tukar selang beberapa saat menjadikan biji matanya berpinar. 
"Cik perlukan bantuan?" Seseorang menyapanya daripada kiri. ground staf yang memakai selempang 'need help? ask me' sedang melemparkan senyuman kepadanya. 
"Oh.. saya mencari penerbangan daripada Ireland," Balas Nafisa. 
"Penerbangan transit di mana tu? Cik tahu syarikat penerbangan yang mana?" 
"Saya tak pasti. tetapi kawan saya kata dia akan sampai sekitar 8 pagi," Nafisa tidak yakin dengan jawapannya, namun itu sahaja klu yang dia ada. 
"Kalau macam tu, mungkin Qatar Airways daripada Doha sudah pun mendarat. Itu, cik lihat baris ke-7," 
"Oh.. baiklah. Terima kasih," sejurus, Nafisa mengeluarkan telefon bimbit. Dia cuba menghubungi Joshua, namun telefon Joshua kemungkinan masih belum dihidupkan. Barangkali juga, nombor telefon Malaysia sudah lama mati. nafisa menapak, mendekati balai ketibaan, menanti bersama-sama orang lain yang membanjiri kaki lima. 
Nafisa memerhatikan satu persatu penumpang yang keluar daripada pintu ketibaan dengan penuh sabar. Sesekali dia menjengkit, menjengah di celah-celah orang ramai. Kurang 15 minit, dia terlihat Joshua yang berpakaian kasual dengan mengheret beg.
"Josh!" Nafisa mengangkat tangan, melambai-lambai. Namun Joshua tidak melihat ke arahnya. 
"Joshua!" suaranya tenggelam timbul. Nafisa perlu meloloskan diri. Ketika dia sedang berusaha keluar daripada lautan manusia, matanya menangkap satu susuk di sebelah Joshua. Serta -merta langkah kaki terhenti. Bola matanya mengembang dan membesar.
Adeline. 
Telefon bimbit Nafisa bergetar, satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali masuk ke dalam peti. 
‘Fisa, aku dah sampai KLIA. Jumpa kau esok, boleh? Aku ada hal lain’ 
Nafisa kembali mengangkat kepala. Kelibat Joshua dan Adeline sudah hilang daripada pandangan. 
“Fisa?” 
Nafisa menoleh. Bapak berdiri 6 kaki daripadanya dengan senyuman. Jelas garis-garis usia diwajah Bapak. Nafisa segera mendekati. Dia berasa sebak tiba-tiba. 
“Bapak? Bapak sihat?” Dia tidak tahu pun Bapak turut serta pulang bercuti musim sejuk. Joshua tidak memberitahunya apa-apa.
“Sihat orang tua macam ini. Kau sihat? Kenapa semakin kurus?” tanpa di pinta Nafisa menolak bagasi Bapak. Dia mengikut rentak jalan Bapak yang nyata semakin perlahan sejak kali terakhir bersua. 
“Biasalah bapak, student kan,” Buat sementara, dia menyembunyikan rasa terkejut, diganti dengan perasaan lega melihat bapak masih mampu berjalan sendiri meskipun berdikit-dikit.  
“Kau nampak Joshua? Tadi aku suruh dia jalan dulu,” 
"Hmm, tak perasan pula," Nafisa berdalih. 
"Mak kau sihat?" Meskipun jelas garis-garis keletihan pada wajah Bapak, masih lagi orang tua itu ringan mulut bertanya tentang keluarganya.
"Mak sihat Alhamdulillah. Uncle Tey pun. Bapak, mari duduk dulu. Mungkin Joshua pergi toilet," Nafisa mengajak Bapak duduk di bangku. Dia mencari helah untuk lari. Selepas memastikan Bapak duduk dengan selesa, Nafisa membelikan kopi panas daripada kafe berdekatan. 
"Bapak, saya tak boleh berlama-lama, ada kelas. Saya cari Joshua, kemudian saya balik ya,"
"Kau balik kampungkah Fisa?" Tanya Bapak selepas menyirup beberapa teguk kopi.
"Tengok nanti. Bapak lama balik sini?" 
"Sampai habis cuti Josh,"
Nafisa mengangguk beberapa kali, bermakna Joshua tidak akan pulang lama. 
"Okay bapak, saya cari Josh ya," Sebaik sahaja menjauh sedikit daripada bapak, Nafisa menangkap gambar Bapak lalu di hantar kepada Joshua dengan pesanan ringkas. 
'Dad's here' 
Nafisa tidak menunggu balasan Joshua sebelum mematikan telefon bimbitnya. Buat pertama kali, Nafisa tidak lagi teruja. 
Nafisa dikejutkan dengan deruan air hujan yang menimpa atap genting rumahnya. Dia bingkas bangun, menolak selimut, menyarung kaca mata lalu menoleh ke arah jam dinding.
5.14 pagi. Awal daripada waktu kebiasaan dia bangkit daripada tidur dan terus menerus tenggelam dalam urusan dunia. Hujan dinihari membuatkan suhu malam jatuh dengan mendadak sehingga terasa mencucuk-cucuk ke sumsum tulang. Nafisa menarik rapat baju lengan panjang sebelum keluar menuju ke ruang dapur.
“Awal bangun kakak,”
“Ya Allah!” Hampir-hampir Nafisa tergolek di anak tangga apabila di tegur emak daripada ruang tamu. Berderau darahnya melihat Mak bertelekung putih sedang memandang ke arahnya tanpa rasa bersalah.
“Mak kut ya pun…terkejut kakak,” 
“Terkejut apa nya. Lekas ambil wuduk, tahajud dengan mak,” Mak kemudianya bangun dan kembali menyambung ibadah malamnya. 
Nafisa tidak menunggu lama untuk ke bilik air. Selesai membersihkan diri, dia kembali ke ruang tamu bersama telekung dan sejadah. Hari ini, dia mahu bertahajud bersama emak sementara menanti subuh. Nafisa jarang solat malam sewaktu hari bekerja. Seminggu hanya sekali dua sahaja dia sempat menunaikan solat malam sebelum subuh. Masanya banyak dihabiskan di atas jalan raya, sentiasa terkejar-kejar mengemis waktu. 
"Hari ni ada hari anugerah dekat sekolah Najwan, kamu pergi ke?" Tiba-tiba sahaja Mak membangkitkan tentang hal Najwan sementara duduk-duduk menunggu bilal mengazankan subuh. 
"Nak buat apa pergi mak?" 
"Laa.. jumpa cikgu-cikgu kamu," 
"Mana ada lagi yang kerja mak, semua dah pencen,"
Lainlah jika sekolah menengah, kebarangkalian guru yang dia kenal masih mengajar adalah tinggi. 
"Iya ke tak ada?"
"Entah, mak tanya Najwanlah, tanya kakak mana kakak tahu," Nafisa berdalih. Mak tidak bersuara lagi sehinggalah azan berkumandang dan Najwan muncul dengan lengkap berkemeja. 
Tiba-tiba Nafisa teringatkan sesuatu.
"Najwan, kakak nak minta tolong," 
....
"Turunlah cepat, aku lambat ni,” Najwan mendesak. Nafisa mengerling jam di dashboard kereta. 
“Baru 6.50,”
“Hey aku cikgulah, bukan kerja office. Turun!” Najwan membuka tali pinggang keledar Nafisa secara paksa. Pintu juga dibuka. Nafisa menarik nafas dalam-dalam.
“Should I?”
“TURUN!” 
Nafisa lambat-lambat turun daripada kereta. Adiknya terus sahaja memecut ke sekolah tanpa menoleh kearahnya. Sekali lagi Nafisa menarik nafas dalam-dalam sebelum berpusing menghadap bangunan lama yang tersorok dibalik pokok-pokok saka.
Yayasan Kebajikan Tai dengan tulisan blok didinding pagar masih belum bertukar meski sudah lebih 30 tahun beroperasi.
“Selamat pagi,” Nafisa menoleh ke belakang. Seorang wanita 40 an kelihatan seperti warganegara jiran sedang menjinjing plastik menegurnya. 
“Err… selamat pagi,” dia memaniskan roman wajahnya dengan senyuman.
“Ibu cari siapa?”
"Sa..ya cari…," tiba-tiba sahaja lidahnya kelu untuk bersuara.
"Iya, cari siapa?" Sekali lagi dia ditanya. 
"Adeline," 
"Nyonya? Awal pagi ni, selalunya nyonya masih di gereja. Ibu ni siapa?" 
"Sa..ya…,"
"Fisa?" 
Nafisa dan wanita di hadapannya menoleh. Darah terasa mencerun jatuh daripada mukanya, namun seperti biasa Nafisa menepek senyuman manisnya.
"Bapak," dia mengumam sendiri.
"Bapak pagi-pagian mahu ke mana? Nyonya lagi marah kalau bapak tiada," 
"Tak susah. Kau naik aja ke rumah, aku mahu jalan-jalan," Bapak menepak mendekatinya dengan perlahan-lahan. Orang itu menampung badannya dengan tongkat kayu. 
"Kok bapak ni,"
"Kak.. tak apa. Saya tengokkan bapak," Nafisa mencelah. Dia juga sudah lama tidak menemui Bapak. Niat asal ke yayasan atas bukit itu untuk menemui Adeline, ada sesuatu yang ingin dilunaskan setelah sekian lama memendam dan memeram. Namun tidak disangka Bapak orang pertama yang ditemuinya. 
"Bapak apa khabar?" Nafisa tanpa disuruh beriringan menemani Bapak berjalan. Angin dan suhu nyaman pagi itu membaluti tubuh mereka berdua, menjadikan Nafisa sekali sekala menggosok lengannya.
"Aku dari dulu macam ini saja. Kau Nafisa?" 
"Alhamdulillah, macam ini juga," 
"Aku suka cara kau Fisa, kau sentiasa memuji Tuhan, sama macam Joshua," ujar Bapak, perlahan. 
"Sudah lama kah bapak duduk sini?" Nafisa berpura-pura tidak dengar nama Joshua dibangkitkan. Rasanya sehari dua ini, hidupnya dibayangi Joshua, semua orang akan bertanya dengannya tentang Joshua.
"Lama. Sejak Adeline pindah sini,"
"Ohh," 
"Kau Fisa, balik lagi?" 
Lagi? Nafisa berkerut. Sejak 5 tahun ke belakang, dia jarang benar berjumpa dengan bapak. Masanya banyak dihabiskan di rumah, atau di kedai buku Uncle Tey. 
Bapak tiba-tiba menghentikan langkah menyedari Nafisa tidak membalas persoalannya.
"Kenapa? Kau fikir aku nda tahu kau selalu balik kampung, Fisa?" 
"Mesti uncle bagitahu," pintas Nafisa. Setidak-tidaknya bukan Najwan atau mak. 
"Kau balik, bukan mahu jumpa sama aku," Ada nada lain selain daripada merajuk yang dipamerkan dalam lenggok Bapak. Nafisa mengetap bibir, berusaha menyingkir rasa sesak yang menghurung dada. 
"Saya bukan nda mahu jumpa bapak," 
Bapak mengangguk beberapa kali, memahami apa yang cuba dikatakan oleh Nafisa. Dia meneruskan jalan-jalan paginya sebelum membuka mulut. 
"Kau tahu Nafisa, hidup ini bukan ada satu jawapan betul saja. Kadang-kadang dua, kadang-kadang tiga, malah banyak. Tidak semestinya kau rasa jawapan kau salah, maka kau salah keseluruhannya," 
Nafisa terdiam. Tidak menyangka bapak akan mengatakan sedemikian kerana dalam sisi pandangan Nafisa, dia adalah villain dalam cerita mereka. Antara Bapak, Joshua, Adeline mahupun Najwan dan mak, Nafisa sentiasa rasa dia salah dan perlu beralah.
Lambat-lambat Nafisa menghentikan langkahnya. Bapak yang lima langkah dihadapan ikut berhenti sama. 
"Fisa? Aku belum puas jalan,"
Nafisa memandang tanah, tidak berani menatap wajah Bapak.
"Bapak, maafkan saya,"
"Kenapa?" 
Kerana kalau bukan sebab dia, Joshua masih lagi Joshua yang bapak tatang daripada kecil? Satu-satunya anak lelaki bapak yang kini tidak lagi mendiami permukiman ini kerana dirinya?
"Kalau bukan kerana saya, Joshua pasti ma-,"
"Nafisa," Panggil Bapak, sedikit menekan suaranya. Tanpa dipaksa, Nafisa mengangkat kepala. 
"Mari duduk situ," Bapak menunding jari pada kerusi kayu berhampiran pokok angsana yang merendang. Nafisa menuruti tanpa membantah.
"Kau masih sayang sama Joshua?" Bapak tidak berlapik-lapik, terus sahaja menebak dengan tepat.
Nafisa tidak menjawab. Daripada dahulu lagi dia tiada jawapan untuk itu. Dia sayang Joshua, sama seperti dia sayang pada Bapak,atau mak atau adik-adiknya. 
"Kau tahu kenapa Joshua tidak mahu pulang?"
"Josh tak pernah cerita," ujar Nafisa jujur. 
“Dan kau tak tanya?” 
Nafisa mengetap bibir yang mula bergetar. Senak didada kembali menghurung. Diluar sedar, dia menggenggam lebihan baju lalu diramas-ramas sehinggalah Bapak menyentuh tangannya. Tidak seperti kebiasaan, Nafisa tidak mengelak.
“Dia malu sama kau Nafisa. Dia rasa dia kurang daripada kau. Lelaki ini egonya tinggi, tidak mudah beralah. Jadi dia memilih untuk pergi, belajar dan belajar lagi. Mana tahu, suatu hari nanti dia akan pulang kepada kau semula, pada aku,”
Joshua malu? 
Joshua yang pernah berseluar katik, berhingus, berlumpur dan comot dengan debu sewaktu kanak-kanak malu dengannya? 
"Jadi betul bukan, Joshua tinggalkan bapak kerana saya?" tanya Nafisa. Bapak menggeleng. 
"Josh tak pernah tinggalkan aku, dia malah lagi ada sini. Kau sahaja yang tak berjumpa," 
Kening Nafisa berkerut. Kata-kata Bapak seperti lapisan bawang, berlapik-lapik. Tidak tahu yang mana isinya. Apabila dikopek satu lapisan, muncul pula lapisan kedua dan seterusnya. Akhirnya dia kupas sehingga tiada yang tersisa. 
"Joshua…ada di sini?"
0 notes
ayswriteaysblog-blog · 10 years
Text
Bab 11
Dahlia memandang Sarah dengan penuh tanda tanya.Entah mengapa Sarah sering memerhatikan gerak gerinya sejak tadi, makanan yang ada di depan Sarah tidak menarik perhatian kawannya langsung.Walhal, tadi dia asyik mengomel kerana kelaparan.Mujurlah Irham Zahril memberi kebenaran untuk keluar makan tengahari, jika tidak, sudah tentu Sarah akan pengsan kelaparan!
“Sarah, kau ni asyik pandang aku je..ada apa-apa yang tak kena ke?” Soal Dahlia sambil meminum minuman oren jus nya.Lega tekaknya apabila dapat meminum oren jus di musim panas ini.
“Ermm, Lia..sekarang umur kau dah berapa?” Tanya Sarah dengan selamba.Dahlia mengangkat keningnya tanda hairan.Pelik dengan kawannya itu, tiba-tiba tanya umurnya.
“24..kenapa eh? Tiba-tiba je tanya umur aku..”
“Hmm, lagi satu tahun, kau dah 25.Kau ni..tak teringin ke nak ehem!” Tanya Sarah lalu mengeyit matanya dengan selamba.Dahlia terkejut dengan aksi beliau,entah apa yang dirasuk oleh kawannya itu sehingga dia mengeluarkan topik ini dia juga kurang pasti.
“Kau ni, asal tiba-tiba kau tanya aku ni? Calon belum ada, ni pula nak kahwin? Apa lah kau ni.” Ujar Dahlia.
“Taklah,semalam aku baca artikel ni, dorang cakap..tak bagus kalau wanita kahwin lambat nanti susah nak dapat anak..lagipun tak manis kalau anak dara kahwin lewat..” Jelas Sarah, teringat akan artikel yang dibacanya semalam, takut juga jika dia susah untuk mendapat anak.Dia tidak mahu menjadi anak dara tua! Dahlia terkelu, memang betul apa yang dikatakan oleh Sarah.Tetapi apakan daya, dia tidak mempunyai calon untuk.dia berkahwin.Malah, dia menolak semua lelaki yang datang dalam dirinya.Mungkin semua lelaki itu hanya inginkan kepuasaan diri wanita ini.
"Ish, kau ni! Aku belum lagi bersedia nak berumah tangga lah.Tanggungjawab besar tau.."ujar Dahlia.
"Tapi kau tak teringin ke?" Tanya Sarah sekali lagi.Dahlia meletakkan sudu dan grafunya di atas pingan, lalu memandang Sarah dengan teliti.
"Teringin tu mestilah ada..cuma aku takut aku tak bahagia kalau aku dah kahwin nanti..kau tau lah lelaki ni, ego dorang besar…takut juga kalau aku kena bantai ke apa ke…susah nak cari suami yang soleh.." Sarah terkelu lalu menanti penjelasan Dahlia.
"Zaman sekarang, kau tengok la, dekat suratkhabar, berita, internet kebanyakkan cerita pasal suami isteri bercerai, ada isteri yang kena pukul..ada pula baru kahwin 5 bulan dah cerai.." Sambung Dahlia dengan wajah yang agak serius.Dia tidak mahu melalui pekara itu, malah dia ingin hidup bahagia dengan pasangan hidupnya.Sarah yang sejak tadi khusyuk mendengar penjelasan Dahlia menelan air liurnya tanda takut.Dia tidak sangka, Dahlia tahu sedikit sebanyak tentang bab-bab perkahwinan ini.
"Tapi kau tak boleh fikir pasal pekara negative tu..takkan dah tua barubkau nak kahwin?tak semua perkahwinan macam tu.Ada yang hidup bahagia tau!" Bantah Sarah.
"Ishh, bukan macam tu..Tapi aku rasa, belum ada jodoh lagi lah Sarah…hesy,Dah lah,cepat habis kan makanan kau tu, nanti tak pasal-pasal kita lambat kena marah dengan singa tu baru tau.." Sengaja Dahlia menukar topik, dia tidak mahu topik ini berpanjangan.
"Siapa singa?" Dahlia terkejut mendengar suara itu, sepertinya dia kenal sangat dengan suara garau, tetapi dia lupa siapa orang itu.Sarah yang sejak tadi memakan makanannya berhenti sejenak, matanya membulat apabila melihat pemuda itu.Dengan segera, Dahlia memusing badannya, alangkah terkejutnya, dia mendapati Irham Zahril berdiri di belakangnya.
"Encik..Encik Irham…" "So..siapa singa tu? Dekat zoo tak cukup tempat ke sampai dorang nak letak singa tu kat sini?" Tanya Irham Zahril dengan nada yang sinis.Sengaja dia menanya soalan seperti itu kepada Dahlia.Dia tahu Singa yang dimaksudkan oleh Dahlia adalah dirinya.
Dahlia mendiamkan diri,dia tidak mahu membalas pertanyaan sinis bossnya itu, takut jika dia dimarahi oleh Singa itu.Dia pasti, semua yang terkeluar oleh bibir Irham Zahril adalah kata-kata kesat dan sinis.Malas dia hendak melayan karenah bossnya itu. Sarah yang sejak tadi terkejut turut sama mendiamkan diri.Dia hanya memberi isyarat kepada Dahlia agar cepat beredar dari situ.
"Ermm..Encik Irham, kita balik office dulu ya?" Dahlia meminta kebenaran untuk pulang ke pejabat agar mereka tidak terlewat.Irham Zahril hanya mengangguk tanda faham.
Sejak tadi perutnya bekeroncong kelaparan akibat tidak memakan sarapan pagi yang disiapkan oleh ibunya.Mesyuarat yang dia perlu hadir pagi tadi, dibatalkan atas urusan penting oleh Encik Wong menyebabkan dia tidak sempat untuk menjamu nasi goreng ibunya.Hesy, rugi betul kalau tidak rasa nasi goreng Puan Marinah!
"Err..Nanti dulu Dahlia.." Langkah Dahlia terhenti tatkala arahan Irham Zahril kedengaran.
"Ada apa ya Encik Irham?" Soal Dahlia dengan perasaan pelik.
"Sarah, awak boleh balik dulu.Saya dengan Dahlia ada pekara nak bincang.." Pertanyaan Dahlia dihiraukan lalu memberi arahan kepada Sarah agar beredar dari situ.Sarah yang sejak tadi mendiamkan diri hanya mengangguk tanda faham lalu dengan segera meninggalkan kafe tersebut.
Dahlia memandang bossnya yang sedang khusyuk memakan mee goreng yang berada di hadapannya.Kelihatan Irham Zahril sungguh lapar seperti sepuluh hari tidak makan! Dalam kelaparan, Irham Zahril masih nampak kacak dan segak! Pertama kali Dahlia melihat Irham Zahril berkelakuan begitu.Selalunya, Irham Zahril akan meluangkan masa yang banyak di dalam bilik pejabatnya ataupun temu janji dengan Klientnya.
"Encik Irham tak sarapan ke tadi pagi?" Soal Dahlia.Irham Zahril yang sejak tadi khusyuk dengan makanannya, terhenti buat seketika lalu memandang Dahlia.
"Kenapa?" Sepatah sahaja dia membalas Dahlia. "Ermm, tak ada apa-apa.Saja je saya tanya Encik Irham.."
"By the way…mama ajak PA anak dia makan malam dekat rumah kita malam ni.." Kata Irham Zahril sambil menghirup air yang berperisa oren.
"Err, saya ke?" Kening Dahlia berjongket.Dahlia mula resah,dia teringat akan kejadian yang berlaku beberapa minggu yang lalu di pasar raya.Dia terserempak dengan ibu Irham Zahril dan dia telah pun menolak ajakan ibunya untuk pergi minum.
"Saya ada lain PA ke selain awak?" Irham Zahril kata dengan selamba sambil memeluk tubuhnya. Dahlia yang sejak tadi tercengang mengelengkan kepalanya. "Nanti malam, saya akan ambil awak dari rumah, jam 8 malam." Irham Zahril memberi arahan kepada Dahlia.Dahlia terkelu, dia belum lagi memberi kata putus.Hesy, kenapa suka sangat paksa orang?!
"Tapi Encik Irham.." "No buts.Ini adalah arahan dari Datin Marinah.Dan awak tak boleh nak bantah arahan ni..Faham?" Tidak sempat Dahlia menghabiskan ayatnya, Irham Zahril sudah menyampuk apa yang dia ingin katakan.Dahlia tidak tahu apa yang dia harus lakukan, dia tidak pernah pergi ke rumah Datin-Datin ataupun rumah orang kaya, malah dia akan berasa dirinya kecil apabila memasuki rumah sebesar itu.Tetapi apakan daya, dia tidak boleh menolak ajakan Puan Marinah disebabkan, dia telah pun menolak ajakannya sewaktu pertama kali berjumpa dengannya.
"Er..Faham.." Malam itu, tepat pada pukul jam 8 malam,Irham Zahril sudah pun berada di depan pintu Dahlia.Kereta honda kepunyaan Irham Zahril terpancar di luar pagar.Dahlia yang sejak tadi gementar menunggu ketibaan Irham Zahril keluar dari rumahnya.Sempat juga dia beristighfar dan berdoa agar gementarnya berkurangan.Mungkin kerana dia tidak biasa memakan malam di rumah Datin lebih-lebih lagi ibu kepada bossnya dan isteri kepada boss besarnya.Haduh, nervous teramat! Langkah demi langkah Dahlia bergerak membuatkan kelopak mata Irham Zahril tertumpu kepada gaya dan pakaian Dahlia pada malam itu.Hatinya berbunga tatkala melihat Dahlia berpakaian baju kurung berwarna ungu pastel dan shawl yang dililit dengan rapi membuatkan Dahlia lebih anggun dan matang.Dahlia sengaja berpakaian baju kurung kerana dia rasa ia lebih sesuai dan sopan untuk ke rumah bermakan malam dengan Puan Marinah.Lagipun, dia lebih selesa dengan berpakaian Baju kurung walaupun ia kelihatan simple.Tanpa Irham Zahril sedari,tubuh Dahlia berada di depan matanya, mungkin gaya Dahlia pada malam itu kelihatan berbeza berbanding di tempat kerja.
"You’re late." Sepatah sahaja Irham Zahril berkata kepada Dahlia.Dahlia tercengang, lambat apanya? Dia melihat jam tangan yang terletak di tangan kirinya, 8.05pm di katakan lambat? Haduhh, susah betul!
"Tapi saya tak lambat sangat kan?" Dengan selamba Dahlia membalas kata Irham Zahril.
"Get inside now." Irham Zahril memberi arahan kepada Dahlia dengan nada yang tegas lalu membuka pintu penumpang untuk Dahlia.Walaupun, dia kelihatan tegas, namun dia tetap bersikap gentelmen. Dengan segera, Dahlia memasuki perut kereta itu tanpa membantah arahannya.
"Irham ada bully Dahlia lagi ke?” Dahlia yang sejak tadi fokus dengan makanan yang berada di depannya terhenti seketika.Hatinya mula berdebar-debar sesaat mendengar pertanyaan itu dari Dato’ Zainal.Jadi,Dato’ Zainal tahu selama ini Irham Zahril buli dirinya? Ya Allah,malunya!
"ermm,tak Dato’ Zainal.." dengan lembut Dahlia membalas pertanyaan Dato’ Zainal lalu memberi senyuman manis.Sesiapa yang melihat senyuman manis Dahlia,pasti akan tergoda termasuklah pemuda yang duduk hadapannya walaupun tampak serius.
"Hesy,Dahlia kena bully dengan Irham ke? Am ni…tak baik tau bully Dahlia macam tu…" ujar Puan Marinah yang kelihatan terkejut dengan apa yang dia dengar tadi.Mujurlah Dahlia sempat menenangkan keadaan di ruang makan itu,
"Tak aunty…Lia tak marah pun kalau Encik Irham bagi kerja banyak tu,sebab Dahlia tahu,itu tanggungjawab Lia sebagai PA Encik Irham.."Jelas Dahlia lalu memandang wajah Irham Zahril yang kelihatan terkejut dengan tindakan PA nya itu.Puan Marinah menggelengkan kepalanya,"Tak boleh macam tu Dahlia..Am ni pun kan…"
"Ma..Am dah tak buat kerja tu lagi lagipun i kept my promise ma.." sampuk Irham Zahril dengan lembut agar Puan Marinah tidak berkeras hati.Dia faham,tindakan nya salah,dan dia berjanji dia tidak akan berbuat pekara itu sekali lagi demi gadis ayu ini.
"Hesy dah lah tu Cik Marinah oi..Kita ni ada tetamu,tak baik gaduh macam ni.."Nasihat Dato’ Zainal.Puan Marinah hanya mendiamkan diri lalu meminta maaf kepada Dahlia atas kelakuannya tadi.Sejuk hatinya apabila melihat Dahlia berbaju kurung,sungguh ayu! Dan terutama sekali sopan!
Setelah menjamu selera di ruang makan, mereka mengalih ke ruang tamu, dimana mereka akan menjamu minuman teh asli yang dibuat oleh Puan Marinah.Sempat juga Dahlia belajar cara untuk membuatnya di dapur tadi. "Am tu, suka minum teh asli ni.Lebih-lebih lagi kalau dia tengah buat kerja." Ujar Puan Marinah sambil membancuh air.Dahlia terpinga-pinga, bukan ke Irham Zahril suka minum kopi?
"Iyeke aunty? Lia tak tau pun, sebab selama ni kat office Lia buat kan coffee untuk Encik Irham." Kali ini, giliran Puan Marinah pula yang kelihatan terkejut.
"Eh, betul ke Dahlia? Setahu aunty, Am tu tak minum coffee langsung.Dekat rumah ni pon, aunty dengan uncle je yang minum coffee." Dahlia tercengang,fikirannya tertanya-tanya seribu satu soalan.
"Tapi Encik Irham tak cakap apa-apa kat Dahlia sebab tu Lia buatkan coffee je bila hari pertama Lia kerja situ.."
"Iye? Hmm..mesti coffee Lia sedap kot, sebab tu Am dah mula sukakan coffee.." Puji Puan Marinah lalu tersenyum sengih, Dahlia hanya tersenyum sipu apabila mendapat pujian dari Puan Marinah walhal, kopi yang dia bancuh itu ialah kopi instant.
"Takda lah aunty..kalau macam tu, dia suka minum air apa? Boleh juga Lia buatkan untuk Encik Irham dekat kerja." Tanya Dahlia mencarin jawapan dari Puan Marinah.
"Haa, Am suka minum hot chocolate sebelum tidur dia mesti minum hot chocolate.Tapi kadang-kadang bila dia tengah stress ataupun pening,hot chocolate lah jadi teman dia." Jelas Puan Marinah sambil mengangkat 4 cawan di dulang yang disediakan.Dahlia mengangguk tanda faham, mungkin selepas ini, dia akan membuat susu panas berperisa coklat untuk Irham Zahril.
"Ohh,okay,Dahlia buatkan untuk dia kat kerja,Yelah,asyik minum kopi je, nanti jelak pula orang tu.hahaha" usik Dahlia lalu mengikut jejak Puan Marinah ke ruang tamu.Puan Marinah hanya tersenyum sipu melihat gelagat PA anaknya, sungguh comel dan lembut orangnya!
Tepat pada pukul 10.30 malam, Dahlia meminta diri kepada kedua ibu bapa Irham Zahril untuk beredar dari situ, dia tidak mahu menganggu waktu tidur mereka, maklumlah,esok hari kerja dan Dahlia takut jika Dato’ Zainal tidak mempunyai tidur yang cukup disebabkan harus melayan karenah dirinya ini.Lagipun, dia tidak mahu duduk lama-lama di situ, kerana rasa kurang senang menghantui dirinya tatkala Irham Zahril asyik memerhatikan gerak gerinya.Hesy,tak senang Dahlia!
"Terima kasih tau, sebab sudi datang rumah, makan malam dengan kami." Ujar Puan Marinah lalu mengusap badan Dahlia yang kecil molek itu.
"Eh, sepatutnya,saya yang kena ucapkan terima kasih sebab Aunty dan Uncle sudi jemput Dahlia ke rumah..Terima kasih ya? Semua makanan yang aunty masak memang meletop! Untung Uncle dapat isteri macam aunty, hehe." Usik Dahlia lalu tersenyum segih melihat kedua pipi ibu bapa Irham Zahril kemerah-merahan tanda malu.Memang tidak dapat dinafikan bahawa, masakan tadi, sungguh menyelerakan, sangat enak dimakan! Membuat dia rindu akan masakan arwah ibunya.Arwah ibu Dahlia sering memasak makanan kampung dan bermacam-macam lauk pauk yang tidak putus membuat Dahlia berselera untuk makan.Pernah sekali, arwah ibunya mempunyai niat untuk membuka restoran makanan dengan arwah suaminya, tetapi apakan daya, hajat tidak kesampaian disebabkam kemalangan yang berlaku beberapa tahun yang lalu.Rindunya dengan abah dan mama!
"Lain kali datang rumah lagi ya? Nanti Aunty masak sedap-sedap untuk Dahlia.."
"Hesyy, Tak payah susah-susah aunty…jangan susah kan diri aunty…Aunty, Uncle,Dahlia pergi dulu ya? Assalamualaikum.." Dahlia menghulurkan salam kepada Puan Marinah sebelum memasuki perut kereta Irham Zahril.Puan Marinah menyahut salam Dahlia lalu tersenyum melihat keayuan Dahlia.
"Am pergi dulu ya ma, pa.."ujar Irham Zahril lalu mengulurkan salam kepada ibu bapanya.
"Drive elok-elok tu,jangan laju sangat..anak dara orang tu Am." Nasihat Puan Marinah sambil menjenguk Dahlia yang berada di dalam perut kereta. Dahlia hanya memberi senyuman kepada Puan Marinah dan Dato' Zainal.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka sungguh baik hati dan pandai melayan tetamu, tidak sangka orang kaya dan ternama seperti mereka, sungguh rendah diri dan peramah sehingga Dahlia tidak kekok berada disamping mereka, walaupun baru satu hari bersama mereka, Dahlia dapat rasakan dia sangat dekat dengan mereka, lebih-lebih lagi Puan Marinah yang sangat penyanyang dan lembut kepadanya membuatkan Dahlia rindu teramat dengan arwah ibunya,ahhh Lia rindu mama!
"WHATT?!!!"mulut Wawa terlopong,kedua matanya terbuka luas,hatinya kini bergoncang dengan lajunya,perasaan geram,amarah,sedih menghantui dirinya.Wajah yang serabut dan rambut yang sejak tadi kemas,kini tidak tentu arah.Tangannya digengam kuat seolah-lah dia ingin menumbuk sesuatu.Irham Zahril yang melihat reaksi beliau,terkejut,tidak sangka reaksi Wawa seteruk ini apabila dia putuskan tunangnya dengan Wawa.
"YOU DAH GILA KE?!! HAH?!" Jerit Wawa sambil kedua tanggannya menumbuk-numbuk dada Irham Zahril tanda geram.Irham Zahril hanya membiarkan Wawa berbuat begitu,dia faham perasaan Wawa pada masa itu.Hampir satu malam dia tidak dapat melelapkan matanya disebabkan memikirkan tentang pekara ini dan sekarang dia sudah bersedia dengan apa jua reaksi yang akan Wawa beri kepadanya.
"Listen Wawa,just accept the fact that kita takda jodoh.I memang takda perasaan apa-apa dekat you pun." Dengan selamba sahaja Irham Zahril berkata kepada Wawa,sungguh hatinya tidak sanggup lagi bertunang dengan gadis itu,rimas!!
"Takda jodoh you cakap!? takda perasaan you cakap?! eh,apa benda ni semua?!! You know that i love you right Am..."Nada Wawa masih tinggi tanda marah,dia tidak boleh kehilangan Irham Zahril,misinya untuk merebut harta dan menjadi suami kepada lelaki kacak itu hampir gagal! 
"But im sorry,i dont love you.You sanggup ke kahwin dengan lelaki yang tak pernah cintakan you?"
"Am,dont do this to me....i can't live without you Am..please Am!" Wawa merayu sambil memeluk tubuh Irham Zahril.Dengan segera lelaki itu mengelak pelukan Wawa yang serabut itu,habis semua mekap yang ada di mukanya cair disebabkan airmata yang mengalir.
"Enough Wawa,you dont have to beg me,cause i tetap dengan keputusan i ni."
"Tapi kenapa Am?! WHY?!" Jerit Wawa,mencari kepastian di wajah Irham Zahril.Lelaki itu hanya mendiamkan diri,mungkin sudah jelas bahawa alasannya adalah dia tidak mempunyai perasaan langsung kepada Wawa.Tidak jelas lagi kah?
"Or Is it because of your PA? You dah jatuh cinta kat dia ke?!" Irham Zahril mengangkat mukanya,terkejut dengan soalan Wawa.Terpinga-pinga wajah Irham Zahril sesaat mendnegar soalan itu,kenapa dia harus bertanya soalan seperti itu? Irham Zahril masih mendiamkan diri,lidahnya terkelu,tidak tahu apa yang dia harus katakan.
"So,betul lah ni?! Irham Zahril dah jatuh cinta dekat PA dia sendiri!...ishh..I dah agak dah,selama dia kerja kat sini,you selalu jauhkan diri i,call,sms semua tak jawap tak balas! Tak sangka...taste you terhadap wanita teruk macam ni! perempuan kolot tu juga yang you pilih!? hesy!" ujar Wawa sambil memandang wajah Irham Zahril yang kelam-kabut,sangkaan dia selama ini terhadap lelaki itu semuanya betul.Irham Zahril sudah jatuh cinta kepada Dahlia!
"Eh,apa yang you merepek ni!? Dengar sini baik baik Cik Wawa,mulai hari ini,jangan berani nak datang office i ataupun jumpa i lagi,i tak ingin nak tengok muka you yang jijik ni!So please,get out from my office now!!"  Ugut Irham Zahril lalu menjerit agar Wawa beredar dari situ,sungguh hatinya menjadi panas ketika mendengar semua yang dikatakan oleh Wawa.Ahh,dia tidak mahu Dahlia terlibat dalam masalah mereka ini! 
Dengan perasaan penuh kecewa,Wawa melangkah keluar dari pejabat Irham Zahril,kesal dengan sikap lelaki itu yang sombong itu.Tidak sangka dia sanggup putuskan tunang ini kerana perempuan kolot itu! 'Ahh,geramnya aku!'dengus Wawa.Namun langkahnya terhenti apabila berada di meja Dahlia,perempuan itu memberi renungan tajam,tangannya ingin sahaja dia menampar Dahlia yang memandang wajah Wawa dengan perasaan hairan.
"kau ni kan,memang perempuan tak guna!! Sedar lah diri sikit! cermin diri kau tu!!tak sedar diri langsung!!" ayat yang terkeluar dari mulut Wawa tatkala berada di meja Dahlia.Hati Dahlia berdegup kencang lalu terhiris sedikit demi sedikit,entah kenapa tiba-tiba Wawa bersikap dingin dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.Dia semakin bingung,apa salahnya? Dahlia banyak beristighfar di dalam hatinya supaya dia sentiasa sabar dengan sikap Wawa.
"Cik Wa.." namun,tidak sempat Dahlia bertanya kenapa,Wawa sudah pun bergegas meninggalkan tempat itu,hatinya sedikit terguris kerana dia tidak sempat bertanya kenapa Wawa menuduhnya seperti itu.Ya Allah,apa salah aku? apa yang aku dah buat ni? Dahlia tertanya-tanya,Wawa kelihatan benar-benar marah dengan dirinya,pelik dengan apa yang berlaku sebentar tadi,dengan segera,dia mencari kekuatan untuk dia menghadapi segala ujian yang dia harus lalui.
0 notes
fluer11 · 10 years
Photo
Tumblr media
Now reading ♡
0 notes
hyunniekazuya · 10 years
Quote
Apabila kau rasa sedih dan kau tak boleh nak luahkan... benda tu jadi satu perkara yg kau akan ingat sampai bila-bila. Apabila perkara tu terkumpul dgn perkara-perkara sedih yang lain... kau tahu tak, sakit? Dan masa tu, kau menangis macam mana pun, rasa sakit tu takkan kurang.
Tentang D
1 note · View note
officialhanayuri · 1 year
Text
Capricho Arabe [2]
“Fisa, mari masuk, lama tak balik?” Uncle Tey melambai dengan kipas tangan. Dia tidak lagi kuat berdiri lama, duduk sahaja di kerusi malas berhampiran kaunter. Kedai buku Uncle Tey masih beroperasi dengan bantuan dua pekerja. 
“Mana ada lama, bulan lepas pun saya ada balik ma. Ini untuk uncle, makan tau,” Nafisa meletakkan bungkusan char kway yang digoreng dengan sos dan kicap di atas kaunter.
“Aiya, buat susah saja. Uncle bukan ada selera nak makan,”
“Ada selera ke tak ada, makan!” Nafisa berpura-pura garang. Ayah saudara Joshua daripada azali berperangai begitu. Sukar benar hendak meluangkan masa untuk makan. Daripada dulu, makannya ala kadar sahaja. Setakat makan untuk kenyang. Baginya nikmat hidup tiada pada makanan, tetapi ada pada rak-rak kayu yang kukuh menampung buku-bukunya. Sebahagian besar rak kayu lama dalam premis itu sudah melendut, menunggu masa untuk rebah, antara yang menimbulkan bebelan Nafisa saban tahun, namun tetap tidak mahu ditukar.
Membazir katanya. Nostalgia katanya.
“Kau dari rumah mak,Fisa?” soal Uncle Tey tatkala Nafisa sudah berlalu ke rak buku.
“Tidaklah. Belum sampai pun lagi rumah mak. Singgah kopitiam dulu, lalu sini singgah kedai uncle pulak,” 
Nafisa tidak membawa kenderaan sendiri. Dia lebih selesa pulang ke kampung menggunakan pengangkutan awam. Menaiki bas daripada bandar ke pekan, kemudian di pekan dia akan mengambil bas usang tanpa penghawa dingin yang akan membawanya masuk ke kampung. Bas zaman dahulu kala yang masih lagi menggunakan tiket warna-warni yang perlu di koyakkan apabila di periksa oleh inspektor tiket. Sungguh klasik.
“Kau ok kah dekat sana?” walaupun Nafisa tahu Uncle Tey sekadar berbasa basi, namun entah mengapa tekaknya terasa kelat, lalu dia berpura-pura mengambil satu buku yang sudah kembang lalu dibuka secara rawak.  
“Ok je. Macam ni,”
"Nafisa," Uncle Tey memanggil nama penuhnya, membuatkan gadis itu menoleh.
"Mari duduk sini, minum teh," pelawaan Uncle Tey sukar untuk ditolak. Nafisa berlalu meninggalkan rak buku dan duduk bersimpuh di hadapan meja jepun bertentangan Uncle Tey. Orang tua itu perlahan-lahan turun daripada kerusi malas sambil mengarah salah seorang pekerjanya menyediakan teh. Selang seminit, set teko seramik dengan dua cawan dihidangkan di hadapan mereka. 
"Uncle masih guna set ni?" Nafisa tanpa disuruh menuangkan teh oolong tanpa gula ke dalam cawan.
"Mesti. Itu kan kau sama Josh yang bagi," 
Nafisa menarik senyuman tawar yang disembunyikan dibalik cawan yang disua ke bibir.
Joshua, nama yang saban hari semakin kelam dalam kotak ingatan. Mungkin dalam beberapa bulan lagi, Joshua tidak lagi menghuni memorinya. 
"Kau ada jumpa Josh?" Soal Uncle Tey. 
Nafisa menggeleng. "Belum lagi," 
Di sendiri tidak mengerti mengapa lidahnya menjawab 'belum lagi', seolah-olah dia punya niat untuk menziarahi Joshua sedangkan dia mampir ke mukim itu untuk melihat-lihat maknya sahaja. 
"Bapak?" 
Sekali lagi Nafisa menggeleng. 
"Belum lagi?"
Kali ini Nafisa terangguk-angguk. 
Uncle Tey dilihatnya melepaskan lelah sebelum mengangkat cawannya rapat ke bibir.
"Uncle bukan mahu campur urusan kau orang. Tapi kau tak mahu jumpa sama mereka?" 
Sekali lagi Nafisa menelan air liurnya sendiri yang mula berpasir di tekak. Dia hanya mampu menggariskan senyuman, sama seperti 15 tahun lalu.
"Kau.. kau mahu ke Ireland?" Lewat petang itu Nafisa menerima panggilan telefon daripada Joshua, sesuatu yang jarang-jarang berlaku. Kebiasaanya Joshua akan bertandang ke rumah apabila ada sesuatu yang penting ingin diberi, begitu juga sebaliknya. Jarak rumah mereka hanya beberapa blok sahaja.
“Ya, aku sudah buat keputusan,” 
“Bapak?” 
“Bapak ok saja ma. Dia support aku,”
“Maksud aku bapak akan ok?” 
“Buat masa ni. Aku plan untuk bawa bapak nanti,”
Nafisa terdiam, tidak pasti apa yang perlu dikatakan. Otaknya masih lagi sedang memproses kata-kata Joshua. 
Joshua, Ireland, Bapak, ok? Huh? 
“Kau sudah semak UPU?” 
Joshua nak pergi Ireland? Huh? Kenapa? Kenapa? 
“Nafisa, are you there?”
“Ohh.. oh sorry Josh, mak panggil aku. Nanti aku telefon kau semula,” Nafisa menekan punat merah pada telefon bimbitnya lalu merebahkan diri ke atas tilam. Siling usang rumahnya ditenung lama. Terasa baru semalam dia bersembang dengan Joshua di anak tangga tentang masa depan. Joshua yang tidak tahu apa yang dia mahu, kini  sudah dewasa untuk membuat keputusan yang tidak disangka-sangka. 
“Akhirnya, Josh kau..,” dia mengumam sendirian sambil meletakkan lengan ke atas kepala, menutupi sebahagian muka. Tidak tahu kenapa, pangkal jantungnya terasa dipulas-pulas, perit dan menyakitkan. 
“Kak, kamu kenapa? Mak panggil dari tadi,” Mak berdiri separuh-separuh diantas biliknya dan ruang berehat. 
“Tak ada apalah mak. Letih sikit je,” Nafisa bingkas bangun. Dia sama sekali tidak akan bercerita apa-apa dengan maknya. Maknya sudah cukup beban untuk dipikul, tidak perlu disemakkan lagi dengan masalah picisannya. 
“Kamu dah check UPU? Mak Yam kata dah keluar keputusannya,”
“Ohh, sekejap,” Nafisa berlari keluar, mencari desktop yang diletakkan di ruang tamu. Satu-satunya komputer di rumah ini yang dikongsi Nafisa dan adik-adiknya. Selepas memeriksa sambungan internet, Nafisa mencari laman sesawang dibawah kementerian pelajaran tinggi yang dipanggil UPU, unit pengambilan universiti. Kesemua kemasukan ke institut pengajian tinggi awam akan melalui UPU kecuali beberapa universiti yang menggunakan sistem sendiri. 
Buat seketika dia terlupa akan Joshua. Diganti dengan debaran pula.
"Sudah ke kakak?" Mak pula yang tidak sabar apabila dilihatnya anak sulungnya itu berlengah-lengah.
"Kejap..line slow lah mak," dalih Nafisa. Melihat emaknya tidak berganjak, akhirnya dia akur, memasukkan nombor kad pengenalan lantas membuat hantaran. Lawan sesawang itu mengambil sedikit masa sebelum memaparkan maklumat yang dinanti Nafisa dan mak.
“Dapat mana kakak?” 
"Najwan, mak mana?" Nafisa meletakkan beg pakaian di atas salah satu kerusi di meja makan. Najwan yang ketika itu hanya berkain pelikat sedang berjalan menuju ke bilik air terlompat melihat kelibat kakaknya di tangga dapur. 
"Bagilah salam lain kali," tegur Najwan. 
"Kakak bagi salam, tak ada orang jawab pun," acuh tak acuh Nafisa membalas sambil melonggarkan kerudung yang dipakainya lalu disidai di salah satu paku di dinding antara dapur dan ruang atas. Kemudian dia duduk bertenggek di anak tangga.
"Kak, kau tak ada kata pun nak balik,"
"Mak mana?" Nafisa sengaja tidak menjawab rungutan Najwan, dibiarkan seolah-olah tidak mendengarinya. 
"Mak dekat rumah Acik Siti, hari ni ada yasinan,"
Mendengar keberadaan mak, barulah Nafisa mula berbasa basi dengan adiknya. 
"Kau sihat Najwan?"
"Sekarang mahu tanya?" Najwan menyindir dengan mencebikkan bibirnya. Jarak umur mereka hanya selang 3 tahun sahaja, menjadikan Najwan antara yang paling rapat dengan kak sulungnya.
"Sekolah ok?" sekali lagi Nafisa berpura-pura tidak mendengar sindiran Najwan. 
"Sekolah macam tu sajalah," 
Najwan adalah guru matematik di sekolah rendah di pekan itu. Selepas menghabiskan beberapa tahun di institut perguruan, dia kembali semula ke kampung halaman, menurunkan ilmu kepada generasi baharu. Najwan juga adalah sebahagian daripada belia asal yang tidak berhijrah ke mana-mana. Tidak seperti Nafisa. 
"Kenapa kau balik kak?" 
Mengapa saat Uncle Tey bertanya mengapa sudah lama tidak pulang, adiknya bertanya mengapa dia pulang?
"Tengok mak," balas Nafisa, ringkas. 
"Kalau setakat tengok mak, kan aku ada," Najwan tahu Nafisa sering mengunjungi kampung atas alasan lain, hanya sahaja kakaknya tidak mahu mengaku dengan lisan. 
"Kenapa? Salahkah aku balik rumah?" Entah dari mana, Nafisa menimbulkan prokasi. Otaknya terasa letih. Dengan lambakan kerja dan masalah peribadi. 
"Tak salah, aku tanya je," 
"Dahlah Najwan, akak masuk bilik dulu,"
Nafisa bangun, hendak naik ke bilik sehinggalah persoalan Najwan menjerat kakinya pada anak tangga terakhir. 
"Have you met him?" 
Him. Tidak perlu bertanya pun, mereka berdua tahu kepada siapa 'him' itu ditujukan. 
Kali ini Nafisa memberi jawapan berbeza, 180 darjah daripada apa yang diberitahu Uncle Tey.
"You know I won't"
0 notes