Tumgik
#tripkejepun
fatinfa1o · 7 years
Text
Backpack ke Jepun Januari 2017 (1)
Hello hai! So, following the above title I’m going to write an entry (entries) about my trip to Japan last January! But this entry (those entries) will be written in Malay language (Malaysian language) as to avoid further grammatical accidents and improper English wording by me hohoho. 
Jadi mari kita mula! 
Tumblr media
Trip ku ke Jepun adalah selama 8 hari 7 malam dan ku pergi dengan adik lelaki dan adik perempuan ku. Kami menggunakan konsep backpack (konsep hangat di Malaysia sekarang) di mana kosnya adalah jauh lebih rendah walaupun trip tu memakan masa hampir seminggu atau lebih.
Berapa kosnya? Ku tak kira lagi specific figure dia tapi roughly RM3500 termasuk:
Tiket kapal terbang pergi-balik (Airasia)
Penginapan (Airbnb)
Kos pengangkutan awam (bullet train, ICOCA card & bus)
Makan 
Entrance fee to ski park (only for sightseeing can’t afford ski gear rental cost, cry a bit)
Sedikit kos souvenir untuk mak abah ahli keluarga dan kawan-kawan
Ni ringkasan itinerary.
Day 1 - KUL (KLIA 2) > KIX (Osaka) > Tokyo Day 5 - Tokyo > Itoigawa Day 6 - Itoigawa > Osaka Day 8 - KIX > KUL
Ye ku tahu mesti ada yang wonder beberapa perkara seperti:
Kenapa tak buat one way trip, arrival dekat KIX airport dan depart back to Malaysia dekat Narita atau Haneda airport?
Kenapa tak (seperti di atas) tapi starting point dekat Narita atau Haneda airport?
Kenapa tak pusing Osaka dulu lepas tu baru pergi Tokyo?
Kenapa buang masa macam tu? Haha tak no you won’t ayte?
Boleh tambah dekat komen terima kasih xD
Jawapan dia nanti boleh?
Tassabar nak masuk day 1 ni hoho.
Day 1 - 20/1/2017
Flight ticket > RM798.28
Airasia
KUL - KIX return
With luggage 20 kg return
Meals return
Beli masa promo 24 hours apekenama dia. Pelupa
Tumblr media
Ha nampak ke idak? Flight pukul 0155 boarding 0055 tak silap. Maaf pelupa
Sebelum boarding, kitorang pergi ambil pocket wifi dulu dekat Samurai WiFi. Susah jugak nak survive backpack-ly without internet.
Harga sewa pocket wifi > RM144
Untuk 8 hari 7 malam
Pickup dekat KLIA 2
Unlimited quota
Up to 5 users kot? Ke 10? Pelupa
Atas gunung salji pun ada line boleh video call!
Tapi dekat platform subway bawah tanah tak cantik line dia
Sebab kitorang salah bawak adapter, charger pocket wifi ni lah kitorang guna!
Tumblr media
Meet my lil brother looking good in that Obey hoodie yaw.
Masa ni hanyalah kitorang berdua sebab adik perempuan ku beli tiket waktu lain jadi flight dia lambat sikit. Kitorang sampai nak dekat pukul 0920 waktu Malaysia dan 1020 waktu Jepun (perjalanan 6 jam).
waktu taklah tepat sebab ada delay hampir setengah jam dari KUL plus ku pun lupa ni pun refer archive airasia lol
Dah sampai kita solat la dulu apa yang patut sementara menunggu adik perempuan ku sampai dalam pukul 1500 waktu Jepun. Masak jugak menunggu budak ni tulah dah suruh beli sekali degil. Bebel
Tumblr media
Ni surau perempuan atau sign board luar dia tulis prayer room. Terminal 1, tingkat 3. Boleh cari Uniqlo dulu, dekat je dengan Uniqlo.
Dah siap semua cuci muka pakai losyen banyak-banyak sebab dah serik kulit kering masa trip ke Seoul, Korea Selatan dulu. Tapi alhamdulillah airport Kansai taklah sejuk sangat tak perlu pakai winter coat lagi dik buat pening je dalam tu. Sekarang berlegar sekitar airport sambil memikirkan apa patut kitorang dua beradik ni buat lagi beberapa jam menunggu lagi sorang tu.
Kitorang decide untuk cari locker untuk letak hampir 8 kg punya backpack ni ye lah nasi segera Brahim je nak dekat 6 paket! Masalah masa dekat locker:
Takde duit syiling lagi
Mahal pulak ada yang sampai 600 yen!
Yang murah boleh letak dalam 2 jam sahaja pfftt
Takde pulak locker kosong yang bersesuaian dengan saiz beg
Tak reti guna pfftt
Jadi kami pilih harga 200 yen kot? Pelupa. Tapi simpan untuk 2 jam sahaja. Tukar duit dekat kedai dengan beli apa ya? Pelupa. Mula-mula cuba pau pasangan Korea (Kansai airport RAMAI gila orang Korea, like RAMAI gila) tapi diorang pun tak cukup syiling. 
Godek-godek rupanya ada je option bahasa Inggeris. Isshh. Lepas dah masuk duit, lock dan keluarlah resit kecik yang korang HARUS simpan! Sebab nanti nak bukak locker, kena guna passcode stated dekat resit tu! Kalau degil jadilah macam ku yang main campak je resit tu lepas tu nak menangis bila tak boleh bukak locker. 
Then, kitorang berlegar lagi keliling airport sambil-sambil google tempat nak makan. Jumpalah satu kedai ni  The U-don atau Sanuki Udon dekat Terminal 1, tingkat 2. Terserempaklah beberapa keluarga dari Malaysia yey! Udon dia mangai lombut bonar!
Tumblr media
Beef udon kot? Pelupa. Cost 900 yen or 910 yen? Pelupa. Share dua beradik sebab besar.
Kitorang makan berdua, sebelah orang Jepun tengah rehat waktu kerja kot bersilih ganti. Punya leisure kitorang punya cepat diorang. CEPAT.
Lepas makan, pusing lagi airport satu kali then balik surau solat Zohor. Dekat surau, dari pagi pun terserempak dengan beberapa orang Malaysia yang rata-rata trip area Osaka sahaja. Terkejut diorang dengar trip ku, macam wau apa budak ni fikir sebenarnya. LMAO
Tumblr media
Siapa je suka menunggu walaupun kakak sendiri?
Tumblr media
Reunite 3 beradik! Dalam Haruka 42 dari Kansai International Airport menuju Shin - Osaka station.
Bila adik perempuan ku sampai kitorang pun bergeraklah ke platform untuk naik Haruka 42 menuju ke Shin- Osaka station. Kitorang gerak tepat pukul 1716 dan sampai tepat pukul 1805.
Dari Shin - Osaka kitorang naik bullet train (atau dalam bahasa Jepun Shinkansen) Hikari 532 menuju ke Tokyo station. Kitorang gerak tepat pukul 1816 sampai tepat pukul 2110. TEPAT. Janganlah nak senyum-senyum kalau dah terlambat takdo do dio nak bonti. Berlari jugak nak kejar train tu bila kau tak sure mana platform dia plus minutes gap yang sikit. The key is to find Shinkansen sign! 
Untuk lebih senang, korang bermainlah dengan web Hyperdia. Kelebihan dia:
Boleh confirmkan platform mana nak tunggu train
Boleh confirmkan train mana nak naik, sama tak dengan tiket yang dah di book
Boleh tengok train schedule kalau tak buat reservation
Boleh tengok nama train dan platform mana nak tunggu kalau tak buat reservation
Tumblr media
Japan Rail Pass (JR pass) kitorang beli 7 days pass dan ni main untuk transport jauh-jauh dan ada beberapa train dalam bandar boleh pakai pass ni.
Penggunaan dia?
Dah sampai any airport dekat Jepun, boleh cari JR counter.
Retrieve pass.
Make sure tahu destinasi seterusnya dan boleh book terus lepas retrieve (book both train and seating).
Boleh book beberapa banyak terus pun lagi bagus untuk destinasi sepanjang berada dekat sana tapi nanti korang pulak terkejar-kejar nak kejar masa train. 
Kalau tak book pun boleh je jangan risau.
Coach dia ada beza dan ada signs dekat luar gerabak dan pintu gerabak, Reserved or Non-reserved.
Car - gerabak, Seat - nombor tempat duduk, nombor platform ada dekat bawah sekali yang tulisan Jepun then nombor tu
Harga Ordinary 7 days pass > 29110 yen 
Convert RM masa ni Jadilah RM1240 kot? Pelupa 
Kalau korang tengok dekat link provided, ada green bagai, tak payahlah dik. ordinary diorang pun dah extraordinary kita. Kihkih
Ye. Dengan ekonomi sekarang, ketar juga dengan harga dia. Sobs
Tumblr media
Tokyo station with this sexy Hikari 532. There us with 8 kg backpack. Baru lepas deeeeeeeep sleep.
Dah sampai Tokyo station maka bermulalah explorace mencari tempat tinggal. Kitorang book bilik semua dekat Airbnb. Kelebihan Airbnb:
Urban (ada jugak traditional)
Boleh direct contact dengan host (owner property)
Cantik! (taktaulah kalau ada yang buruk)
Murah (ada je yang mahal)
Only us (ada je share)
Dekat Tokyo kitorang tinggal di kawasan Chuo, host kitorang Four Leave House. Person yang kitorang contact adalah Ming Lee, sangat cepat balas Whatsapp dan very helpful! Tempat ni berdekatan dengan Nihombashi station yang ada JR line dan Tokyo Metro Line. Dalam 5 minit jalan kaki.
Harga bilik > RM1159
Untuk 5 hari 4 malam
3 guests
Ada dapur
Private toilet & bathroom (we especially me don’t really like the sharing one)
Mesin basuh (we use it everyday, plus cara penggunaan sedikit berbeza dari mesin basuh dekat rumah kitorang)
Pocket WiFi provided (for up to 5 users, very useful bila Samurai dah habis batery dan Samurai takde coverage dekat area subway bawah tanah tu)
Apa beza JR line dan Tokyo Metro Line?
JR line boleh la guna dengan percuma sebab ada JR pass.
Tokyo Metro Line kena pakai kad macam Touch n’ Go tu atau boleh je beli tiket.
Kitorang pakai ICOCA card yang kitorang beli sekali masa retrieve JR pass sebab boleh refund plus dapat balik deposit plus can be used for Metro line both in Tokyo and Osaka.
Tapi ada je Metro line yang terima JR pass tapi tak banyak.
Metro line atau sengakatan banyak stops dan lebih dekat dengan destinasi tujuan.
JR line station untuk dalam bandar tak banyak dan memerlukan jalan kaki ke sesuatu tempat jauh.
Kos ICOCA card > 3000 yen 
Kos termasuk reload
Tapi boleh refund dekat Osaka sahaja
Balance refund kitorang dalam 1200 yen termasuk dia bagi balik deposit 500 yen
Tapi kalau refund tak dapat bawak balik kad tu
Tumblr media
ICOCA card.
Berpandukan map yang Ming Lee bagi, maka sampailah kami di bilik kami. Walaupun ada sedikit salah jalan plus tanya salah seorang penduduk di situ yang tak nak layan kitorang plus penat gila plus beg 8 kg, alhamdulillah we made it! Interior yang sangat cantik dan kemas! Fatin bagi 5 bintang! 
Uish day 1 pun dah lebih 350 patah perkataan. Ni pun draft sikit-sikit sambil memikirkan kuiz Farmakologi mendatang. Gigih
Next entry: Day 2 - 21/1/2017
Bila? Day 1 pun boleh tahan jenuh.nak kena cari balik sumber-sumber dan data-data dan bukti-bukti trip. Kihkihih
Fatin Syazreen
2 notes · View notes