Tumgik
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Kukus (mengukus)
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal putih / kerapu 1 hiris halia 2 ulas bawang putih 1 tangkai daun bawang 1 tangkai daun ketumbar 2 sudu kecil taucu (jika suka) 2 kaki cendawan (kulat) 1 sudu besar minyak 1 sudu kecil kicap cair Garam dan lada sulah (secukup rasa)
Cara-Cara:
Biarkan cendawan berendam dengan air. Sediakan pengukus. Sediakan ikan. Bersihkan ikan, jangan memotong sirip dan ekornya terlalu pendek. Perasakannya dengan garam dan lada sulah. Sediakan sayur-sayuran. Cincang bawang putih dan taucu, mayang halia dan cendawan, potong daun bawang sepanjang 4 cm dan petik daun ketumbar. Letakkan ikan dalam pinggan enamel. Taburkan bawang putih, halia, cendawan dan taucu di atas ikan. Tuang 1 sudu besar air, minyak, kicap cair & sedikit lada sulah ke atas ikan itu. Memasak ikan. Kukus ikan selama 10-20 minit bergantung kepada saiz ikan itu. Apabila telah masak pindahkan ke dalam pinggan bujur yang suam perlahan-lahan serta hiaskan pula dengan daun bawang & daun ketumbar. Hidangkan semasa panas.
from Tumis.my - Ikan Kukus (mengukus) Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Kukus Bakar Bersusu
Bahan-Bahan:
3 cm halia (dimayang) 2 batang serai (dititik) 5 ulas bawang putih (dimayang) 1 ekor ikan siakap sederhana besar (dibuang tulang) Garam Lada Sulah Tepung Jagung 1 cawan susu segar
Cara-Cara:
Bersihkan ikan dan toskan. Letakkan ikan kedalam loyang pengukus. Tuangkan susu segar, masukkan bawang putih, serai, lada sulah dan garam secukupnya. Kukus sehingga masak. Setelah masak angkat ikan dan tapis baki air kukusan. Masukkan sedikit tepung jagung dan kacau di atas api kecil perlahan-lahan hingga pekat. Kemudian tuangkan semula keatas ikan hingga meliputi keseluruhannya. Bakar didalam ketuhar hingga ikan nampak kekuning-kuningan. Hidangkan.
from Tumis.my - Ikan Kukus Bakar Bersusu Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Kukus Cendawan
Bahan-Bahan:
500gm ikan kerapu 4cm halia 4biji bawang merah 50gm cendawan butang (Kering) sedikit lobak merah (hiris) garam secukup rasa 2 sudu minyak
Cara-Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam ketepikan 2. Rendam cendawan hingga lembut kemudian hiris 3. Tumis halia bersama bawang hingga naik bau, kemudian masukkan cendawan dan lobak, kacau rata dan biarkan seketika 4. Masuk ikan dalam bekas dan tuangkan bahan yang telah ditumis diatasnya. 5. Kukus selama 10 minit atau mengikut saiz ikan.
from Tumis.my - Ikan Kukus Cendawan Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Kukus Halia
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan (trout/pomfret/seabass) 2 bawang putih(di hiris) 1sm halia (di hiris) 1 Lada hidup (di hiris) 1 sudu taucu (salted beans) sayur masin/jeruk yg d hiris (jika suka) sedikit garam lada sulah hitam (di tumbuk kasar/jgn terlalu halus)
Cara-Cara:
1. Sediakan bekas utk mengkukus 2. Bersih kan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca. 3. Tabur kan bawang putih, halia dan lada hidup yang telah d hiris ke atas ikan tadi. 4. Tabur kan juga taucu, sayur masin/jeruk, sedikit lada sulah hitam dan sedikit garam 5. Letak kan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengkukus. (N/B: air di dalam pengkukus hendaklah masak sebelum ikan d masuk kan k pengkukus) 6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 1 jam.
from Tumis.my - Ikan Kukus Halia Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Kukus Kacang Masin
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan merah 1 biji bawang merah (ditumbuk) 1 sm halia (ditumbuk) Sedikit kacang masin(dlm tin/botol) cendawan hitam(rendam dan hiris kasar) sedikit lada sulah serbuk perasa secukupnya
Cara-Cara:
1. Siang ikan dan bersihkan 2. Gaul ikan bersama bawang merah, halia, lada sulah dan serbuk perasa. 3. Letakkan kacang masin di atas ikan dan taburkan cendawan hitam. 4. Kukus sehingga masak
from Tumis.my - Ikan Kukus Kacang Masin Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Kukus Madu Limau Kasturi
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan kerapu (sederhana) 5 ulas bawang putih 2 inci halia muda dimayang 3 biji limau kasturi dibelah 2 Sedikit cendawan hitam/butang Serbuk perasa ajishio 2 sudu besar madu Sedikit garam Daun ketumbar (jika suka)
Cara-Cara:
Perapkan ikan dengan sedikit garam selama 10 minit. Panaskan periuk untuk mengukus. Masukkan ikan yang diperrap tadi kedalam loyang dan taburkan serbuk perasa ajishio. Masukkan bawang putih dan halia muda yang telah dimayang. Masukkan juga cendawan, limau kasturi dan 2 sudu besar madu. Bila air telah mendidih, kukus ikan untuk 25 minit. Bila masak taburkan daun ketumbar yang telah dipotong.
from Tumis.my - Ikan Kukus Madu Limau Kasturi Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Masak Beriani
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan tenggiri Minyak untuk menggoreng dan menumis 5 biji tomato 1 cawan air Sedikit garam 1 camca besar rempah ikan 2 camca besar rempah beriani 3 biji bawang besar, dihiris dan digoreng Bahan-bahan dikisar: 2 cm halia 3 ulas bawang putih 4 tangkai cili merah 2 tangkai cili hijau
Cara-Cara:
Ikan dipotong ikut suka dan digoreng setengah masak. Tumis bahan kisar. Masukkan tomato, tuangkan air, garam, rempah ikan dan rempah beriani. Masukkan bawang goreng dan masak sebentar. Kemudian, masukkan ikan dan diangkat.
from Tumis.my - Ikan Masak Beriani Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Masak Jepun Suri
Bahan-Bahan:
bahan A: (ditumbuk) 5 ulas bawang merah 3 biji cili merah 2 -3 potong ikan kerisi (atau ikan pilihan anda) 3 sudu besar tochu 4 sudu gula 1 cawan air garam secukup rasa
Cara-Cara:
Dalam periuk panaskan minyak masak dan tumis bahan A sehingga pecah minyak. Masukkan tochu dan gula dan sedikit air (supaya tidak hangus). Bila mendidih masukkan ikan dan air (tidak terlalu banyak kerana kuah perlu agak pekat). Tambah garam secukupnya. Biarkan merenih hingga ikan masak.
from Tumis.my - Ikan Masak Jepun Suri Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Masak Kerutub
Bahan-Bahan:
2 batang serai 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit 2 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 10 batang cili kering(jika nak pedas tambah lebih sedikit) ikan(segala jenis ikan boleh,terubuk,tenggiri,kembung,bawal) 1 mangkuk kecil santan sedikit garam sedikit minyak 1 batang serai dititik
Cara-Cara:
ikan digoreng garing.bahan2 tadi dimesin halus.panaskan minyak.masukkan bahan yg dimesin halus tadi sehingga pecah minyak(garing).selepas itu masukkan pula santan dan garam.kacau rata.biarkan dia kering sedikit.jika suka boleh juga ditambah sedikit gula untuk perisa.selepas itu angkat bahan tadi nak curahkan keatas ikan yg telah digoreng garing.siap untuk hidangan.
from Tumis.my - Ikan Masak Kerutub Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Masak Kicap Bercili
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal (dikelar) 3 sudu besar kicap lemak manis 1 cawan air Sedikit garam Sedikit bahan perasa Minyak untuk menggoreng Daun pastri dihiris halus Bahan-bahan ditumbuk : 4 biji bawang merah 2 biji bawang putih 10 biji cili api
Cara-Cara:
Ikan bawal disapu dengan garam, kemudian goreng seperti biasa (toskan). Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, bila panas masukkan bahan yang ditumbuk tadi, goreng sehingga kuning. Kemudian masukkan garam dan bahan perasa. Bila sebati masukkan air dan kicap. Bila mendidih sedikit masukkan ikan yang digoreng tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan hidang, taburkan dengan daun pastri.
from Tumis.my - Ikan Masak Kicap Bercili Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Masak Kuning
Bahan-Bahan:
2 ketul ikan tenggiri 1 cawan santan 1 inci kunyit hidup 2 sudu besar lada hitam 1 helai daun kunyit 4 sudu besar mentega 2 biji cili hijau 2 biji cili merah 1 inci halia (dihiris halus) 2 biji bawang putih (dihiris halus) 1 batang serai Garam
Cara-Cara:
Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Panaskan mentega dan goreng iakn hingga masak dan ketepikan. Panaskan mentega dan tumis halia, bawang putih dan serai. Masukkan santan, lada hitam dan kunyit hidup yang telah ditumbuk halus serta garam dan kunyit secukup rasa. Masukkan ikan dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih dan agak pekat. Angkat dan hidangkan.
from Tumis.my - Ikan Masak Kuning Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Masin Masak Asam
Bahan-Bahan:
bahan : 3 kping - isi ikan masin (potong dadu) 1 cawan - air asam jawa 3 biji - cili padi ( di ketuk2) 2 biji - bawang besar(hiris bulat/ tebal) 1 biji - tomato ( hiris bulat/tebal) 4 sudu minyak masak.
Cara-Cara:
panaskan 4 sudu minyak masak. goreng ikan isi ikan masin ( potong dadu )hingga kuning. angkat. kemudian tinggalkan sedikit minyak. kemudian goreng bawang, cili dan tomato yang telah dihiris. setelah kuning.. masukkan air asam jawa tadi. masak hingga ia mendidih. x perlu tambah garam.
from Tumis.my - Ikan Masin Masak Asam Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Masin Pari Goreng Lemak
Bahan-Bahan:
250 g ikan masin pari (direndam sehingga lembut) Satu labu bawang besar 2 ulas bawang putih 4 biji lada hijau besar 1 inci belacan ( dibakar) Santan setenngah biji Soon Gula dan garam secukup rasa
Cara-Cara:
Bawang besar, bawang putih, lada besar dan ikan pari masin ( ikan pari masin ini direndam hingga lembut) di mayang kecil-kecil . Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan lada besar tadi sehingga naik bau. Kemudian masuk ikan pari masin yang telah direndam bersama belacan yang telah di baker. Masak hingga naik bau wanggi belacan kemudian masuk santan dan kemudian soon. Akhir sekali masuk kan gula dan garam secukup rasa kemudian biarkan selama sepuluh minit sebelum di hidangkan.
from Tumis.my - Ikan Masin Pari Goreng Lemak Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Merah Ala Mexico Selatan
Bahan-Bahan:
1 ekor Ikan Merah (1 kilo) 1 biji alpokat atau avocado di dadu 3 batang lada merah di mayang 3 batang lada hijau di mayang 1 biji lada bengala (kuning lebih bagus)di potong julienne/panjang halus 3 biji tomato di dadu 5 sudu besar cuka (gunakan cuka apple cider kalau ada) 1 sudu besar gula halus garam secukup rasa daun ketumbar setengah cawan dipotong halus 6 sudu besar minyak zaitun
Cara-Cara:
Pertama sekali siang ikan dan kelar badannya. Gaul dengan garam, cuka dan daun ketumbar. Letak ikan di dalam baking dish. Campur lada merah dan hijau di atas dan sekeliling ikan. Proses ini diulang juga untuk alpokat/avocado, lada bengala dan tomato tadi. Curahkan minyak zaitun diatas semua bahan didalam baking dish. Panaskan ketuhar 180 darjah celsius selama 15 minit. Letakkan baking dish mengandungi bahan tadi diketuhar selama 15 minit.
from Tumis.my - Ikan Merah Ala Mexico Selatan Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Merah Bakar Ala Mauritius
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan merah 2 gm cili merah 2 ml jus lemon 2 biji tomato - dipotong dadu 20 gm daun ketumbar 10 gm daun kari 10 gm daun parsli - dicincang Sedikit paste bawang putih 4 sudu kecil minyak
Cara-Cara:
Kisar semua bahan kecuali ikan dan tomato. Perap ikan dan sapukan tomato di bahagian atasnya. Bakar pada kepanasan 160'C antara 20 hingga 25 minit. Hiaskan dengan gegelang bawang, hirisan lemon dan kiub tomato.
from Tumis.my - Ikan Merah Bakar Ala Mauritius Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Merah Goreng Halia
Bahan-Bahan:
ikan merah [seekor] kunyit [secukup rasa] garam [secukup rase] halia [sebesar ibu jari] bawang putih [seulas] cili padi [terpulang pd kehendak pedas]
Cara-Cara:
ikan merah disiang tanpa buang sisik.. tumbuk halia, bawang putih dan cili padi..masukkan kunyit dan dan garam secukup rasa..tumbuk sehingga lumat.. gaulkan bahan ditumbuk td pada ikan.. [andai tidak cukup kuning blh tambahkan kunyit]biarkan selama 10minit..goreng dengan minyak yg panas..siap dihidang..
from Tumis.my - Ikan Merah Goreng Halia Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes
tumismenumis · 4 years
Text
Ikan Merah Lemak Putih
Bahan-Bahan:
1kg kepala ikan merah 2 cawan santan 5 keping asam gelugor Garam secukup rasa Serbuk perasa 8 ulas bawang merah - dimayang 15 biji cili padi - dihiris halus 2 batang serai - dihiris nipis 1 cm halia - dimayang 2 cm lengkuas - dihiris nipis 6 helai daun limau purut - dihiris nipis
Cara-Cara:
Masukkan ikan ke dalam periuk bersama santan dan semua bahan lain. Masak dia tas api yang sederhana kecil dan dikacau selalu supaya santannya tidak akan pecah. Apabila telah masak, sedia untuk dihidangkan.
from Tumis.my - Ikan Merah Lemak Putih Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
0 notes