Photo

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛᴇɢᴜʀ ᴏʀɢ ᴍᴀʟᴀʏꜱɪᴀ, ᴅᴏʀɢ ᴛɢʜ ʙᴀᴅ ᴍᴏᴏᴅ, ᴛᴀɴʏᴀ ᴋʜᴀʙᴀʀ ᴏʀɢ ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴᴇ, ᴅᴏʀɢ ᴊɪʜᴀᴅ ᴘᴇʀᴛᴀʜᴀɴ ᴀʟ ᴀQꜱᴀ. #AlAqsa #AlAqsaUnderAttack #Palestine (at Al Aqsa Jerussalem Palestine) https://www.instagram.com/p/COt4AjBhjaTxdycoJKMfnPOd7hanfGsSdH5D080/?igshid=1gk8bfdt9s2mj
0 notes
Text
instagram
Siapakah yang berkata-kata itu dan kepada siapakah kata-kata ini?
Daripada Allah swt dan Rasulnya saw untuk diriku.
Al-Maaida (5:83)
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَىٰ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). Pesan Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi...
"Apabila membaca dan mendengar bacaan Al Quran, hendaklah merasakan Allah swt sendiri yang berkata-kata dengan kita dan apabila membaca atau mendengar hadis Nabi saw, hendaklah merasakan bahawa Rasulullah saw sendiri yang berbicara dengan kita.
Semasa membaca atau mendengar sesuatu perkataan, kesan perkataan itu akan bertambah berkadar dengan hal sebanyak mana ada tumpuan perhatian terhadap perkataan itu sendiri" xvii: Muntakhab Ahadis
0 notes
Photo

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. Al-Ahzab:56. Bacalah selawat ﺁﻟﻠّﻬُﻢَ ﺻَﻠّﯿﮱِ ﯛﺳَﻠّﻢْ ﻋَﻠﮱِ ﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤّﺪْ ﻭَ ﻋَﻠﮱ ﺁﻝِﺳَﻴّﺪﻧَﺂ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ #jumaat #selawatnabi
1 note
·
View note
Photo

Thanks so much to all of you paintball photographers who share your awesome artwork. Photo Credit to @kellyrudyslater @redturtlemedia #paintball #waxerslegion
1 note
·
View note
Photo

Jika Rabb-ku berkata kepadaku, “Apakah engkau tidak malu bermaksiat kepada-Ku?” Engkau menutupi dosamu dari makhluk-Ku tapi dengan kemaksiatan engkau mendatangi-Ku Maka bagaimana aku akan menjawabnya?
0 notes
Link
Selected Prophetic Prayers for Spiritual, Physical and Emotional Wellbeing by Chaplain Ibrahim Long - SeekersHub Blog
0 notes
Text
Kata-kata Mutiara-Bijak-Nasehat Imam Syafi’i, Imam Ghazali, Syeh Abdul Qodir Jaelani – Dari Masa Ke Masa
0 notes
Photo

Getting back to the game after more than 2 years of hiatus in competitive paintball. Almost a perfect comeback with Waxers Legion at TPOC Chiang Mai, Thailand, we played very well during prelim but we lost in the semi, nevertheless we managed to win 3rd place of Div2. #waxerslegion #ftte #paintball #tpoc
0 notes
Photo

Allah yang memelihara dan memenuhi keperluan seluruh makhluknya. Allah swt memiliki khazanah yang tidak terbatas. Seseorang tidak akan dimatikan oleh Allah swt sebelum rezekinya yang ditentukan oleh Allah untuknya di dunia telah habis. Allah swt yang menciptakan dan yang menguasai makhluknya baik yang bernyawa ataupun yang tidak bernyawa. Makhluk memerlukan perintah Allah, untuk dapat melakukan amal bahkan untuk matipun perlukan perintah daripada Allah. Khuruj fi sabilillah. Ms87
0 notes
Photo

Sebab terhijab makbulnya doa. Kisah Pemuda Zaman Nabi Musa a.s Pada zaman Nabi Musa a.s, bani Israel ditimpa kemarau yang panjang. Mereka pun mendatangi Nabi dan memintanya berdoa kepada Allah agar menurunkan hujan Nabi Musa a.s bersama 70ribu kaumnya menuju padang pasir yang luas dan berdoa kepada Allah. Setelah selesai berdoa langit tetap terang benderang… tiada segumpal awan pun muncul... Nabi Musa berdoa lagi... Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kamu ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan kaummu agar dia berdiri di hadapan kamu semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan...” Nabi Musa pun mengumumkan kepada kaumnya seperti yang diperintahkan. Tiada seorang pun mengaku. Seorang pemuda tahu dirinya adalah orang yang dimaksudkan... terdetik dalam hatinya jika dia mengaku maka terbukalah aibnya di khalayak tapi jika dia tidak mengakui, Allah tidak akan menurunkan hujan. Maka hatinya pun gundah gulana... menyesali perbuatan maksiatnya… dia berdoa, “Ya Allah… Aku telah bermaksiat kepadamu selama 40 tahun… selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada Mu, maka terimalah taubatku…” Tak lama selepas itu ternampaklah kepulan awan hujan tiba... Nabi Musa a.s hairan kerana tiada seorang pun dari kaumnya mengakui melakukan maksiat tetapi Allah mengurniakan hujan. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun.” Nabi Musa berkata, “Ya Allah… Tunjukkan padaku hamba yang taat itu.” Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepadaKu, apakah Aku membuka aibnya sedangkan ia taat kepadaKu?!” Iktibar: 1. Dosa dan maksiat akan menyebabkan terhijab dari makbul doa, bukan hanya kepada diri sendiri malahan kepada keseluruhan nya. 2. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kepada Allah yang Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih, Maha Pengampun. 3. Adab berbahasa yang ditunjukkan Nabi Musa apabila memanggil hamba dari kaumnya sebagai "orang yang taat" walaupun sebelumnya diketahui orang itu telah melakukan maksiat selama 40 tahun
0 notes
Photo

Mutiara Ilmu dari Tuan Azmi Tawil "Kerja Sebagai Ibadah" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56) 5 Syarat menjadikan kerja sebagai ibadah 1. Niat yang betul (kerana Allah) 2. Perkara yang dibuat mengikut syariat 3. Perlaksanaan kerja mengikut syariat 4. Najitah mestilah ke arah kebaikan & bermanfaat 5. Tidak meninggalkan ibadah asas (ibadah wajib). Kerja akan tertolak dari ibadah jika salah satu syarat tidak dipenuhi. (at Ma'ahad An-Noer Lit Tafaqquh Fid Din Kampung Chemperoh Janda Baik Pahang)
0 notes
Photo

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (2:21)
0 notes
Photo

*Beza orang yang mengikut Sunnah dengan yang mengikut nafsu.* *Perdakwah vs Pendakwa* Marilah kita doakan mereka agar mendapat hidayah Allah. Kita semua keturunan Nabi Adam, hamba Allah tidak layak dizalimi tetapi layak dibantu, disayangi. Kita semua milik Allah, semua terjadi dengan perancangan dan izinNya. Jangan difikir apa kesakitan, kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita tetapi fikirlah apa yang kita lakukan kerana Allah untuk hambaNya. Semoga asbab adab, kasih sayang dan doa kita, lembut hati mereka dan menjadi saudara kita. Kenangilah peristiwa ketika Rasulullah saw disakiti di Thaif, walaupun malaikat menawarkan untuk menghempap bukit kepada penduduknya... “Ya Rasulallah! Sesungguhnya Allah swt mendengar perkataan kaummu dan aku adalah malaikat penjaga gunung. Sesungguhnya Dia mengutuskanku kepadamu supaya kamu perintahkan kepadaku apa yang kamu kehendaki. Sekiranya engkau mahu supaya melipatkan gunung yang besar ini ke atas mereka, tentu aku lakukan. Nabi saw menjawab: “TIDAK! Sesugguhnya aku berharap mudah-mudahan Allah swt memberikan kepada mereka keturunan yang menyembah Allah swt dan tidak menyukutukanNya dengan sesuatu pun.” Jibril berkata: “Sesugguhnya Allah swt memerintahkan supaya aku mengikuti kemahuanmu ke atas kaummu kerana perbuatan mereka kepadamu!” Nabi saw menjawab sambil berdoa: “Ya ALLAH! Engkau tunjukkan (jalan yang lurus) kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” (at Mount Kinabalu)
0 notes
Photo

Kalau nak lawan, biarlah betul-betul kuat & menang walaupun pada mata manusia... lawan manusia pun kalah... Rugi dunia-akhirat. *** Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (3:77)
0 notes
Photo

Kesan buruk meninggalkan 'amr maaruf wannahy 'anil munkar? 1. Hilanglah status sebaik-baik umat yang dijanjikan Allah. 2. Hilanglah keberkatan wahyu kepadanya (HR Tirmidzi). 3. Bukanlah sifat-sifat orang yang berjaya. 4. Tidak mengubah kemungkaran sekalipun dengan hati, maka tiadalah iman untuknya walaupun sebesar biji sawi (HR Muslim). 5. Doa permohonannya tidak diterima. Sumber Ali-Imran 110. Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), Ali-Imran 104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Sayyidatina Aisyah ra berkata Rasulullah saw bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya Allah swt berfirman kepada kamu, 'Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada kemungkaran sebelum datang satu suasana kamu berdoa kepadaKu tetapi Aku tidak menerima doa kamu, kamu meminta daripadaKu tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu dan kamu memohon bantuan daripadaKu tetapi Aku tidak akan membantu kamu'. HR Ibnu Majah, Ibnu Hibban: Targhib.
0 notes
Photo

Sila sambung-sambungkan... Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, ..." (Surah Ibrahim:7) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (93:11) Ya Allah, Alhamdulillah kami berterima kasih dan kami bersyukur atas nikmatMu... 1. memberikan kami nikmat yang banyak, tidak dapat kami menghutungnya. (16:18) 2. Memberikan kami hidayah agar kami menerima Islam dan kekal dengannya. (6:125) 3. "..... Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur" (34:13) #zahirkankesyukurantapijanganriak
0 notes