Tumgik
#CikGaram.Alwanizolkifli
alwanizolkifli · 2 years
Text
1. Ajar minda untuk sentiasa menjadi tenang dalam situasi apa sekalipun.
15 notes · View notes
alwanizolkifli · 3 years
Text
Manage your expectations if you don’t want to end up disappointed.
Don’t expect to get what you give because not everyone has a heart like yours.
Knowing your reward is with the Almighty and not from people around you.
-Mufti Menk
33 notes · View notes
alwanizolkifli · 4 years
Text
Dari Ubadah bin Ash-Shamit رضى الله عنه, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda :
" Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do’a. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya. Maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini."
(HR.Ath-Thabrani)
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga di bulan yang mulia ini kita beroleh rahmat, barakah dan maghfirah dari Allah سبحانه وتعالی . Aamiin Ya Rabbal ’Alaamiin.
18 notes · View notes
alwanizolkifli · 5 years
Text
MANUSIA TERBAIK
Ibnu ‘Umar رضى الله عنه meriwayatkan, saat Nabi Muhammad ﷺ berdiri di antara para sahabatnya, Baginda ﷺ bertanya, “Siapakah manusia yang terbaik?”
Salah seorang sahabat menjawab, “Orang kaya yang memberikan hak dirinya dan hartanya.”
Nabi ﷺ bersabda, “Betapa beruntungnya orang yang seperti itu, tapi bukan dia. Manusia terbaik adalah orang mukmin yang miskin, yang memberi (sedekah) dengan susah payah.”
[ Kitab Risalatul Mustarsydin ]
36 notes · View notes
alwanizolkifli · 4 years
Text
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
"Berhati-hatilah kerana syaitan yang terikat di laut selama bulan Ramadhan telah bebas dan sekarang mereka kembali bertebaran dan rindu untuk menggoda kembali manusia.
Akan tetapi siapa yang keluar dari bulan Ramadhan dengan membawa cahaya, maka syaitan tidak mampu mendekat padanya. Kerana, jika mendekat padanya akan terbakar oleh cahaya tersebut."
[Habib Umar bin Hafidz]
10 notes · View notes
alwanizolkifli · 4 years
Text
Anda nak hidup tanpa vaksin?
Dunia mengalami pandemik Covid-19 bermula 11 Mac 2020. Sehingga ke 23 April 2020, Covid-19 telah mengorbankan 185 500 nyawa.
Ya, 185 500 insan.
Mangsanya tak mengira bangsa.
Sejarah pandemik dunia menunjukkan korban paling besar, disebabkan oleh Bubonic Plaque pada kurun ke 14 yang mengorbankan 200 juta penduduk dunia.
200 000 000
Hampir 1/4 populasi dunia dihapuskan 😣
Bagaimana dengan smallpox atau cacar yang berjaya dihapuskan dari muka bumi pada tahun 1980? Sebelum vaksin small pox dijumpai oleh Edward Jenner pada tahun 1796, smallpox mengorbankan 56 juta nyawa. Bukan angka yang sedikit.
56 000 000
Kolera? Wabak kolera yang menyerang dari tahun 1817 hingga 1923 telah membunuh 1 juta nyawa sebelum vaksin tifoid diperkenalkan oleh seorang saintis British pada tahun 1896.
1 000 000
Sekitar tahun 1800- an, wabak yellow fever yang dibawa oleh nyamuk pula menyerang dunia. Sehingga kini, 100-150 000 nyawa telah diragut dan masih terdapat tempat di mana vaksinnya yang mula dicipta pada 1937, masih diperlukan, contohnya di Latin Amerika atau di Afrika.
Peranan vaksin, selain sistem sanitasi dan air bersih memang tak boleh disangkal dalam mengekang penyakit berjangkit.
Lihatlah keadaan kita sekarang.
Walaupun dengan teknologi canggih, sistem sanitasi yang baik dan air bersih di mana-mana, kita terpaksa berdepan dengan wabak Covid-19 yang masih menggila di sesetengah negara maju seperti USA dan Itali.
Jangan pelik kenapa saintis-saintis berlumba untuk menghasilkan vaksin untuk SARS- Cov 2
ini. Di samping melakukan penjarakkan sosial, amalan membersihkan tangan, penyakit ini memang perlu dicegah daripada terus menular.
Tiada langsung pakar-pakar penyakit dunia menganjurkan Vitamin C atau suppliment lain sebagai cara pencegahan yang efektif.
(Jadi antivaksin yang suka guna alasan ini untuk menolak vaksin, tolonglah simpan hujah bodoh tu)
Nota kaki: Sempena Minggu Imunisasi bermula 24 hingga 30 April, ibubapa disarankan agar membawa anak-anak ke klinik kesihatan terdekat untuk melengkapkan vaksinasi mengikut jadual. Bukan Covid-19 sahaja yang mampu membunuh!
(sumber : Dr Sakinah Sulong)
10 notes · View notes
alwanizolkifli · 5 years
Text
Hati Yang Tenang
"Maka pautkan lah hati dengan Allah nescaya kesedihan dan kesakitan akan menjadi manis kerana datang daripada Allah yang dicintai. Para wali Allah apabila mereka tidak diuji oleh Allah, mereka merasa sedih dan takut."
"Mereka akan mengatakan; "Adakah Allah sudah lupakan aku?" Betapa sedihnya mereka kerana kekasih mereka tidak menguji mereka. Para auliya' mengetahui bahawa surat cinta Allah adalah ujianNya."
"Maka ia sangat jelas bahawa dunia ini tidak sempurna supaya orang-orang beriman akan melatih diri untuk bersabar akan kesempurnaan syurga. Dan syurga adalah tempat yang paling sempurna."
"Hayatilah ujian kita kerana dengan hayati akan membuat kita lebih bersabar dan taat kepada Allah سبحانه وتعالى, juga ia akan membuat perjalanan kita lebih manis. Moga-moga kita digolongkan bersama para wali-wali Allah di yaum mahsyar."
Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari.
35 notes · View notes
alwanizolkifli · 5 years
Text
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
“Pujian yang indah adalah hanya kepada seseorang yang indah iaitu BAGINDA RASULULLAH ﷺ.”
[Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani]
Mufid Makrifat
12 notes · View notes
alwanizolkifli · 5 years
Text
" Yang paling aku khawatirkan, nanti akan terjadi dimana orang-orang nampak zahirnya seperti melakukan usaha agama. Namun di sisi Tuhannya, dia tidak melakukan usaha agama."
[ Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy رحمة الله تعالى ]
.
Apabila seseorang itu melakukan usaha agama maka sifatnya tambah baik, yakinnya tambah kuat, ketaatannya pada Allah سبحانه وتعالی meningkat, kecintaannya kepada sunnah semakin bertambah, solatnya makin khusyuk, ilmunya semakin bertambah, inilah maksud usaha agama.
Tapi hari ini orang usaha agama hanya untuk orang lain saja bukan untuk diri sendiri. Inilah yang dimaksud kita di sisi manusia terlihat seperti usaha agama tetapi di sisi Allah bukan sedang usaha agama.
29 notes · View notes
alwanizolkifli · 5 years
Text
Sebahagian daripada adab berpuasa ialah tidak membanyakkan tidur pada siang hari, agar dirasainya lapar, dahaga dan lemahnya kekuatan.
[ Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى, Ihya’ ‘Ulumuddin ]
20 notes · View notes
alwanizolkifli · 6 years
Text
ADAB SELEPAS SOLAT
Setelah habis menunaikan solat, duduklah dahulu. Mintalah solat itu diterima oleh Allah SWT. Kita yakin bahawa solat kita banyak kekurangannya, khusuyuknya tidak sempurna dan begitu juga dengan bacaan di dalam solat.
Mohonlah, "Ya الله, yang kurang daripada solat-Ku ini, Kau tutuplah dengan rahmat-Mu."
Lalu sambunglah dengan zikir serta doa.
Adakah kita sudah merasa kaya dan tidak memerlukan kepada Allah?
_____________________________________________________
Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
www.darulmurtadza.com
178 notes · View notes
alwanizolkifli · 6 years
Text
You didn’t find this post for nothing. Allah allowed you to see this for a reason. There are millions of posts out there, but you’re reading this one right now.
I just want you to know that Allah is right there with you and He loves you more than you will ever understand.
He knows what you’re going through. He knows what you want. He knows what you need. He won’t let you down so just rely on Him and trust Him.
Everything is gonna be okay, you just have to let His plan work out. If you’re looking for a sign or something to give you some hope and strength, then let this be it.
Don’t give up!
CikGaram | Alwanizolkifli
70 notes · View notes
alwanizolkifli · 6 years
Text
Mencintai Nabi
"Orang yang paling hampir dengan nabi kelak, adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya. Seseorang itu yang taat pada Rasulullah ﷺ bermakna dia taat pada Allah سبحانه وتعالى. Siapa ingin dapat kecintaan dan keredhaan Allah سبحانه وتعالى maka dia perlu lihat kecintaannya pada Rasulullah ﷺ. Zahir batin, jiwa dan raganya untuk Nabi Muhammad ﷺ. Berselawatlah pada Rasulullah ﷺ dan ucapkan selamat pada Baginda nabi. Sebagai manusia tidak fikir bahawa Nabi Muhammad ﷺ berhajat pada selawat kita."
"Pada awal ayah, Allah menafikan yang Nabi Aku, Kekasih Aku tidak perlukan selawat kamu wahai hamba-Ku. Kerna Allah سبحانه وتعالى Rabbul Alamin telah berselawat kepada Kekasih-Nya. Dan para malaikat yang ada di tujuh petala langit dan tujuh petala bumi telah berselawat kepada Rasulullah ﷺ."
"Maka Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepada kita faedah dah manfaat selawat itu untuk kita. Dan segala hadis-hadis menyarankan, menganjurkan, menggalakkan kita, memberi semangat pada kita selawat pada Rasulullah ﷺ. Ianya bukan bermakna baginda miskin, fakir dan doa dari hambanya."
"Nabi Muhammad ﷺ suruh berselawat pada baginda adalah kerana itu semua untuk kita. Perjalanan kita untuk menuju pada Allah سبحانه وتعالى adalah bagaimana pautan cinta kita pada Nabi Muhammad ﷺ. Seseorang tidak akan sampai pada Allah jika tak melalui pintu yang benar, yang di sediakan oleh Allah iaitu Nabi Muhammad ﷺ."
"Seorang sahabat ketika berjumpa Nabi Muhammad bertanya; "Ya Rasulullah,Aku ingin menghabiskan satu perempat waktuku setelah aku melakukan yang fardhu, untuk berselawat padamu ya Rasulullah." Nabi Muhammad ﷺ berkata; "Kamu melakukan perkara baik wahai sahabatku, jika engkau menambahkan lagi maka itu lebih baik lagi."
"Maka sahabat itu berfikir, bertafakkur dan mengatakan; "Ya Rasulullah, jika begitu aku ingin menghabiskan satu perdua daripada waktu aku berselawat pada mu, ya Rasulullah. Maka Rasulullah ﷺ mengatakan; "Dan ini sesuatu yang baik, tetapi jika kamu tambah maka ia akan lebih baik lagi."
"Setelah itu, sahabatnya buat keputusan maka dia mengatakan; "Ya Rasulullah, aku ingin menghabiskan tiga perempat waktu aku setelah aku buat yang fardhu, berselawat padamu ya Rasulullah. Maka Rasulullah ﷺ mengatakan; "Kalau tambah lagi, maka ianya lebih baik lagi."
"Maka sahabat termenung, SubhanAllah. Jika tiga perempat waktu setelah dia lakukan fardhu dan baca quran dan lain lain, Maka dia dapat satu keputusan,
Dia memahami dan faham apa yang dikehendaki oleh Rasulullah ﷺ, Maka sahabat tadi kata aku ingin menghabiskan seluruh waktu aku untuk selawat pada mu, ya Rasulullah."
"Maka Nabi Muhammad ﷺ berkata; "Jika benar apa yang kamu katakan kamu lakukan, segala hutang piutangmu akan langsai, segala hajat-hajatmu akan didengari oleh Allah سبحانه وتعالى, ditunaikan di sempurnakan oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan segala musibah malapetaka, bala bencana Allah akan angkat dari kau."
"Dan Inilah kelebihan mereka yang menghabiskan masanya untuk berselawat pada Nabi muhammad ﷺ. Ulama mengatakan; "Jika seseorang menghabiskan segenap masanya untuk berselawat pada Rasulullah silakan." Itu zikrullah. Ulama mengatakan bahagikan masa kita juga untuk ucap; "SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar,Walahaulawaquwataillah billahillalihilazim."
"Tetapi jika ada seseorang mengatakan, saya ingin menghabiskan masa saya semua untuk berselawat pada Nabi Muhammad maka itu juga suatu perkara yang terpuji yang dituntut dalam agama kita."
"Imam Malik رحمه الله تعالى, sanggup menanggalkan seliparnya dan membuang air kecil dan besar apabila memasuki bumi madinah. Kerana di bawah sana ada bersemadinya Nabi Muhammad ﷺ. Lalu, orang dizamannya bertanya; "Wahai imam, Apakah kaitan capal dengan nabi yang telah mati di bawah sana?"
"Apa kaitan buang air besar dengan agama?" Lalu Imam Malik menjawab; "Rasulullah ﷺ tidak pernah mati. Bahkan Baginda hidup. Baginda dia hidup disamping Allah سبحانه وتعالى. Bersama kekasihnya dan aku cintakan baginda. Aku cintakan Rasulullah ﷺ."
"Lihat Adab ulama dengan Rasulullah ﷺ. Cinta dan sayangnya mereka kepada nabi. Dan Betapa sayangnya nabi kepada kita setiap isnin dan khamis, akan dipaparkan perjalanan hidup kita didunia dilaporkan kpd baginda. Ada umat yang membuat dosa nabi mengirimkan istighfar kepada umatnya yang berdosa itu."
"Orang yang paling hampir dengan nabi kelak, adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya. Seseorang itu yang taat pada Rasulullah ﷺ bermakna dia taat pada Allah سبحانه وتعالى. Siapa ingin dapat kecintaan dan keredhaan Allah سبحانه وتعالى maka dia perlu lihat kecintaannya pada Rasulullah ﷺ. Zahir batin, jiwa dan raganya untuk Nabi Muhammad ﷺ."
"Ada satu kisah, hampir disetiap waktu selepas solat maghrib ada seorang ulama' besar di Hadhramaut selalu berjalan-jalan di sebuah daerah. Terdengar dari tiap-tiap rumah, penghuninya membaca Al-Qur'an, ada juga yg berdzikir,
ada juga yg membaca ratib dan selawat."
"Maka Dilihatnya dari rumah-rumah tersebut mengeluarkan cahaya. Namun cahaya yang kelihatan lebih terang hingga ke langit adalah cahaya rumah yang sedang berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ. Telah berkata Al-marhum Al-habib Ahmad bin Alwy Baraqbah رحمه الله تعالى;"Selawat yang kita bacakan itu sesungguhnnya mengeluarkan bau yang harum."
"Harumnya selawat dapat dicium oleh semua makhluk Allah kecuali manusia dan jin. Jika Allah سبحانه وتعالى membuka hijab penciuman kita niscaya kita akan sibuk mencari dimana harum itu berasal sehingga kita lupa terhadap penghidupan kita."
"Makanya jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah Sayyidina Rasulullah ﷺ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ﷺ kepada kita. Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh AllahAllah سبحانه وتعالى untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam, umatnya kepada baginda Nabi ﷺ."
Darul Mujtaba | Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari
34 notes · View notes
alwanizolkifli · 6 years
Text
Kehidupan Rumahtangga
"Ketaatan seorang suami itu, adalah kepada ibunya.
Manakala, ketaatan seorang isteri itu, adalah kepada suaminya.
Dan di dalam perkahwinan, didalam alam rumah-tangga kadang kala ujian datang melanda sebagainya, dan berlaku perselisihan, Salah seorang daripada kalian hendaklah menjadi air.
Jangan kedua-duanya menjadi api kerana akan mengakibatkan rumah menjadi panas dan terbakar."
"Api bersama api akan menyebabkan terbakar, Rasulullah ﷺ mengatakan perpisahan boleh berlaku. Maka kita ingin elakkan, perpisahan hendaklah diletakkan paling jauh dan di tepi. Jika salah seorang menjadi api, kemarahan, panas barannya, dan sebagainya maka salah seorang mesti menjadi air yang menyejukkan."
"Apabila seorang isteri meninggal dunia, dan kematiannya itu mendapat keredhaan daripada suaminya, maka Allah سبحانه وتعالى akan tempatkan si isteri itu ke dalam Syurga.
Segala amal soleh yang dilakukan oleh suaminya, yang masih hidup itu, akan dibalas sama kepada isterinya. Hendaklah seorang isteri itu memiliki sifat-sifat yang baik layanannya kepada suaminya, tutur kata yang baik, dan tidak merungut ketika memperoleh nafkah daripada suaminya."
"Sekiranya seorang isteri itu bersikap buruk kepada suaminya, maka akan datang murka Allah سبحانه وتعالى kepada si isteri.
Didalam riwayat mengatakan;
Rasulullah ‎ﷺ pernah ditanya; "Ya Rasulullah, mengapakah penghuni Neraka itu ramainya kaum wanita?" Maka dijawab oleh Rasulullah‎ﷺ; "Salah satu diantaranya adalah mereka itu ramai yang tidak menghargai akan suami mereka."
"Makanya, jangan sampai salah seorang panas baran, dia juga panas baran. Maka bagaimana akan menjadi rumah tangga yang harmoni. Maka bertolak ansur lah, berkasih sayang lah, mawaddah dan letakkan fokus di alam rumah tangga ini; "Ya Allah, aku ingin keredhaan-Mu wahai Allah."
"Ya Allah, sepanjang hidupku ya Allah bersama pasanganku ini Ya Allah, aku ingin sedaya upaya menunaikan hak nya, Wahai Allah, Aku menunaikan hak nya YaAllah sebab mahukan keredhaan-Mu Wahai Allah." Jika pasanganku ini, belum menunaikan hak nya terhadap aku, makanya, aku akan menunaikan hak nya terlebih dahulu."
"Ini yang di ajarkan dalam agama kita bagaimana dapat menunaikan hak orang lain. Tetapi sesuatu yang diajarkan oleh orang barat kepada kita ini untuk kita tuntut hak. Maka manusia akan hanya menuntut hak nya maka akan datang perselisihan dan perbalahan yang tidak akan kunjung tiba ke mana perdamaian dan juga kesatuannya. "
"Dan apabila setiap pasangan yang suami berfikir bagaimana aku dapat menunaikan hak isteri aku, dan isteri pun memikirkan bagaimana aku dapat menunaikan hak suamiku, maka dengan demikian ia akan melahirkan rumah tangga yang harmoni."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
124 notes · View notes
alwanizolkifli · 6 years
Text
Hakikat Ketaqwaan
Rasulullah ﷺ bersabda;
"Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah."
Ini adalah perintah dan seruan yang mana perintah ini dari awal lagi bermula di zaman Baginda ﷺ. Kemudiannya di zaman Sahabat sehinggalah di zaman kita sekarang sampai hari kiamat."
"Rasulullah ﷺ menyuruh kita untuk bertaqwalah kepada Allah سبحانه وتعالى di mana sahaja kamu berada." Apakah itu taqwa? Berkata Al-Imam Abdullah Alwi Al-Haddad; "Dan makna taqwa iaitu kita mengikuti setiap perintah yang Allah سبحانه وتعالى perintahkan dan kita jauhi daripada apa yang Allah سبحانه وتعالى tegah kepada kita."
"Makna taqwa ini adalah besar iaitu kita mengikuti, kita mentaati semua keseluruhan yang diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita dan kita jauhi segala setiap apa yang ditegahkan yang dilarang oleh Allah سبحانه وتعالى. Inilah makna taqwa."
"Jadi manusia yang mengikuti setiap apa yang diperintahkan oleh Allah maka mereka ini akan menjadi orang yang dekat dan hampir dengan Allah سبحانه وتعالى. Dan Allahسبحانه وتعالى berfirman di dalam Al-Quran; "Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaqwa. "Disertakan cinta Allah kepada orang-orang yang bertaqwa."
"Kemudian Allah سبحانه وتعالى berfirman lagi; "Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa. "Dan di dalam firman Allah yang lainnya; "Sesungguhnya Allah menerima amalan-amalan daripada orang-orang yang bertaqwa."
"Ini menunjukkan betapa kuatnya dekatnya hubungan orang yang bertaqwa di sisi Allah سبحانه وتعالى kerana amalan yang diterima oleh Allah adalah daripada golongan mereka yang bertaqwa kepada Allahسبحانه وتعالى. Jadi keseluruhannya manusia ini tidak mampu untuk mencapai kepada martabat taqwa yang hakiki."
"Akan tetapi adakah mereka itu hanya melepaskan sahaja dan mengatakan; "Aku tidak mampu untuk menjadi orang yang bertaqwa." Tidak!! Bahkan mereka itu perlu bersungguh-sungguh untuk berusaha mencapai kepada taqwa."
"Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Bertaqwalah kepada Allah mengikut kemampuan kamu." Selagi mana kita masih lagi mampu bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى maka selagi itulah kita perlu bertaqwa kepada Allah maka bersungguh-sungguhlah kita untuk bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Insya Allah, kita mampu untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah dan kita akan termasuk dalam lingkungan golongan orang-orang yang beruntung yang mana mereka ini bertaqwa kepada Allah. Rasulullah ﷺ memerintahkan kepada kita untuk bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى. Tidak cukup sekadar itu bahkan Rasulullah ﷺ sertakan sekali dengan "Di mana sahaja kamu berada." Kerana apa?"
"Kerana mungkin ada sebahagian daripada manusia itu yang mana mereka itu bertaqwa kepada Allah di depan ibu bapanya, di depan ahli keluarganya, di depan saudara maranya dan di depan kawan-kawannya tetapi bagaimanakah ketika dia bersendirian?"
"Maka Rasulullah ﷺ menyebutkan "Di mana sahaja kamu berada bertaqwalah kepada Allah." Baik itu sama ada ketika kamu berada di dalam kamar kamu, sama ada ketika kamu sedang bermain facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya, sama ada ketika kamu sedang menonton televisyen,sama ada ketika kamu berada di pasar, di surau masjid. Tidak kira di mana-mana sahaja kamu berada kamu perlu bertaqwa kepada Allah."
"Di dalam hadis yang lain Rasulullah ﷺ bersabda; "Taqwa itu di sini!!Taqwa itu di sini!! Taqwa itu di sini!! "Rasulullah ﷺ menunjukkan kepada dadanya. Ini menunjukkan bahawasanya taqwa itu bukanlah diukur dengan kamu melihat zahir seseorang dan taqwa itu bukanlah kepada pakaian tetapi taqwa itu berada di dalam diri manusia di dalam hati manusia."
"Maka orang-orang yang sampai kepada tahap ini maka merekalah yang disebutkan orang-orang yang beruntung orang-orang yang bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى. Saidina Ali Bin Abi Thalib Rah menyebutkan tiga ciri orang yang bertaqwa."
"Yang pertama, Orang yang beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah سبحانه وتعالى. Yang kedua, Orang yang takut kepada Allahسبحانه وتعالى. Dan yang ketiga, Orang yang membuat persiapan untuk pergi bertemu dengan Allah سبحانه وتعالى. Maka beruntunglah orang-orang yang bertaqwa."
Daripada Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid.
Sumber : Raudhatul Muhibbin
37 notes · View notes
alwanizolkifli · 6 years
Quote
Segala yang terjadi diatas dunia ini dengan izin الله. Ketahuilah, setiap perkara yang diperintah oleh الله itu terdapat keredhaanNya, dan segala perkara yang dilarang oleh الله itu ada kemurkaanNya.
Maulana Iqbal Zain | Darul Mujtaba
51 notes · View notes