Tumgik
#iklan jawatan kosong
studioazroykusanagi · 30 days
Text
#kerjakosong #vacancy #hiring #joboffers #jobopportunity #peluangkerja
https://studioazroykusanagienterprise.blogspot.com/2024/05/iklan-jawatan-kosong-di-seekers-job.html
0 notes
azroykusanagistudio · 4 months
Text
Iklan jawatan kosong di Seekers Job Search Asia SDN BHD
https://studioazroykusanagienterprise.blogspot.com/2024/05/iklan-jawatan-kosong-di-seekers-job.html
View On WordPress
0 notes
ijawatan · 8 months
Text
Jawatan Kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia Jawatan: KELULUSAN MINIMUM: SIJIL / DIPLOMA1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 – 22 Kekosongan Gaji Minimum…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
kapkunkap12 · 2 years
Text
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Kedah
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Kedah
Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Kedah | Kepada warganegara malaysia yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut. Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Kedah Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 Syarat asas…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
kinitular · 5 years
Photo
Tumblr media
(via Jawatan Kosong Intel Technology Sdn Bhd 2019 - Kini Tular)
0 notes
officialhanayuri · 3 years
Text
Fuyu [part five]
"Nabe?" Yulia tiba di ruang makan lewat sedikit. Hotpot sederhana besar telah diletakkan ditengah-tengah meja jepun bersama pelbagai sayuran dan seafood disekelilingnya. 
"Oh.. Yuri.. tolong Kak Ana angkat buah," Adam muncul daripada dapur dengan jug kettle yang akan dipanaskan diatas api yang diletakkan bersebelahan meja jepun. Bara api dibawah tungku klasik itu kelihatan masih membara. 
"Okay," Yulia segera ke dapur. Dilihatnya Anastasia sedang memotong buah pelam. 
"Kenapa tiba-tiba kita masak nabe ni?" Tanya Yulia kepada Anastasia. 
"Sebab mama dan ayah tak ada," sampuk Hani daripada arah peti sejuk. "Mama abah pergi Johor sampai rabu depan. So..," 
"Party?" Tanya Yulia lagi.
Hanya di Fuyu sahaja, mereka berparty dengan nabe. Nabe atau hotpot yang lebih dikenali sebagai steambot menyajikan hidangan yang rebus-rebus sahaja. Di Fuyu, mama kurang gemar menggunakan makanan sejuk beku, maka segala fishball, fish cake, sosej dan apa-apa yang dikenali sebagai frozen processed food tak akan masuk ke dalam peti sejuk. Kecuali, jika mama tiada. 
Semua ini idea Noah. Noah mengatakan siang tadi, hasratnya untuk makan-makan bersama memandangkan Yulia bakal menghabiskan latihan amalinya bulan hadapan. 
Yulia meletakkan buah yang dipotong Anastasia di hujung meja. Hani dan Adam sudah terlebih dahulu mereneh cendawan dan beberapa makanan laut di dalam periuk. 
“Mana Noah?” Anastasia pula muncul daripada ruang masak dengan apron yang belum di tanggal. Terus sahaja dia duduk dihujung meja jepun, tempat rasminya. 
“Hmm..tadi dia kata nak beli barang dekat kedai runcit,” kata Adam sambil mencedukkan isi nabe ke dalam mangkuk.
“Kak Ana nak apa?”
“Tak apa.. Saya senduk sendiri,” Anastasia menolak dengan baik. Selang beberapa ketika, Noah masuk daripada pintu utama dengan menjinjing beg plastik berisi kekacang dan minuman isotonik.  
“Oh...tak tunggu eh makan. Sampai hati,” ujar Noah. Dia mengeluarkan isi barang yang dibelinya tadi ke atas meja. 
“Siapa suruh lambat,” balas Yulia bersahaja. 
“Tolak markah karang,” Noah mengugut dengan nada main-main. Namun, seisi Fuyu serentak memandang ke arahnya, termasuklah Anastasia yang kaku dengan penyenduk di tangan. 
“Ada markah apa? Ada buat event?” tanya Adam pula. Anastasia dan Hani berpandangan sebelum menyembunyikan tawa mereka.
“Makan..makan. Merepek je kau orang ni,” Anastasia menambah isi mangkuk Adam dengan isi ketam dan cendawan. 
“Yuri.. last attachment bila?” Noah berpura-pura bertanya, meskipun dia sudah dimaklumkan sejak hari pertama lagi. 
“Pertengahan ogos. Selepas seminggu, baru Yuri balik kampus,” Yulia akan menghabiskan saki baki cuti semester yang sejemput itu di Fuyu sebelum kembali ke kampus dan memulakan semester baharu. Tugasannya hanya tinggal pembentangan dan laporan bertulis. Selebihnya terpulang kepada preceptor untuk menilai hasil kerjanya. Dalam lebih kurang 3 minggu lagi Yulia akan mengucapkan selamat tinggal kepada Fuyu setelah 4 bulan mendiaminya. 
“Ana?” Tiba-tiba sahaja Anastasia diseru. Hampir tersedak wanita itu dengan kuah nabe yang tersalah masuk ke trachea. Cepat-cepat dia mencari air. 
“Huh? Kak Ana pun nak keluar dah?” Yulia menyampuk. Kini semua mata beralih pula kepada Anastasia. 
“Err..,” Anastasia bertentang mata dengan Noah. Perbualan dengan Noah kelmarin berkisarkan keputusannya sama ada hendak menyambung sewa atau kembali ke sarangnya di ibu kota.
“Noah.. ada masa? Can we talk?” Anastasia menegur Noah yang sedang berkebun di laman belakang. Beberapa pasu bunga dan selonggok tanah diletakkan di bawah pohon tabebuai.
“Ohh..sekejap. Kau tunggu dekat ruang tamu?” Noah mengelap peluhnya dengan tuala good morning. 
“Okay,” sementara menanti Noah, Anastasia menyiapkan dua cawan minuman. Kopi ais kosong untuk Noah, dan teh susu untuknya. Kemudian, Anastasia duduk di balkoni, menghadap laman jepun mini. Tempat yang sama dia, Yulia dan Adam meluangkan masa jika ada. Fuyu petang itu seperti rumah hantu, tiada satu kelibat pun kelihatan. Petang-petang begini, selalunya Adam atau Hani akan menonton televisyen di hadapan meja jepun. Namun susuk tubuh budak berdua itu juga tidak kelihatan. Terperap di bilik barangkali. Anastasia menghirup tehnya sesekali. 
“Nak cakap apa?” Noah memasuki Fuyu daripada laman. Terus sahaja dia mendudukkan diri dengan jarak 3 kaki daripada Anastasia, kakinya dijuntaikan ke bawah. 
"For me?" Noah mengangkat cawannya yang bercorak splat hitam putih lembu tenusu. Anastasia menganggukkan kepala. 
"Sebelum aku beritahu apa yang aku nak bagi tahu. Boleh aku tanya soalan?" 
Bagi mengelakkan komunikasi tidak efektif, Noah membenarkan sahaja.
"Kenapa kau berhenti jadi animator? You see… Aku ada dekat sini sebab aku kena ban. Kau? Did something go wrong?" Anastasia berhati-hati dalam memilih perkataannya. 
"Pembetulan. Aku berhenti jadi animator kepada syarikat animasi, tapi aku tak berhenti daripada membuatkan animasi," Noah memiliki akaun youtube peribadi yang digunakan untuk pelbagai animasi pendek yang juga pernah dicalonkan dalam beberapa awards. 
"Still, you pull yourself out from a team," Anastasia mahukan jawapan. 
"Things just happened that way? Tak semua yang kita rancang akan jadi. Aku letak jawatan sebab masa itu berlaku kepincangan dalam syarikat ayah aku. Semuanya kerana inheritance. Hani told you who I am, does she?" 
"Hmm," Anastasia bersetuju. "If your family is that loaded, why bother boarding in Fuyu anyway?" 
Anastasia membayangkan rumah agam milik keluarga Noah dan kereta mewah bersusun di laman. 
"Ingat tak aku pernah kata.. I feel at home bila aku berada dekat Fuyu? Strange enough that feeling aku tak pernah rasa dirumah sendiri. Ibu bapa aku tak duduk sini. Pejabat rasmi syarikat di KL. Kilang yang aku jaga ini hanyalah fraction daripada rangkaian kilang- kilang lain. Aku hanya melihat kepada management sahaja, hanya jadi boss pada nama. Aku bukan Yuri, aku tiada basic perihal ubat-ubatan,akta, regulations, anything yang berkaitan dengan farmasi. I'm just a puppet to fill the void supaya penama untuk peninggalan tidak jatuh ke tangan orang lain," panjang lebar Noah menceritakan kedudukannya. 
"Ayah? Mama?" tanya Anastasia. 
"Kau pernah tengok Ayah dan Mama kisah? Mereka adalah pakcik dan makcik aku yang tak pernah ambil tahu fasal harta. They have Fuyu, that is all they have. Ayah Mama pun sudah cukup kaya dengan duit pencen dan hartanah 3 ekar ini. Ayah sudah hibah siap-siap Fuyu kepada Hani apabila dia meninggal nanti, selebihnya akan diwakafkan. Duit tidak boleh dibawa masuk ke kubur," 
Anastasia membuang pandangan ke laman. Dia menggosok mug dengan jari telunjuknya. Noah turut sama memandang laman. Cawannya dibawa dekat dengan bibir.
"Noah, aku nak balik KL," akhirnya Anastasia berterus terang kepada Noah.
"Tiba-tiba?" Noah merendahkan cawan. Seingatnya Anastasia pernah mengatakan dia akan duduk di Fuyu sehingga kes siasatan ke atas penulisannya selesai. 
"Tiga hari lepas, boss aku mencadangkan aku untuk terus menulis sebagai ghost writer. Aku boleh berkarya, tetapi atas nama penulis lain," 
"Dan kau terima?" 
"I need to pay bills too," duit simpanannya masih cukup untuk beberapa bulan, namun dia perlu memikirkan bulan-bulan selepas itu. 
"Dan kau okay dengan cadangan tu?" Noah bertanya dengan jujur. 
"Kau masih bekerjaya sebagai animator kerana ada yang menonton animasi. Dan aku digelar penulis kerana ada yang membaca penulisan aku. Without viewer, without reader… what do you think we will become? Nothing. As long as I can spread my words.. I don't mind living as a ghost," 
Sudah bertahun-tahun juga dia hidup sebagai Anton sebelum masyarakat mengetahui identiti Anastasia. Noah diam sejenak, memberi ruang kesenyapan kepada otak untuk mereka ayat seterusnya. Tidak pernah terlintas difikiran, penulis fantasi popular itu akan 'merendahkan' diri, menyorok dibelakang penulis lain untuk kekal menulis. 
"Kau tak akan menyesal?" Sekali lagi Noah bertanya. 
"Entah, selagi mana aku tak cuba, macam mana aku harus tahu," ada benarnya juga kata-kata Anastasia itu. 
"Itu je ke kau nak cakap dengan aku?" 
"Ada lagi. Kau pernah tanya kenapa aku memilih untuk tinggal di Fuyu. Aku rasa aku dah ada jawapan untuk itu," 
"Apa?" 
“Kak Ana?” Hani bersuara daripada sisinya. 
Anastasia meletakkan chopstick ke atas piring. Dia merenung satu-satu wajah penghuni Fuyu sebelum membuka bicara. 
“Saya akan balik ke KL hujung minggu ni.,” Belum sempat Anastasia menghabiskan ayatnya, Yulia sudah menyampuk.
“Kenapa? Kak Ana ada projek baharu? Kak Ana nak menulis semula?” 
“Yuri…,” Noah menegur Yulia agar tidak memotong percakapan Anastasia. Akhirnya gadis itu mencebikkan muka sambil kembali mengunyah kepah. 
“Saya balik untuk selesaikan beberapa perkara. Dan kalau semuanya berjalan dengan lancar, saya mungkin akan kembali ke Fuyu lagi,” sambung Anastasia.
“Maksudnya..Kak Ana?” Adam masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Anastasia. 
“I’m considering to move to Fuyu for good,” 
Anastasia membuat pertimbangan untuk menyewakan studio apartment yang dibelinya dahulu dan berpindah masuk ke Fuyu dalam satu tempoh yang panjang. Bekerja sebagai ghost writer tidak memerlukan identitinya diketahui umum. Malah semua gerak kerjanya selepas ini akan masuk ke stealth mode, wujud, namun tidak nampak di mata. Tujuan Anastasia kembali ke ibu kota adalah untuk mendengar perancangan Hanis dan jika perancangan itu menguntungkan, Anastasia akan bersetuju untuk sign agreement baharu. Dia juga memerlukan masa untuk mengemaskan studio dan menaikkan iklan ‘rumah untuk disewa’. Seberapa cepat segalanya akan selesai, Anastasia tidak berani menjamin dengan masa.
“Wahh.. muat ke nak simpan buku-buku Kak Ana dekat Fuyu?” Yulia masih ingat video tour studio Anastasia beberapa tahun lepas, setiap inchi rumahnya penuh dengan buku, daripada pintu masuk ke balkoni, semuanya dijajah oleh buku, termasuklah meja dan kerusi yang telah lenyap daripada fungsi asal dan menjadi rak buku. Satu-satunya kawasan yang selamat adalah dapur kecil molek. Itu pun kurang 3 kaki daripada stove, ada beberapa buku diletakkan secara bertingkat berhampiran dengan bekas teh dan biji kopi. 
“Itu, saya nak bincang dengan ayah dan mama. What if, kita tambah fungsi Fuyu selain daripada rumah penginapan, kita extend sebagai book cafe?” Kali ini Anastasia mengalihkan pandangan kepada Hani. Hani pula menghantar isyarat mata kepada Noah. Noah mengangguk dengan segaris senyuman yang menyakinkan. 
“Book Cafe? Idea yang bagus,” sokong Adam. 
“Tapi nanti, kalau Kak Ana nak pindah keluar, macam mana pula?” Hani bertanya setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Apa yang macam mana? Buku? Fuyu can keep it. Saya tak baca buku yang sama dua kali,” Anastasia mengangkat jari telunjuk dan diletakkan ke kepala. “I remember everything I read once,” 
“Linguistic intelligence?” Noah bertanya. 
Anastasia mengangkat bahu. Teori 9 jenis ‘intelligence’ yang ditulis oleh Howard Gardner yang penuh dengan kritikan namun masih diguna pakai dalam memahami peribadi seseorang. 
“Anyway… I’ll be back before you guys even realise. So please, no goodbye,” Anastasia mengakhiri kalimahnya. 
“Tapi, masa Kak Ana balik sini nanti, Yuri dah tak ada,” Yulia merenung mangkuknya yang kosong, suaranya direndahkan. 
“Datanglah bila hujung minggu atau cuti semester, walaupun mungkin ada penyewa lain, Yuri boleh share bilik dengan saya,” kata Anastasia sambil menambah isi ke dalam mangkuk Yulia.
“Makan,” 
Noah menepuk tangan beberapa kali. “Alright, enough with sad news. Saya ada berita baik yang saya nak kongsi,” 
Semua mata memandang ke arah Noah. Namun, hanya Noah sahaja yang mengunci anak matanya tepat kepada Anastasia. 
End of part 5.
8 notes · View notes
swit-purple · 3 years
Text
Aku ada kawan fb yg dia belum jumpa dr. pakar untuk sahkan dia ada social anxiety. Tapi aku yakin sangat dia ada social anxiety. Aku sendiri yg sahkan. Lol. Sebab obvious sngt wehh simptom dia. Sebijik sama mcm adik khairul aming nama amira kmrlzmn tu. ni luahan dia. Panjang wei. Sian dia. Lagi teruk dari aku lak tu..
Here we go !
.
Allah sis sama sgt dgn sy , sblm tu sy mitak maaf trpksa komen pnjg² mcmni 😔 , sy faham sgt 😭😭 sy dulu masa sek meng pun pengawas sekolah , stiap kali jaga , stiap kali nampak org buat salah , sy tak brani nak marah , tak brani nak tegur , sy diam je , nampak mcm tak guna jd pengawas sekolah , diam , lembik , sume ada kt sy .. tp sempat 2 thn je ( f2 , f3 n f4 je ) , lpstu naik f5 sy kena buang jd pengawas hmm dh la kena palau dgn warden , dh la warden cg displim , mcm² warden ckp kt sy , sy student asrama .. asyik keluar masuk asrama sbb sy homesick , sy duk umah atok dekat² kawasan tu , bila sy nak masuk asrama sbb exam besar f4 , warden die dh tak bg sy masuk , last masuk asrama mse f3 , padahai msuk sek tu f2 , kiranya setahun sempat kt situ , warden n bini die mmg tak suka sy dr dulu , sy ingat lg die smpai ckp kt budak² asramaa " kamu jgn jd mcm ( die sebut nama sy ) ni kwn sy yg bgitau , sy terasa sgt² , bila nampak sy mcm sy tak wujud .. lpstu sy pndh sek , dh la kena buang pengawas.
Bab takut keje yess smpai skg kenapa sy masih tk bekerja lg , we are in same situation , kiranya lps sy abis diploma 2 thn lbh , sy tak bekerja , penah try keje sblm ni , keje kilang tp tak lama sehari je pling cepat + buat keje sikit jd penat , mula² nak g keje tu dah semangat dah utk esok , tak lama lpstu fikir bukan² , takut kena marah , takut buat salah , takut kena judge , takut nak tgur org ... Lpstu jd down sgt² n esok pg sy decide trus quiet padahai sehari ,, n start pada tu sy taknak dh cari keje lagi , paling lama sy keje seminggu jd cashier .. sy penat sgt nk cari , penat cari keje yg sy nak tak jumpe² ( yg tak brhadapan dgn org mcm keje dlm library ke , keje makmal sbb sy belaja dlm bidang tu , tp basic , n mostly hospital n lab swasta tak nak terima kos yg sy belaja 😔 ) bkn sy memilih keje , mmg nak sgt pegang duit sndiri , tp sbb kita tak mampu nak hadap bnda² tu.
.
betul tu sis ,, mmg dari kecik lagi sy takut n selalu buat masalah , dari sy tadika smpai la sek meng dulu sy takut nak g sek , smpai ngamok² taknak g sek , nangis² , biasalah mula² masuk tadika nangis² tak nak g sek , sy dah la anak sulung dan manja , dan benda tu berlarutan smpai sy darjah 4 , sy ngamok marah³ taknak g sek , sbb takut , smpai sy lari dari kelas n menyorok , sbb takut ngn cikgu , smpaikan cikgu² dan guru besar cari sy , blh d katakan stiap hari , lpstu hari² jugak la mak ayah marah sy , rotan sy bnda tu dh biasa ,, dah masa tu mmg menyusahkan diorg turun naik jumpa cikgu bawak sy balik umah , sy ingat lg masa f1 sy taknak g sek smpaikan sy kena belasah dgn ayah sy teruk , smpai ayah sy bawak la g berubat , d sbbkan bnda ni la cikgu² sume terutama sek meng masa f1 .. diorg pandang serong kat sy , smpaikan die ckp apa dkt kwn sy then kwn sy smpaikan dkt sy " baik ko berenti je sek " mmg hampir² kena buang sek tp tak , die tolong cover jgk sbb die tau sy nak pindah sek mse f2 , mmg f2 sy pindah sek dkt negeri lain ( kampung sy ) .. n bnda ni smpai skg terkesan dkt sy , bila duk zaman kolej sy jumpa dgn kwn baik sy , die la yg selalu spread positif dkt sy , bg motivasi kt sy hari² , klu sy sedih die peluk sy walaupun sy ngn die jauh beza , die cantik , pandai bergaya , ramai peminat , kelakar , periang , org hot , sdgkan sy dah la selekeh , pendiam , lembik tp d sbbkan die sorg sy jd positif mcm die , jd peramah , berani g mana² sorg , walaupun takut nak brcakap dpn org n tak konfiden ttp ada .. tp sume tu sementara je ,, 3 thn je , lps abis belaja , die pun dah ad suami , nak kontek pun jarang sgt sbb busy keje , sy jd mcm sy yg mula² dulu , takut dgn dunia luar .. klu blh nak die ad kt sisi sy lg , tp sy sedar sy bukan selama² nak mngharapkan die , adakalanya kite perlu berjalan sndiri , tp sy tak blh nak bangkit sorg² n positif sorg² lg , adakalanya time die free sy ada juga luah dkt die .. die sorg je yg faham sy , walaupun sy ngn die ibaratkan langit dgn bumi.
Kannn klu awak ada dapat keje² mcmtu , awk roger² sy ye ❤️ blh kite keje sama² .. sy pun mitak keje penolong n pembantu pustakawan dkt SPA tp sama juga takda rezeki , kadang sy trfikir nak bukak perpustakaan sndiri , sbb perpustakaan la tmpt pling tenang sy pegi , klu dkt kolej pun klu stiap kli rehat mmg sy akan duduk situ , n kwn² pun klu cari sy pun diorg dah faham nak cari kt mana.
In shaa allah hari jumaat ni bru sy pi KK utk buat DASS doakan sy ye , act sy takut nak jumpe doc utk DASS , mcm² dah fikir , reaksi doc , takut doc ckp kita takda masalah apa² padahai kite sndiri yg rasa bnda tu n simptom tu mmg ad 😔
.
ni pun mak sy dah bising , bru ni die send kt sy iklan jawatan kosong kat kilang sbgai operator , dah la ada shift , OT walaupun gaji 1,500 sy tetap tak blh , lpstu mak sy bising ckp , sapa nak bayar duit ptptn , surat dh smpai ... Tipu kata sy tak stress pasai nak bayar duit ptptn , sy la org prtama yg stress sbb sy still tak keje² , walaupun peluang tu ada dpn mata , tp sy tetap tak mampu lg nak hadap.
aminn awk tq in shaa allah , mehh nak hugss jgk ❤️🤗🌹 kdg sy nak cerita takut , sy try tulis bg doc baca blh kan. Betul tu diorg tak faham apa yg sy rasa , mostly diorg selalu salahkan sy , sy diam je ... dlm hati sy salahkan diorg sbb kenapa sy jd mcmni ... Dan semoga diorg tak push sy lg n bg support kt sy , kdg klu sy nak buat apa² yg sy rasa gembira diorg ckp suka hati la , malas dh nak layan perangai sy , buat tu tak kena buat ni tak kena , suka hati dah besar blh buat pilihan sndiri .
Act keje kilang senang je just duk kat mesin , packing tp penat la dgn tak cukup rehat sbb dia ad shift , mostly klu shift pg ( 7pg - 7mlm ) , ptg ( 7mlm - 7 pg ) , klu normal shift ( 8 pg - 5 ptg ) kdg ada OT 2 jam , stiap hari keje kecuali ahad , mmg sari je dpt rehat , pastu ada keje kena brdiri sepanjang masa , ada kena duduk sepanjang masa.
In shaa allah aminn sis tq 🤗🌹 ada kawan tak dala kita sensorg je kan , blh borak citer pasai pengalaman 🥰
.
Panjang kan. Sian dia kan.. 😢😢
1 note · View note
rachelnajoh · 4 years
Link
meta name='google-site-verification' content='9XXBgzEzpDm2-MgSlNie1_Q1nx4JGvrGTq1GCQ_mjs4' /
0 notes
studioazroykusanagi · 5 months
Text
0 notes
azroykusanagistudio · 4 months
Text
http://studioazroykusanagienterprise.blogspot.com/2024/05/iklan-jawatan-kosong-di-seekers-job.html
View On WordPress
0 notes
kapkunkap12 · 2 years
Text
Kerja Terkini FINAS Ambilan 2022
Kerja Terkini FINAS Ambilan 2022
Kerja Terkini FINAS Ambilan 2022 | Kepada seluruh warganegara malaysia yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan. Kerja Terkini FINAS Ambilan 2022 Penerbit Rancangan Gred B41Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29Penjaga Jentera Elektrik Gred J19Jurufotografi Gred B19Pembantu Penguatkuasa Gred KP19Pembantu Tadbir N19 Lain-lain…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
kinitular · 5 years
Photo
Tumblr media
(via Jawatan Kosong & Internship First Solar Malaysia Sdn Bhd 2019 - Kini Tular)
0 notes
matlankidz · 4 years
Photo
Tumblr media
Terima kasih FH Media 08 Jun 2020 | Dana Industri Kreatif negara; Sabah, Sarawak diharap tidak dipandang sebelah mata FH Media menyediakan ruangan iklan Jawatan kosong dan iklan produk serta perkhidmatan. Hubungi kami di ( 0193009618) https://www.fhmedia.com.my/index.php?details&ip=2799&ic=36&title=dana+industri+kreatif+negara;+sabah,+sarawak+diharap+tidak+dipandang+sebelah+mata https://www.instagram.com/p/CBKwgM3pbKm/?igshid=17j5ewjepjty5
0 notes
kemungkinan-blog · 5 years
Text
'Tak boleh cuti untuk hadiri pengebumian' - Netizen kecam syarikat ini tiada sifat perikemanusian
Tumblr media
"Ya Allah, company apakah ini?" demikian reaksi netizen apabila terbaca iklan jawatan kosong yang disiarkan di laman Indeed baru-baru ini. 
Berdasarkan iklan tersebut, jawatan yang ditawarkan adalah jawatan Office Admin Data Entry di Bandar Bukit Tinggi dengan gaji RM1,100 hingga RM1,300 sebulan. 
Namun, apa yang mengejutkan netizen ialah syarat-syarat dikenakan oleh syarikat tersebut di mana salah satunya menghalang pekerja dari mengambil cuti untuk menghadiri pengebumian.
"No off day to attend funeral. No off day to go help any friends or family member if they accident," kata iklan tersebut. 
Tumblr media
Justeru, netizen mempersoalkan di manakah sifat perikemanusiaan majikan syarikat ini yang jelas sekali tidak mengutamakan kebajikan pekerjanya? 
Tumblr media Tumblr media
Sumber: Qalam Chikey
from The Reporter https://ift.tt/2IPxq1z via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OIwwI0 via IFTTT
0 notes
perjawatan1 · 6 years
Photo
Tumblr media Tumblr media
Iklan jawatan kosong MRSM Arau
0 notes
azroykusanagistudio · 4 months
Text
Check out this post… "Iklan jawatan kosong di Seekers Job Search Asia SDN BHD ".
http://studioazroykusanagienterprise.blogspot.com/2024/05/iklan-jawatan-kosong-di-seekers-job.html
View On WordPress
0 notes