An awkward writer. Also writes in wattpadd - https://www.wattpad.com/user/thewhitewhisk
Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
Saya stop temporarily post tulisan saya di Tumblr sebab jijik dengan culture Tumblr yang penuh dengan orang berfikiran sampah (read :kotor)
xx,
Salam Ramadan.
Tumblr supposed to be a place where everyone can spill their arts and creativity like the other social medias. but the people ruined it themselves. dem.
and don’t tell me using dirty words or girls exposing their assets are creative. It’s called immorality. learn the difference !
1 note
·
View note
Text
Diana
By : thewhitewhisk

#diana#diana tww#novel cinta#novel pendek#malay novel#novel melayu#novel#romantik#romance#keluarga#story#marriage story#malay story#love#love story
0 notes
Text
Diana - 5
"Awak nak balik harini jugak ke?" Diana menyoal nada lembut. Dalam hatinya agak kecewa dengan keputusan Ez yang tiba-tiba nak balik ke KL hari ini. Alasannya ialah kerja sedangkan dia janji cutinya sampai esok.
"Ya, nanti i cakap dekat your parents."
"Pastu kita jadi tak breakfast dekat rumah saya ? Diorang tengah tunggu tu."
"Yup mestilah", jawab Ez acuh tak acuh."nanti lepas breakfast i terus gerak."
Diana rasa keliru memikirkan situasi dia sekarang. Dah la tak percaya dah kahwin. Tapi macam tak kahwin. Lelaki ni pulak dari malam tadi macam takde mood.
Mama dan papa Diana sangat terbuka hati dengan menantu-menantu mereka dan termasuklah Ez. Mereka menerima saja alasan Ez nak balik sebab kerja. "Bawak kereta elok elok ya Ez."
Diana menyalam Ez. "So see u next week." Ez pesan pada Diana sambil tersenyum tapi sebenarnya berpura-pura. Dia memang suruh Diana stay dengan parentsnya seminggu ini sebelum majlis resepsi di sebelahnya di KL. Dia rasa biarlah Diana tiada di sisinya dulu.
Selepas kereta Ez hilang dari pandangan mereka, Farina, kakngah Diana mencuit adiknya. "Alolo jangan la sedih ngat pengantin ni. Next week jumpa balik kan." Diana terkedu. Seluruh keluarga ketawakan Diana.
Tetapi dalam hati sebenarnya dia pun keliru apa dia rasa. Gembira sebab melihat keluarganya gembira. Sedih sebab Ez tukar plan sesuka hati. Risau sebab dia rasa macam mula ragu-ragu personaliti Ez. He looks so cold sejak semalam. Malam tadi bukan malam yang indah buatnya sebagai pengantin baru. Tapi, mestilah benda ni kena simpan dalam hati. Takkan baru je kahwin semalam dah nak mengadu.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Majlis resepsi di sebelah keluarga Ez berlansung minggu hadapannya di Hotel Royale Chulan dengan penuh meriah dan mewah. Diana tak sangka dirinya berkahwin dengan seseorang yang dapat menyediakan majlis seperti itu. Selalunya datang majlis anak kawan papanya saja dapat melihat majlis orang-orang kaya ni. Tetapi kali ini dia di majlis seperti itu sebagai pengantin.
Diana dapat melihat para tetamu yang hadir semuanya orang berpangkat dan berada. Personaliti dan penampilan mereka sangat berbeza. Ada seketika Diana rasa dirinya timid berada di suasana itu. 'Insecure aku ! Rasa kenapa aku ada di sini.'
Dia bersyukur juga kerana Ez tak pernah sisihkan dia sepanjang majlis. Kalau tak awkwardnya tak kenal sesiapa di situ. Tapi, Diana mula perasan yang Ez bukanlah lelaki yang menjaga batasnya dengan perempuan. Hmm takkan la semua adik beradik susuan kot.
Diana cuba mengenali setiap saudara mara rapat Ez. Tapi mana mungkin boleh terus hafal. Namun, apa yang Diana pasti ada sesetengah mereka seperti apa yang dia bayangkan. Dia asyik risaukan dirinya tak sekufu dengan mereka. Takut tak layak jadi isteri Ez. Jadi, ada daripada mereka seperti tidak mesra dengan Diana. Tapi Diana cuba buat biasa. 'Takpe Diana, you did well. Nanti diorang okay la tu.'
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Malam itu, dia dan Ez akan bermalam di hotel yang sama. Cuma malam ni check in bilik yang lain dengan bilik Diana bersiap tadi. Bila masuk saja mereka ke dalam bilik itu, Diana terkejut. Memang terkejut sebab bilik tu sangat cantik. Tapi, katil di situ..... dua katil super single.
"Aik ?"
"Kenapa ? Terkejut ?" Ez senyum senget sambil letak luggagenya dalam wardrobe.
"Emm kenapa... takde pape lah", Diana menyembunyikan soalan.
"Kau jangan ingat kita nak tidur sekatil pulak"
'Kau ?! Kenapa dia ni?'
"Maksud awak ? Ehh saya tak kisah pun tidur katil ni, lagi selesa saya baring sorang-sorang.", Diana pun ego tak mahu nampak desperate.
"Dekat Ipoh family u book kan hotel. Kat sini i yang book so bilik ni pilihan i." Ez balas dengan nada berlagak pun ada.
Ez mendekatkan dirinya dengan Diana. Diana pun terdongak sebab ketinggian Ez yang berbeza dengannya. "Welcome to my life, dear wife ! Sekarang aku dah berjaya tarik kau dalam family aku." Ez bercakap nada perlahan. Diana tersentak dengan ayat Ez. Apatah lagi Ez yang membahasakan dirinya 'aku kau'.
"Tapi kau jangan berangan nak jadi puan besar kepada Tengku Aizuddin Shah. Jangan berangan aku nak layan kau baik-baik as my wife. Dan jangan berangan nak tidur sekatil dengan aku!". Ez tolak bahu Diana dan buatkan dia mula rasa takut.
"Awak ni dah kenapa?" Diana cuba terus menyoal, dengan harapan Ez bergurau.
"Huhh. Diana. Aku ni bukannya nak sangat kau jadi isteri aku. This is all just an unnecessary plan" kata Ez sambil tanggalkan tuxedonya.
Diana mula berjalan ke arah lain. "Habis kenapa awak nak kahwin dengan saya ?!"
"Saja. Entah la. Aku pun tak tahu kenapa." Ez balas nada selamba, membuatkan Diana rasa dipermainkan.
Diana pergi ke arah Ez lalu di tolaknya badan Ez dengan kudrat kecil tangannya, "Awak jangan cakap benda bodoh macam ni eh."
Ez geram dengan tindakan Diana. 'Melampaunya dia ni berani sentuh aku'.
Dia merentap tangan Diana sambil merapatkan mukanya ke muka Diana. "Kau nak tahu sangat kenapa aku kawin dengan kau ?!" Jerkah Ez dengan suara yang tinggi.
"Aku kawin dengan kau sebab aku sakit hati dengan orang biasa macam kau. Kau ingat aku lagi tak waktu pengebumian atuk ?". Diana diam. 'Shit dia memang dengar. Kenapa sampai macam ni dia nak marah. Dia memang plan semua ni.'
"Aku dengar kau mengata family aku. Ni lah masalah orang biasa macam kau ni, rasa diri tu bagus, baik dan alim sangat. Sekarang aku nak kau lagi rasa bila dah duduk dengan family aku, kau rasa sendiri how to live in our life!!" Ez gelak sinis melepaskan tangan Diana dengan kasar.
Ketika itu, Diana terkedu. Air mata mula bertakung di matanya. Dia kaku dalam bilik itu. Dia buntu nak buat apa.
'Mamaaa....papaaa......Diana tengah mimpi ke ni'
.
P.s This is my first work. Jangan lupa tekan ♥ and feel free to comment :)
#diana#diana tww#novel#malay novel#novel melayu#novel cinta#novel pendek#story#love story#malay story#marriage story#perkahwinan#kahwin#suami#isteri#suamiisteri#konflik#rumahtangga
24 notes
·
View notes
Text
Diana - 4
Malam itu Diana tak dapat tidur lena. Jenuh dia pusing kiri pusing kanan. Sebab otak sibuk memikirkan kenapa lelaki itu nak berkahwin dengannya.
'Aduhhh dia dengar ke time aku mengumpat tu?'
'Jap, ke memang niat dia nak kahwin dengan aku'
'Ke dia memang berkenan kat aku masa nampak aku. Kahkah. Apebenda kau perasan ni.'
Keesokan harinya, selepas sarapan dengan mama papa, Diana duduk di kerusi luar melihat kolam air ikan di halaman rumahnya. Tingg!. Ada bunyi mesej Whatsapp masuk dalam phone Diana. Dia tengok screen phone, "Siapa ni, tak kenal pun nombor ni".
Of course la dia curious kan, Diana pun bukak mesej tu.
'Hi Diana. Mama papa dah cerita kat u ? So how do u find the news?'
Sepantas mungkin terus dia bukak profile picture sender tu. Ciss Ez rupanya. Salam tidak, introduce nama tidak, siap panggil mama papa. Tapi, memang Diana shaking terus lah. Sebab fikir nak reply apa. Ye lah, lelaki dia tak kenal kot. Pastu tetiba pinang dia.
'Ni siapa ?'
'Takkan tak kenal lagi'
'Ya, tak kenal dan tak pernah kenal. Okay, so I'll make it short. Why me?'
'I don't need any reason for that.'
"Woii bapak kerek dia ni", Diana geram.
'Kita tak pernah kenal. Our path never crossed to each other. So, why you choose me?'
'Yes i admit it is so random that I choose you and it is not a problem kan ? Not everyone need to get marry with someone they know. U anggap je la mcm matchmade. So what you've said to your parents?'
'One week'
'Alright. Good. Hope to see a good news'
Diana biar tergantung tak reply dah. "Ei acah kenal aku je dia ni." Dia menghelakan nafas panjang. "Apa bendalah semua ni?" Diana tertanya aturan Ilahi untuknya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Seminggu itu sangat cepat berlalu. Diana tak pernah skip solat istikharah sepanjang tempoh itu. Dia tahu dalam situasi ini hanya Ya 'Alim sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk dirinya.Namun, hatinya masih berbolak balik. Tetapi kalau ikutkan hatinya dia mahu papa dan mama gembira dan dia tahu mereka berharap aku bersetuju dengan lamaran ini.
'Ya Allah Ya Tuhanku. Ya Rahim Ya 'Alim. Sesungguhnya engkaulah paling mengetahui dari yang mengetahui. Tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku membuat keputusan. Redhakan hati aku dalam membuat keputusan. Amin ya rabb.'
Diana menarik nafas panjang.
'Okay Diana. You can do this.'
Dia melipat telekungnya. Tekad berjumpa mama dan papa di bawah. Hatinya berdebar kuat. Rasanya inilah paling kuat dia rasa jantungnya berdegup kerana risau dengan keputusan yang paling besar dalam hidupnya. Namun, dalam hatinya dia ada satu keputusan yang tetap yang ingin disampaikan kepada ibubapanya.
"Diana....setuju mama,papa."
"Betul ke ni?!" Nada mama jelas gembira.
"Yaaa betul. Mama papa happy ke tak? Kalau tak, Diana tak kisah tolak pinangan dia." Diana saja berbolak balik.
"Eh kami okay je kalau Diana decide apa pun", jawab papa.
'Eleh papa ni cakap je la happy kan'.
Entah kenapa Diana tenang buat keputusan ini. Dan dia happy tengok papa dan mamanya happy.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Dalam tempoh dua bulan, majlis perkahwinan Diana dan Tengku Aizuddin di sebelah rumah Diana sudah sampai masanya. Semuanya berjalan dengan lancar dan meriah. Ya lah, anak bongsu Encik Naufal dan Puan Rozita kan. Lepas ni dah tiada kenduri kahwin dah.
Saudara mara yang hadir tidak putus mengucapkan doa dan tahniah kepada mereka. Kawan-kawan Diana yang hadir ramai menyampaikan yang mereka terkejut dengan berita ini. Ye lah sebab tak pernah dengar Diana bercerita dia mempunyai teman lelaki sejak putusnya hubungan dia dan Hakeem.
Malam itu, mereka pulang ke hotel. Mereka tidur di hotel atas permintaan Tengku Aizuddin. Diana sebenarnya rasa sedih juga tapi mama dan papa pun bersetuju dengan permintaan Ez. Diana berdebar juga sebab mereka berdua saja di hotel. Kalau ada kawan takpe jugak. Diana mula fikir perkara yang orang suka buat jenaka bila cakap pasal 'malam pertama'.
'Awkwardnya. Nak mamaaa.' Diana berfikir macam-macam sambil ambil pyjamanya dari luggage.
Selepas Ez keluar dari toilet, Diana pula yang masuk. Sebenarnya dari rumah parents Diana, satu perkara lagi buat Diana tak stop berfikir. Di dalam tandas pun mulalah dia fikir lagi.
'Kenapa Ez diam je dari sejak balik dari rumah tadi?'
'Aku ade buat salah ke'
Alahh kenapalah dah kawin kena fikir pulak pasal pasangan kita.
Setelah selesai membersihkan diri, Diana keluar toilet. Dia mengintai tengok Ez.
'Lahh dah tidur ke. Hmm penat sangat kot patutlah diam je'
Diana mula naik atas katil. Tetapi langkahnya terhenti kerana terkejut melihat ada bantal disusun di tengah-tengah katil.
'Eh kenapa Ez buat macam ni?' Hatinya mula tak sedap.
.
Jangan lupa tekan ♥ kalau suka :)
Love, TWW
#diana#diana tww#malay novel#novel melayu#novel cinta#novel pendek#novel#malay story#love story#story#marriage#perkahwinan#kahwin#isteri#suami#cinta#romantik#romance#cinta halal#baca
2 notes
·
View notes
Text
Diana - 3
Dua minggu kemudian, Ez, bonda dan papanya pergi ke Ipoh untuk berjumpa dengan keluarga Diana. Dalam tempoh dua minggu ini juga Ez bertindak pantas memulakan rancangan berkenalan dengan ibubapa Diana. Apa-apa pun baginya perlulah mengikut adat kita. Dah la nak pinang anak orang biasa-biasa. Kalau sukahati buat cara orang sekarang ni memang kena reject la jawabnya.
Namun sepanjang tempoh ini, Ez bertukar watak seperti seorang lelaki idaman yang mahu dibuat menantu. Baik budi pekertinya, tutur katanya dan segala apa yang diceritakan kepada orang tua Diana tentang dirinya semua indah belaka. Yang penting baginya, kena ikat hati ibubapa Diana.
Malam itu, cepat-cepat Diana balik dari KL ke Ipoh selepas mendengar berita pinangan itu dari ibubapanya. Dia menumpang rumah kakaknya sementara nak dapat kerja di KL. Sebelum gerak, kaklongnya pun sempat pesan "Apa-apa pun Diana buatlah decision yang kau rasa terbaik untuk kau dan semua orang".
- - - - - - - - - - - - - - - -
Dirumah ibubapa Diana;
"Apa ni mama, papa ?! Entah sape-sape dia tu.Sumpah Diana tak pernah kenal dia." Diana mencampak gambar Ez kat atas meja.
"Iya betul. Memang dia kata Diana tak kenal dia. Tapi dia kenal je Diana." Encik Naufal mencelah. "Papa tengok dia pun okay. So, why not."
"Takkan tak berkenalan dulu ke, nak kenal betul-betul. Entah dia baik ke tak. Takkan nak kahwin camtu je."
"Alah kalau dah confirm nanti berkenalanlah."
"Kalau dah confirm macam tu ma baik takpayah berkenalan." Mamanya terdiam.
Diana tenung melihat mama dan papa. Diana tahu papa tersepit sebab Tengku Aizuddin tu cucu Tengku Rahman. Mama pulak mengharap dia kahwin sebab mama tahu Diana tak seperti kakak-kakaknya. Mereka sudah berkahwin dengan pilihan hati masing-masing.
Berbeza dengan Diana, yang tak punyai teman istimewa sejak putus hubungan dengan Hakeem. Lelaki yang dia sangat menaruh harapan yang akhirnya tinggalkan dia dengan alasan cliche 'Awak terlalu baik untuk saya'. Sejak itu memang Diana tak pernah terbuka hati untuk sesiapa. Dia penat.
Diana cuba bersuara semula "okay.." Encik Naufal dan Puan Rozita bertukar wajah bersinar.
"I mean, okay give me some time to think and make decision. Mama papa tahu kan this is not an easy thing to decide."
Mereka bertukar wajah biasa semula. "Okay sayang. Tapi berapa lama Diana perlukan?".
"One week,.....emm maybe"
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Di dalam bilik, Diana terbaring sambil menghela nafas yang panjang. Penat drive dari KL, pastu dengan berita yang tak pernah dia sangka akan jadi secepat ini. Kerana dia baru sahaja tamat pengajiannya 5 bulan lepas. Kerja pun belum dapat.
Dia mula bergerak ke meja dan ambil phonenya. Sambil baring di atas katil dia buka gambar yang mamanya send tadi. Gambar lelaki yang entah sesiapa tiba-tiba muncul dalam hidupnya malah ingin berkahwin dengannya.
Dia tergelak sendiri. "Kau ni ingat ni zaman dulu-dulu ke main kawin je dengan orang tak kenal". Dia tutup semula phonenya dan ingin melangkah ke bilik air.
'Eh jap'. Diana berhenti melangkah. Diambilnya semula phone dan buka semula gambar Ez. Dia renung dalam-dalam gambar itu. 'Apesal macam familiar'.
Air muka Diana berubah. "Shit!"
.
Jangan lupa tekan ♥ kalau suka. Thank you !
#diana#diana tww#novel#malay novel#novel melayu#novel cinta#novel pendek#malay story#love#love story#kahwin#cinta halal#cinta#konflik#suami#isteri#keluarga
7 notes
·
View notes
Text
Diana - 2
"Ez jangan main-main boleh tak ?! Kenapa bonda tak pernah tahu pasal dia ?!" Tengku Khaleeda mula tinggikan suara.
Niat Tengku Aizuddin ingin berkahwin disampaikan dengan mulutnya sendiri kepada bonda dan papanya tetapi nampaknya suasana menjadi keruh. Memang dia dah jangka.
Tengku Khaleeda sudah ada pilihan hatinya untuk dibuat menantu, seorang gadis yang lengkap pakejnya dan juga berdarah kerabat diraja. Memang sudah lama dia merancang untuk dipasangkan dengan Ez, alih-alih Ez buat keputusan sendiri tanpa khabar angin tentang siapa gadis pilihan dia.
Tengku Khaleeda mula tak sedap hati, 'Sejak dia balik Malaysia, kenapa sebelum ni dia tak pernah pun cerita dia ada girlfriend ke ada pilihan hati ke.'
Tengku Mustafa tampak tenang dalam perbualan mereka. "Awak ni boleh tak dengar Ez cakap dulu. He is explaining. Ye la soal kawin-kawin ni bukan macam dulu kita nak paksa budak-budak ni. Kalau dia ada pilihan hati dia, let him be. Dia sendiri kena tahu yang dia dah ready galas tanggungjawab on anyone he choose".
"Bonda dan papa tak payah risau ok. Mesti you all suka. Or if tak suka pun I don't care. I will get marry to her and not anyone else. And I don't mind jadi bujang sampai tua", Ez mula tunjukkan sikap keras kepala dia.
"Ez ni suka hati je kan. Alright. If this is what you choose and what you want, bonda ikut. Now tell us more about her." Akhirnya Tengku Khaleeda mengalah.
Ez tersenyum sinis. Dia tahu akhirnya bonda dan papa akan ikut cakap dia. Ibubapanya kerap bertolak ansur degannya setelah dia pulang ke Malaysia apabila dia menamatkan pengajian di London.
Mereka akui rasa bersalah dengan Ez kerana mereka dapat rasakan hubungan mereka agak renggang. Ya lah, sejak umur 16 tahun Ez dihantar ke sebuah sekolah berprestij di London. Abang dan adik-adiknya pun tak dihantar belajar jauh seawal usia itu. Hinggalah tamat pengajian tinggi, Ez memang hidup berdikari sepanjang 10 tahun di sana.
Bukanlah derhaka tak pernah pulang ke Malaysia langsung, cuma kadang-kadang setahun sekali pun ada. Sejak itu, mereka mahu dia tinggal bersama di Villa Cempaka, kediaman mereka yang serba lengkap dengan kemewahan.
Bukan itu saja, sebenarnya mereka risau dengan Ez yang bermasalah sosial yang tak terkawal. Anak-anak yang lain pun bermasalah juga tapi Ez ni sebab jenis degil dan keras kepala, buatkan mereka bertambah strict dengan dia. Sebab tahu sepanjang di London tiada siapa yang mengawal perangai dia.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Di dalam bilik, Ez tersenyum mengingatkan persetujuan papa dan bondanya untuk berkahwin. Tapi, senyumannya lebih kepada ingin membalas dendam sambil matanya melihat gambar di skrin handphonenya.
"Siap la kau perempuan. Kita tengok kau boleh hidup ke tak dalam family aku".
Diana. Ya, gambar Diana yang berada di skrin handphonenya.
Sejak kejadian di pengebumian arwah datuknya Tengku Rahman tiga minggu lepas, dia asyik teringatkan Diana. Semuanya bermula ketika Diana datang berdiri di sebelahnya, memberi kata-kata yang mengjengkelkan Ez terhadap keluarganya. Ez memang terdengar setiap butir apa yang Diana cakap. Ketika Diana beredar, pantas dia menelefon Nizam, teman baik hidupnya merangkap PA-nya. "Bro. Aku nak kau tolong aku something. Cari details this one girl, she is here at the funeral".
Dalam masa seminggu dia tahu semua maklumat peribadi Diana. Dan apa yang buat Ez paling puas hati, inilah masanya dia nak cari alasan untuk mengelak dari berkahwin dengan pilihan hati bondanya.
Pada dia, dia tersepit kerana mahu memberi kebaikan kepada orang tuanya yang 10 tahun berjauhan dengan dia tapi bukan dengan berkahwin pilihan hati mereka. A big no.
'Memang tak la aku nak kawin dengan Ungku Sarlina tu. Nanti dengan family dia pun aku terikat. Aku ni hidup dah la bebas dengan perempuan-perempuan. Tak pasal-pasal kalau Sarlina tu tahu, jatuh gak maruah family aku'.
Kehidupan sosial Ez yang bebas bersama kawan-kawannya tak pernah menghadkan dirinya untuk mempunyai teman wanita yang official. Semua hanya untuk berseronok sahaja.
So, after all excuses that Ez tried to create, Dianalah yang kena mengisi position mangsa Ez.
'Kau tunggu eh, dalam dua minggu kita jumpa aku buat suprise kat kau. Aku pun tak sabar nak tengok elok sangat ke keturunan orang biasa macam kau' Ez ketawa sinis sendiri sambil campak phonenya ke atas katil.
Jangan lupa tekan ♥ kalau suka.
#diana tww#diana#novel melayu#novel cinta#novel pendek#novel#malay story#malay novel#malaywedding#love#love story#romantik#romance#read#baca
10 notes
·
View notes
Text
Diana - 1
Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan yang dipenuhi manusia. Suara esakan tangisan dan cuaca mendung menambah lagi rasa duka dalam suasana di situ. Kunjungan manusia tak putus-putus untuk memberi penghormatan terakhir pada Tengku Rahman, seorang yang berpengaruh dan dihormati rakyat jelata.
Diana memerhati setiap manusia yang hadir sambil menunggu ibubapanya yang turut hadir dalam pengebumian itu. Ayahnya yang pernah bekerja dengan arwah merasakan satu kehilangan yang besar untuk mereka di tempat kerja.
'Kenapalah aku ada kat sini? Kalau mama tak mintak aku teman memang tak la aku nak bersesak kat sini.'
Diana berjalan ke tepi taman di tanah perkuburan itu. 'Tunggu mama papa kat sini je lah.' Walau ada juga beberapa orang berdiri di situ tapi lebih baik berbanding di tengah-tengah situ yang sempit dengan manusia.
Dia berdiri sambil perhatikan gelagat setiap manusia, dan akhirnya matanya tertumpu pada keluarga besar Tengku Rahman. Apa yang Diana pasti mereka keluarga berada. Nampak berbeza dengan orang biasa yang berkunjung.
Mereka memakai pakaian berwarna putih. Berbeza dengan rakyat biasa yang memakai pakaian hitam ke pengebumian itu. Ada yang memegang handphone. Ada yang gelak-gelak bergurau. Ada yang terkumat kamit sambil memegang buku Yassin. "Hmmh tahu ke baca tu ?" Diana berkata sinis dengan nada perlahan. "What a nice act of royal related people." Dia sambung lagi. Dia yakin nada suaranya hanya sampai di telinganya saja.
Tanpa dia sedari, di sebelahnya ada satu susuk tubuh yang tinggi yang mendengar kata-katanya. Dia berdehem. Diana toleh dengan wajah blur.
'Dia dengar ke? Tak kot. Tapi tak kisahlah bukan aku kenal pun. Lepas ni bukan jumpa pun'.
Diana cuba tengok lelaki di sebelahnya di hujung ekor matanya. Lelaki tinggi, berkulit putih, segak memakai kemeja hitam dan mengenakan kaca mata hitam. 'Okay I better go.' Diana mula rasa bosan dan pergi ke kereta untuk tunggu ibubapanya di dalam kereta.
Lelaki tadi mula berjalan setelah 5minit Diana beredar. Dia berjalan ke arah kubur itu. Mula bersalaman dengan keluarga arwah. Malah mencium dahi seorang wanita dalam usia akhir 60an. Wanita itu yang setia duduk di tepi kubur menangisi arwah suaminya yang pergi meninggalkan mereka semua. Apa yang pasti lelaki tadi menyapa wanita itu dengan panggilan "Nenda".
Jangan lupa tekan ♥ kalau suka.
#diana tww#diana#novel#novel melayu#novel cinta#novel pendek#romance#romantik#melayu#love story#love#malay story
6 notes
·
View notes
Text
DIANA - Karakter

◽Sarah Diana- Dipanggil Diana. Anak bongsu Encik Naufal dan Puan Rozita. Seorang yang sangat keras kepala namun arahan mama papa ialah kelemahannya. Kerana hati sebenarnya lembut dan di dalamnya banyak menyimpan rasa.
◽Tengku Aizuddin Shah- Dipanggil Ez. Anak kedua dari empat beradik hasil pasangan Tengku Mustafa dan Tengku Khaleeda. Keluarga yang mempunyai darah kerabat diraja walaupun bau-bau bacang. Seorang yang 'rebellious' kerana berjauhan dengan keluarga sejak remaja apabila dihantar ke luar negara untuk bersekolah di sana.
P.s. Ini hasil tulisan pertama saya kat wattpad/tumblr. Feel free to comment :)
Kalau nak baca semua episod boleh tekan #diana atau #diana tww dekat hashtags :)
Love, TWW
#novel pendek#novel cinta#cinta#romantik#romance#melayu#cinta halal#halal#novel melayu#diana tww#diana#malay story#love story#novel
1 note
·
View note