tigasuque
tigasuque
Tigasuque
4 posts
Menggabungkan dunia K-POP & dunia penulisan!
Don't wanna be here? Send us removal request.
tigasuque · 5 years ago
Text
Coretan LovelyIna
Tumblr media
Hi Assalamualaikum semua!~~  Saya LovelyIna. As simple as that, LovelyIna. 
Saya seorang designer, yang mempunyai minat dalam penulisan. Selain dari itu, salah satu sebabnya saya berada disini adalah kerana minat saya yang amat mendalam kepada muzik K-POP dan juga K-Drama. Saya mula berkecimpung dan hidup dalam dunia minat saya ini sejak tahun 2010.Oh! Dah 10 tahun eh? Tak sangka XD Hahahaha
Saya mula dengan hanya menjadi seorang peminat muzik K-POP dan juga penonton tegar K-Drama dan Taiwan Drama. Ala dulu yang ditayangkan di 8TV. Namun begitu, seperti gadis lain saya juga minat membaca novel sehingga saya terdedah dengan blog fanfiction (fiksyen peminat). Kumpulan pertama yang saya minati adalah SHINee. Saya juga terkenal dengan julukkan ‘Bini Minho’ di Twitter dan Facebook, kerana kegilaan saya pada Choi Minho (Rapper dari SHINee). Pada ketika itu, saya masih dibangku sekolah lagi; Seorang pelajar yang berusaha sehabis baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).. Struggled 2 tahun, dan kekal dengan tabiat saya itu, saya juga menggunakan duit belanja untuk membeli majalah dan juga beg atau aksesori berkaitan dengan SHINee. Psstt! Rahsia ni; saya dah tak ingat saya letak kat mana semua barang tu HAHAHAHAHA. XD
Okay, kita proceed. Saya akhirnya tamat sekolah.
Setelah mempunyai banyak waktu lapang saya, mula berminat untuk menulis sendiri fanfiction tersebut. Mengunakan nama “Lovely” sebagai nama pena saya pada mulanya kerana saya menginginkan imej yang lemah lembut, tapi malangnya- macam tak jadi pula.. HAHAHAHAHA
Saya mula dengan design juga hanyalah kerana saya suka mencipta poster untuk fanfiction kegemaran saya. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain. Dengan menambah kata “Ina” pada nama saya yang merupakan nama panggilan sebenar saya, LovelyIna kekal sehingga sekarang.
Saya berjumpa dengan Lily (Angelily) dan Shima (Shimmiehh) di satu platform penulisan yang bernama ‘Asianfanfiction.com’ sekitar tahun 2012-2013. Satu malam tu, saya terjumpa satu fanfiction yang kelakar dan comel. Saya suka, saya terus subscribe dan PM Penulis tersebut kerana ingin menyatakan hasrat saya yang mahu menghadiahkan satu poster untuk fanfiction-nya. Turn out! Dia Angelily, atau Lily yang sekarang merupakan salah seorang pengasas bersama Tigasuque. 
Itulah detik bagaimana saya boleh kenal dengan Angelily.
Saat perkenalan dengan Shima atau saya senang panggil dengan nama; Shim, pun seakan-akan sama. LovelyIna (pada ketika itu) memang dikenali jenis bergerak solo, dan komen semua fanfiction bahasa melayu yang dia minat dengan sangat panjang (Hhahaha) Dan fanfiction yang bertuah, mesti akan dapat satu poster percuma. Pada mulanya, Saya tak sangka Shima rupanya dibidang yang sama dengan saya, (designing; Kami berdua adalah Graphic designer) bahkan umur kami pun sama. Sejak dari itu, kami pun rapat, dan persahabatan kami semua ini- Hanyalah di atas talian sahaja. Best kan? XD
Sepanjang 10 tahun, Saya menulis dan membuat design dalam masa yang sama. Namun begitu, kepakaran saya lebih kepada design. Mungkin, saya kurang arif dengan tatabahasa. (Gelak lagi *buat perangai) Okay next!
Sekitar tahun 2014-2015, Saya dijemput untuk bekerjasama dengan Angelily dan rakan baiknya sejak kecil, Shah Bakri (yang juga merupakan Penulis Novel remaja di Malaysia) untuk satu projek yang mengangkat nama Angelily dalam dunia penulisan fanfiction bahasa melayu, diterbitkan oleh VL Publication. Lily debut sebagai penulis dengan karya SeoulMate. 
Saya amat berbesar hati. Sejujurnya sangat berbangga dapat mengambil bahagian bersama-sama (dengan Shima juga) dalam Team design menyiapkan kulit buku tersebut. Perasaan gembira tak boleh nak digambarkan apabila kami semua berjaya memegang sendiri buku hasil kerja kami.
VL Publication terhenti apabila Shah Bakri mengambil keputusan untuk bersara dari bidang penulisan. 
Dan pada tahun ini, Tahun 2020. Lily, saya dan juga Shima berbincang dan mengambil keputusan untuk sama-sama berkerjasama semula, menaikan kembali apa yang kami impikan sejak dari dulu.
Kami mahu menggabungkan elemen muzik dan dunia K-POP dengan dunia penulisan. Menghasilkan karya mengunakan dua dunia ini menjadi satu. 
Kepada peminat-peminat K-POP, tak kiralah muzik mahupun K-Drama, tak perlu malu dan segan dengan minat kita. Kita cuba jadikan minat sebagai impian. 
Kami mahu impian kami, dikongsikan menjadi impian orang lain jugak!
Oleh kerana itu, kami mencari penulis diluar sana yang mempunyai minat yang sama dengan kami untuk turut serta dalam projek Winter book dari Tigasuque. Mungkin ini saatnya, awak semua debut sebagai penulis jugak! * Tiba-tiba promo projek *
Ingat : “No one can tell your story, so tell it yourself.. No one can write your story, so write it yourself” ☺
This is LovelyIna. Assalamualaikum! ~ Pai paiiii
0 notes
tigasuque · 5 years ago
Text
Coretan Angelily
Tumblr media
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Saya Angelily dan saya di sini untuk memperkenalkan Tigasuque. Siapakah Angelily dan apa itu Tigasuque?
Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Lily atau lebih dikenali sebagai Angelily dalam dunia penulisan. Saya berminat dengan dunia penulisan sejak di bangku sekolah rendah lagi. 
Semuanya bermula apabila saya mula meminjam novel-novel cinta daripada seorang kawan saya (Novel-novel tersebut sebenarnya adalah milik ibunya) dan anak kepada pengasuh saya yang beberapa tahun lebih tua yang turut gemar membaca novel cinta. 
Saya membesar dengan karya-karya Fauziah Ashari (Pergilah Sepi, Ombak Rindu) dan Siti Rosmizah (Andai itu takdirnya, Cinta Kau & Aku) dan penulis kegemaran saya, Faizal Dzasrik! (Ini Suatu Cerita, Yong Taufoo)
Saya mula menulis di dalam buku latihan petak kecil kerana waktu itu saya belum mempunyai komputer dan cerita-cerita yang saya tulis, saya biarkan kawan-kawan saya baca. Mereka memuji penulisan saya jadi saya fikir mungkin saya memang berbakat dalam penulisan. 
Pada waktu yang sama juga, saya sangat meminati drama-drama korea (Wedding, Princess Hours, Full house). Walau bagaimana pun saya tidak dapat membezakan antara bangsa Korea, Cina dan Jepun kerana drama-drama yang saya tonton di saluran 8TV kebiasaannya sudah dialih ke bahasa mandarin.
Pada tahun 2010, saya mula mengenali musik K-POP kerana saya tertukar siaran KBS World secara tidak sengaja. (Lagu K-Pop pertama yang saya dengar di radio adalah Nobody nyanyian Wonder Girlz tetapi seperti yang saya katakan tadi, saya belum dapat membezakan bahasa korea, cina dan jepun) 
Saya lihat persembahan Brown Eyed Girlz di rancangan Music Bank dan mula berminat untuk mengetahui tentang musik K-POP. Saya menonton rancangan seperti KBS Music Bank, SBS Inkigayo dan K-POP Hitz. Saya juga turut mengumpul majalah Klik! dan E-Pop.
Pada tahun 2011, saya sudah memiliki sebuah komputer riba hadiah sempena mendapat semua A dalam PMR 2010. Sekitar tahun itu, saya sudah mengenali banyak grup K-POP dan saya masih ingat lagi, fanfiction artis pertama yang saya tulis adalah sebuah cerita cinta di antara watak rekaan dan Gikwang (Beast/Highlight). Ketika itu, saya tiada akses internet jadi saya hanya menulis untuk kepuasan sendiri.
Saya mula pandai mengakses internet pada lewat tahun 2011 di mana saya hanya menggunakan telefon untuk mencari maklumat grup kegemaran saya ketika itu iaitu Teen Top. Semakin hari, semakin banyak maklumat tentang mereka yang saya dapat. 
Saya masih ingat lagi yang saya perlu memuatturun sebuah episode Weekly Idol yang mempunyai lebih kurang lima bahagian semata-mata untuk menonton Teen Top. Pencarian nama Teen Top di Google juga menemukan saya dengan laman web Asianfanfictions.com. 
Fanfiction pertama yang saya baca adalah karya DBSKGirl4Ever yang bertajuk The Baddass Boyfriend. Jika anda adalah seorang pengguna Asianfanfictions.com sekitar tahun 2010 sehingga sekarang, anda pasti tahu yang penulis ini adalah sangat popular. Hari demi hari, membaca fanfiction menjadi hobi saya. Namun, saya hanya aktif sebagai seorang pembaca dan belum mencipta akaun saya sendiri
Selepas selesai menduduki kertas terakhir SPM 2012, saya mencipta akaun saya pada malam itu juga dengan nama Angelily95. Lily sempena nama saya, Angel sempena nama kelab peminat Teen Top dan 95 kerana saya lahir pada tahun 1995. Fanfiction pertama yang saya tulis di situ bertajuk Journey Of A Little Angel yang saya tulis menggunakan bahasa inggeris.
Beberapa minggu kemudian, saya mula menulis fanfiction dalam bahasa melayu. Bulan berganti bulan dan beberapa fanfiction inggeris kemudiannya, saya terus membuat keputusan untuk menulis dalam bahasa melayu sahaja kerana terasa lebih mudah untuk menggambarkan jalan cerita yang saya cuba sampaikan memandangkan saya tidaklah sebegitu pandai dalam menulis menggunakan bahasa Inggeris.
Saya mula mendapat perhatian penulis-penulis melayu di Asianfanfics.com dengan fan fiction yang bertajuk Byun Baekhyun, diikuti dengan Cinta Monyet. Cinta Monyet mengangkat nama saya naik sebagai penulis melayu yang menerima jumlah vote tertinggi. Cinta Monyet menjadi fan fiction melayu pertama yang terpilih untuk dipaparkan pada halaman depan Asianfanfics.com sekaligus menghadiahkan saya gelaran ‘featured author’.
Pada tahun 2013, saya ditawarkan oleh rakan karib, Shah Bakri, untuk menulis sebuah manuskrip untuk diterbitkan. Shah Bakri adalah seorang penulis yang dikenali dengan buku yang berjudul Dayana Debab, Tudung Rapunzelilah dan Katak Fesyen. Kami telah berpakat untuk menubuhkan syarikat penerbitan kami sendiri iaitu Vert & Lilac.
 Sebaik sahaja selesai pengajian Asasi Sains di UiTM Puncak Alam, saya terus memohon untuk menyambung pelajaran dalam bidang pemasaran dan menghabiskan masa untuk menunggu kemasukan ke universiti dengan menyiapkan manuskrip.
Seminggu selepas pendaftaran di UniKL Business School, naskhah pertama saya yang bertajuk SeoulMate telah siap dicetak dan semua 500 buah naskhah untuk cetakan pertama terjual dalam tempoh dua bulan. 
Dua bulan selepas novel saya diterbitkan, saya telah dijemput oleh USM Penang untuk sebuah program bual bicara santai kepada para siswa/i di sana. Semuanya berlaku bagaikan sebuah mimpi. Di usia 20 tahun, saya telah berjaya untuk mencapai impian saya untuk menjadi seorang penulis dan lebih lagi. Duit royalti yang saya terima hasil menulis SeoulMate telah saya gunakan untuk melancong ke Seoul buat kali pertama, satu lagi impian saya terlaksana. 
Bermula pada tahun 2016, saya mula sibuk dengan pengajian dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Vert & Lilac. Shah Bakri turut sibuk dengan pengajiannya di UUM. Tahun demi tahun berlalu, Shah Bakri akhirnya telah membuat keputusan untuk bersara daripada dunia penulisan. Perjuangan Vert & Lilac juga terkubur bersama.
Pada tahun 2020, beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran saya yang ke-25, saya telah menghubungi dua orang kawan baik saya yang turut membantu dalam menjayakan projek SeoulMate. Mereka ialah Shimmieh dan LovelyIna. Saya mengenali mereka di Asianfanfics.com kerana mereka juga adalah penulis berbahasa melayu di laman itu. Saya telah mengusulkan sebuah cadangan untuk menubuhkan sebuah penerbitan baharu kerana minat kami terhadap penulisan dan budaya korea tidak pernah padam.
Oleh itu, kami muncul dengan sebuah penerbitan yang bernama Tigasuque, perkataan yang berasal daripada perkataan ‘tiga suku’ yang membawa maksud ‘gila-gila’, sesuatu dengan perwatakan kami yang suka muncul dengan idea-idea yang sememangnya gila-gila. Semoga usaha kami sebagai usahawan wanita membuahkan hasil. InsyaAllah.
Misi Tigasuque adalah untuk mewujudkan sebuah platform bagi komuniti penulis fanfiction untuk menceburi bidang penulisan dan membina kerjaya berdasarkan minat terhadap budaya Korea seperti drama, K-POP dan sebagainya.
Kami bertiga berharap kami dapat memupuk semangat menulis dan membaca dalam kalangan peminat budaya Korea di Malaysia supaya kita dapat berhibur tanpa berhenti belajar ilmu baru melalui pembacaan.
0 notes
tigasuque · 5 years ago
Text
Pencarian Manuskrip Cerpen
Tigasuque sedang mencari beberapa cerita pendek (cerpen) untuk diterbitkan dalam buku antalogi (koleksi cerita pendek) pertama kami.
Sekiranya berminat, sila baca keterangan di bawah dan klik link di bawah;
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Hantar manuskrip anda di
https://forms.gle/KHqG2ndH5EVLAQjGA
0 notes
tigasuque · 5 years ago
Text
Logo concept
Hi, semua! Kami excited utk share design dan concept logo kami kpd public buat julung-julung kalinya! Semoga usaha kami untuk menggabungkan dunia K-POP dan dunia penulisan akan mewujudkan komuniti peminat yang berhibur sambil belajar ilmu baru.
Tumblr media
Logo ini adalah rekaan Shimmieh yang menerapkan idea kami bertiga sewaktu dalam proses menyiapkan logo ini. Thank you, Shim!
1 note · View note