#AtiqahInternJourney #Internship #PLANMalaysiaPulauPinang
#InternshipBegin
Alhamdulillah pejam celik pejam celik akhirnya dah semester 7.. Dulu masa part 1 tak pernah kisah pasal intern sebab 4 tahun tu rasa lambat lagi nak sampai sem 7. 4 tahun zaman sekarang tak macam zaman dulu (How time flies).
Actually masa Atiqah tengah tulis entry ni Atiqah dah habis intern (Sem 7) Alhamdulillah.. Atiqah jenis tak suka nak simpan gambar lama- lama dalam phone sebab nanti kemungkinan besar memory full la, gambar rosak la, phone kena format la menyesal tak sudah nanti. Jadi for those yang sentiasa ternanti-nanti entry baru here for you especially for my followers and junior yang ambil course yang sama ataupun nak tahu pengalaman intern here we go!
note: MAKESURE ANDA BACA WAKTU BETUL-BETUL LAPANG SEBAB ENTRY NI PANJANG DAN BANYAK GAMBAR SO SCROLL SAMPAI HABIS
#FlashBack
Dr Faizul adalah pensyarah yang incharge untuk pelajar-pelajar practical. so sebelum Atiqah dan rakan-rakan yang lain pergi untuk internship kami terlebih dahulu diberi pendedahan dan tips yang berguna supaya tak menyesal / susah nanti waktu practical.. Terima kasih Dr Faizul walaupun Dr Faizul tegas tapi sebenarnya selalu sangat dalam class dia kalau ada masa lapang sikit dia akan share pengalaman hidup dia masa student sampailah dia jadi apa yang dia jadi sekarang.
#TheTimeBeing
Sebelum Atiqah pilih tempat intern ni Atiqah dah fikir dari segi pelbagai aspect. Sebab lecturer bagi kebebasan either gov or private untuk kita pilih tempat intern its up to you. Disebabkan dekat penang ada PLANMalaysia@Pulau Pinang dekat komtar dan kebetulan Komtar tu dengan rumah dekat ja tak sampai 15 minit dah sampai. Dari segi duit makan minum, sewa rumah, minyak semua tu kena fikir. This is the main reason kenapa Atiqah pilih PlanMalaysia@Pp. Even jiran sebelah rumah Atiqah ni pun kerja as a town planner dekat komtar juga. Jadi dia memberi galakkan untuk intern ja dekat situ.
Gambar ni adalah masa Atiqah pergi hantar surat pengesahan untuk internship. Memang dulu tak pernah terfikir nak berpractical disini. But Allah know the best.
#FirstDayIntern | Day 1
First task Atiqah adalah dekat Unit Pembangunan dan Projek Khas. which is Unit jiran sebelah rumah iaitu Kak Liza... Dulu sebelum intern hanya tahu kak liza dan kak seri ja jiran yang duduk satu apartment. Tapi rupa-rupanya ada lagi dua orang Bos yang duduk satu apartment juga. Alahai baru tahu sebelum ni tak pernah jumpa pun. #MyBad
First day intern perasaan dia tu macam first day baru dapat masuk alam pekerjaan la. Dapat kerusi,meja, komputer, scanner semua cukup. Tinggal duduk buat kerja ja,
This is PLANMalaysia@PP never rest. first day Atiqah attended 2 kali meeting untuk Draf RSN 2030 Lepastu dapat tugasan buat Surat Rasmi untuk Unesco. dan untuk hari seterusnya follow up call untuk undangan ke Draf RSN 2030.
“Awak beruntung masuk practical masa semua orang tengah busy dengan Draf RSN. Baru awak dapat belajar banyak benda” -Kata En Mursidin
#FirstSiteVisit
“Awak nak pergi Pulau Jerejak tak esok? Kalau nak pergi esok pagi tunggu bawah lif naik dengan saya” -Kak Adi (Jiran satu apartment)
Ini adalah site pertama yang atiqah turun best sangat adventure naik bot sambil tengok view jambatan Pulau Pinang. Selalu naik jambatan ja. Kalini merasa duduk dalam laut pulak.. hiking sikit, tengok penjara orang dulu-dulu yang kena penyakit kusta dan diberi keterangan tentang Pulau Jerejak untuk jadikan sebagai tempat warisan.
Terima kasih Ideal sebab bawak pusing-pusing pulau jerejak.
kenangan turun site visit with Tuan Pengarah Tuan Haji Idris dan staff-staff PLANMalaysia@pp.
Tekun tengok plan takut ada yang terlepas pandang nanti.
Rezeki pada hari tu, lepas separuh hari di Pulau Jerejak dapat makan tengahari bersama orang-orang hebat ni. Terima kasih
Lepas selesai site dekat Pulau Jerejak next sebelah petangnya pula ke Gertak Sanggul untuk tengok dan lihat sendiri tempat yang menjadi isu tentang penambakkan laut . Satu pengalaman yang sangat berharga!
Harini merupakan hari perasmian untuk draf rsn.. Masa ni tengah rehearsal sebelum Yb Jagdeep datang untuk merasmikan .
Atiqah on Duty. dapat tugasan untuk menjaga kaunter pendaftaran bagi media
Diantara orang-orang yang banyak membantu. terima kasih #JasamuDikenang
reality pada hari kejadian ramai pihak media bersedia untuk ambil gambar Yb Jagdeep, ADUN, NGO,EXCO dan ramai lagi.
Alhamdulillah perasmian berjalan dengan lancar.
Dan ini on the news! Tibalah masanya untuk orang awam beri pandangan dan bantahan!
Atiqah on duty diberi peluang untuk menjaga pameran Draf RSN 2030.
Semangat jaga pameran masa ni sebab seumur hidup tak pernah berpeluang untuk terlibat dalam program sebegini dekat tempat sendiri pulak tu.
Pameran from 9am - 4pm sepanjang menjaga pameran macam-macam jenis orang yang kita dapat jumpa dan dengar masalah yang mereka hadapi daripada golongan warga emas, dewasa, pelajar hinggalah kanak-kanak. Selagi kita tak duduk dekat tempat sesorang itu kita takkan pernah rasa apa yang dia rasa #VOICEPOWER
Apa yang boleh kerajaan bantu inshaAllah akan sentiasa dibantu. Terima kasih atas pandangan dan bantahan semua
Alhamdulillah selesai menjaga pameran untuk draf RSN 2030 . Terima kasih kak Fuzah kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar.
Banyak borang bantahan yang diterima pada hari terakhir publisiti berlangsung. Masa ni Atiqah jaga pameran dengan kak Amy. Hari penutup untuk bantahan awam. No more bantahan after this okay. tunggu lagi 5 tahun
Ini bukan acah-acah meja busy ke apa. Hakikatnya memang PlanMalaysia@PP busy. Tak pernah office sentiasa ada semua orang hari-hari akan ada yang pergi kursus, ada meeting, turun site dan seminar..
Dari sini Atiqah belajar banyak benda multi-tasking
Meja office dari pagi sampai balik macam ni la hari-lari.. kemas lagi meja studio dekat fac *InsideJoke*
Sepanjang practical disini sangatlah save duit. Asalkan nak turun bawah beli makanan ja akan ada la nanti jamuan la, orang belanja makan, orang office bawakan dari rumah so almost setiap hari dapat makan free senang cerita. Rasanya sepanjang 4 bulan practical duit makan guna RM50 ja. #ThisisTrue!
See? makan free lagi.. Almost everyday! Alhamdulillah
Ni lagi.. macam - macam ada, nasi hujan panas la, roti jala la, karipap la kuih- muih dan lain-lain lagi. Biar gambar berbicara. Thank you PlanMalaysia@Pp
Thank you kak fuzah for d treat. Sepatutnya kak fuzah cakap gambar ni tak complete sebab fauzan tak join. 3 orang ja practical student untuk sem ni. sorang from diploma, from degree dan sorang lagi from master. whoaahh!
And appreciation post to aini juga terima kasih banyak sebab menjadi #PerempuanKirimanTuhan selama 2 hari berturut-turut bangun seawal pagi all d way from USM datang rumah pickup naik motor ke komtar dalam keadaan hujan jalan jam bagai. THANK YOU SO MUCH!
Tak sangka aturan Allah tu cantik. Atiqah kenal aini tak lama, sebab minggu pertama Atiqah masuk practical adalah minggu terakhir aini practical. sempat la berbual beberapa hari sebelum aini habis intern. Sempat pegi tengok munafik waktu lunch hour, pegi makan dekat prangin for your last day.
And this girl walaupun dia dah habis intern busy dengan master thesis dia sempat lagi datang komtar ajak lunch. and our friendship til today and hope for forever. Baru ja kenal tapi rasa macam dah bertahun dah.
Kak fuzah banyak ajar cara update file edit surat buat surat semuanya la. Terima kasih kak fuzah. Kak Fuzah ni macam kakak -kakak sangat. Selalu bawak pi makan belanja makan. #YouWillBeMiss
Unit seterusnya Unit yang paling Atiqah takut nak masuk sebab Atiqah tak pro buat maping - maping ni. Tapi nak taknak sekarang practical kena buat! Tengok meja tu penuh pelan
Task pertama yang atiqah dapat kena buat map for topology. kena buang semua error- error dalam map tu sepaya takda benda yang bertindih di dalam map tu
To be Frank! tak tahu what happen masa ni. semalam sebelum balik save cantik ja map ni warna biru beserta tompok2 merah pagini datang office map ni dah jadi carca merba. Mungkin la masani Atiqah ada terlepas pandang sesuatu sampai map ni rosak guys!! cuak time ni the whole penang map kot!!! Bukan sikit. so nak dijadikan cerita kenalah trace and digitized balik.. its okay ni la namanya practical student. Learn from mistake. Takda orang yang akan marah kita sebab kita masih belajar. Jangan jadi bodoh sombong ya.
Akhirnya biru pun map ni. Dah tak nampak macam brazil dah. Alhamdulillah sekarang dah kembali berpijak dibumi yang nyata. Tapi tompok-tompok merah tu still ada error so kena perbetulkan dan makesure dalam whole penang map tu nanti takda warna merah-merah tu lagi dah. #YouCanDoItAtiqah *InsertSadoEmoji*
Finally Alhamdulillah no more red dalam map ni. Alhamdulillah topology map siap!
Tak siap sepenuhnya lagi kena buat carta dan analisis untuk report guna tanah pulak. Sejujurnya Unit Gis ni tak boleh buat banyak benda dalam satu masa even kalau nak update map dia pun makan masa berbulan. Gis kena buat hari-hari supaya kita tak mudah lupa step-step dia.
Tak sangka daripada takut-takut dulu nak masuk unit ni sampai la sekarang dah jadi Unit No.1 Best!!! seriously!
Next stage kena update data guna tanah by Daerah. Bukan sikit 5 Daerah semuanya, Kerja ni kena focus betul- betul sebab takut ada data yang ter overlap dan tersilap.. Data penting ni tak boleh nak buat main-main.
Tengah seronok-seronok buat map tiba-tiba Tuan Pengarah datang
TP: “Atiqah awak ada buat update buku log book tak dari Universiti?
A: Adaa.
TP: Ada? bagi saya nak baca/semak
A: (Terus capai log book bagi) Niii.
TP: Setelah menelaah seperti dalam gambar diatas. Overall bagus, awak tahu apa kerja yang diberikan dan dapat siapkan on time teruskan usaha sebegini untuk berjaya. goodluck!
A: InshaAllah saya cuba. Terima Kasih
#TIBA-TIBA
Hj Rosli: Nanti bawak Atiqah join seminar gis ni sebab kita dah bayar rugi kalau tak pi.
Kakak Gis: Okay. Atiqah Jom turun kita pi seminar arcgis.
A: Okay (Dalam tak tahu kata kena join, last minit dipanggil, risau takut ada exam untuk gis ke dah la tak prepare apa-apa)
May Allah Ease Everything!
Alhamdulillah dapat sijil yang tak diduga.
Tuan pengarah: Awak untung dapat practical disini, ilmu dapat, pengalaman dapat, elaun dapat,sijil dapat semua dapat.
A: Alhamdulillah. terima kasih atas peluang ini.
Bersama sifu-sifu dan orang-orang hebat arcgis.
#Menghampiri Tugas-Tugas Terakhir
Alhamdulillah tugasan dua bulan pertama di unit 3 dan ICT selesai. bye-bye level 54. Hello level 57!
Suasana di unit 57.. Unit-unit dekat atas ni ramai sikit berbanding dekat unit bawah. Jadi begini la keadaanya. #PengalamanBaru
Menghadiri Mesyuarat Bulanan oleh PlanMalaysia@Pp. Ada Amanat oleh Tuan Pengarah, pertukaran pegawai dan majlis perpisah pegawai.
Sepanjang di Unit Kawalan sempat menghadiri Meeting Section 20A
Selesai saja meeting kita dengar lagu pulak, HAHA! Takda la *Joking* lepas meeting section 20A terus kena buat minit mesyuarat dan dengarlah audio 2jam tu. Alhamdulillah Tak tertidur.
Happy birthday Dato Farizan. Kek tu kak amy ajak pegi beli. Hebat kek dia.
My last task dekat Korporat dan lembaga rayuan.
Macam biasa setiap kali meeting SPC kena turun awal untuk edarkan kertas kerja dan ambil kehadiran para jemputan.
Selalu dapat tengok Yb Chow dengan Yb Jagdeep dalam tv ja. Harini dapat masuk meeting sekali la.. Pengalaman SPC. selalu belajar dan dengar meeting SPC ni dalam class ja. Tak pernah attend meeting. Harini baru nampak flow dan faham macam mana diorang tolak dan terima sesuatu permohonan kebenaran merancang tu..
overall view in SPC meeting
Tugasan di minggu-minggu terakhir adalah menghadiri perbicaraan Lembaga Rayuan / Appeal Board Meeting
ohh macam ni rupanya appeal board. Sem lepas ada belajar. Sem ni dapat tengok sendiri flow dia. Terus tiba-tiba rasa nak jadi lawyer. Macam mana tu. hahaha
Dalam hati masa ni, bestnya dapat duduk dekat kerusi pengerusi tu. Oneday nak duduk la
tugasan untuk membuat analisa jangan siapa kacau waktu tengah buat kira-kira analisa ni nanti semua kena kira balik. #StayAwayPls *Joking*
Pengalaman baru sebelum ni asyik pegi kedai “Bang binding ye” “Kak spiral ye” harini kena buat sendiri. Haaa rasakan!
Lepasni boleh buka kedai service binding la. Sebab dah reti dulu noob! Alahai..
Ni satu lagi.. Dulu dekat campus “kak photostat depan belakang 2 copy.” “Bang photostat black and white A3.
Harini semua kena buat sendiri. Atiqah tak pernah terfikir or terlintas “Eh aku degree kot, takkan nak buat kerja photostat scan semua ni” NEVER!!!
Selagi namanya belajar teruskan belajar. walaupun mungkin bagi sesetengah individu taknak buat kerja ni remeh or “aku dah pro” tapi atiqah bersyukur masuk practical sini dapat belajar banyak benda daripada benda yang seremeh-remehnya hinggalah masuk meeting-meeting besar dan sebagainya. Terima kasih atas peluang ini
#MyLASTDAY
Harini merupakan perjalanan dan hari terakhir sebagai practical student. Banyak sangat ilmu nasihat dan teladan yang Atiqah dapat dekat sini. Kalau belajar ada ups and down. Tapi untuk intern semuanya hal yang terindah. Takda satu hari pun rasa feed up or malas nak pergi office..
Setiap hari melangkah ke office dalam lif orang tegur “Kerja sini ke? Jabatan apa? Muda lagi nampak?
Bila cakap practical student je. Diorang balas “Yeke? InshaAllah suatu hari nanti boleh dapat kerja kerajaan/swasta.. Ingatkan kerja sini nampak macam dah bekerja.
“Nanti kalau jadi orang hebat jangan pandang rendah dekat orang- orang bawah ye”
Kata-kata itu membuatkan lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. InshaAllah next Master! ;)
#PrankKakPah Menjadi!
Kak fify: Atiqah kak pah call suruh turun bawah sat ada hal sikit.
A: Tanpa terfikir yang akan berlaku sesuatu. terus turuf lif ke level 54
Sesampai je level 54 masuk bilik ict
Tadaaaa.......
Rindunya muka semua dekat sini. Maklumlah sekarang Atiqah dekat level 57 dah jarang turun bawah sebab dekat atas pun banyak kerja tak sempat nak jalan-jalan turun bawah dah..
Terharu.....
Menanti ketibaan Tuan Pengarah Haji Idris
Sebenarnya perasaan masa ni terharu dan sedih sebab harini lastday dah.. Tak tau nak ungkapkan macam mana..
Hj Rosli : Atiqah sat lagi bagi ucapan nak dengar untuk semua dekat sini.Sebab lastday kan kena bagi ucapan.
A: Hanya mampu mengangguk. (Speechless)
Terima kasih semua kerana memberi peluang untuk Atiqah menjalani latihan industri disini. PlanMalaysia@Pp sentiasa dihati
Terima kasih Cik Safura atas cenderahati
Mengabadikan kenangan bersama sebahagian unit gis.
practical partner
InshaAllah jumpa lagi luar sana Thank You Fauzan!
Bersama orang-orang hebat gis yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan happening. Takda salah sorang sunyi unit ni. The best Unit Ever! Kakak-kakak yang selalu bawak pergi makan sepanjang intern.
Kak Amy thank you! atas segalanya... Kak Amy yang Atiqah anggap macam kakak sendiri banyak bagi ilmu, tunjuk ajar dan nasihat. Orang yang selalu teman makan and always tanya ”tiqah makan tak lagi?” Rinduuuu kak Amy!
Ni bukti bertapa caringnya kak Amy. Jaga Atiqah macam adik dia sendiri..
Atiqah takkan lupa jasa kak Amy! Terima Kasih Kak Amy. I love you. Ada rezeki kita jumpa lagi ok!
Inilah dia supervisor saya. Orang yang memberi penilaian sepanjang saya disini. Thank You kak Mal. Thank You bawak pergi lunch and belanja kuih pagi-pagi..
Thank you kak fify orang yang banyak beri tunjuk ajar sepanjang berada di unit Korporat! Ajar macam mana nak masukkan notis proceding, voice audio dalam E-rayuan. Sekarang Atiqah dah tau..
Kak fify and Kak Mal yang akan sentiasa dikenang!
kenapa tiba-tiba baju lain pulak ni? Sebab ni gambar sebelum. Memandangkan Kak Alyn takda masa last day tu nasib sempat bergambar. At least ada kenangan dengan kak Alyn. Terima Kasih atas nasihat dan ilmu kak alyn.. Nanti Atiqah akan cuba dapatkan apa yang kak Alyn pesan tu.. Will do!
Kak alyn ni PA boss. yang bilik nampak sikit tu bilik Tuan Pengarah. Take care kak Alyn nanti kita jadi jiran okay ;)
with bahagian- bahagian admin. Kak Shar and kak siti thank you atas segalanya.
thank you kak sri for all d advice and help.
Terima kasih kak Fairos belanja makan for lunch dan bawak jalan-jalan waktu lunchtime. Nanti ada kelapangan Atiqah datang sini lagi
Thank You Abg Raisha. Orang yang paling suka buat lawak dan menceriakan office.
Terima kasih atas segalanya abg Raisha, Abg Shaharil, Kak Fairos.
Kak Kiah terima Kasih atas pendrive yang sangat berguna untuk thesis sem depan dan tunjuk ajar.
Saya berjanji akan datang kesini semula sebagai Penolong Pengarah Amin yarobb. (Tolong Aminkan) Terima Kasih.. Semoga doa itu berbalik kepada anda wahai pembaca
Yeayyy dreams come trueee!!! Im the Pengerusi now. tapi can you just focus on me. Abaikan dua kerusi ditepi tu. haha
but like how???
Ahaa! Like this.. yes like this. Thank you, Next! :P
Cik Manisah check log book sebelum balik.
Thank you Cik Manisah belanja lunch and Tealive... i wish I can be like u one fine day
Akan dirindui.. dua minggu menghadap duduk dalam bilik ni. you will be miss!
Finally have to face the reality. bye- bye PLANMalaysia@PulauPinang
Terima kasih!!!
gambar ni adalah setahun sebelum, dulu datang sini as a student yang ambil maklumat untuk buat kajian disini
and nowww...
datang sini untuk practical disini.
and how I wish....
Akan datang sini semula as a Penolong Pengarah pulak Amin yarobb. ;)
#ScopeKerjaYangBerbeza
Jangan samakan gov dengan private sebab dua benda yang berbeza. Kalau gov lebih kepada meeting, site,seminar, kursus dan dll.
Private scope dia lebih kepada buat layout, buat km, dan more to technical. Jadi sebelum intern fikir masak-masak
Gov selalunya takdapat elaun. (Tapi Alhamdulillah Atiqah dapat) Private selalu dapat elaun..
#FromDearestFriends
Naemah pun, walaupun dia gov tapi tetap busy. tetap masuk meeting, turun site, buat report.
site
another site visit with the team
Bole contact diorang kalau nak tanya apa-apa tips (DM me)
Tyra pilih gov pun sama juga busy.. but as long as we hv a passion kita boleh teruskan.
Bole contact diorang kalau nak tanya apa-apa tips (DM me)
syira pilih firm. so kalau sesiapa berhasrat nak intern dekat firm boleh tanya pengalaman dia scope kerja apa? flow kerja macam mana?
Bole contact diorang kalau nak tanya apa-apa tips (DM me)
same goes to fana also pilih firm. Tapi dia jenis chill! no stress2!
Bole contact diorang kalau nak tanya apa-apa tips (DM me)
Ni ustazah mashitoh kalau nak tanya dia pun boleh minta tips dari dia, dia pun pilih firm. Jangan risau muka dia kalau tengah sakit perut memang mcam tu. Kalau tak sakit perut dia cun! kerja tip top
Bole contact diorang kalau nak tanya apa-apa tips (DM me)
#DUIT
Alhamdulillah lega rasanya selesai 4 bulan practical. Benda yang dulu sebelum tidur asyik fikir nanti task apa eh diorang bagi? susah ke? dah la sorang-sorang dekat sana. Macam-macam fikir. Rupa-rupanya semuanya baik-baik saja. Yang penting dalam hidup ni kita amalkan
D- DOA
U- USAHA
I- IKHTIAR
T-TAWAKAL
p/s: jangan compare diri kita dengan orang lain kita dengan cara kita, mereka dengan cara mereka. walaupun kita satu class satu univeristy, satu course tetapi perjalanan setiap individu itu berbeza. Be positive and spread the positivity.
hope its helps! for more tips and info kindly DM me!
note: if you see the typo is everywhere pardon me! :P
by hands
A T I Q A H A Z I Z A N
10:31pm
12 jan 2019
0 notes